Buletin Kakom 2009 Edisi2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Edisi 2 Sabtu,18 Julai 2009 25 Rejab 1429 http://www.kmp.matrik.edu.

my

Kandungan:
KEMERIAHAN KAKOM MULA DIRASAI
• Kemeriahan KAKOM mula
dirasai Suasana meriah telah terasa pada hari pertama Karnival Kokurikulum Matrikulasi
(KAKOM) ke-9 tahun 2009 yang julung kalinya diadakan di Kolej Matrikulasi Perlis. Karnival ini juga
• Jamuan mesra KAKOM
akan menghimpunkan lebih daripada 700 orang pegawai dan atlet. Sebanyak 9 acara
• Pendaftaran penginapan
dipertandingkan pada KAKOM kali ini yang akan melibatkan sepuluh kontinjen terdiri daripada
• Percubaan gelanggang sembilan buah Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej Mara iaitu Kolej
• Ketua pasukan KMP kasi Matrikulasi Perlis, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Pulau
gegar KAKOM 09 Pinang, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Perak, Kolej
• KMPh bersemangat Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Mara.
• Takraw KMPk tunjuk taring Sehingga awal pagi ini, KMP sudah mula dibanjiri atlet-atlet yang datang dari seluruh
• Sejenak bersama pengarah Kolej Matrikulasi Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat di sekitar kawasan letak kenderaan yang telah
• Mesyuarat pengurus pasukan mula sesak dengan bas-bas dan kereta kontinjen kolej. Kibaran sepanduk dan bendera
menceriakan lagi suasana pertandingan yang bakal berlangsung di arena KMP. Gerai-gerai jualan
juga telah mula beroperasi di kawasan letak kenderaan yang terletak berhadapan pusat pelajar
KMP. Diharap karnival tahun ini dapat berlangsung tanpa sebarang masalah dan halangan
Waktu solat bagi negeri Perlis disamping merialisasikan objektif KAKOM 2009, iaitu
19 Julai 2009 mewujudkan daya saing yang sihat, melahirkan golongan
Subuh 5.49 yang pelbagai aspek murni, mendapat peluang melihat
infrastruktur kolej lain dan merapatkan lagi hubungan
Syuruk 7.12 antara kolej yang bersesuaian dengan amanat Perdana
Menteri ke-6, YAB Datuk Seri Mohd Najib B. Abdul
Zuhur 1.27 Razak, melalui gagasan Satu Malaysia.
Asar 4.51 Deretan bas kontinjen

Maghrib 7.39
Isya 8.54 Jamuan Mesra KAKOM
Sidang Editor J amuan mesra KAKOM telah diadakan di Dewan Seri
Kayangan dan Dataran Perdana bermula pada pukul 8.30
malam. Majlis ini dihadiri oleh pengarah-pengarah kolej,
Pensyarah pegawai–pegawai KAKOM, peserta dan para sukarelawan Pegawai mengambil
En. Mohd Pauzi Jaafar KMP. Kehadiran Dr Sariah Bt Abd. Jalil, Timbalan Pengarah makanan di DSK
Pn. Siti Hasnidah Musa
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia turut
Pn. Liew Chye Hong
memeriahkan lagi majlis tersebut. Objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim
Pn. Nurjannah Shahidan
di samping dapat bertukar-tukar pandangan dan informasi dikalangan warga matrikulasi. Keceriaan
jelas terpancar di wajah para peserta walaupun penat menjalani sesi percubaan gelanggang
Pelajar sepanjang hari ini. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada
Muhammad Khairul Anwar para sukarelawan dan diakhiri dengan persembahan istimewa daripada seorang pensyarah dari
Aeefi Al-Ghazali Mohd Idrus Unit Perakaunan KMP, Pn. Kartina bt. Husin. Pada masa
Nur Nabilah Hanis yang sama di Dataran
Tan Hui Ru Perdana berlangsungnya
Ira Iryani Mohd Ariff persembahan Wayang
Nur Nadia Rosman Kulit Sri Asun dari negeri
Kedah yang rata-rata
ditontoni oleh peserta
KAKOM. Jamuan berakhir
Pengarah sedang asyik
menonton wayang kulit pada pukul 10.30 malam.
Peserta menjamu selera

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS


M 2 Buletin KAKOM Pendaftaran Penginapan Peserta 18 Julai 2009

Ketibaan Kontinjen & Pendaftaran Penginapan


olej Matrikulasi Pulau Pinang mendahului proses pendaftaran penginapan tepat

K jam 7.40 malam. Kehadiran mereka disambut mesra oleh AJK penginapan yang
telah sedia menanti di gerbang Komsas Siti Fatimah bagi kontinjen perempuan,
manakala Komsas Al-Kindi bagi kontinjen lelaki. Seterusnya disusuli dengan pen-
daftaran Kolej Matrikulasi Johor di Komsas Siti Aisyah dan Komsas Umi Umairah. Se-
hingga jam 11.30 semua kontinjen daripada kolej-kolej lain telah selamat tiba kecuali
KMK dan Kolej MARA. Sejurus mereka tiba di penginapan masing-masing, mereka diba-
hagikan mengikut paras seperti mana yang telah di tetapkan.
Kontinjen paling awal tiba
Pada pagi 18 Julai, kontinjen KMK dan Kolej Mara tiba dan merupakan kontinjen terakhir
mendaftar. Secara keseluruhannya, proses penginapan berjalan lancar dengan bantuan sukarelawan yang telah ditempatkan di setiap
blok asrama. Kami sempat menemubual beberapa orang wakil dari Kolej
Matrikulasi Labuan di mana mereka amat berpuas hati dengan penginapan
yang telah disediakan.

Kontinjen berkumpul
di masjid sebaik tiba

KUNJUNGAN MENGEJUT PEGAWAI BMKPM


Petugas bilik dokumentasi dan buletin KAKOM dikejutkan dengan
kunjungan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar BMKPM, En Jefri Azmi
B. Nasruddin pada jam 12 tengah hari. Kunjungannya adalah untuk
meninjau persiapan dan proses penyuntingan berita untuk Buletin KAKOM.
Sebelum itu, beliau juga turut mengunjungi bilik urus setia KAKOM yang
terletak bersebelahan bilik buletin. Beliau telah berkesempatan memberi
tunjuk ajar dan pendapat tentang teknik dan persembahan kandungan
buletin.
Pegawai BMKPM sedang melawat

Tidak lengkap rasanya jika tidak menghilangkan rasa penat selepas berhempas pulas
bersorak mahupun mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Oleh itu,
sempena KAKOM 2009, beberapa gerai jualan telah dibuka di hadapan pusat pelajar untuk
memeriahkan lagi karnival ini. Terdapat pelbagai makanan yang dijual seperti jagung kukus,
jagung bakar, laksa utara, char kuew teow ‘special’, kacang, burger, nuget, kentang goreng,
serta kek. Malah, menurut salah seorang pelajar KMP, Amirul Asyraff, “makanan yang dijual
adalah sedap dan enak’’. Katanya lagi, “rugi kalau tidak mencuba’’. Tidak ketinggalan juga beraneka
jenis minuman seperti ais ‘blended’, jus jambu, air kelapa dan
sebagainya turut dijual disitu.
Selain daripada itu, terdapat juga barangan lain yang dijual
seperti minyak wangi ‘one drop perfume’, baju t-shirt
pelbagai ‘pattern’ dan tidak ketinggalan gerai Celcom.
Secara keseluruhannya, harga makanan dan barangan yang
dijual di sini adalah berpatutan. Pelbagai juadah
Deretan gerai jualan ada dijual
KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
M 3 Buletin KAKOM Sesi Percubaan Gelanggang 18 Julai 2009

KETUA PASUKAN KMP KASI GEGAR KAKOM 2009


Saudara Mohd Ariff bin Mohd Taib, ketua pasukan KMP dan juga sebagai pemain tenis
di bawah bimbingan Encik Shatul, berharapan besar untuk meraih kemenangan pada
tahun ini. Setelah melihat pihak lawan dari merata negeri, beliau tidak sabar untuk me-
mulakan pertempuran di gelanggang tenis pada Ahad ini. Sebagai tuan rumah KAKOM
2009, beliau berharap agar setiap atlet bersaing secara sihat dan juga berharap agar
semua acara berjalan dengan lancar. Kata-kata terakhir daripada seorang ketua yang
berjiwa kental ini, “BERJUANGLAH SEHINGGA KE TITISAN PELUH YANG TERA-
KHIR.” Semoga KMP mencipta nama untuk KAKOM 2009.
Ketua pasukan KMP

KMPh BERSEMANGAT DAN GEMBIRA

Setelah penat menguji gelanggang tenis, sau-


dari Stephanie, pemain tenis KMPh masih
mampu tersenyum lebar dan kelihatan mem-
punyai semangat yang membara untuk
menghadapi pertandingan yang sebenar. Beliau
berasa teruja dan gembira di atas sambutan
dan layanan yang diberikan oleh para petugas
dan sukarelawan KMP. Beliau juga berpuas hati
dengan kemudahan yang telah disediakan oleh
tuan rumah. Katanya, pelajar KMP bertuah ker-
Suasana disekitar kompleks sukan KMP ketika sesi percubaan gelanggang
ana mempunyai gelanggang tenis yang cukup
sempurna. Beliau berharap agar KMPh dapat
meraih Piala Pusingan Keseluruhan pada tahun Takraw KMPk Tunjuk Taring
ini. Semoga berjaya, Kolej Matrikulasi Pahang.
Sewaktu sesi percubaan gelanggang pada jam 10-11 pagi tadi, gelang-
gang takraw di Kompleks Sukan KMP telah diuji oleh para atlet dari
KMPk. Semangat inginkan kemenangan dapat dilihat menerusi latihan
mereka yang mampu menarik perhatian atlet-atlet dari kolej matrikulasi
lain yang turut mencuba gelanggang. Ketua pasukan takraw KMPk, Amir
Rasydan bin Mat mengharapkan setiap usaha mereka bakal berbalas
kejayaan. Keadaan gelanggang takraw yang disediakan pihak penganjur
juga turut memuaskan hati mereka. Selepas sesi percubaan gelanggang
oleh KMPk, KMPP dan kolej-kolej lain pula turun gelanggang untuk men-
cuba gelanggang pada sebelah pagi dan petang. Semoga acara takraw
yang dipertandingkan pada 19 Julai ini diantara KMPk dan KMP akan
menjadi perlawanan pembukaan takraw yang terhebat.
Melaka bakal mengancam

Pakar fisioterapi KMP

Kontinjen tuan rumah bakal memberikan saingan sengit


KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
M 4 Buletin KAKOM Mesyuarat Pegawai Pasukan 18 Julai 2009

Sejenak bersama Pengarah KMP


Satu taklimat bersama Pengarah KMP Pn. Hajah Azuyah binti Hassan telah
diadakan di DK1 pada pukul 2.30 petang. Pengarah KMP turut diiringi oleh
Timbalan Pengarah KMP Tuan Haji Azemi bin Abu dan Ketua Jabatan Pengurusan
Pelajar En Che Embi bin Sulaiman. Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Ketua
Urusetia KAKOM 2009 En. Shahrom bin Shaari yang dihadiri oleh ketua-ketua
kontinjen dan pengurus setiap pasukan.
Dalam sesi taklimat tersebut Pengarah KMP mengalu-alukan kedatangan kontinjen-
kontinjen kolej matrikulasi dan kolej MARA. Beliau menegaskan tentang semangat
kesukanan, kerjasama dan setiakawan dalam kalangan kontinjen-kontinjen yang
Pegawai sedang mendengar
bertanding. Beliau juga mengambil kesempatan menjemput semua pegawai dan
amanat Pengarah KMP
peserta yang bertanding ke majlis jamuan mesra, majlis perasmian pembukaan dan
majlis penutupan KAKOM 2009. Pengarah KMP mengakhiri ucapan beliau dengan
memohon kemaafan bagi pihak jawatankuasa KAKOM 2009 atas segala kesulitan.

Mesyuarat Ketua Kontinjen dan pengurus pasukan


esyuarat ketua kontinjen dan pengurus pasukan telah diadakan pada
M jam 3 petang di bilik mesyuarat utama sejurus selepas majlis sejenak
bersama pengarah. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
penyelarasan dan taklimat semua aktiviti KAKOM, gelanggang, jadual dan
peraturan pertandingan. Mesyuarat ketua kontinjen turut dihadiri Ketua
Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar BMKPM, En. Kamal Shukri b. Abdullah
Mesyuarat ketua kontinjen Sani dan pegawai BMKPM yang lain iaitu En. Jefri Azmi B. Nasrudin dan Pn.
Jamaliah Hassan Basri.
Sementara itu mesyuarat pengurus pasukan bersama pegawai-pegawai
teknikal telah berlangsung di Blok Tutoran B iaitu futsal di TB2, sepak takraw
Coret-Coret KAKOM ke-9 di TB3, bola jaring di TB4, bola keranjang di TB5, ping pong di TB6, tenis di
TB7, pidato BM di TB8, pidato BI di TB15, catur di TB16 dan nyanyian di
TB17. Kesemua mesyuarat telah berjalan lancar seperti yang dirancang.

Sukarelawan KAKOM 09 akan gegarkan Astaka

Mesyuarat pengurus pasukan sedang berjalan

Kontinjen paling muda


bakal menyinar

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

You might also like