Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN AKTIVITI 1 MALAYSIA

PERINGKAT PRASEKOLAH 2013


PRASEKOLAH SK SAINT LAWRENCE, SRI AMAN
ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3

KANDUNGAN PENDAHULUAN OBJEKTIF AKTIVITI PERLAKSANAAN 3.1 TAKWIM PERLAKSANAN AKTIVITI 3.2 PERLAPORAN AKTIVITI 3.2.1 Aktiviti Kenegaraan

MUKA SURAT 2 3

4 - 7 3.2.2 Aktiviti Perayaan 1Malaysia 3.2.3 Aktiviti Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah 3.2.4 Aktiviti Sambutan Hari Malaysia 3.2.5 Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan 4 IMPAK 8 8

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI

1.0

PENDAHULUAN

Pemupukan cintakan bangsa dan negara perlu diterapkan seawal mungkin kepada kanak-kanak dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1Malaysia dilaksanakan di peringkat prasekolah dengan menggunakan sumber kewangan dan keupayaan sumber manusia yang sedia ada di sekolah masing-masing. Gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan semangat kerjasama merupakan hasrat 1Malaysia. Dari itu, pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam aktiviti sokongan kurikulum.

Sewajarnya Modul Aktiviti 1Malaysia Peringkat Prasekolah ini amat relevan dijadikan panduan untuk guru bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1Malaysia di peringkat prasekolah. Adanya aktiviti yang dirancang diharap dapat dijalankan ddengan jayanya dan mencapai objektif memupuk perpaduan di peringkat prasekolah selain dapat meningkatkan keyakinan diri serta menerapkan unsur keseronokan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam setiap jiwa kanakkanak serta dapat membina pengetahuan melalui penemuan dan penerokaan kendiri.

Secara tak langsung aktiviti ini memberi impak positif kepada kanak-kanak prasekolah dalam meningkatkan keyakinan diri serta dapat memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2.0

OBJEKTIF AKTIVITI Bagi mencapai visi dan matlamat negara serta mewujudkan satu masyarakat

yang bersatu

padu dan

mempunyai semangat

cintakan

negara

berasaskan

Perlembagan Negara dan Rukun Negara. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kanak-kanak prasekolah dengan sikap dan semangat saling menghormati ke arah membentuk satu Negara Bangsa.

Pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun dalam aktiviti sokongan kurikulum.

Penerapan kesemua nbilai 1Malaysia bermula pada peringkat prasekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam usaha kearah meralisasikan 1Malaysia. Memupuk jalinan sosial yang kukuh melalui proses mengenali dan memahami budaya dan agama masing-masing seawall usia yang mungkin. Kanak-kanak ini juga didedahkan dengan budaya di luar lingkungan masing-masing demi mencapai perpaduan negara dan persefahaman sesama mereka.

Membolehkan

kanak-kanak

berbilang

kaum

menghayati

nilai-nilai

hidup

bermasyarakat dan membolehkan mereka memahami adat dan budaya yang pelbagai. Menyemai nilai-nilai dan semangat kekitaan, jati diri serta patriotisme dalam diri kanakkanak sejak dari awal lagi. Menjadikan prasekolah sebagai institusi sosial awal yang berpaksikan perpaduan antara kaum di Malaysia.

3.0 PELAKSANAAN 3.1 TAKWIM PERLAKSANAAN AKTIVITI BIL 1 AGENDA TARIKH Setiap hari Rabu

Aktiviti Kenegaraan 1. Menyanyikan lagu Negaraku dan mengikuti perhimpuan Perdana Sekolah. 2. Melafazkan ikrar Rukun Negara. Aktiviti Perayaan 1Malaysia 1. Membuat kuih-muih 2. Tarian Singa 3. Perayaan Deepavali Aktiviti Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah 1. Mewarna bunga raya 2. Permainan kecil- batu seremban. Aktiviti Sambutan Hari Malaysia 1. Mewarnakan bendera Malaysia dan bendera Sarawak. 2. Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan 1. Perhimpunan Khas 2. Menyanyikan lagu Patriotik 3. Pertandingan mewarna

9 Mei 2013 10 Mei 2013

19 Julai 2013

30 Ogos 2013

30 Ogos 2013

3.2 PELAPORAN AKTIVITI 3.2.1 Aktiviti Kenegaraan a) Nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwi dan lagu Sekolah Pada setiap perhimpunan perdana sekolah sama ada pada setiap hari Rabu atau hari keramaian yang dianjurkan oleh sekolah, prasekolah wajib mengikuti program yang telah diadakan oleh pihak sekolah. Kanak-kanak prasekolah turut berbaris ikut barisan yang telah ditetapkan bagi memastikan keseragaman kedudukan mereka di tapak perhimpunan sekolah.

b) melafazkan ikrar rukun Negara Selepas nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak ibu pertiwiku dan lagu sekolah. Kanak-kanak turut mengikut bacaan ikrar Rukun Negara. Kanak-kanak perlu berdiri tegak sambil mengangkat tangan separas bahu. 3.2.2 Aktiviti Perayaan 1Malaysia a) Membuat Kuih-muih perayaan Gawai, Tarian Singa, Perayaan Deepavali Bagi menyemaikan semangat perpaduan antara kaum dan semangat persahabatan diantara kanak-kanak prasekolah,

Gambar murid sedang melakukan tarian singa bagi kaum cina

Gambar menunjukkan murid-murid sedang membuat kuih-muih untuk perayaan Gawai

Suasana di mana murid belajar mengenai perayaan Hari Deepavali melalui teknik penceritaan Big Book (Mimi and Anis in the Jayas House)

b) Sambutan Merdeka Raya Dalam menyemarakkan semangat merdeka di kalangan kanak-kanak prasekolah, mereka turut terlibat dalam acara yang telah dianjurkan oleh sekolah pada 30 Ogos 2013. Kanakkanak prasekolah telah mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan mewarna ,perhimpunan khas dan menyanyikan lagu patriotik.

3.2.3 Aktiviti Pusat Kreatif 1Malaysia. 1) Mewarna Bunga Raya Bunga raya merupakan lambang negara Malaysia dan 5 kelopaknya melambangkan lima prinsip rukun negara. Kanak-kanak diperkenalkan dengan bunga raya. Di samping itu mereka bersoaljawab dengan guru mengenai bunga raya yang biasa mereka lihat. Guru menerangkan keistimewaan bunga raya kepada mereka. Sambil mereka bermain, mereka faham kelopak Bunga raya membawa maksud lima prinsip rukun negara yang selalu disebut dalam ikrar.

2) Permainan batu(seremban)

3.2.4 Aktiviti Sambutan Hari Malaysia. 1) Mewarnakan bendera Malaysia Kanak-kanak amat peka kepada bendera yang ditunjukkan kepada mereka dan suka bertanya jenis bendera yang diperkenalkan kepada mereka. Guru memperkenalkan bendera Malaysia. Kanak-kanak dapat menyatakan warna pada bendera dan boleh menyanyikan lagu berkaitan dengan warna bendera Malaysia. Di samping itu, guru juga menggunakan buku besar berkenaan bendera kebangsaan. Kanak-kanak memahami warna, bentuk, jalur dan rupa bentuk bendera Malaysia Penjelasan adalah berkaitan dengan empat warna bendera, ada bintang dan bulan sabit, tujuh jalur warna merah dan tujuk jalur putih.

4.0 IMPAK Hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya dapati murid dapat mengenali konsep kerjasama, mengenali pelbagai kaum terutama dari segi nama perayaan tersebut seperti perayaan hari Gawai, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Raya.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI Penambahan dari segi perancangan dan pengisian sepanjang tahun akan terus dipertingkatkan agar adanya program / aktiviti 1 Malaysia setiap bulan tanpa melangkaui bulan-bulan yang lain.

DI LAPORKAN OLEH; (JUPONG ANAK AMBAK) GURU PRASEKOLAH, SK ST LAWRENCE,SABU 95000 SRI AMAN 083323395 (PEJABAT) 0194387126 ( H/P)

You might also like