Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Inovasi dalam pendidikan

Siti Zunita & Nur Syuhadah

Apakah maksud 'guru inovatif'?


Guru yang mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, semasa sambutan hari guru (16 Mei 2012) di Bandar Diraja Perak Darul Ridzuan.

Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

KONSEP INOVASI

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Strategi pengajaran inovatif

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Pembelajaran Elektronik

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)


Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)


Pembelajaran berasaskan masalah membolehkan murid berpeluang untuk:
Menyemak dan mencuba apa yang diketahui.
Membina kemahiran sosial untuk memperolehi pencapaian yang lebih baik dalam pasukan. Menjadi lebih fleksibel semasa memproses maklumat dan menunaikan tanggungjawab.

Menemui apa yang ingin dipelajari.

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Menyatakan dan mempertahankan keadaan menggunakan bukti dan hujah yang mantap. Mengamalkan kemahiran yang diperlukan selepas tempoh persekolahan tamat.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Masalah


Merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap senario masalah yang diberi.

Ciri-ciri PBM yang menjadikannya sebagai satu pendekatan inkuiri ialah :

Mencetuskan persoalan ( apa, kenapa, bagaimana dan di mana).

Merupakan satu proses yang menggalakkan pelajar mendapatkan jawapan berdasarkan masalah.

Melibatkan kemahiran proses sains - memerhati, membuat inferens, membuat ramalan, komunikasi antara kumpulan, menginteprasi data dan menjalankan eksperimen.

Pembelajaran Elektronik
Pembelajaran elektronik berfungsi untuk menyediakan pembelajaran melalui penggunaan komputer. Para pelajar boleh belajar dengan sendiri secara interaktif menggunakan multimedia.

Terdapatnya proses penilaian untuk melihat tahap kefahaman murid dalam pembelajaran.

Pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia dan komputer menjadi alat pengantaraan berkesan dan cekap untuk menyampaikan kandungan.

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang

Perkembangan inovasi yang pesat pada hari ini menjadikan pembelajaran berasaskan laman sesawang satu inovasi yang utama dalam sistem pendidikan.

Satu bentuk pembelajaran elektronik yang sedang berkembang pesat ialah pembelajaran berasaskan laman sesawang .

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Definisi Reka Bentuk Resos


Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran. Bidang sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian, dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran suatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam suatu pelajarandengan berasaskan bahan yang akan digunakan.

Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT:

E-buku/ ebook e-majalah e-portfolio Blog dan forum

Ialah buku dalam bentuk elektronik. Memuatkan kandungan yang sama dengan buku dalam bentuk cetak. Mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota.
Majalah dalam bentuk elektronik. Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan fungsifungsi elektronik seperti e-buku. Mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa. Guru dapat membimbing (scaffold) dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus kepada aspek-aspek penting.

Satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar, artifak, catatan interaksi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar lain. Sejauh mana perkembangan pembelajaran termuat dalam e-portfolio.
Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian. Blog dan forum membolehkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan. Melalui blog dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri.

Rujukan/Bahan Bacaan Tambahan:


Noriati A. Rashid, et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Habib Mat Som, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud . Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia : Universiti Malaya Yahya bin Buntat, Lailinanita binti Ahamad. Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan GuruGuru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru : Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

You might also like