Pengakap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TAJUK 1: SEJARAH UNIT BERUNIFORM

1.0 Sejarah Pengakap Di Malaysia 1.1 Sejarah Pengasas


Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England. Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap:

1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis

1.2 Lambang Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih-kesucian dan kebersihan.

1.3 Lambang Pengakap Malaysia

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang setiap masa Menurut undang-undang Pengakap

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap". Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia". Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:

Kuning- "Pengakap Kanak-Kanak",Hijau- "Pengakap Muda" Merah- "Pengakap Remaja" Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

1.4 Istiadat Laung Agong

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata

penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

Tujuan:

Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

Cara Pelaksanaan Istiadat Laung Agung:

1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam
dalam keadaan sedia

2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat
bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab "P...E...K." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan
mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan
tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS
BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

Istiadat Mengibarkan Bendera

1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera. 2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. 3. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu "Negaraku" bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. 4. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing- masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan. 5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain. 6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman

Buku log- Pengakap

Apakah Itu Buku Log?

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai Buku Log.Buku Log seharusnya mengandungi catatan rek od yang diharapkan boleh dijadikan

panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti

Pengakap.Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

Nota: Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?

Unit Pengakap Kanak-Kanak

1. Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku 2. Lencana Keris Gangsa - 1 buku 3. Lencana Keris Perak - 1 buku 4. Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku

Unit Pengakap Muda

1. Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku2 2. Lencana Usaha - 1 buku 3. Lencana Maju - 1 buku 4. Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku 5. Buku Log Pengembaraan - 1 buku

Unit Pengakap Remaja

1. Lencana Ekspedisi - 1 buku 2. Lencana Jaya diri - 1 buku 3. Lencana Kegiatan - 1 buku 4. Lencana Kemahiran - 1 buku 5. Lencana Perkhidmatan - 1 buku6) Ujian Sikap - 1 buku

Unit Pengakap Kelana

1. Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku 2. Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku 3. Projek - 1 buku 1.5 Sejarah Penubuhan Pengakap

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanakkanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :

Tuhan Memimpin Dan Membantumu Di Dalam Kerja-Kerjamu

You might also like