Chap 13 Pengarah With Tutorial Qs

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 88

1

13.1 Pengenalan 13.2 Takrifan Pengarah 13.3 Perlantikan Pengarah 13.3.1 Kelayakan Pengarah 13.3.2 Hilang Kelayakan Pengarah (a) Bankrap (b) Tindakan Mahkamah (c) Tidak Solven 13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (a) Menurut Akta Syarikat (b) Menurut Artikel Persatuan

13.3.4 Kesan Tindakan Pengarah Yang Tidak Sah

Perlantikannya 13.4 Kuasa Lembaga Pengarah 13.5 Saraan Pengarah ( Gaji Dan Elaun) 13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 13.6.2 Remedi-remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Fidusiari Pengarah 13.7 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, dan Ketekunan 13.7.1 Remedi-remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Kemahiran, Berhati-hati dan Ketekunan 13.8 Kewajipan Statutori 13.9 GantiRugi Dan Perlepasan Tugas 13.10 Rumusan
3

13.1 Pengenalan Pengarah adalah seseorang yang mengendalikan atau menguruskan perniagaan sesebuah syarikat. [syarikat adalah artificial legal person@man-made) Setiap syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pengarah syarat syarat ini terkandung dalam seksyen 122 Akta Syarikat 1965. Seksyen 122(1) menyatakan bahawa setiap syarikat harus mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang tinggal menetap di Malaysia. Seksyen 122(1)(a) : menyatakan pengarah tidak termasuk pengganti pengarah. Mengikut seksyen 122(3), pengarah pertama bagi sesebuah syarikat hendaklah di namakan dalam memorandum ataupun artikel persatuan.

13.1 Pengenalan Peranan pengarah dalam syarikat: (a) Menyenaraikan perkara-perkara prinsip : tentang kira-kira perniagaan, statistik dan prosedur pengurusan dan bertanggungjawab dalam segala urusan syarikat. (b) Bertindak dengan jujur dan menggunakan kebolehan dengan wajar. [ hak kepentingan diri x bercanggah dengan tugasnya].bertindak jujur dan amanah demi kepentingan syarikat. (c) Penumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan syarikat dan menyimpan rahsia syarikat semasa beliau jadi pengarah atau selepas beliau tidak lagi menjadi pengarah. 5

13.2 Takrifan Pengarah Dalam seksyen 4 Akta Syarikat 1965: seorang pengarah kepada suatu perbadanan ialah seorang yang memenuhi kedudukan sebagai seorang pengarah kepada sesebuah perbadanan dengan apa sahaja nama yang diberi termasuklah seseorang yang arahan dan ajarannya perlu diikuti dan juga pengganti pengarah, atau pengarah bayangan(shadow directors) Mengikut takrif yang diberikan oleh Seksyen 4 Akta Syarikat 1965, perkataan pengawai termasuklah pengarah, ini bermakna pengarah adalah pegawai kepada syarikat Shadow directors: tidak duduk dalam lembaga pengarah tetapi pengarah syarikat mengikut arahan pengarah bayangan..indirect control of the management.
6

13.3 Perlantikan Pengarah Seksyen 122 Akta Syarikat 1965: Tiap-tiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua pengarah yang setiap orang mempunyai tempat bermastautin di Malaysia dan hanya di Malaysia.[pengarah harus menetap di Malaysia] (1A): Dalam subseksyen(1), pengarah tidak termasuk pengarah gantian. Seksyen 122(3): Pengarah pertama syarikat hendaklah di namakan dalam memorandum dan artikel syarikat.[ setiap memorandum yang dihantar untuk pendaftaran sesebuah syarikat, mestilah mengandungi penyata tentang nama dan butiran yang berkaitan dengan orang yang akan dilantik menjadi pengarah.
7

13.3.1 Kelayakan Pengarah Seksyen 122(2) : Tidak ada orang selain dari orang sebenar sudah cukup umur boleh menjadi pengarah syarikat. Seksyen 124 Akta Syarikat 1965: [ Sekiranya dalam artikel persatuan syarikat itu sendiri menetapkan kelayakan syer ataupun telah dikuatkuasakan dalam mesyuarat am syarikat oleh itu adalah menjadi tugas setiap pengarah di bawah seksyen 124 Akta Syarikat 1965 untuk mendapatkan sejumlah syer yang sepatutnya dalam tempoh 2 bulan dari tarikh perlantikannya. Sekiranya artikel persatuan memberikan tempoh<kurang dari 2 bulan = kelayakan syer perlu diperoleh dalam jangka masa tersebut.
8

13.3.1 Kelayakan Pengarah

Seksyen 129(1) Akta Syarikat 1965: Tertakluk kepada seksyen ini tidak kira apa pun di dalam memorandum atau perkara-perkara syarikat tidak ada orang yang atau lebih dari umur 70 tahun boleh dilantik atau bertindak sebagai pengarah syarikat awam atau anak syarikat-syarikat awam. [ seseorang yang berumur lebih daripada 70 tahun tidak boleh dilantik sebagai pengarah]. Namun begitu, Akta ini membenarkan seseorang yang berumur lebih daripada 70 tahun untuk memegang jawatan sebagai pengarah sehingga mesyuarat agung syarikat berikutnya mengeluarkan satu ketetapan yang diputuskan oleh majoriti iaitu tidak kurang ahli syarikat.[seksyen 129(6) Akta Syarikat 1965.
9

13.3.2 Hilang Kelayakan Pengarah (a) Bankrap Seksyen yang relevan: Seksyen 125 Akta Syarikat 1965 Seksyen 125(1) Tiap-tiap orang yang adalah bankrap yang tidak dilepaskan bertindak sebagai pengarah, atau secara langsung atau tidak langsung mengambil bahagian di dalam atau mengambil berat di dalam pengurusan, apa-apa perbadanan kecuali dengan kebenaran mahkamah hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap akta ini.

kedua-duanya. [Seseorang yang merupakan orang bankrap yang belum dilunaskan tidak boleh menjadi pengarah suatu perbadanan atau mengambil bahagian dalam pengurusan perbadanan dan jika melanggar seksyen ini adalah bersalah dengan melakukan kesalahan melainkan beliau mendapat kebenaran mahkamah] 10

Penalti: Penjara lima tahun atau satu ratus ribu ringgit atau

(b) Tindakan Mahkamah Seksyen 130 memperuntukkan: 130(1) Di mana seseorang telah disabitkan sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia(a) dengan apa-apa kesalahan berhubung dengan penganjuran pembentukan atau pengurusan perbadanan; (b) dengan apa-apa kesalahan melibatkan fraud atau tidak jujur dihukum di atas sabit kesalahan dengan penjara untuk 3 bulan atau lebih; atau (c) apa-apa kesalahan di bawah seksyen 132, 132A, atau 303. {jika dalam tempoh 5 tahun selepas disabitkan atau jika dihukum penjara, selepas dibebaskan dari penjara, tanpa kebenaran mahkamah adalah pengarah atau penganjur atau secara langsung@tidak langsung mengambil berat atau ambil bahagian dalam pengurusan perbadanan di Malaysia= didapati bersalahPenalti: 5 tahun penjara atau 100 ribu ringgit.}

13.3.2 Hilang Kelayakan Pengarah

11

13.3.2 Hilang Kelayakan Pengarah

(b) Tindakan Mahkamah


Kesalahan yang boleh menyebabkan hilang kelayakan adalah seperti berikut: (a) mana-mana kesalahan yang berkaitan kenaikan pangkat, penubuhan atau pengurusan syarikat; (b) Mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran yang boleh dihukum dan disabitkan dengan 3 bulan penjara atau lebih; (c) Kesalahan menurut seksyen 132, 132A atau 303 Akta Syarikat.
12

13.3.2 Hilang Kelayakan Pengarah (c) Tidak Solven [seksyen 130A] 130 A. Hilang kelayakan pengarah-pengarah syarikat-syarikat yang tak solven. (1) Jika atas suatu permohonan di bawah seksyen ini didapati oleh Mahkamah(a) bahawa seseorang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pengarah sebuah syarikat yang telah pada sesuatu masa dikenakan tindakan penyelesaian (sama ada semasa ia telah menjadi pengarah atau kemudiannya) dan telah tak solven pada masa itu; dan (b) bahawa kelakuannya sebagai pengarah mana-mana daripada syarikat-syarikat itu membuat ia tidak layak untuk menumpukan perhatian kepada pengurusan sebuah syarikat. [Mahkamah boleh membuat suatu perintah bahawa orang itu tidaklah boleh, tanpa kebenaran mahkamah, menjadi seorang pengarah atau walau bagaimanapun, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menumpukan perhatian kepada atau mengambil bahagian dalam pengurusan sebuah syarikat bermula pada tarikh perintah dan tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang ditentukan dalam perintah.
13

13.3.2 Hilang Kelayakan Pengarah (c) Tidak Solven [seksyen 130A]

Contohnya pada tahun 2005 Adrian dilantik menjadi pengarah Syarikat Emerald Bhd, 2 tahun kemudian syarikat menjadi tak solven.Pada tahun 2007, Adrian dilantik menjadi syarikat Sapphire Bhd, syarikat tak solven pada 2009. [contoh situasi ini, Adrian telah memegang jawatan pengarah dalam 2 syarikat yang menjadi tak solven[syarikat 1st: 2007..2nd : 2009{ Adrian tidak layak menjadi pengarah syarikat lain@ melibatkan diri dalam pengurusan syarikat KECUALI dengan kebenaran mahkamah. 14

13.3.2

Hilang Kelayakan Pengarah (c) Tidak Solven [seksyen 130A]


Antara faktor-faktor yang akan diambil kira oleh mahkamah ialah: (i) Bentuk kesalahan yang dilakukan; (ii) Sejauh mana penglibatan pengarah di dalam jenayah; (iii) Keperibadian/karektor pengarah; (iv) Kepentingan pemegang saham, pekerja, dan pemiutang syarikat; dan (v) Risiko terhadap pihak awam.
15

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (a) Menurut Akta Syarikat

Akta Syarikat [seksyen 124, 129] memperuntukkan keadaan di mana pengarah hilang kelayakan..kesannya: pengosongan jawatan berlaku. Seksyen 124. Kelayakan Pengarah

124 (1) : Tanpa mempengaruhi operasi mana-mana peruntukan Division ini yang terdahulu, tiap-tiap pengarah yang oleh perkara-perkara diperlukan untuk memegang kelayakan saham tertentu dan yang tidak lagi layak, hendaklah mendapatkan kelayakan di dalam masa 2 bulan selepas perlantikannya atau apa-apa tempoh masa yang lebih pendek seperti yang ditetapkan oleh perkara-perkara. 124(2) Melainkan sebaliknya diperuntukkan oleh perkaraperkara kelayakan mana-mana pengarah syarikat hendaklah dipegang olehnya sendirian dan bukan sebagai satu dari beberapa pemegang bersama.
16

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah

(a) Menurut Akta Syarikat


124(3) Pengarah hendaklah mengosongkan jawatannya jika ia tidak di dalam tempoh yang dirujuk di dalam subseksyen(1) mendapatkan kelayakannya atau jika selepas mendapatkannya berhenti pada bila-bila masa memegang kelayakannya. Penalti : RM 1 ribu

124(4) Seseorang yang mengosongkan jawatan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi tidak layak untuk dilantik semula sebagai pengarah sehingga ia memperolehi kelayakannya.
17

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (a) Menurut Akta Syarikat Rumusan seksyen 124: Sesebuah syarikat mungkin menetapkan dalam artikel persatuan bahawa pengarahpengarahnya mesti memperolehi sejumlah syer yang tertentu bagi melayakkan dirinya sebagai pengarah. Apabila kelayakan syer(qualifying shares) seperti yang sedemikian telah ditetapkan, maka seseorang yang dilantik sebagai pengarah syarikat mesti memperolehi kelayakan syernya dalam masa 2 bulan. (jika masih tidak kosongkan jawatannya..kesalahan wujud dan boleh didakwa) 18

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (a) Menurut Akta Syarikat Seksyen 129(2) memperuntukkan: 129(2) Jawatan pengarah syarikat awam atau anak syarikat-syarikat awam hendaklah menjadi kosong di penutup mesyuarat agung tahunan bermula kemudian selepas beliau mencapai umur 70 puluh tahun atau jika ia telah mencapai umur tujuh puluh tahun sebelum permulaan Akta ini di penutup mesyuarat agung tahunan bermula kemudian selepas permulaan Akta ini.
19

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (a) Menurut Akta Syarikat Seksyen 129(6) memperuntukkan:

129(6): Tidak kira apa pun di dalam seksyen ini, seseorang yang atau melebihi umur 70 puluh tahun boleh dengan resolusi yang notis saja tidak pendek dari yang diperlukan untuk diberikan kepada ahli-ahli syarikat mengenai mesyuarat agung tahunan telah diberi dengan teratur, diluluskan oleh majoriti tidak kurang dari ahli-ahli syarikat.
20

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (a) Menurut Akta Syarikat Rumusan seksyen 129(2) & 129(6): Seseorang yang melebihi had umur 70 tahun boleh dilantik sebagai pengarah sebuah syarikat awam atau anak syarikat jika syarat yang ditetapkan dalam seksyen 129(6) dipenuhi.[Resolusi mesti diluluskan oleh majoriti tiga perempat (3/4) oleh ahli yang hadir dan yang boleh mengundi. Perlantikan tersebut hanyalah sehingga mesyuarat agung tahunan yang berikutnya, iaitu apabila keseluruhan proses mesti diulang jika pengarah tersebut masih ingin memegang jawatan tersebut.

21

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (b) Menurut Artikel Persatuan Artikel Persatuan: memperuntukkan perlantikan pengarah adalah untuk tempoh yang tertentuperlantikan tamat dengan akhirnya tempoh tersebut dan jawatan mestilah dikosongkan. Kes : BT Insurance ( Holdings) Ltd Iwn Edward Lurnley Ltd(1986), artikel: pengarah dilantik sehingga mesyuarat agung berikutnya. Tetapi pengarah tersebut tidak dipilih dan dilantik untuk tempoh 5 tahun. Keputusan: Peruntukan artikel : Perlantikannya bergantung pada mesyuarat agung di mana dia tidak pilih dan beliau harus mengosongkan jawatan sebagi pengarah urusan sebagai lantikannya tidak salah dan contrary dengan artikel persatuan. 22

13.3.3 Pengosongan Jawatan Pengarah Disebabkan Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (b) Menurut Artikel Persatuan Keadaan keadaan lain di mana pengosongan jawatan pengarah wujud:[Artikel 72 Jadual 4] (i) Berhenti menjadi pengarah dengan kehendak Akta (i.e seksyen 124) (ii) Menjadi bankrap; (iii) Di larang menjadi pengarah oleh Akta(bersamaan dengan poin (i); (iv) Tidak siuman( tidak dapat fikir dengan sewajarnya@rasional); (v) Meletak jawatan dengan notis bertulis kepada syarikat; (vi) Tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah selama 6 bulan atau lebih tanpa kebenaran; (vii) Memegang jawatan lain tanpa persetujuan syarikat kecuali pengarah urusan@pengurus; dan (viiii) Berminat di dalam mana-mana kontrak yang dicadangkan dengan syarikat dan gagal mengisytiharkan kepentingannya berdasarkan peruntukan Akta. 23

13.3.4 Kesan Tindakan Pengarah Yang Tidak Sah Perlantikannya Seksyen 127 Akta Syarikat 1965: menetapkan bahawa tindakan pengarah adalah sah walaupun terdapat kecacatan yang didapati kemudiannnya daripada pelantikan atau kelayakannya. Seksyen : melindungi orang-orang luar terhadap transaksi yang mungkin diketepikan kerana pengarah syarikat itu telah hilang kelayakannya dalam cara tertentu. Perhatian : Seksyen 127. Keesahan tindakantindakan pengarah-pengarah dan pegawaipengawai. 127. Tindakan-tindakan pengarah atau pengurus atau setiausaha hendaklah menjadi sah walau apa pun kecacatan yang mungkin kemudiannya dijumpai dalam perlantikan atau kelayakannya.
24

13.3.4 Kesan Tindakan Pengarah Yang Tidak Sah Perlantikannya

Prinsip yang dinyatakan dalam seksyen 127 disokong dalam Artikel 89 Jadual 4 Akta Syarikat : Semua tindakan yang dibuat oleh pengarah yang terdapat beberapa kecacatan dalam perlantikan mana-mana pengarah@ yang bertindak sebagai pengarah, akan menjadi sah seolah-olah orang berkenaan dilantik sepenuhnya dan berkelayakan untuk menjadi pengarah. Note : Prinsip dalam Royal British Bank Iwn Turquand (1855), seseorang di luar syarikat tidak perlu memastikan bahawa pengarah yang dilantik itu dengan betul dan berkelayakan.
25

13.4 Kuasa Lembaga Pengarah

Fungsi lembaga pengarah-artikel persatuan. Sila beri perhatian kepada kuasa pengarah berkenaan dengan pengurusan syarikat: (i) Melantik pengarah tambahan: artikel persatuan (ii) Pinjaman dan cagaran terhadap hutang syarikat. (iii) Mengadakan mesyuarat syarikat + panggil mesyuarat luar biasa (EGM) (iv) Mewakilkan kuasa kepada orang lain..i.e pengarah urusan + setiausaha. (v) Pengisuan saham (vi) Pengisuan debentur (vii) Pengisuan instrumen boleh niaga (negotiable instruments) (viii) Panggilan terhadap jumlah saham yang belum dibayar (ix) Permohonan penggulungan syarikat (x) Tindakan undang undang dengan penggunaan nama syarikat. (xi) Tolak dan terima pemindahan saham syarikat [ kuasa ini hendaklah diberikan dalam artikel persatuan.dan tindakan pengarah mestilah bona fide..jujur. 26

13.5 Saraan Pengarah ( Gaji Dan Elaun)

Artikel 70, Jadual Keempat, Susunan Daftar A : Saraan pengarah-pengarah hendaklah dari masa ke semasa diputuskan oleh syarikat di dalam mesyuarat agung. Saraan tersebut hendaklah disifatkan sebagai terakru dari hari ke sehari. Pengarah-pengarah juga boleh dibayar bayaran perjalanan, hotel dan lainlain perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh mereka di dalam menghadiri dan pulang dari mesyuarat pengarah-pengarah atau manamana komiti bagi pengarah-pengarah atau mesyuarat agung syarikat atau yang berkaitan dengan perniagaan syarikat.[hak pengarah untuk saraan dinyatakan dalam artikel persatuan@kontrak antara pengarah dan syarikat.
27

13.5 Saraan Pengarah ( Gaji Dan Elaun)

Gaji Pengarah: - Dari segi gaji Akta Syarikat 1965 tidak memperuntukkan jumlah gaji yang harus dibayar.{harus dilihat pada artikel persatuan} -Lindley LJ memutuskan dalam kes Re George Neuman&Co,: pengarah tidak berhak untuk mendapat bayaran bagi perkhidmatan yang diberikannya, dan tidak berhak membuat bayaran bagi dirinya sendirinya atau bagi pihak lain, tidak memberi hadiah dengan harta syarikat melainkan diberi kuasa oleh syarikat.
28

Tugas fidusiari memerlukan pengarah bertindak dengan suci hati(bona fide) untuk kepentingan syarikat, menjalankan tugas serta menggunakan kuasa untuk tujuan dan matlamat yang sah sahaja. Seseorang pengarah adalah terikat untuk tidak melakukan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan peribadinya yang boleh bercanggah dengan kepentingan syarikat. Sebelum A1299: Seksyen 132(1) : Pengarah hendaklah bertindak dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang munasabah dalam melepaskan kewajipan-kewajipan jawatannya.
29

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

Note seksyen semasa : Seksyen 132(1) Pengarah syarikat hendaklah pada setiap masa menggunakan kuasanya bagi tujuan yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat yang sebaik-baiknya untuk syarikat.

Amendment!
30

1)Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat. Untuk bertindak secara jujur adalah merujuk kepada bertindak secara bona fide bagi kepentingan syarikat dalam melaksanakan fungsi yang berkaitan dengan kewajipan pengarah.[dalam kes Victoria Marchesi Iwn Barnes & Keogh (1970)] Pengarah mesti melaksanakan budi bicara secara bona fide, iaitu apa yang mereka pertimbangkan dan bukannya yang dipertimbangkan oleh mahkamah(pandangan subjektif) [Kes: Re Smith & Fawcett Ltd(1942) Hakim Lord Greene: Mahkamah Rayuan, England.
31

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

1)Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat. Prinsip tentang percanggahan kepentingan dan rasionalnya boleh dilihat dalam kes Australia, Furs Ltd Iwn Tomkies [1935] seperti berikut: Tiada seorang pengarah boleh mendapatkan keuntungan bagi dirinya secara menyebelahi pihak syarikat melainkan semua fakta material telah dikemukakan kepada pemegang syer dan melalui suatu resolusi mesyuarat agung yang mengizinkan perbuatannya atau kesemua pemegang syer mempersetujuinya. Suatu keuntungan yang diperolehi secara rahsia oleh pengarah hasil daripada pelaksanaan kewajipan fidusiarinya adalah kepunyaan syarikat secara ekuiti. Jika tugasnya : melindungi dan memperluaskan kepentingan syarikat..gunakan peluang untuk mendapatkan keuntungan diri {di sini berlaku pertentangan antara kewajipan fidusiari dan kepentingan untuk dirinya.
32

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 1)Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat. Kes : Re W&M Roith Ltd [1967]( Mahkamah Tinggi, England] Fakta: Roith merupakan orang yang mengawal dan biasanya dipanggil sebagai syarikat seorang. Beliau merupakan salah seorang daripada 3 orang pengarah. Roith ingin membuat satu peruntukan bagi isterinya selepas kematiannya. Dengan itu, beliau menandatangani suatu kontrak dengan syarikat yang memperuntukkan bahawa isterinya akan dbayar pencen jika beliau meninggal dunia. Sudah tentu masalah tidak timbul dalam mendapatkan syarikat untuk menerima perjanjian tersebut, kerana beliau mengawal syarikat tersebut. Kemudian Roith meninggal dunia. Wasinya membuat tuntutan bagi mendapatkan pencen untuk balunya. Penyelesai menolak tuntutan tersebut, Keputusan: Mahkamah memutuskan penyelesai adalah tepat untuk berbuat demikian. Alasannya adalah seperti yang berikut : semasa pengarah syarikat bersetuju untuk membuat kontrak tersebut, mereka tidak mempertimbangkan kepentingan syarikat. Roith hanya mengambil kira kepentingan isterinya, suatu sentimen yang harus dipuji tetapi dari segi undang-undang, ia merupakan suatu faktor yang tidak dibenarkan untuk dipertimbangkan apabila melaksanakan tugas pengarah.
33

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 1)Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat. Dalam kes Winkworth Iwn Edward Baron Development Co Ltd [1987]: Lord Templeman menyatakan: pengarah mempunyai tugas terhadap syarikat dan juga terhadap pihak pemiutang syarikat untuk memastikan bahawa halehwal syarikat ditadbirkan secara betul dan hartanya tidak dihilangkan atau dieksploitasi bagi faedah pengarah itu sendiri serta menimbulkan prasangka kepada pihak pemiutang. Dengan itu, jika pengarah bertindak dengan cara yang menimbulkan prasangka kepada pihak pemiutang syarikat tersebut apabila syarikat itu menjadi tak solven, maka mereka akan disabitkan dengan kesalahan.

34

13.6 Kewajipan-Kewajipan

Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

Kes : Walker Iwn Wimborne [1975](Mahkamah Tinggi, Australia), pengarah mesti mengambil berat tentang kepentingan pemegang saham dan juga pemiutang.

35

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

2) Pengarah tidak meletakkan dirinya dalam satu keadaan di mana terdapat percanggahan antara kewajipan untuk syarikat dan kepentingan peribadinya. Lord Upjohn dalam Boardman Iwn Phipps [1967] : seorang pemegang amanah tidak boleh menempatkan diri dalam suatu kedudukan yang menyebabkan kewajipan dan kepentingannya bercanggah antara satu sama lain. Perhatikan 6 keadaan di mana terdapat percanggahan kepentingan pengarah di antara kewajipan untuk syarikat dan kepentingan diri .2(a) (f)
36

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 2(a) Seorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan harta atau wang syarikat. Jika beliau berbuat demikian, bukan sahaja beliau telah melanggar tugasnya tetapi keuntungan yang diperolehinya adalah milik syarikat dari segi ekuiti. Seseorang pengarah yang menyalahgunakan harta korporat bagi kegunaannya sendiri mungkin bersalah kerana pecah amanah jenayah.
37

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 2(a) Seorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan harta atau wang syarikat. Kes : Totex-Adon Pty Ltd Iwn Marco (1982) - Marco sebagai seorang pengarah Totex-Adon gagal buka akaun berasingan bagi syarikat TotexAdon dan penerimaan hasil jualan dimasukkan ke dalam akaun Adon(Marco :pengarah dan pemegang saham di Adon) -Keputusan: Pengarah tidak boleh menggunakan harta@wang syarikat untuk memperolehi faedah peribadi.Hakim Cohen Marco mempunyai tanggungjawab yang besar kerana telah berurusan dengan wang/harta syarikat plaintiff dan menggunakan wang syarikat dalam syarikat yang beliau mempunyai kepentingan secara langsung.
38

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 2(a) Seorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan harta atau wang syarikat. Kes: Lai Ah Kau & Anor Iwn Public Prosecutor [1988] - Fakta : 2 orang perayu : pengarah syarikat dan pemegang saham-skim penipuan di mana wang syarikat dikeluarkan seolah-oleh untuk menjelaskan bil kontraktor, tetapi wang itu digunakan untuk tujuan peribadi/perbelanjaan sendiri. -Keputusan: Pengarah sebgai pemegang amanah syarikat (i.e sama ada dalam kedudukan sebagai pengarah atau kerana mempunyai jumlah saham yang banyak) ..dan tindakanmengeluarkan wang yang direka seolah-olah digunakan untuk tujuan pembayaran kepada kontraktor (di samakan dengan menipu dan mencuri harta syarikatdisabitkan kesalahan.
39

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 2(b) Seseorang pengarah tidak boleh menggunakan maklumat yang didapati daripada kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Original Act(sebelum Companies Amendment Act 2007): Seksyen 132(2): 132(2) Pegawai-pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham tidak boleh menggunakan dengan tidak betul apa-apa maklumat yang diperolehi dengan kerana kedudukannya sebagai pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung faedah untuk dirinya sendirinya atau untuk mana-mana orang lain atau untuk menyebabkan kerugian pada syarikat

40

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 2(b) Seseorang pengarah tidak boleh menggunakan maklumat yang didapati daripada kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Amendment.. A 1299 [Seksyen 132..Kewajipan dan liabiliti pengawai-pengawai: [Companies Amendment Act 2007) [Larangan terhadap penyalahgunaan harta syarikat, kedudukan, peluang korporat atau persaingan dengan syarikat] 132(2) Pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung(a) menggunakan harta syarikat; (b) menggunakan apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai syarikat; (c) menggunakan kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai tersebut; (d) menggunakan mana-mana peluang dalam syarikat yang dia sedari, dalam pelaksanaan fungsinya sebagai pengarah atau pegawai syarikat; dan (e) terlibat di dalam urus niaga bersaing dengan syarikat, untuk mendapat keuntungan secara langsung atau tak langsung, manfaat bagi dirinya atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan kerosakan kepada syarikat. 41

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari 2(b) Seseorang pengarah tidak boleh menggunakan maklumat yang didapati daripada kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Sebelum A 1299, Seksyen 132(2) tiada isu tentang penyalahgunaan harta syarikat oleh pengarah atau pegawai syarikat. Sebelum A 1299, Akta tidak membincangkan isu kewajipan dari segi fidusiari di mana boleh diratifisikan oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan dan juga persoalan sama ada pengarah boleh melibatkan diri dalam urusniaga yang bersaing dengan syarikat.
42

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

2(c) Seorang pengarah tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapatkan keuntungan rahsia/peribadi bagi dirinya sendiri. - Masalah timbul dalam keadaan berikut: Pengarah dalam keupayaan sebagai pengarah tahu tentang adanya peluang untuk mendapat keuntungan, dan pada masa yang sama syarikat juga mempunyai kepentingan terhadapnya. - Persoalan yang timbul adalah bilakah pengarah boleh mengelakkan dirinya daripada peluang tersebut supaya tidak bercanggah dengan kepentingan syarikat. - Untuk menyelesaikan masalah ini, prinsip kes Regal Hastings Ltd Iwn Gulliver (1942), boleh dipakai apabila Lord Russel memperkenalkan peraturan fidusiari yang fleksibel yang dikenali sebagai kaedah peluang korporat. - Syarikat boleh mengambil balik keuntungan apabila wujud 2 perkara: (i) Apabila apa yang dilakukan oleh pengarah mempunyai kaitan dengan syarikat jika dilakukan dalam keupayaan mereka sebagai pengarah dan beliau mempunyai pengetahuan tertentu tentang perkara tersebut. (ii) Jika apa yang pengarah lakukan, telah menghasikan keuntungan kepada syarikat.
43

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari


2(c) Seorang pengarah tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapatkan keuntungan rahsia/peribadi bagi dirinya sendiri. - Sebagai kesimpulannya, sekiranya pengarah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan, beliau akan bertanggungjawab kepada syarikat terhadap perbuatannya.
44

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

(d) Seorang pengarah tidak boleh mengambil/menyimpan untung rahsia (i.e upah,yuran, komisen..) - Seseorang pengarah tidak boleh membuat keuntungan untuk kepentingan diri sendiri. Kes yang menunjukkan prinsip ini adalah : Boston Deep Sea Fishing Co. - Dalam kes ini: pengarah telah mengambil komisyen tanpa pengetahuan syarikat dan tidak mendedahkan keuntungan rahsia. Mahkamah memutuskan bahawa pengarah adalah bertanggungan untuk memulangkan komisyen yang diperolehi kepada syarikat. -Rumusan kes : Ansell pengarah urusan syarikat Boston[bertanggungjawab dalam pembinaan bot menangkap ikan], telah menerima komisen daripada pembuat kapal, dan 2nd : sebagai pemegang saham syarikat pembekal ais dan ikan {menerima bonus daripada dua syarikat tersebut] 45

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari (cont) Kes : Furs Ltd v Tomkies (1926) Rumusan kes: Tomkies(pengarah syarikat Furs Ltd) :kontrak

pembelian dengan syarikat di New Zealand dan mendapat bayaran daripada kontrak jual-beli.kesan: harga yang ditawarkan kepada Furs Ltd adalah lebih rendah/dikurangkan. Keputusan: Tomkies(pengarah)arahan untuk bayaran persendirian tersebut kepada pihak syarikat. Hakim Evatt menyatakan dalam kes Australia Furs Ltd Tomkies seperti berikut: Tiada seorang pengarah boleh dapatkan keuntungan bagi dirinya secara menyebelahi pihak syarikat melainkan semua fakta material telah dikemukakan kepada pemegang syer dan melalui suatu resolusi mesyuarat agung yang mengizinkan perbuatannya@ kesemua pemegang syer mempersetujuinya. Suatu keuntungan yang diperoleh secara rahsia oleh pengarah hasil daripada pelaksanaan kewajipan fidusiarinya adalah kepunyaan syarikat secara ekuiti.
46

Hakim Evatt menyatakan dalam kes Australia Furs Ltd Tomkies seperti berikut(cont) Bukan maksud kepada prinsip ini di mana: sama ada syarikat mendapat kerugian daripada tindakan pengarah tersebut, tetapi isunya ialah prinsip yang tidak membenarkan percanggahan antara kewajipan dengan kepentingan untuk mendapatkan keuntungan persendirian secara keupayaan fidusiari semasa menguruskan halehwal syarikat. Jika tugas adalah untuk memperluaskan dan melindungi kepentingan syarikat dan beliau mewujudkan peluang untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri{maka wujud suatu pertentangan antara kewajipan yang ditetapkan untuknya dan kepentingan dirinya]..
47

e) Seorang pengarah tidak boleh memasuki kontrak dengan syarikatnya tanpa mendedahkan fakta bahawa beliau adalah pihak yang mempunyai kepentingan. Kes : Transvaal Lands Co Iwn New Belgium(Transvaal) Land & Development Co [1914], Fakta ringkas: Samuel dan Harvey pengarah syarikat Transvaal Lands. S :pengarah syarikat New Belgium. {S&H: pemegang saham dalam syarikat New Belgium}. Lembaga Pengarah Transvaal Land bersetuju membeli saham yang dimiliki syarikat New Belgium.selepas kontrak jual-beli[pengetahuan S&H mempunyai kepentingan dalam syarikat New Belgium. Keputusan: Kepentingan sebagai Pengarah Transvaal dan pemegang saham di New Belgium[percanggahan tentang kewajipan mereka untuk bertindak secara objektif dan rasional demi kepentingan syarikat Transvaal [pelanggaran fiduasiari wujud!]

48

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

e) Seorang pengarah tidak boleh memasuki kontrak dengan syarikatnya tanpa mendedahkan fakta bahawa beliau adalah pihak yang mempunyai kepentingan. Sila beri perhatian kepada peruntukan seksyen 131(1) dan 131(5) Akta Syarikat 1965 seperti berikut: 131. Pendedahan kepentingan di dalam kontrak, harta, jawatan-jawatan dan lain-lain 131(1) Tertakluk kepada seksyen ini tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, sama ada langsung@tidak langsung, berminat di dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan syarikat tersebut hendaklah secepat mungkin yang praktik selepas fakta-fakta yang relevan telah sampai ke pengetahuannya mengisytiharkan sifat kepentingannya di mesyuarat pengarah-pengarah syarikat
49

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

e) Seorang pengarah tidak boleh memasuki kontrak dengan syarikatnya tanpa mendedahkan fakta bahawa beliau adalah pihak yang mempunyai kepentingan. 131(5) Tiap-tiap pengarah syarikat yang memegang jawatan atau memiliki apa-apa harta sama ada secara langsung atau tidak langsung tugas-tugas atau kepentingankepentingan mungkin wujud bercanggah dengan tugas-tugas atau kepentingankepentingannya sebagai pengarah hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat pengarahpengarah syarikat fakta dan sifat jenis dan had percanggahan tersebut.
50

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

f) Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat. - Tiada peraturan menyatakan seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah 2 syarikat yang berasingan antara satu sama lain. - Selagi konflik yang timbul itu dikemukakan kepada syarikat dan dipersetujui, maka pemegang jawatan 2 pengarah bukan merupakan pelanggaran kewajipan fidusiari per se. - Syarikat berhak untuk melonggarkan peraturan bagi konflik terhadap kepentingan.
51

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

f) Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat. Seperti yang dinyatakan oleh Hakim Upjohn dalam kes : Boulting Iwn Association of Cinematograph, Television and Allied Technicians. [1963] Pengarah..kadangkala mungkin berada dalam satu kedudukan yang walaupun kepentingan dan kewajipan mereka bercanggah tetapi mereka masih boleh memberi perkhidmatan mereka secara baik dan jujur kepada kedua-dua belah pihak dan berkhidmat dengan dua majikan bagi faedah kedua-duanya. Jika pihak yang berhak kepada faedah tersebut[terhadap konflik kepentingan]berpuas hati dengan kedudukan tersebut dan memahami hak mereka dalam perkara itu , maka tiada alasan mengapa beliau tidak boleh melonggarkan peraturan tersebut. 52

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

f) Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apaapa harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat. Soalannya bagaimana dengan perkara berkenaan merampas peluang korporat? Ini jelas merupakan suatu pelanggaran kewajipan bagi seseorang untuk menubuhkan sebuah firma yang bersaing untuk mendapatkan faedah kontrak yang sepatutnya diserahkan kepada syarikat yang beliau merupakan pengarahnya. Kes: Cooks Iwn Deeks [1916]
53

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

f) Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat. Kes: Cooks Iwn Deeks [1916] Fakta: Syarikat Pembinaan Toronto mempunyai 4 orang pengarah yang juga merupakan pemegang syernya. 3 dari pengarah tersebut(defendan) telah bertengkar dengan pengarah yang lain (plaintiff). Syarikat itu menguruskan beberapa kontrak yang lumayan dari Canadian Pacific Railway. Apabila kontrak itu diperoleh oleh ketiga-tiga defendan tersebutmembentuk Syarikat Pembinaan Dominion(mereka pemegang syer juga) Plaintiff mendakwa bagi pihak syarikat untuk menuntut keuntungan yang diperoleh oleh pihak defendan . Keputusan: Pihak defendan telah melanggar kewajipan mereka sebagai pengarah dan membenarkan syarikat untuk menuntut keuntungan 54 tersebut.

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

f) Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat. Kes : Avel Consultants Sdn Bhd & Anor Iwn Mohamed Zain Yusof & Ors [1985] Fakta ringkas: 3 responden pengarah syarikat perayu. 3 responden menubuhkan firma perunding jurutera lainbersaing dengan syarikat perayuFirma pesaing responden dilantik untuk melakukan kerja perundingan yang sepatutnya milik syarikat perayu. Soalannya adalah tuntuan perayu yang responden lakukan langgaran dari segi kewajipan fidusiari berjaya? Keputusan: :Undang-undang nyata: pengarah mempunyai kewajipan fidusiari dengan syarikat.Oleh itu pengarah tidak boleh melakukan sesuatu yang bercanggah antara kepentingan dirinya dan kepentingan syarikat.{ keputusan yang amat tegas)prinsip am diaplikasikan dalam kes ini.
55

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

3) Pengarah mesti menggunakan kuasa dan aset yang telah diamanahkan kepadanya dengan maksud yang ditentukan. -Pengarah tidak boleh menyalahgunakan aset syarikat untuk tujuan yang salah dengan menyalahgunakan kuasa yang diberi[walaupun secara prima facie tindakan beliau nampak jujur} Kes : Belmont Finance Corporation Ltd Iwn Williams Furniture Ltd (1980) ( Mahkamah Rayuan, England) Fakta ringkas: Pengarah-pengarah Belmont telah berkomplot dengan beberapa orang lain untuk menggunakan tabung Belmont secara salah di sisi undang-undang. Tujuannya adalah untuk membiayai pembelian syer syarikat..Merujuk kepada Seksyen 67: urusniaga oleh syarikat tentang syernya sendiri liabiliti yang dikenakan kepada pengawai yang ingkar:5 tahun penjara@ satu ratus ribu ringgit!! Keputusan : Belmont tidak disekat daripada membuat dakwaan.

56

13.6 Kewajipan-Kewajipan Pengarah 13.6.1 Kewajipan Fidusiari

13.6.2 Remedi-remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Fidusiari Pengarah

Menyerahkan keuntungan yang diterima (3rd party) kepada syarikat; B) Jika kesan kewajipan pengarah: kerugian kepada syarikat: ganti rugi yang sewajarnya harus diberikepada syarikat.
A)

57

13.7 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, dan Ketekunan Seksyen 132..Kewajipan dan liabiliti pegawaipegawai. 132(1) Pengarah syarikat hendaklah pada setiap masa menggunakan kuasanya bagi tujuan yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat yang sebaik-baiknya untuk syarikat. A 1299 132(1A) Pengarah syarikat hendaklah melaksanakan perhatian yang munasabah, kemahiran dan ketekunan dengan(a) pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang boleh dengan munasabah dijangkakan daripada pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama;dan (b) apa-apa pengetahuan tambahan, kemahiran dan pengalaman yang memang dipunyai oleh pengarah.
58

13.7 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, dan Ketekunan Seksyen 132..Kewajipan dan liabiliti pegawai-pegawai. A1299 132(1B) Keputusan urusniaga/Business judgement rule 132(1B) Pengarah yang membuat keputusan urus niaga adalah dianggap telah memenuhi keperluan kewajipan di bawah subseksyen(1A) dan kewajipan yang sama dengannya di bawah common law dan ekuiti jika pengarah(a) membuat keputusan urus niaga dengan suci hati bagi tujuan yang patut; (b) tidak mempunyai kepentingan tersendiri yang material di dalam tajuk perkara keputusan urus niaga tersebut; (c) telah diberitahu mengenai tajuk perkara persatuan urus niaga ke takat mana pengarah secara munasabah percayai sebagai patut di dalam keadaan tersebut; dan (d) dengan munasabah percayai bahawa keputusan urus niaga adalah untuk manfaat sebaik-baiknya untuk syarikat tersebut.
59

13.7 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, dan Ketekunan Tugas mengikut kemahiran dan berhati-hati mempunyai 3 prinsip asas seperti berikut yang telah diambil dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Co.Ltd(1925) i)Darjah kemahiran - Seseorang pengarah tidak perlu menunjukkan tugas berhati-hati dan kemahiran yang lebih tinggi daripada tugas yang munasabah yang dijangkakan daripada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sepatutnya. (reasonable man test)

60

13.7 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, dan Ketekunan Tugas mengikut kemahiran dan berhati-hati mempunyai 3 prinsip asas seperti berikut yang telah diambil dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Co.Ltd(1925) ii) Perhatian kepada urusan syarikat.

- Pengarah mestilah mempunyai ketekunan melakukan tugas syarikat. - Dalam kes Re Brazillian Rubber Plantations &Estates Ltd (1911), diputuskan bahawa dalam melaksanakan tugasnya, pengarah mesti bertindak secara berhati-hati dengan munasabah. -Seperti yang dijelaskan dalam kes City Equitable, pengarah tidak terikat untuk memberikan perhatian yang berterusan terhadap pentadbiran syarikat. - E.g Kebiasaannya pengarah eksekutif menumpukan perkhidmatannya dengan sepenuh perhatian kepada perjalanan dan urusan syarikat. 61

13.7 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, dan Ketekunan Tugas mengikut kemahiran dan berhati-hati mempunyai 3 prinsip asas seperti berikut yang telah diambil dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Co.Ltd(1925) iii) Penyerahan tugas - Seorang pengarah berhak untuk menyerahkan tugasnya kepada pengarah-pengarah lain atau pegawai-pegawainya dalam syarikat. - Prinsip kes City Equitable boleh juga diaplikasikan, di mana penyerahan tugas hanya boleh dibuat jika pengarah tidak mempunyai perasaan syak terhadap pengarah lain atau pegawai yang lain. - Kadang kala pengarah juga bergantung pada pendapat pakar luar, tetapi akan menyebabkan kecuaian jika pakar luar ini tidak memberikan pendapat seperti yang dikehendaki oleh pengarah. - Dalam kes Selangor Limited Rubber Estates Ltd Iwn Craddock(1967), pengarah telah diputuskan bertanggungan iaitu beliau sepatunya berhati-hati tentang kesilapan yang mungkin berlaku walaupun pada hakitatnya pengarah tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
62

13.7.1 Remedi-remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Kemahiran, Berhati-hati dan Ketekunan Seksyen 132(3) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan: 132(3) Pengawai atau ejen atau pegawai Bursa Saham yang melakukan pelanggaran seksyen ini hendaklah(a) bertanggung kepada syarikat untuk apaapa keuntungan yang dibuat olehnya atau untuk kerosakan oleh syarikat akibat dari pelanggaran tersebut;dan (b) bersalah di atas kesalahan Akta ini. Penalti: Lima tahun penjara atau 30 ribu ringgit. 63

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

(a) Seksyen 131(1)-Tertakluk kepada seksyen ini tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, sama ada langsung@tidak langsung, berminat di dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan syarikat tersebut hendaklah secepat mungkin yang praktik selepas fakta-fakta yang relevan telah sampai ke pengetahuannya mengisytiharkan sifat kepentingannya di mesyuarat pengarahpengarah syarikat.
64

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

(b) Seksyen 132A(X)-Pengarah yang masuk dalam sesuatu urusniaga atau berhubung sesuatu urusniaga dalam cagaran-cagaran perbadanan, tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah untuk memperolehi maklumat-maklumat sulit. (Dipotong)X di bawah Companies Amendment Act 2007.
65

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

(c) Seksyen 132B(X)-Pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumatmaklumat yang diperolehi daripada aktiviti rasmi sebagai pengarah untuk kepentingan diri. (Dipotong)X di bawah Companies Amendment Act 2007.

66

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

(d) Sebelum A 1299: Seksyen 132-Pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana-mana cadangan atau melaksanakan manamana transaksi tersebut; (i) perolehan satu usaha atau harta benda yang bernilai tinggi; (ii)pelupusan sebahagian usaha atau harta benda syarikat yang akan mempengaruhi pelaksanaan atau kedudukan kewangan syarikat, kecuali telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat agung.
67

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

(d) Selepas Gan.Akta A 1299 Seksyen 132C..Kelulusan syarikat diperlukan untuk melupuskan akujanji atau harta syarikat oleh pengarah-pengarah. 132C(1) Walau apa pun di dalam memorandum atau perkara-perkara syarikat, pengarahpengarah tidak boleh memberi kesan apa-apa perkiraaan atau transaksi untuk(a) perolehan akujanji atau harta yang bernilai substantial; atau (b) pelupusan sebahagian substantial akujanji atau harta syarikat. melainkan perkiraaan atau transaksi tersebut diluluskan oleh syarikat di dalam mesyuarat agung.
68

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut: (e) Seksyen 132D. Kelulusan syarikat diperlukan untuk penerbitan syer-syer oleh pengarah. (1) Tidak kira apa-apa di dalam memorandum atau perkara-perkara syarikat, pengarah-pengarah tidak boleh, tanpa kelulusan syarikat terlebih dahulu di dalam mesyuarat agung, menggunakan apa-apa kuasa syarikat untuk menerbitkan syer-syer. [Pengarah tidak boleh menerbitkan syer tanpa kelulusan syarikat dlm mesyuarat agung]
69

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

(f) Sebelum A1299 Seksyen 132E: syarikat tidak boleh buat transaksi dengan pengarah syarikat atau syarikat induknya atau seseorang yang berkaitan dengan pengarah untuk memperolehi dari atau melupuskan kepada pengarah atau orang tersebut apa-apa aset bukan tunai kecuali telah diluluskan oleh resolusi syarikat dalam mesyuarat agung.
70

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

f) Gan Akta A 1299 : 132E. Transaksi harta yang substantial oleh pengarah atau pemegang syer substantial. (1) Tertakluk kepada subseksyen(2) seksyen 132F sebuah syarikat hendaklah tidak menguatkuaskan apa-apa perkiraan atau transaksi di mana pengarah atau pemegang syer substantial syarikat atau syarikat induknya, atau orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang syer substantial tersebut(a) memperolehi atau akan memperolehi syer atau aset bukan tunai dengan nilai yang diperlukan, daripada syarikat; atau (b) melupuskan atau perlu melupuskan syer-syer atau aset bukan tunai dengan nilai yang diperlukan kepada syarikat.
71

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

f) Gan Akta A 1299 : 132E. Transaksi harta yang substantial oleh pengarah atau pemegang syer substantial. (2) Perkiraan atau transaksi yang dikuatkuasa bertentangan dengan subseksyen(1) hendaklah terbatal, melainkan terdapat kebenaran terdahulu mengenai perkiraan atau transaksi tersebut(a) dengan resolusi syarikat di dalam mesyuarat agung; atau (b) dengan resolusi syarikat induk di dalam mesyuarat agung, jika perkiraan dan transaksi itu adalah memihak kepada pengarah atau pemegang syer substantial daripada syarikat induk atau orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang syer substantial tersebut. (interest in that particular transaction.as a majority shareholder.cant vote against the transaction that you have interest.subject to conflict of interest.
72

g) Seksyen 133: Pinjaman kepada pengarah-pengarah 133(1) Syarikat(selain dari syarikat persendirian yang dikecualikan) hendaklah tidak memberi pinjaman kepada pengarah syarikat atau syarikat yang disebabkan oleh seksyen 6 adalah dianggap berkaitan dengan syarikat tersebut, atau membuat gerenti atau menyediakan apaapa jaminan berhubung dengan pinjaman yang dibuat kepada pengarah tersebut oleh mana-mana orang lain tetapi tiada apa-apa jua di dalam seksyen ini akan terpakai(a) tertakluk kepada subseksyen(2)pengarah mengeluarkan wang untuk tujuan melakukan tugasnya dengan betul sebagai pegawai syarikat; atau (c) pinjaman yang dibuat kepada pengarah yang berkhidmat sepenuh masa dengan syarikat@syarikat induk : di mana pinjaman kepada pekerja syarikat diluluskan dalam mesyuarat agung. Tetapi subseksyen (1) tertakluk (2)(a)(b)
73

g) Seksyen 133: Pinjaman kepada pengarah-pengarah 133(2) (a) dengan kelulusan syarikat terlebih dahulu dalam mesyuarat agung yang membincangkan tujuan perbelanjaan dan amaun pinjaman@had gerenti atau jaminan.. (b) jika kelulusan syarikat tiada pada@ sebelum mesyuarat agung tahunan, pinjaman hendak dibayar balikgerenti@jaminan.......i.e @tanggungjawab terhadap 6 bulan selepas akhirnya mesyuarat tersebut.

74

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut:

h) Seksyen 133A: Larangan pinjaman kepada orang-orang yang bersangkutan dengan pengarah-pengarah. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, syarikat(selain dari syarikat persendirian yang dikecualikan)hendaklah tidak(a) memberi pinjaman kepada mana-mana orang yang bersangkutan dengan pengarah syarikat atau dengan syarikat induk; atau (b) membuat apa-apa gerenti atau menyediakan apa-apa jaminan bersangkutan dengan pinjaman yang diberi kepada orang tersebut oleh mana-mana orang lain.
75

13.8 Kewajipan Statutori Kewajipan-kewajipan statutori pengarah adalah seperti berikut: g) Seksyen 135. Kewajipan umum untuk membuat pendedahan (1) Pengarah syarikat hendaklah memberi notis bertulis kepada syarikat(a) apa-apa butir berkaitan dengan syer, debentur, hak dan opsyen dan kontrak untuk tujuan pematuhan oleh syarikat. (b) apa-apa pertukaran berkenaan dengan butirbutir yang disebut dalam perenggan(a) (c) peristiwa dan perkara-perkara yang mempengaruhi atau berkaitan dengan dirinya. (d) jika beliau adalah pengarah syarikat awam atau anak syarikat awam pada tarikh di mana beliau mecapai atau akan mencapai umur tujuh puluh tahun.
76

13.9 GantiRugi Dan Perlepasan Tugas Seksyen 140(1) dan Seksyen 354(1) 1) Seksyen 140.Peruntukan-peruntukan mengganti rugi pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai. (1) Apa-apa peruntukan, sama ada terdapat di dalam perkara atau kontrak dengan syarikat, untuk mengecualikan mana-mana pegawai@juruaudit syarikat dari, atau mengantiruginya terhadap apaapa liabiliti yang oleh undang-undang akan selainnya disertakan kepadanya berkenaan apaapa kecuaian keingkaran pelanggaran kewajipan@pecah amanah yang mana ia boleh melakukan kesalahan kepada syarikat, hendaklah menjadi tak sah. [walaupun peruntukan artikel @kontrak syarikat membenarkan pembayaran ganti rugi kepada pengarah.dari liability terhadap pelanggaran kewajipan(tidak sah) hanya jika ahli syarikat melepaskan pengarah dari kewajipan fidusiarinya.
77

13.9 GantiRugi Dan Perlepasan Tugas Seksyen 140(1) dan Seksyen 354(1) Seksyen 354(1) Akta Syarikat 1965: 354. Kuasa untuk memberi relief:{budi bicara mahkamah} Jika dalam mana-mana prosiding untuk kecuaian, ingkar,pecah tugas atau pecah amanah terhadap seorang kepada mana seksyen ini terpakai ia diperlihatkan kepada Mahkamah sebelum prosiding diambil bahawa ia adalah atau boleh bertanggungan berkenaan dengannya tetapi ia telah bertindak jujur dan munasabah, dan bahawa dengan menimbangkan semua keadaan kes termasuk yang berkaitan dengan perlantikannya, ia sepatutnya secara adil dimaafkan kerana kecuaian, keingkaran atau kemungkiran.mahkamah boleh meringankan tanggungannya sama ada kesemuanya atau sebahagiannya di atas apa-apa terma seperti difikirkan sesuai oleh mahkamah. { Mahkamah mempunyai budi bicara yang tinggi dalam menentukan sama ada pelepasan sebahagian daripada liabiliti atau sepenuhnya tentang pelanggaran kewajipan pengarah.{adil dan saksama untuk mahkamah bertindak sedemikian}
78

Soalan 1: (a) Analisa senario di bawah berdasarkan kepada Akta Syarikat 1965. Dayakuasa Pte Ltd(Dayakuasa) telah diperbadankan pada 5 Julai 2009. Dayakuasa menjalankan perniagaan mengimport dan mengeksport makanan yang siap diproses antara Malaysia dan Brunei. Sunny, Amir dan Lee merupakan pengarah-pengarah Dayakuasa semenjak Julai 2009. Syarikat memperuntukkan di dalam artikelnya yang menghendaki setiap pengarah mengambil 50,000 unit saham dalam masa satu bulan selepas perlantikan bagi melayakkan mereka sebagai pengarah-pengarah. Sunny telah gagal untuk mendapatkan saham kelayakannya dalam tempoh yang ditetapkan di dalam artikel. Sementara Amir pernah menjadi pengarah Zeno Pte Ltd dan Chery Pte Ltd, di mana pada tahun 2008 kedua-dua syarikat tersebut telah dibubarkan atas alasan syarikat telah menjadi tak solven. 79

Soalan 1: (b) Seorang pengarah tidak boleh meletakkan dirinya di dalam keadaan di mana berlaku percanggahan kepentingan di antara tugasnya untuk syarikat dan kepentingan dirinya. Bincangkan DUA(2) keadaan di mana terdapat percanggahan kepentingan pengarah di antara kewajipan untuk syarikat dan kepentingan diri. Sokong jawapan anda dengan kes-kes yang telah diputuskan.
80

Isu 1 : Soalannya adakah Sunny layak menjadi pengarah syarikat Dayakuasa? Perlantikannya sebagai pengarah masih lagi sah? Isu 2: Adakah Amir layak menjadi pengarah syarikat Dayakuasa, sebab pernah menjadi pengarah Zeno Pte Ltd dan Chery Pte Ltd, di mana pada tahun 2008 kedua-dua syarikat telah menjadi tak solven?.....

81

Isu 1: 124 (1) : Tanpa mempengaruhi operasi mana-mana peruntukan Division ini yang terdahulu, tiap-tiap pengarah yang oleh perkara-perkara diperlukan untuk memegang kelayakan saham tertentu dan yang tidak lagi layak, hendaklah mendapatkan kelayakan di dalam masa 2 bulan selepas perlantikannya atau apa-apa tempoh masa yang lebih pendek seperti yang ditetapkan oleh perkara-perkara. 124(3) Pengarah hendaklah mengosongkan jawatannya jika ia tidak di dalam tempoh yang dirujuk di dalam subseksyen(1) mendapatkan kelayakannya atau jika selepas mendapatkannya berhenti pada bila-bila masa memegang kelayakannya. Penalti : RM 1 ribu 124(4) Seseorang yang mengosongkan jawatan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi tidak layak untuk dilantik semula sebagai pengarah sehingga ia memperolehi kelayakannya. 82

Isu 1: Aplikasi: Sunny tidak layak menjadi pengarah Dayakuasa perlu mengosongkan jawatannya sebagai pengarah. Sebab: gagal mendapat saham kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam artikel dalam masa 1 bulan selepas perlantikannya. Sunny boleh memulihkan jawatannya selepas mendapat saham kelayakan tersebut.

83

Isu 2: Seksyen130 A. Hilang kelayakan pengarah-pengarah syarikatsyarikat yang tak solven. (1) Jika atas suatu permohonan di bawah seksyen ini didapati oleh Mahkamah(a) bahawa seseorang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pengarah sebuah syarikat yang telah pada sesuatu masa dikenakan tindakan penyelesaian (sama ada semasa ia telah menjadi pengarah atau kemudiannya) dan telah tak solven pada masa itu; dan (b) bahawa kelakuannya sebagai pengarah mana-mana daripada syarikat-syarikat itu membuat ia tidak layak untuk menumpukan perhatian kepada pengurusan sebuah syarikat. [Mahkamah boleh membuat suatu perintah bahawa orang itu tidaklah boleh, tanpa kebenaran mahkamah, menjadi seorang pengarah atau walau bagaimanapun, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menumpukan perhatian kepada atau mengambil bahagian dalam pengurusan sebuah syarikat bermula pada tarikh perintah dan tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang ditentukan dalam perintah. 84

Isu 2:

Seksyen130 A. Hilang kelayakan pengarahpengarah syarikat-syarikat yang tak solven.

Aplikasi : Amir pernah menjadi pengarah kepada 2 buah syarikat yang mana kedua-duanya solven : Amir pernah menjadi pengarah Zeno Pte Ltd dan Chery Pte Ltd, di mana pada tahun 2008 kedua-dua syarikat tersebut telah dibubarkan atas alasan syarikat telah menjadi tak solven. Amir tidak layak menjadi pengarah syarikat Dayakuasa. Kesimpulan: (a)Sunny tidak layak menjadi pengarah Dayakuasa hilang kelayakan sebagai pengarah selepas gagal memiliki saham kelayakan seperi yang diperuntukkan dalam artikel. (b) Amir tidak layak untuk menjadi pengarah Dayakuasa.
85

Nyatalkan DUA(2) keadaan di mana terdapat percanggahan kepentingan pengarah di antara kewajipan untuk syarikat dan kepentingan diri. 1) Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat. - Furs Ltd Iwn Tomkies [1935] 2) Seorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan harta atau wang syarikat. -Kes : Totex-Adon Pty Ltd Iwn Marco (1982)

86

3) Seorang pengarah tidak boleh mengambil/menyimpan untung rahsia (i.e upah,yuran, komisen..) -Boston Deep Sea Fishing Co. 4) Seorang pengarah tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapatkan keuntungan rahsia/peribadi bagi dirinya sendiri. - Regal Hastings Ltd Iwn Gulliver (1942)
87

5) Seorang pengarah tidak boleh memasuki kontrak dengan syarikatnya tanpa mendedahkan fakta bahawa beliau adalah pihak yang mempunyai kepentingan. Kes : Transvaal Lands Co Iwn New Belgium(Transvaal) Land & Development Co [1914], 6) Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat. Kes : Avel Consultants Sdn Bhd & Anor Iwn Mohamed Zain Yusof & Ors [1985] Note : Refer to Slide 31 to 56.
88

You might also like