Permainan Warm

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Permainan Warm-Up Jambatan Goyang-goyang Arahan 1. Guru meminta murid-murid untuk berkumpul dan berdiri mengikut bentuk ladam.

2. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana ruang yang bersesuaian. Cara bermain 1. Guru memberikan lirik dan juga memberi demonstrasi seperti cara menyanyikan lagu tersebut berserta dengan pergerakkan. 2. Lirik lagu : Jambatan goyang-goyang 2x (menggoyangkan seluruh tubuh badan) Ku takut tenggelam 2x ( goyangkan badan sambil bergerak ke bawah) Lalu aku berenang 2x ( gerakkan tangan dan buat pergerakkan seperti berenang) Habis basah bajuku 2x Ku sidai baju 2x ( gerakkan tangan keluar seperti pergerakkan menyidai baju) Ku pakai semula 2x ( gerakkan tangan seperti pergerakkan memakai baju) Cantik tak?? ( gerakkan badan ke kiri dan ke kanan sambil meletakkan tangan di pinggang )

3. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakkan. 4. Guru membahagikan mengikut kumpulan. 5. Guru meminta mereka membuat pergerakkan daripada perlahan kepada paling cepat.

6. Guru juga boleh menyuruh mereka membuat pergerakkan dari aras yang

berbeza.

Permainan Cuit Berantai

Arahan 1. Guru meminta murid-murid untuk berkumpul dan berdiri mengikut bentuk ladam. 2. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana ruang yang bersesuaian. 3. Ruang yang digunakan tidak boleh dilakukan dalam kawasan yang kecil dan digalakkan dalam kawasan yang terbuka. 4. Hal ini untuk mengelakkan murid berlanggar dengan kumpulan lain semasa aktiviti dijalankan.

Cara bermain 1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 4 orang. 2. Setiap murid dalam kumpulan tersebut diberikan satu nombor untuk mewakili diri. 3. Guru menyuruh murid memegang tangan setiap ahli dalm kumpulan. 4. Memberi arahan murid nombor 1 untuk mencuit murid nombor 3. 5. Dalam pada masa yang sama, murid nombor 2 dan 4 menghalang untuk murid nombor yang berada di luar bulatan mencuit rakan nombor 3.

6. Permainan diteruskan dengan bergilir-gilir.

Permainan Kayu Balak

Arahan 1. Guru meminta murid-murid untuk berkumpul dan berdiri mengikut bentuk ladam. 2. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana ruang yang bersesuaian. Cara bermain

1. Guru meminta murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lima orang. 2. Lantik wakil kumpulan untuk menjadi kayu balak dan yang lain baring dengan kedudukan yang rapat. 3. kayu balak tersebut hendaklah baring secara melintang di atas rakan-rakan ahli kumpulan. 4. Dalam pada masa yang sama, rakan-rakan yang lain berguling kea rah yang sama dengan memastikan kedudukan dan jarak antara mereka sentiasa dekat. 5. Hal ini untuk mengelakkan kayu balak tersebut tergelincir dari landasan. 6. Permainan boleh diulang semula dengan menukarkan ahli kumpulan.

You might also like