Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 9

KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

BAHAGIAN B ( 1 ) - Dasar-Dasar Kerajaan

Soalan 4

Terangkan matlamat Dasar Ekonomi Baru dan Strategi pelaksanaan yang

telah diambil dalam membasmi kemiskinan dan penyusunan semula

masyarakat.

JAWAPAN:

PENGENALAN

Menurut sumber buku Dasar Kerajaan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru

adalah satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam

masyarakat berbilang kaum. Ia mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi

untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan dalam masa yang

sama menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-

peluang yang saksama untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses

pembangunan. Wujud masalah kemiskinan yang ketara dan gunatenaga yang

rendah terutamanya di kalangan Bumiputera dan ketidakseimbangan dari segi

pendapatan dan ekonomi antara pelbagai kaum. Oleh yang demikian Dasar

Ekonomi Baru telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menguruskan proses

pembangunan negara melalui pewujudan persekitaran sosio-ekonomi yang

menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua warganegara Malaysia.

TUGASAN KUMPULAN 1
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

Dasar tersebut telah diperkenalkan pada tahun 1970 setelah berlakunya

peristiwa 13 Mei 1969 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975 )

sebagai kesinambungan rancangan-rancangan pembangunan yang lalu.

Program ini mengambil masa selama 20 tahun dan dibahagikan kepada tempoh-

tempoh Rancangan Malaysia seperti berikut :

i) Rancangan Malaysia Kedua ( 1971 – 1975 )

ii) Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976 – 1980 )

iii) Rancangan Malaysia Keempat ( 1981 – 1985 )

iv) Rancangan Malaysia Kelima ( 1986 – 1990 )

Oleh kerana matlamat Dasar Ekonomi Baru tidak tercapai dalam tempoh 20

tahun, maka ia telah diteruskan lagi sehingga kini, iaitu menerusi Rancangan

Malaysia Kesembilan.

MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

Matlamat utama dalam Dasar Ekonomi Baru adalah perpaduan kaum.

Matlamat ini menumpukan kepada pengagihan ekonomi melalui:

• Pembasmian kemiskinan di kalangan semua rakyat tanpa mengira kaum

• Penyusunan semula masyarakat supaya mengurang dan akhirnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan

kawasan

TUGASAN KUMPULAN 2
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

Ketidakpuasan hati di kalangan semua kaum dipercayai telah mencetuskan

rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pada hakikatnya ketegangan perkauman

telah menyebabkan kejadian tersebut bukan kerana prejudis perkauman. Ini

kerana wujudnya ketidakseimbangan ekonomi yang begitu ketara di antara

kaum. Kemiskinan dengan sendirinya menimbulkan ketegangan antara

golongan berada dan golongan yang tidak berada, tanpa mengira kaum ,

apatah lagi perbezaan itu mengikut garis kaum.

Rancangan pembangunan negara yang telah dijalankan oleh kerajaan

sebelum ini tidak berjaya mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi di

kalangan penduduk, walaupun negara pada keseluruhannya telah mencapai

kemajuan dalam bidang ekonomi. Masalah agihan kekayaan yang tidak

seimbang masih wujud. Menyedari hal tersebut maka kerajaan telah

menggunakan pendekatan baru dalam rancangan lima tahun menerusi Dasar

Ekonomi Baru.

STRATEGI PELAKSANAAN DALAM MEMBASMI KEMISKINAN

Fokus utama kerajaan ialah untuk membasmi kemiskinan melibatkan

kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Penduduk luar bandar menghadapi

kemiskinan yang serius. Kebanyakan mereka berpendapatan rendah dan tidak

berupaya untuk menampung keperluan hidup seharian. Golongan ini terdiri dari

TUGASAN KUMPULAN 3
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, pekerja-pekerja ladang,

penduduk kampung dan buruh-buruh kasar pertanian. Usaha-usaha

pembangunan tersebut dijalankan menerusi badan-badan berkanun seperti

FELDA, RISDA, MADA dan KADA. Program yang telah dijalankan termasuklah

pembukaan, penerokaan dan pemajuan tanah-tanah baru, bantuan alat-alat

pengeluaran yang canggih, subsidi baja dan benih, khidmat nasihat, kemudahan

pinjaman serta pemasaran serta pemasaran dan pembukaan pusat-pusat

kemajuan baru. Kerajaan juga telah mengadakan berbagai kemudahan

infrastruktur dan sosial seperti kemudahan elektrik, jalan raya, klinik, bekalan air

paip dan sebagainya.

Penduduk bandar juga menghadapi masalah yang sama kerana

kebanyakan mereka merupakan penduduk desa yang berhijrah ke bandar untuk

mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan menghuni rumah-rumah setinggan.

Pendekatan pembasmian kemiskinan di bandar lebih tertumpu kepada

pengembangan guna tenaga produktif untuk menyerap pertambahan penduduk.

Peluang-peluang pekerjaan diperluaskan kepada penduduk serta memperbaiki

taraf hidup mereka. Penumpuan juga diberikan kepada masalah penghijrahan

penduduk desa ke bandar dengan mengadakan kemudahan-kemudahan asas

mereka.

Strategi-strategi yang telah dirangka dalam melaksana pembasmian kemiskinan

ini adalah seperti berikut :

TUGASAN KUMPULAN 4
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

a) Mengadakan peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang

mencukupi bagi mengurangkan kadar pengangguran dan

akhirnya mencapai tingkat guna tenaga yang penuh.

b) Menambahkan kemudahan bagi meninggikan pendapatan dan

produktiviti semua golongan miskin samada di luar bandar dan

kawasan bandar melalui peluang-peluang kemahiran, tanah,

modal dan lain lain lagi.

c) Meluaskan peluang-peluang golongan miskin bergiat dalam

bidang perindustrian dengan lebih produktif.

d) Memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan

liputan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik,

perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan-kegiatan masyarakat.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Dasar ’ pecah dan perintah ’ yang telah diperkenalkan oleh penjajah

kolonial telah mewujudkan jurang pemisahan penduduk mengikut pengenalan

fungsi ekonomi, di mana kebanyakan orang melayu lazimnya bekerja sebagai

petani, pekebun kecil, nelayan dan buruh kasar dengan memperolehi

pendapatan yang rendah. Kaum Cina pula tinggal di bandar-bandar bekerja

TUGASAN KUMPULAN 5
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

sebagai peniaga, pelombong dan pembalak dengan pendatan yang lumayan

manakala kaum India pula sebagai penoreh getah di ladang-ladang dan juga

sebagai peniaga di bandar.

Melalui Dasar Ekonomi Baru kerajaan bukan sahaja ingin mengurangkan

jurang perbezaan pendapatan, malah penumpuan diberikan kepada penyusunan

semula corak guna tenaga dan hakmilik agar semua kaum akan dapat menikmati

faedah-faedah dari proses pembangunan.

Dalam usaha kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa

strategi utama telah digubal sebagaimana berikut :

a) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin

di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar

bandar.

b) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di

kalangan Bumiputra dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan

ekonomi supaya kaum Bumiputra dapat menjadi rakan niaga kepada

kaum bukan Bumiputra dalam kegiatan ekonomi moden.

c) Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif

negara termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya

kaum Bumiputra dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% sham dalam

TUGASAN KUMPULAN 6
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan Bumiputra) dan bakinya

rakyat asing.

d) Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis

pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya

dapat mencerminkan susunan kaum negara menjelang tahun 1990.

Pelbagai program dalam sektor ekonomi telah diadakan oleh kerjaan demi

mencapai tujuan tersebut seperti perindustrian, pertanian, perlombongan,

pembinaan, pengangkutan, pelajaran, perumahan dan sebagainya.

Kerajaan juga telah meminda beberapa perundangan negara untuk

mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru ini seperti Akta Penyelarasan

Perindustrian, Akta Galakan Pelaburan dan juga Akta Pelajaran.

Strategi perindustrian untuk menyusun semula masyarakat dalam konteks

ekonomi yang berkembang memberi keutamaan kepada usaha-usaha

menggalakkan tenaga buruh yang banyak, penyertaan Kaum Melayu dan Kaum

Bumiputra yang lain dalam semua peringkat pengurusan dan pengeluaran,

perkongsian modal dan lain-lain kegiatan ekonomi berasaskan sumber alam

penempatan, perusahaan berorientasikan eksport dan glakan penempatan

perusahaan di negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Kelantan, Perlis,

Terengganu, Sabah dan Sarawak.

TUGASAN KUMPULAN 7
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

Dalam melaksakan usaha penyusunan semula ini, kerajaan tiadak

merampas hakmilik kaum-kaum lain teapi sebaliknya membahagikan

perkembangan ekonomi supaya keseimbangan dapat dicapai.

Kerajaan dan Swasta juga memainkan merupakan peranan penting

melalui skim pemegang amanah untuk mencaopai matlamat ini. Penubuhan

beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Syarikat Permodalan

Kemajuan Perusahaan Malaysia Sendirian Berhad ( MIEL ), Bank Bumiputra,

Amanah Saham Mara, Dan Unit Penyertaan Bumiputra di Kementerian

Perdagangan dan Perindustrian bertanggungjawab memajukan ekonomi

Bumiputra yang melibatkan diri dalambidang perindustrian.

Skim Amanah Saham Nasional ditubuhkan pada tahun 1981 dan baru-

baru ini pula diwujudkan satu lagi pertukaran ASN kepada Amanah Saham

Bumiputra dan lain-lain. Kerajaan juga menggalakkan Kaum Melayu

menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. MARA memberi

bantuan penyedian modal manakala UDA pula bertanggungjawab memajukan

bandar dalam usaha menyusun semula masyarakat dengan mendapatkan tapak-

tapak ruang niaga di bandar-bandar. Peranan Bank Pembangunan, Bank

Bumiputra dan lain-lain institusi kewangan pula adalah dari segi memberi

kemudahan pinjaman.

TUGASAN KUMPULAN 8
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2008

KESIMPULAN

Untuk meningkatkan keadaan sosio-ekonomi dan perpaduan melalui

pembangunan ekonomi, maka kita perlu mengambil kira semua aspek

pembangunan, baik dari segi fizikal, mental, moral, dan spiritual dalam satu

dasar yang bersepadu. Faktor ekonomi secara tersendiri mungkin tidak

sepenting yang diandaikan oleh Dasar Ekonomi Baru dalam usaha memupuk

perpaduan nasional. Ia bukanlah tidak berkaitan untuk menyatupadukan rakyat

tetapi sistem ekonomi yang berteraskan ” persaingan ” tanpa keadilan menjadi

punca perpecahan antara kaum, perseorangan dan kelompok.

Dari sini nyatalah, bahawa satu reformasi sosial perlu dilakukan sebelum

kita boleh mencapai matlamat-matlamat keadilan sosial dan perpaduan bangsa.

Perkara tersebut telah menjadi punca utama kegagalan Dasar Ekonomi Baru

dimana berlaku penyalah-gunaan kuasa, penyelewengan, dan sebagainya yang

menandakan manusia kini telah runtuh akhlaknya dan hilang sifat-sifat

kemanusiaanya yang luhur.

TUGASAN KUMPULAN 9

You might also like