Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Mikroorganisma

Ibu

Cikgu

ajar

Jaga kebersihan sendiri


<< cuci tangan sebelum makan

<< mandi

gosok gigi >>

minum air masak >>

Kalau tidak, kita akan kurang sihat

Kenapa
Sebab kehadiran

mikroorganisma
dalam kehidupan kita.

Apakah itu Mikroorganisma?

Mikro bermaksud halus dan organisma bermaksud hidupan. Jadi, Mikroorganisma ialah hidupan halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kita perlu menggunakan mikroskop untuk melihat ia. Ia terdapat di sekeliling kita. Contohnya, di udara, air, makanan, tanah dan dalam badan kita. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Jenis-jenis Mikroorganisma

Bakteria

Protozoa

Kulat

Virus

Bakteria
Bakteria ialah organisma yang sangat kecil. Ia wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya. Bakteria terdapat di mana-mana jua. membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.

Sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya. Namun, juga ada bakteria yang berguna kepada kita. Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.

Protozoa
Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. Protozoa ialah organisma akuatik. Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.

Kulat
Kulat adalah mikroorganisma yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma ini. Kulat hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita. Kulat membiak daripada spora. Cendawan, kulat tetupai dan yis adalah contoh-contoh kulat.

Cendawan Kulat tetupai

Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop. Kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.

yis

Virus
Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria. Virus DNA

Virus Selesema

Virus HIV

Demam selesema adalah disebabkan Virus Hepatitis B oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

Ciri-ciri Mikroorganisma
Bernafas Membiak Bergerak

Bernafas
Seperti dengan hidupan lain, mikroorganisma juga perlu bernafas untuk hidup. Rajah bawah menunjukkan suatu eksperimen.
selepas 30 minit

tepung

gula+air

yis

tepung mengembang

Apabila mencampur adukkan tepung, gula dan air, pada suhu yang sesuai, yis dalam doll akan bernafas. Kesan pernafasan yis boleh kita dapati pada roti, pau dan kek.

Membiak
Pada keadaan yang sesuai, mikroorganisma akan menyerap nutrien untuk proses kehidupan. Saiz mikroorganisma akan semakin besar. Apabila sampai suatu tahap, ia akan membiak.
2 hari kemudian 5 hari kemudian

Basahkan roti dan letakkan roti tersebut di atas meja. Dua hari kemudian, bintik-bintik hitam akan tumbuh di roti. Beberapa hari kemudian, permukaan bintik-bintik bitam lebih jelas. Bintik-bintik hitam ini ialah kulat.

Bergerak
Biasanya, miroorganisma yang mempunyai flagelum akan bergerak. Tujuan mikroorganiama bergerak adalah untuk mendapat makanan dan ruang kehidupan. Struktur flagelum pada protozoa boleh membantu mereka bergerak.

flagelum

Paremesium

Cara Paramesium bergerak

You might also like