Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengantin lelaki tiba bersama-sama rombongan di kuil tempat berlangsungnya upacara perkahwinan.

Kereta yang dinaiki pengantin kebiasaannya akan dihias dengan riben dan bunga yang cantik. Rombongan pihak lelaki membawa beberapa dulang hantaran seperti sari, gelang tangan, cincin tangan dan cincin kaki yang akan diserahkan kepada pihak pengantin perempuan. Ketibaan pengantin dan rombongannya ini disambut dengan alunan muzik tradisional. Pada upacara perkahwinan ini, pengantin lelaki diapit oleh adik lelaki pengantin perempuan. Manakala pengantin perempuan akan diapit oleh adik perempuan pengantin lelaki. Pengantin lelaki dan perempuan di jemput masuk ke dewan perkahwinan selepas upacara meniris 'panir' dan meletak 'pothu' pada dahinya. Sebaik pengantin lelaki tiba, sami memulakan upacara perkahwinan dengan meletakkan segenggam kunyit di tangan pengantin lelaki. Ahli keluarga akan tampil secara bergilir-gilir bagi menepung tawar pengantin lelaki sebagai member restu. Setelah itu, pengantin lelaki dan perempuan akan diapit oleh pengapit masing-masing bagi meneruskan upacara perkahwinan di hadapan sami. Pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari pertunangan pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan akan menyerahkan buah kelapa yang dilumur kunyit kepada sami sebelum upacara diteruskan. Sami yang menjalankan upacara perkahwinan tersebut menerima pemberian pengantin perempuan dan memintanya supaya berdoa. Semasa upacara berlangsung, pengantin perempuan dikehendaki menggenggam beras kunyit yang diletakkan buah kelapa di atasnya. Dalam pada itu, pengantin lelaki tiba di majlis upacara perkahwinan dengan diiringi oleh pengapitnya. Pengantin lelaki akan dibersihkan dahulu kakinya dan disarungkan cincin sebelum memasuki kawasan upacara perkahwinan. Di sini, pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama-sama. Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan. Pengantin lelaki akan diberikan sekalung thali yang diperbuat dari tali yang disalut kunyit untuk dikalungkan pada leher pengantin perempuan. Upacara ini penting sebagai tanda yang mereka kini sah bergelar suami dan isteri. Pengantin lelaki akan mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya. Sesudah itu, pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan. Kemudian, sami akan memberikan keizinan untuk kedua mempelai mengalungkan bunga malai di antara satu sama lain dan seterusnya berjalan mengelilingi api sambil berpegangan tangan. Kemuncak upacara ini, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin di jari kaki pengantin perempuan. Selepas mendapat restu dari kedua ibubapa, pengantin perempuan akan dibenarkan pulang mengikut suaminya.

366 words

You might also like