Borang PK 07 3 Contoh Format Minit Mesyuarat Kompang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 MINIT MESYUARAT KELAB KOMPANG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA BIL 1 / (2013) Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 16 JANUARI 2013 : 12.40-1.40 PETANG : DEWAN TERBUKA SK SERI KENANGA : EN. SHAHAIRI BIN SURATMAN

Kehadiran(Bilangan) : 33/34 Turut Hadir (Jika ada) : ....................................................................................................................... ........................................................................................................................ 1 PERUTUSAN PENGERUSI

.
i) Pengerusi mengucapkan selamat datang ke Mesyuarat Agung kelab kompang kali pertama. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.

ii) Pengerusi mengharapkan aktiviti kelab kompang pada tahun 2013 dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak terutamanya kehadiran murid.

.
2 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT 4.1.Fokus mesyuarat diadakan adalah untuk membuat Pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa Kelab kompang sekolah bagi sesi 2013. Senarai penuh ahli jawatankuasa dilampirkan dalam lampiran. Tindakan: Semua Guru dan Ahli 4.2. Pengerusi berharap agar ahlijawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Tindakan: Semua Guru dan Ahli 4.3. Pengerusi juga memaklumkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun. Antaranya adalah latihan kompang, persediaan untuk perarakan majlis maulidur rasul, majlis mesyuarat agung PIBG, hari sukan sekolah dan majlis-majlis sekolah yang memerlukan khidmat kelab kompang. Tindakan: Semua Guru dan Ahli

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

HAL-HAL LAIN 5.1. Pengerusi memaklumkan bahawa setiap murid mesti menunjukkan kesungguhan dalam latihan. Guru penasihat akan memilih murid yang benar-benar berkelayakan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang disenaraikan. Tindakan: Semua Murid 5.2. Pengerusi juga mengingatkan kesemua ahli mengenai kehadiran. Semua murid diminta hadir semasa sesi pertemuan kelab dan persatuan. Kehadiran ahli adalah amat penting dan direkodkan. Tindakan: Semua Murid 5.3. Pengerusi juga menggalakkan murid-murid untuk mengadakan latihan bagi memantapkan teknik dan gaya pukulan kompang. Tindakan: Semua Murid

PENUTUP a. Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan ahli kerana hadir dalam mesyuarat kali pertama dalam tahun 2013. Pengerusi berharap agar guruguru dan murid-murid dapat memberikan komitmen dalam segala aktiviti yang telah dirancang. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang. Disediakan oleh, .......................................... ( EN. JAZLI BIN JOHARI) Tarikh : 20 Januari 2013 Disemak Oleh, ................................ (EN. SHAHAIRI BIN SURATMAN) Tarikh : 20 Januari 2013

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like