Landskap Lembut

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LANDSKAP LEMBUT

Landskap lembut berfungsi memberi kedamaian, ketenangan serta keindahan sense of feeling kepada pengguna. Pengertian landskap lembut sebenarnya merujuk kepada unsur-unsur asli / semulajadi iaitu tanaman seperti pokok utama, pokok renek, pokok memanjat, pokok herba atau pokok penutup bumi.

Pokok Utama / Pokok Naungan Pokok utama atau pokok naungan merupakan pokok-pokok yang biasanya di tanam untuk mendapatkan tempat teduh. Pokok-pokok ini kebiasaanya tumbuh merendang serta mempunyai kanopi yang padat.

a) Kategori pokok utama atau pokok naungan: pokok tinggi dengan ketinggian >15m pokok sederhana tinggi 10-15m pokok rendah 4-10m

i) Kegunaan pokok naungan

Keteduhan Pokok yang dipilih harus mempunyai daun yang rendang supaya dapat memberi keteduhan.

Perakaran Pokok yang dipilih mestilah mempunyai sifat perakaran yang cukup kuat bagi menerima beban akibat lalu lintas berbagai jenis kenderaan. Akar pokok tersebut tidak harus tumbuh keluar dari permukaan tanah.

Batang dan dahan

Pokok mesti mempunyai batang lebih daripada 2 meter supaya orang ramai boleh berjalan di bawahnya. Batang dan dahannya tidak mudah patah atau tumbang.

Keindahan Menimbulkan perasaan selesa kepada pengguna.

Keselamatan Harus elakkan daripada memilih tumbuhan yang mempunyai buah yang besar atau biji yang keras kerana ini akan membahayakan keselamatan pengguna.

Tanaman bermusim Elakkan menanam pokok yang mempunyai daun yang gugur mengikut musim

b) Pokok Renek Pokok renek ialah tumbuhan yang mempunyai banyak batang dan muncul dari pangkal serta mempunyai ketinggian kurang daripada 5 meter. Pokok renek dibahagikan kepada :

I) Renek berbunga mempunyai bunga yang menarik atau berbau harum. Contoh : Hibiscus rosa chinensis Bougainvilllea sp.

ii) Renek pagaran Sifat-sifat yang perlu bagi pokok pagaran :

Senang hidup Tahan lasak Mempunyai dahan rapat dan lebat Sesuai tumbuh di semua keadaan tanah dan cuaca Tidak mempunyai getah atau daun yang beracun Senang didapati dan murah serta senang menyelenggara Lambat membesar

Kegunaan pokok pagaran: Untuk menetapkan kawasan persendirian Membahagikan ruang Mengelakkan manusia atau haiwan masuk ke kawasan berkenaan Mengadang permandangan yang tidak elok Mencantikkan dinding atau pagar Mengurangkan kebisingan Menambahkan seni Sebagai latar belakang sesuatu kawasan

Contoh : Ehretia microphylla

c) Pokok Memanjat Pokok memanjat biasanya mempunyai alat-alat khas seperti tendril dan pencakuk. Tendril digunakan untuk memanjat dan membelit sokongan. Sementara itu ada juga tumbuhan memanjat yang mempunyai akar yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan. Contoh : Clerodendron thomsonae & Tristellatia australasae

e) Pokok Tutup Bumi / menjalar

Pokok tutup bumi atau menjalar tidak mempunyai alat-alat khas untuk memanjat. Tumbuhan ini tumbuh melata dan ia ditanam untuk mengawal hakisan tanah, menghalang perjalanan ataupun sebagai penghubung berbagai-bagai unsur di dalam rekabentuk tanaman. Contoh : Hemigraphis colorata Portulaca grandiflora

Acalypha wilkesiana Codeaeum sp.

Renek berdaun tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang menarik.

You might also like