Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BAKTI SISWA

YAYASAN DAKWAH ISLAM MALAYSIA (YADIM)

NAMA : SITI AISYAH BINTI MARISINO NO. MATRIK : 1102436

1. PENGENALAN Kursus ini dirangka untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pengendalian program berbentuk khidmat komuniti . Kursus ini menyediakan pelajar wadah untuk memahami teori dan praktikal serta elemen di dalam proses keseluruhan penganjuran program BAKTI SISWA meliputi perancangan, kajian, perlaksanaan dan pengurusan pasca projek. Bagi kursus ini saya telah memilih YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) sebagai sebuah NGO yang banyak menyumbang kepada badan-badan dakwah yang sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin kepada penyebaran dakwah di Malaysia.

2. LATAR BELAKANG YADIM ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan untuk menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato Seri Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri), YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato Dusuki bin Hj. Ahmad, YB. Dato Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj. Mohd. Nakhaie bin Hj. Ahmad dan YB. Senator Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir bin Baharom (B). Buat masa ini YADIM diterajui oleh YBhg. Datuk Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd. Tahir.

Setiap Yang Dipertua mempunyai idea, pendekatan visi dan misi yang tersendiri dalam menjadikan YADIM rakan pembinaan negara yang sentiasa mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan dan masa depan agama, ummah dan negara.

3. MAKLUMAT KORPORAT NGO

AHLI LEMBAGA

YBHG DR ASYRAF WAJDI DATO' DUSUKI YANG DIPERTUA YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA AHLI-AHLI YB TUAN HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YB MENTERI DI JPM YB DATO SRI HAJI NASIR TUN SAKARAN MENTERI DI JABATAN KETUA MENTERI YB DATUK IR. HAJI DAUD ABD. RAHMAN MENTERI MUDA DI PEJABAT KETUA MENTERI SARAWAK YBHG. PROF. DR. IDRIS ZAKARIA PENSYARAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM YBHG. DATO SUPIAH MD YUSOF PENASIHAT MENTERI DI JPM

YBHG. DATO HAJI IDRIS SHAARI BIN MAT ARIS YBHG. DATO HAJI TAIB BIN ALI

Y.A.A TAN SRI HAJI IBRAHIM BIN LEMBUT

KETUA PENGARAH/ KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

YBHG. DATUK HAJI OTHMAN MUSTAPHA KETUA PENGARAH JAKIM YBHG. DATO SHAMSUL NAJMI BIN SHAMSUDDIN NAIB YANG DIPERTUA (OPERASI) YADIM YBHG. S.S. DATO AS SHEIKH HAJI NOOH BIN GADOT PENASIHAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

YBHG. PROF EMERITUS DATUK DR MAHMOOD ZUHDI HJ AB MAJID PROFESOR DI JABATAN FIQH & USUL FIQH UIA

4. AKTIVITI TERAS NGO Peranan: Menyedia dan memberi perkhidmatan pentadbiran yang berkesan, cekap dan teratur untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam dan luaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia secara konsisten, berteraskan profesionalisme, kerjasama dan integriti. Fungsi: 1. Mengurus, merancang hal ehwal keseluruhan penyelenggaraan dan

pengurusan bangunan-bangunan milik YADIM termasuk bangunan yang disewa serta aset-aset lain merangkumi daftar harta modal dan inventori. 2. Merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem

logistik yang efektif dan efisyen merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan dan menyediakan keperluan logistik untuk urusan rasmi YADIM. 3. Memastikan hal ehwal pentadbiran pejabat seperti pengurusan mesyuarat

dalaman YADIM, pengurusan stor serta bekalan pejabat, perkhidmatan seperti penempatan, khidmat pelanggan, utiliti perhubungan diurus secara sistematik dan berkesan. 4. Melaksanakan, memantau program dan aktiviti pengurusan rekod serta

dokumen selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan dengan mewujudkan kod klasifikasi fail, ruang penyimpanan rekod, pengurusan dan dokumen YADIM serta menyediakan pelan tindakan bencana. 5. Menggubal dan mengemaskini dasar, peraturan dan garis panduan sedia ada

mengenai operasi anak syarikat. Menyelia, menyelaras serta menguruskan hal-hal korporat dan kursus untuk ahli lembaga pengarah/pegawai eksekutif anak syarikat.

5. PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT YANG TELAH DILAKSANAKAN. Sejak YADIM telah diperkenalkan kepada dunia luar, YADIM telah mengembangkan operasinya ke serata pelosok dunia dan ini adalah diantara pencapaian-pencapaian yang telah dilaksanakan: 1. YADIM telah mencapai pensijilan ISO 9001:2008 pada 8 Jan 2009 dan ini

kerana komitemen dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh tenaga kerja YADIM daripada semua peringkat dan semua jabatan. 2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti bertaraf Antrabangsa seperti Multaqa Ulama

Sedunia (2003), Alumni Al-Azhzar (2003) dan Seminar Ahli Sunnah Waljamaah (2005). 3. YADIM telah berjaya mengusahakan program-program dakwah dan

kemasyarakatan seperti Program Ibu Mithali dan Bulan Dakwah. 4. Telah berjaya menjalankan Konvoi Jelajah Kebangsaan 2010/ Jelajah

Kembara YADIM 1 Malaysia yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Myanmar, India, Pakistan dan Jordan. 5. YADIM juga telah terlibat dalam Malaysian International Halal Seminar &

Exhibition (MIHAS) (2003).

6. PERANAN SUKARELAWAN YADIM UiTM jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 17 Julai - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju untuk bekerjasama dalam melaksanakan beberapa program termasuk menubuhkan Sahabat YADIM di kampus-kampus UiTM di seluruh Negara.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dengan menggunakan kepakaran pelajar-pelajar UiTM bagi mewujudkan pelbagai aplikasi yang sekaligus menjadikan bidang dakwah lebih menarik. Persetujuan itu dicapai hasil pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan di Ibu Pejabat YADIM pada hari ini. Dalam perbincangan itu, YADIM diketuai oleh Yang Dipertua, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, manakala pihak UiTM diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof. Dr. Norsaadah Ismail. Melalui kerjasama itu, para pelajar UiTM yang menyertai Sahabat YADIM akan dilatih sebagai kader-kader dakwah yang akan dapat membantu usaha dakwah yang akan dijalankan melalui program-program YADIM. Program ini adalah satu usaha bagi melahirkan golongan terpelajar yang mampu menjadi pemimpin Islam yang tulen serta mempunyai wawasan yang jelas bagi meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Selain itu, pihak UiTM juga akan membantu usaha memantapkan penggunaan teknologi seperti laman web, aplikasi mobil dan sistem pemantauan bagi menjadikan teknologi maklumat mampu menjadi prasarana dakwah yang menarik dan berkesan terutama kepada golongan muda serta bukan Islam.

TV Alhijrah YADIM bekerjasama anjur Keluarga Mithali

KUALA LUMPUR 18 Julai - TV Alhijrah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merancang menganjurkan program realiti, Keluarga Mithali sebagai usaha memupuk nilai-nilai kekeluargaan Islam di kalangan masyarakat di negara ini terutama pasangan muda.

Pengurus Besar Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program, Wan Alias Abdullah berkata, program Keluarga Mithali adalah satu usaha yang baik dilakukan oleh YADIM kerana ia mampu memberikan inspirasi kepada pasangan muda membina keluarga dan mendidik anak-anak mereka. Ini kerana, katanya, program ini bakal memaparkan kisah keluarga-keluarga mithali yang telah berjaya dalam kehidupan mereka. ``Sememangnya kita sangat bimbang melihat situasi perceraian dan masalah akhlak muda mudi sekarang dan dengan sebab itu program seperti ini amat relevan dengan perkembangan semasa, katanya dalam majlis pertemuan dengan delegasi YADIM yang diketuai oleh Yang Dipertua, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Program Anugerah Keluarga Mitahli adalah kesinambungan daripada Anugerah Ibu Mithali yang telah dianjurkan oleh YADIM sejak tahun 1980-an lagi. Anugerah Ibu Mithali adalah satu program bagi memberi pengiktirafan kepada ibuibu yang telah berjaya dalam mendidik anak-anak mereka serta membentuk keluarga masing-masing menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Sehingga kini seramai 10 ibu telah menerima anugerah ini yang meliputi wanita dari pelbagai latar belakang.

7. IMPAK NGO KEPADA MASYARAKAT Peranan YADIM telah dapat membangunkan pandangan hidup masyarakat Islam berlandaskan minda al-Quran dan menyatukan pemikiran ke arah kemajuan negara. Antara kesan lain yang dapat dilihat ialah :

Membina imej Islam sebagai ajaran yang benar dan adil kepada masyarakat. Menarik lebih ramai generasi muda terlibat dalam kegiatan dakwah di setiap kawasan.

Melahirkan pendakwah yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi serta mempunyai kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah.

Berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

8. IMPAK NGO KEPADA NEGARA YADIM berusaha membangunkan minda umat supaya terbentuk minda al-Quran yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat; seterusnya berusaha mengembangkan institusi kehidupan berlandaskan minda al-Quran ini. Menggembleng keupayaan umat Islam dan menyatukannya untuk memartabatkan ketinggian Islam dan mempertahankan kesuciannya. Menjadi penggerak yang berkesan ke arah memanfaatkan potensi umat untuk melaksanakan kerja-kerja bermanfaat dalam kerangka pembangunan negara mengikut acuan sendiri. Berusaha membenteras fahaman-fahaman beku, jumud, hizbiyah (kepartian) taksub dan seumpamanya terutama yang disebarkan atas nama Islam berdasarkan salah tafsiran terhadap ajaran Islam. Menjadi badan penyelaras kegiatan dakwah Islam di Malaysia.

9. KESIMPULAN Secara keseluruhannya pihak pengurusan YADIM telah menjalankan berbagaibagai aktiviti dan pendekatan yang bermanfaat bagi umat Islam di Malaysia.Segala sumbangan yang dilakukan adalah lebih menjurus kearah matlamat berteraskan petunjuk al-Quran . Contohnya seperti program seminar , forum, ceramah dan bengkel yang dijalankan untuk meningkatkan kefahaman mengenai Islam. Penggunaan teknologi baru termasuk informasi IT dan multimedia untuk aktiviti dakwah yang lebih efektif dan pantas juga telah dilakukan oleh pihak YADIM. Selain itu, YADIM juga memberi pertolongan kebajikan, kemanusian dan juga bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana alam, termasuk juga orang fakir miskin, mahupun yang Islam atau bukan Islam, orang Asli termasuk orang pribumi di Sabah dan Sarawak. Pertolongan yang diberikan ini untuk meringankan beban kesusahan mereka dan meningkatkan kesedaran tentang kebaikan agama Islam. Seterusnya YADIM juga telah mewujudkan dana kewangan yang kukuh bagi membiayai kegiatan dakwah dan juga memberi sokongan dalam bentuk sumbangan kewangan kepada badan-badan lain yang berkenaan, persatuan-persatuan pelajar dan belia dan juga badan-badan bukan kerajaan.Memberi perkhidmatan pentadbiran yang boleh diguna-pakai dengan pantas dan efisien kepada para usaha-sama, para penganjur dan para penyokong di dalam dan di luar negara didalam aktiviti-aktiviti dakwah dan program. Semoga dengan sumbangan dan aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak YADIM ini dapat meningkatkan martabat Islam bagi masyarakat di Negara Malaysia seterusnya menjadikan Islam agama yang terbilang dan tersohor di dunia.

11. SUMBER RUJUKAN TUGASAN

http://www.yadim.com.my/

You might also like