Ciri-Ciri Guru Dalam Cabaran Globalisasi Pendidikan

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 10

CIRI-CIRI GURU DALAM CABARAN GLOBALISASI PENDIDIKAN

Merealisasikan Matlamat Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 adalah bertujuan menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia demi berdaya tahan menghadapi cabaran globalisasi pendidikan dengan berkeyakinan.

Oleh itu, untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan dalam alaf baru, guru hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut : 1) Guru hendaklah mempunyai ciri beriltizam, iaitu keterlibatan secara bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.

2) Guru hendaklah berorientasikan maklumat, iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan melalui sebarang media, khasnya media Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 3) Guru hendaklah berwawasan,iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutama yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat pendidikan negara pada alaf baru.

4) Guru hendaklah berpandangan global, iaitu melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri tetapi juga secara global. 5) Guru hendaklah berpandangan positif, iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif positif.

Ciri- ciri guru berpandangan positif :


Peka kepada perubahan Sedar tentang keperluan negara Bersikap positif terhadap pembelajaran Mempunyai inovasi dalam tugas

KESIMPULAN
Pengajaran- pembelajaran sepanjang hayat Perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia masa kini bukan saja pesat tetapi juga telah sampai ke tahap meledak. Ini bermakna untuk menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin pesat, guru perlu terus mengejar ilmu pengetahuan.

Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang itu tidak berhenti pada sesuatu peringkat umur, tetapi terus beroperasi seumur hidup * Peranan guru pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Kini, guru bertindak sebagai pembimbing, fasilitator, dan memberi rangsangan dalam pelajaran.

Sebagai guru perkembangan kendiri amat diperlukan . Perkembangan kendiri boleh disamakan sebagai perkembangan potensi diri dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. Perkembangan kendiri amat penting untuk meningkat status profesionalisme guru.

Sekian.

You might also like