Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 55

PERLEMBAGAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KKTM / IKM SE-MALAYSIA

ARTIKEL SATU:
PERSATUAN DAN UNDANG-UNDANG Adalah dengan ini, bahawasanya Persatuan ini adalah tertakluk kepada peraturan KKTM / IKM yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan Perlembagaan Malaysia serta apa jua undang-undang lain yang sah digunapakai di sisi perlembagaan Malaysia. Persatuan ini akan dikenali dengan nama MAJLIS PERWAKILAN

PELAJAR (MPP), yang mana selepas daripada ini akan dikenali sebagai MPP di dalam perlembagaan ini. Pejabat Penyelaras MPP ini adalah seperti berikut: Unit Urusan Pelajar Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

ARTIKEL DUA:

LAMBANG DAN COGAN KATA Lambang MPP adalah seperti berikut:

MAKSUD LOGO Perkataan Majlis Perwakilan Pelajar Merupakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ialah satu organisasi yang anggotai oleh Pelajar dilantik melalui perlembagaan yang diluluskan oleh KKTM/IKM. MPP berfungsi sebagai perantara kepada Pelajar dengan pihak Di samping sikap, pentadbiran. Ianya juga berperanan sebagai badan yang menjaga kebajikan kepada semua Pelajar sepanjang pengajian di KKTM/IKM. meningkatkan KKTM/IKM. Simbol Gear kualiti akademik dan latihan, membantu pihak pengurusan dan pentadbiran KKTM/IKM daripada aspek pembangunan kerohanian, pembudayaan dan turut menjayakan pelbagai agenda semasa

Simbol ini merupakan lambang kemahiran bagi institusi pendidikan di bawah pentadbiran MARA. Simbol ini juga memainkan peranan penting dalam Gear melahirkan modal insan berkemahiran dan berteknologi tinggi. dalam institusi pendidikan di MARA. Simbol orang Simbol ini melambangkan Pelajar-Pelajar yang menuntut ilmu di KKTM/IKM. Simbol tiga orang adalah meliputi Pelajar daripada pelbagai negeri, pelbagai etnik melayu, budaya, nilai dan norma yang dipegang dan dijunjung. Namun begitu ianya bersatu dalam satu lingkungan kesepaduan dan sinergi yang dibangkitkan oleh kepimpinan Pelajar yang berwibawa di dalamnya. Simbol tangan Merupakan tanggungjawab dan peranan MPP dalam organisasi di KKTM/IKM yang berat yang mesti digalas oleh barisan kepimpinan. tangan membawa maksud keperihatinan MPP dalam Lambang dua menjalankan

merupakan lambang yang penting melingkungi aspek-aspek kemahiran

tanggungjawab dengan penuh berhemah dan berbudi pekerti agar yang dikendung tidak keciciran dan yang dikejar beroleh kecemerlangan. MAKSUD WARNA Biru Warna biru pada tangan adalah warna yang melambangkan keteguhan dan kekuatan bagi sesebuah organisasi MPP yang ditubuhkan. Kuning Warna kuning membawa maksud mandat kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran dan para Pelajar kepada barisan kepimpinan MPP untuk menjalankan pentdbiran MPP. Merah

Warna merah pada gear melambangkan keberanian pemimpin yang mempunyai latar belakang bidang bidang kemahiran, cemerlang dalam akademik serta berkebolehan menjadi pemimpin yang menjadi role model. Hitam Warna hitam pada orang melambangkan perpaduan, kesatuan dan sepakat bagi kesemua Pelajar di KKTM/IKM. Hubungan yang erat terjalin mesra.

MPP akan berpegang kepada cogan kata :

BERILMU BERKEMAHIRAN KEUSAHAWANAN


Cogan kata ini melambangkan pemimpin yang mempunyai kecemerlangan ilmu, mempunyai kemahiran latihan dan memiliki ciri keusahawanan. Keseimbangan ciri pemimpin MPP ini adalah merupakan matlamat penubuhan institusi pendidikan bercirikan latihan kemahiran yang boleh diketengahkan di persada nasional.

ARTIKEL TIGA:
BAHASA PERHUBUNGAN BAHASA yang akan digunakan di dalam semua urusan rasmi MPP seperti mesyuarat dan Badan rasmi MPP ialah Bahasa Melayu. Selain daripada Bahasa Melayu, penggunaan bahasa Inggeris adalah digalakkan. Penggunaan bahasa selain daripada apa yang telah disebutkan adalah tidak dibenarkan melainkan penggunaannya adalah dengan persetujuan mereka yang terlibat. PENASIHAT MPP adalah terdiri daripada Penolong Pengarah / Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar atau pemangku di setiap KKTM/IKM, iaitu sesiapa sahaja yang memegang jawatan Penolong Pengarah / Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar atau pemangku akan menjadi PENASIHAT MPP secara automatis. PENYELARAS MPP adalah terdiri daripada tenaga pengajar yang dilantik oleh pihak pentadbiran KKTM / IKM. PENYELARAS MPP akan memimpin dalam segala tentang MPP. PENYELARAS akan diberikan makluman secara bertulis oleh Setiausaha I MPP berkenaan semua mesyuarat yang akan diadakan dan disusuli dengan minit mesyuarat berkenaan untuk makluman. PENYELARAS akan merujuk kepada PENASIHAT dalam segala hal berkaitan dengan perjalanan MPP.

ARTIKEL EMPAT:
MATLAMAT MPP Adalah dengan ini, bahawasanya MPP ini ditubuhkan dengan matlamat: (a) Mewakili Pelajar-Pelajar KKTM/IKM dan menjadi perantara bagi pihak Pelajar dan pihak pentadbiran KKTM / IKM. (b) Bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej dalam mencapai kata sepakat dan persefahaman untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. (c) Menggalakkan setiap Exco MPP menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang supaya dapat membentuk sahsiah diri, disiplin dan menjadikan setiap orang mempunyai asas kendiri yang teguh. (d) Menyatupadukan satu sama lain. (e) Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat Pelajar-Pelajar KKTM/IKM dengan berkongsi

pendapat, kritikan semangat setiakawan dan kekeluargaan antara

memberikan manfaat kepada Pelajar-Pelajar KKTM/IKM. (f) Bekerjasama dengan pihak pengurusan KKTM/IKM untuk menjaga kebajikan para Pelajar selama mengikuti pengajian di KKTM/IKM tersebut.

(g)

Menjana dan membentuk Exco MPP khususnya dan Pelajar-Pelajar KKTM/IKM akademik umumnya serta supaya menjadi seorang insan yang berdedikasi, berilmu dan matang dalam usaha mencapai kejayaan memperlengkapkan diri dengan pengetahuan sampingan selain daripada pengetahuan akademik.

ARTIKEL LIMA: CARTA ORGANISASI Jawatankuasa Peringkat Induk [JKBPL(K)]

Pengarah BPL(K) : Penaung Timbalan Pengarah I (Pengurusan) : Pengerusi Ketua Seksyen Urusan Pelajar : Penasihat Pen. Pengarah (HEP) : Penyelaras Pen. Pengarah (Kaunseling) : Setiausaha

Pengarah/Pengetua : Penaung Tim. Pengarah/Pen.Pengetua (PP&KP) : Penasihat Penyelaras MPP (Speaker)

Jawatankuasa Penyelaras Peringkat KKTM/IKM (JKP)

Sidang Perwakilan
32 orang bertanding di Pilihanraya

Jawatankuasa MPP (JKMPP) 14 orang


Presiden Timbalan Presiden Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari Exco Akademik Exco Sukan dan Rekreasi Exco Sosial danKebajikan Exco Pembangunan Insan ExcoKebudayaan dan Kesenian Exco Perhubungan Awam dan Komunikasi Exco Keselamatan dan Disiplin Exco Perniagaan Exco KOOP (Lantikan)

Ahli Perwakilan (MP) 18 orang


Calon yang tidak memenangi Pilihanraya

AHLI JAWATANKUASA MPP

Seksyen 1: Kelayakan Semua Pelajar KKTM / IKM layak untuk menjadi Ahli Jawatankuasa MPP setelah mengambil kira syarat-syarat di bawah: (a) Semua Pelajar kursus Sijil dan Diploma adalah layak untuk menjadi Ahli Jawatankuasa MPP kecuali Pelajar-Pelajar yang akan mengikuti latihan industri pada penggal pentadbiran tersebut. (b) Mendapat purata Mata Gred Keseluruhan (Cumulative Grade Point Average @ CGPA) sekurang-kurangnya 2.50 pada peperiksaan akhir semester. (c) Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, komited

terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. (d) Mempunyai sahsiah diri yang baik untuk menjadi teladan dan ikutan Pelajar lain. (e) Tidak mempunyai sebarang rekod buruk dan tidak pernah

dikenakan sebarang tindakan disiplin, termasuk terlibat dengan perbicaraan bagi kes-kes salahlaku atau tatatertib. (f) Calon ialah Pelajar daripada semester Dua ke atas.

(g)

Pencalonan hendaklah datang daripada kumpulan berikut, dengan bilangan minima pencalonan seperti yang digariskan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Dua orang wakil daripada setiap kursus; Dua orang wakil Jawatankuasa Villa Siswa; Dua orang wakil Jawatankuasa Villa Siswi; Dua orang wakil Villa Luar /tinggal luar Villa; Dua wakil Jawatankuasa Surau; Dua orang wakil Jawatankuasa Sukan; Beberapa orang wakil daripada kalangan kumpulan-kumpulan lain yang ditetapkan oleh Pengarah/Pengetua; dan Beberapa orang wakil yang dicadangkan oleh para Pelajar, selain daripada kumpulan (i) (v) di atas. ix. Budibicara Pengarah/Pengetua untuk mengurangkan atau menambah bilangan calon yang bertanding kesesuaian atau mengikut nisbah enrolmen Pelajar.

viii.

(h)

Pencalonan bagi individu yang memenuhi kriteria (a)-(g) di atas perlu dibuat melalui Ketua Kursus yang berkenaan atau Penyelaras MPP. Ini bermakna, pencalonan akan dikira sah sekiranya melalui dan mendapat sokongan daripada Ketua Kursus atau Penyelaras MPP sahaja.

(i)

Calon-calon

yang

dipilih

mewakili

daripada

kalangan

yang

dijelaskan di para (g) akan bertanding untuk memegang portfolio induk dalam Jawatankuasa MPP (JKMPP) dan menganggotai Majlis Mesyuarat Perwakilan MPP (MPMPP).

Seksyen 2: Tanggungjawab Ahli MPP Setiap ahli WAJIB mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini: (a) Mematuhi dan mendukung Perlembagaan MPP dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. (b) Mematuhi undang-undang yang telah digariskan oleh pihak

pengurusan dan pentadbiran KKTM / IKM. (c) (d) Menghormati dan memelihara semangat kesatuan di dalam MPP. Menjelaskan bayaran yuran MPP sebagaimana yang ditetapkan oleh Bendahari Kehormat dan Jawatankuasa Rasmi MPP. (e) Menjalankan dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh MPP tanpa sebarang rasa prejudis atau diskriminasi aktiviti.

ARTIKEL ENAM:
JAWATANKUASA PUSAT (1) Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat Seksyen 1: Ahli Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat yang akan mengendalikan MPP ini adalah terdiri daripada empat (4) orang dan akan memegang jawatanjawatan berikut: I. II. III. IV. Penaung (Pengarah BPL(K) atau pemangku) Penasihat (Ketua Seksyen Urusan Pelajar atau pemangku) Penyelaras pemangku) Penyelaras II(Penolong Pengarah Kaunseling) I(Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau

Seksyen 2 : Fungsi dan Kuasa (a) Bertanggungjawab untuk menentukan dasar MPP sejajar dengan tujuan dan objektif perlembagaan MPP. (b) Memantau perancangan aktiviti tahunan MPP supaya mengikut hasrat dan dasar yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah MARA.

Seksyen 3: (JKPIP) (a)

Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat

Mesyuarat Luar Biasa Mesyuarat ini hanya boleh diadakan apabila terdapat hal-hal yang memerlukan perhatian segera daripada semua Ahli JKPIP. Bagi hal-hal lain (biasa), laporan akan dibuat oleh Penasihat kepada Penaung semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BPL(K) berlangsung.

(b)

Mesyuarat Tergempar Penaung boleh memanggil mesyuarat tergempar pada bila-bila masa. Ia hanya membincangkan perkara khas yang kerananya mesyuarat ini diadakan.

(c)

Korum Mesyuarat Korum untuk sesebuah mesyuarat boleh diadakan apabila daripada ahli menghadirinya. Penyelaras I akan bertindak sebagai Setiausaha bagi setiap mesyuarat yang diadakan oleh JKPIP.

Seksyen 4 : Tempoh Perkhidmatan Ahli JKPIP akan terus memegang tugas sebagai ahli jawatankuasa, selagi mereka masih memegang jawatan yang terdapat di Seksyen 1 para (1).

(2) Jawatankuasa Peringkat Pusat KKTM/IKM (JKP) Seksyen 1: (JKP) Jawatankuasa Peringkat Pusat KKTM/IKM (JKP) yang akan Ahli Jawatankuasa Peringkat Pusat KKTM/IKM

mengendalikan MPP ini adalah terdiri daripada tiga (3) orang dan akan memegang jawatan-jawatan berikut: I. II. III. Penaung (Pengarah KKTM / Pengetua IKM atau pemangku) Penasihat (Penolong Pengetua / Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau pemangku) Penyelaras MPP (Sesiapa sahaja yang dilantik oleh pihak pengurusan IKM/KKTM) Seksyen 2 : Fungsi dan Kuasa (a) Bertanggungjawab untuk menentukan dasar MPP sejajar dengan tujuan dan objektif perlembagaan MPP. (b)Memantau perancangan aktiviti tahunan MPP supaya mengikut hasrat dan dasar yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah MARA. (c) Mengawal penggunaan harta benda dan kewangan MPP dengan berkesan, teratur dan sempurna. (d)Memantau pungutan dan/atau perbelanjaan kewangan MPP. (e) Memastikan aktiviti yang dijalankan mempunyai matlamat yang munasabah, rasional dan tidak menyalahi mana-mana peraturan dalam perlembagaan mahupun undang-undang.

Seksyen 3: Mesyuarat JKP (a) Mesyuarat Luar Biasa Mesyuarat ini hanya boleh diadakan apabila terdapat hal-hal yang memerlukan perhatian segera daripada semua Ahli JKP. Bagi hal-hal lain (biasa), laporan akan dibuat oleh Penasihat kepada Penaung semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BPL(K) berlangsung. (b) Mesyuarat Tergempar Penaung boleh memanggil mesyuarat tergempar pada bila-bila masa. Ia hanya membincangkan perkara khas yang kerananya mesyuarat ini diadakan. (c) Korum Mesyuarat Korum untuk sesebuah mesyuarat boleh diadakan apabila 2/3 daripada ahli menghadirinya. Penyelaras akan bertindak sebagai Setiausaha bagi setiap mesyuarat yang diadakan di peringkat Jawatankuasa Ibu Pejabat. Seksyen 4 : Tempoh Perkhidmatan Ahli JKP akan terus memegang tugas sebagai ahli jawatankuasa, selagi mereka masih memegang jawatan yang terdapat di Seksyen 1. (3) Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (JKMPP) Seksyen 1: (JKMPP) Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar

(a) Ahli JKMPP KKTM/IKM adalah terdiri daripada 13 orang dan akan memegang portfolio berikut: i Presiden ii Timbalan Presiden iii Setiausaha 1 iv Setiausaha 2 v Bendahari vi Exco Akademik vii Exco Sukan dan Rekreasi viii Exco Sosial danKebajikan ix Exco Pembangunan Insan x ExcoKebudayaan dan Kesenian xi Exco Perhubungan Awam dan Komunikasi xii Exco Keselamatan dan Disiplin xiii Exco Perniagaan (b)Selain daripada ahli JKMPP KKTM/IKM, badan ini akan dianggotai oleh sebilangan perwakilan (dengan bilangan perwakilan maksima adalah seramai dua puluh orang).

Seksyen 2 : KKTM/IKM I. (a)

Fungsi dan Kuasa Jawatankuasa Peringkat

Fungsi JKMPP : Bertanggungjawab untuk mencadangkan dasar MPP sejajar dengan tujuan dan objektif perlembagaan MPP.

(b)

Merancang aktiviti tahunan MPP dengan mengambil kira nasihat dan pandangan penasihat MPP dan penyelaras JKP.

(c)

Menerima dan mengkaji laporan daripada semua jawatankuasa kerja.

(d)

Mendengar dan menerima aduan atau cadangan daripada ahli MPP dan Pelajar-Pelajar KKTM/IKM serta membincangkannya tanpa rasa prejudis, diskriminasi atau sentimen.

(e)

Membantu pihak pengurusan IKM/KKTM dalam menjaga harta benda MARA di KKTM/IKM masing-masing.

II.

Fungsi Majlis Perwakilan MPP: Sebagai anggota yang akan bekerjasama dengan JKP dalam memeriksa dan menyemak supaya tugasan dan tanggungjawab yang diserahkan kepada ahli JKMPP dijalankan dengan penuh dedikasi dan memuaskan.

Seksyen 3: Mesyuarat JKMPP (a) Mesyuarat Biasa Mesyuarat ini hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali mengikut persetujuan semua Ahli Jawatankuasa. Setiausaha Kehormat perlu memaklumkan semua ahli tentang mesyuarat berkenaan sekurang-kurangnya tidak lewat dari dua (2) minggu sebelum tarikh dan masa mesyuarat berkenaan. Agenda dan minit mesyuarat juga perlu dilampirkan bersamasama surat makluman mesyuarat. (b) Mesyuarat Luar Biasa Mesyuarat ini hanya boleh diadakan apabila terdapat hal-hal yang memerlukan perhatian segera Kehormat daripada perlu semua Ahli Jawatankuasa. Setiausaha memaklumkan

semua ahli yang terlibat dalam masa dua (2) hari sebelum mesyuarat diadakan. (c) Mesyuarat Tergempar Presiden boleh memanggil mesyuarat tergempar pada bila-bila masa. Ia hanya membincangkan perkara khas yang kerananya mesyuarat ini diadakan. (d) Mesyuarat Majlis Perwakilan MPP Mesyuarat ini harus diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali dengan dihadiri oleh Penasihat MPP dan Penyelaras JKP (jika perlu). Mana-mana perwakilan yang tidak hadir sebanyak tiga kali akan dilucutkan laporan jawatan. Mesyuarat ini akan yang membentangkan aktiviti atau tugas-tugas Mesyuarat hendaklah membincangkan agenda yang dinyatakan sahaja.

dijalankan dalam tempoh dua bulan oleh ahli JKMPP. Sekiranya timbul isu bahawa exco / ahli JKMPP tidak menjalankan tugas/tanggungjawab yang diserahkan dengan baik, perwakilan boleh menyuarakan usul tidak percaya dan menjalankan undian tidak percaya. Sekiranya 2/3 daripada kumpulan perwakilan

(termasuk Penasihat MPP dan Penyelaras JKP) membuat undi tidak percaya ini terhadap mana-mana ahli JKMPP, ahli tersebut boleh dilucutkan jawatan dalam JKMPP. (e) Korum Mesyuarat Korum untuk sesebuah mesyuarat boleh diadakan apabila 2/3 daripada ahli menghadirinya. Mana-mana AJK yang tidak menghadiri mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa memberikan sebab-sebab yang munasabah, boleh dilucutkan jawatannya. Presiden hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat yang diadakan. I. Setiausaha hendaklah mencatat dan menyimpan minit mesyuarat Jawatankuasa dan mengemukakannya di dalam mesyuarat yang seterusnya untuk pengesahan. Setiausaha hendaklah menyampaikan salinan minit mesyuarat berkenaan kepada Penasihat MPP, dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh mesyuarat berkenaan diadakan. (f) Mesyuarat Penyelarasan MPP Satu mesyuarat penyelarasan di MPP di peringkat BPL(K) akan dibuat sekali untuk satu sesi pengajian. Presiden akan mewakili MPP peringkat KKTM/IKM untuk membentangkan program, projek, usul serta laporan tahunan. 2 orang wakil MPP tersebut mestilah terdiri daripada seorang wakil lelaki dan seorang wakil perempuan.. Sekiranya Presiden tidak hadir, maka tugasnya dipertanggungjawabkan kepada Timbalan Presiden

Seksyen 4 : Tempoh Perkhidmatan a. Jawatankuasa MPP akan berkhidmat selama setahun (bersamaan dua semester). b. Ahli Jawatankuasa akan mula bertugas sebaik sahaja keputusan rasmi pemilihan diumumkan. c. Ahli Jawatankuasa ini akan menjalankan tugas yang telah

dipertanggung jawabkan MPP yang baru dibentuk secara rasmi bagi penggal yang seterusnya.

ARTIKEL TUJUH:
BIDANG TUGAS DAN KUASA Seksyen 1: Tugas Dan Kuasa Penyandang Jawatan: a. Pentadbiran MPP di setiap KKTM/IKM adalah di bawah

tanggungjawab langsung JKMPP, di bawah pantauan JKP. b. JKMPP bertanggungjawab mengelola, mengatur dan mentadbir kerja-kerja harian MPP di setiap IKM/KKTM (tempatan). c. JKMPP akan membuat keputusan tentang perjalanan MPP dengan tidak terkeluar dari dasar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. d. JKMPP tidak boleh membuat tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung atau bercanggah dengan perlembagaan MPP. e. JKMPP ini juga bertanggungjawab memberi laporan tentang segala aktiviti yang telah dijalankan pada tahun sebelumnya di dalam Mesyuarat Agung, dengan satu salinan dihantar kepada JKP.

f.

JKP boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai lain untuk menjalankan tugas dan urusan MPP. Ia boleh melantik Ia juga boleh petugas lain yang difikirkan sesuai dan layak.

menggantung dan melucutkan jawatan petugas kerana cuai, curang, tidak cekap, engkar atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh mendatangkan ancaman atau nama buruk kepada MPP. g. Antara satu Mesyuarat Agung ke satu Mesyuarat Agung, JKP boleh memberi tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan ini. h. Pindaan perlembagaan hanya boleh diluluskan setelah mendapat persetujuan daripada JKPIP. i. JKMPP tidak ada kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan dengan hal-hal kewangan MPP. Hanya Penaung JKP sahaja yang berkuasa untuk membuat keputusan bagi segala hal berkaitan dengan kewangan MPP. Seksyen 2 : Presiden a. b. Menjadi Ketua Pelajar bagi semua Pelajar KKTM / IKM secara umum. Bertindak sebagai suara bagi pihak Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar. c. Presiden menjadi Pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa MPP dan Mesyuarat Agung Tahunan.

d.

Presiden

berhak

memberi

undi

pemutus

dalam

Mesyuarat

Jawatankuasa MPP yang dipengerusikannya. Ia bertanggungjawab terhadap kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. e. Bekerjasama dan membantu dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa MPP. f. g. Bertanggungjawab atas segala aktiviti dan tindak-tanduk MPP. Berhak mengarahkan biro-biro MPP menjalankan sesuatu urusan setelah mendapat persetujuan jawatankuasa MPP. h. Presiden berhak memanggil Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa MPP apabila difikirkan perlu. i. Presiden mewakili MPP di dalam semua perjumpaan dan menjadi pegawai perhubungan antara pihak pentadbiran dan pengurusan dengan MPP. Ia bertanggungjawab memastikan tiap-tiap ahli menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Seksyen 3 : Timbalan Presiden a. Sebagai saluran kedua rasmi bagi Pelajar untuk berurusan dengan MPP. Namun, keputusan akhir tertakluk kepada Presiden. b. Menjadi pembantu kanan kepada Presiden dalam semua tugas berkaitan. c. Bertanggungjawab atas semua aktiviti dan kegiatan bagi pihak MPP.

d.

Mengambil alih tugas Presiden sewaktu ketiadaan Presiden selepas mendapat persetujuan dari jawatankuasa Badan.

Seksyen 4 : Setiausaha 1 a. b. Bertindak sebagai perekod dan pengatur jadual rasmi aktiviti MPP. Bertanggungjawab menguruskan segala bahan media cetak dan elektronik bagi pihak MPP. c. Mengaturkan mesyuarat serta memastikan segala minit mesyuarat dan tindakan susulan daripada mesyuarat direkodkan selengkapnya. d. Menyediakan laporan lengkap tahunan segala aktiviti melibatkan MPP ke dalam mesyuarat tahunan.

Seksyen 5 : Setiausaha 2 a. Bertindak sebagai pemaklum untuk mengumumkan segala aktiviti dan perancangan kepada Pelajar. b. Bertanggungjawab tugasnya. c. Menyediakan serta mendapatkan laporan lengkap tahunan kesemua persatuan/ pertubuhan yang bernaung dan berdaftar di bawah MPP. d. Menguruskan perjalanan persatuan/pertubuhan yang berada di bawah MPP. menolong Setiausaha I dalam menjalankan

Seksyen 6 : Bendahari a. Bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan dan perbelanjaan sesuatu *projek yang dijayakan oleh MPP. b. Merekod dan menyimpan penyata lengkap perbelanjaan *projek MPP. c. Berusaha mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai

sesuatu *projek. d. Menyediakan laporan lengkap kewangan tahunan untuk

dibentangkan dalam mesyuarat tahunan, bagi sesuatu *projek. *Nota: Projek adalah sesuatu aktiviti yang telah diluluskan oleh Penaung JKP dan diserahkan kepada MPP untuk dikendalikan. Seksyen 7 : Exco Akademik a. Bertanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti akademik untuk membantu meningkatkan keupayaan intelektual ahli dan membina sahsiah diri yang mantap. b. Mengadakan aktiviti berbentuk akademik bertujuan menyebarkan ilmu kepada Pelajar. c. Membantu mewujudkan fasilitator untuk subjek-subjek tertentu bagi membantu Pelajar yang bermasalah dalam bidang akademik.

d.

Memastikan

kesempurnaan

kemudahan

pembelajaran

Pelajar

berada ditahap yang memuaskan dan mengambil berat mengenai jadual waktu kelas serta peperiksaan. e. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan ilmu seperti siri forum seminar, dan pameran berkaitan dengan bidang-bidang kursus atau subjek yang ada di IKM/KKTM, kepada teknologi baru. Seksyen 8 : Exco Sukan dan Rekreasi a. Bertanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan kegiatan sukan yang dianjurkan oleh MPP. b. Membantu kelancaran perjalanan semua aktiviti sukan dan rekreasi IKM/KKTM. c. Bertanggungjawab menganjurkan aktiviti sukan bersifat atau pendedahan

persahabatan, untuk merapatkan silaturrahim sesama Pelajar, dengan pengajar dan dengan pihak dari institusi pengajian tinggi yang lain. d. Mengadakan aktiviti rekreasi untuk membentuk minda yang cerdas serta meluaskan pengalaman Pelajar. e. Membantu menyelaras aktiviti ko-kurikulum di IKM/KKTM.

Seksyen 9 : Exco Sosial danKebajikan a. Bertanggungjawab untuk menyelaras kegiatan bercorak sosial, rohani dan kebajikan yang dianjurkan oleh MPP.

b.

Bertindak

sebagai

pemangkin

dalam

aktiviti-aktiviti

bercorak

kebajikan dan sosial dikalangan Pelajar dengan merancang aktiviti untuk pembangunan sosial dan kebajikan yang mantap. c. Bertanggungjawab menjaga kebajikan Pelajar dan juga kebajikan IKM/KKTM. d. Bekerjasama dengan kaunselor untuk mendekati Pelajar yang bermasalah, atau bertindak sebagai saluran Pelajar menyampaikan masalah kepada pihak pengurusan IKM/KKTM. e. Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan Pelajar,

pengajar dan pihak dari institusi pengajian tinggi yang lain bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan silaturrahim sesama mereka. Seksyen 10 : Exco Pembangunan Insan a. Bertanggungjawab memupuk etika kerohanian dan sahsiah di kalangan Pelajar. b. Pemangkin dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan dikalangan Pelajar. c. Menghubung dan menyalurkan masalah Pelajar yang berhubung dengan isu keagamaan atau sahsiah Pelajar dengan (guru agama / kaunselor). d. Mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan bertujuan memupuk nilai sahsiah yang cemerlang di kalangan Pelajar. pihak kolej

Seksyen 11 : Exco Kebudayaan dan Kesenian a. Bertanggungjawab memupuk nilai kebudayaan dan kesenian di kalangan Pelajar. b. Pemangkin dalam aktiviti-aktiviti bercorak kebudayaan dan

kesenian dikalangan Pelajar. c. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aspek

kebudayaan dan kesenian bertujuan memelihara nilai warisan bangsa dan negara di kalangan Pelajar. Seksyen 12 : Exco Perhubungan Awam dan Komunikasi a. Bertanggungjawab sebagai jurucakap atau pegawai yang akan mengkoordinasikan aktiviti yang akan dijalankan oleh MPP secara keseluruhan. b. Bertindak sebagai pihak yang perlu membantu Bendahari untuk mendapatkan tajaan atau dana kewangan bagi sesuatu acara atau majlis yang akan dianjurkan untuk Pelajar. c. Bertanggungjawab untuk mempublisitikan sebarang acara atau majlis yang dianjurkan oleh pihak MPP dan IKM/KKTM melalui pelan promosi yang komprehensif (tertakluk kepada kelulusan daripada Penanung Jawatankuasa Peringkat KKTM/IKM). d. Bertindak sebagai jurucakap atau sumber rujukan untuk

mendapatkan sebarang maklumat mengenai MPP (aktiviti atau

hal-hal lain yang berkaitan), selain daripada Presiden, Timbalan Presiden I atau Timbalan Presiden II. Seksyen 13 : Exco Keselamatan dan Disiplin a. Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan disiplin Pelajar sepanjang masa berada di kampus (sama ada ketika mengikuti pengajian atau ketika menjalankan aktiviti lain seperti kokurikulum, sukan, seminar, forum, dan lain-lain) melalui kerjasama dengan pihak pengurusan untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa dipatuhi. Seksyen 14 :Exco Perniagaan a. b. Bertindak sebagai salah seorang ahli lembaga koperasi IKM/KKTM. Memastikan segala kegiatan atau usaha yang dijalankan oleh pihak koperasi bagi menggalakkan penglibatan Pelajar dalam bidang ini dihayati dan mendapat sokongan daripada MPP dan semua Pelajar. c. Menyemarakkan budaya keusahawanan di kalangan Pelajar

dengan menganjurkan pelbagai aktiviti keusahawanan seperti kempen, ekspo, pesta jualan dan lain-lain yang melibatkan Pelajar sebagai usahawan konvensional atau teknousahawan. Seksyen 15: Anggota Majlis Perwakilan (a) Bertindak sebagai pemerhati, pemeriksa dan penyemak segala tanggungjawab dan tugasan ahlli JKMPP induk, agar ia dilaksanakan dengan berdedikasi dan memuaskan serta menepati

bidang kuasa yang telah digariskan, demi menjaga kepentingan semua Pelajar dan pengurusan KKTM/IKM. (b) Berhak menimbulkan usul tidak percaya dan membuang undi tidak percaya di dalam Mesyuarat Majlis Perwakilan, sekiranya tanggungjawab dan tugasan yang diserahkan kepada ahli JKMPP induk tidak dijalankan dengan berdedikasi dan memuaskan, melanggar bidang kuasa yang telah digariskan atau tidak menjaga kepentingan semua Pelajar dan pengurusan KKTM/IKM.

ARTIKEL LAPAN :
KEWANGAN MPP Seksyen 1 : Tahun Kewangan Tahun kewangan hendaklah berakhir pada 30 November setiap tahun. Seksyen 2 : Yuran MPP Setiap ahli hendaklah membayar yuran MPP sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat. Seksyen 3 : Wang MPP Sumber kewangan MPP adalah daripada: a. b. c. Yuran Bulanan Sumbangan Luar (tertakluk kepada kelulusan daripada Penanung Jawatankuasa Peringkat KKTM/IKM). Wang lain yang diperolehi daripada sumber-sumber yang telah dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat. MPP hendaklah menyimpan wang yang diakaun ESR pusat masing-masing (akaun tumpang). Penggunaan wang MPP adalah di bawah kawalan Penaung JKP. Sila rujuk pekeliling ESR. Seksyen 4 : Sistem Kewangan a. Wang MPP hendaklah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan matlamat MPP. b. Bendahari hanya boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM100.00 di tangan pada satu-satu masa. hendaklah disimpan di dalam bank. Lebihan daripada itu

c.

Sebarang perbelanjaan yang melebihi RM500.00 pada satu-satu masa adalah bergantung kepada kelulusan dan timbang rasa daripada Penaung JKP.

d.

Sebarang kemasukan atau pengeluaran wang MPP untuk sesuatu projek hendaklah direkod dalam satu buku akaun yang sempurna dengan betul dan tepat.

e.

Satu pusingan tahun Kewangan MPP adalah bermula daripada 1hb Disember hingga 30 hb November tahun berikutnya.

f.

Akaun MPP akan di audit pada bila-bila masa sahaja oleh juru audit yang ditetapkan oleh pihak JKP.

g.

Penyata akaun hanya boleh dibentangkan di dalam mesyuarat Agung setelah ia di audit oleh Juru Audit dan disahkan oleh pihak JKP.

ARTIKEL SEMBILAN :
MESYUARAT AGUNG MPP Seksyen 1: Pengelolaan Mesyuarat Agung MPP a. b. Pengelolaan Mesyuarat Agung ini adalah tertakluk kepada JKMPP. Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi MPP dan ia wajib diadakan setiap tahun. c. Mesyuarat Agung Tahunan berhak untuk mencadangkan usul bagi meminda perlembagaan MPP sekiranya perlu. Cadangan tersebut perlu dibahaskan di peringkat dibawa ke peringkat JKPIP. d. Mesyuarat Agung Tahunan bagi MPP hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan. Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada JKP dan ahli-ahli MPP tentang tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum mesyuarat diadakan. e. Panggilan untuk memberi cadangan yang hendak dibahaskan, cadangan untuk meminda undang-undang MPP dan pencalonan jawatankuasa baru hendaklah diserahkan kepada Setiausaha dalam masa empat (4) minggu sebelum mesyuarat diadakan. f. Notis pemberitahuan mesyuarat hendaklah dikeluarkan dan JKMPP sebelum ia disokong untuk

diletakkan ditempat-tempat yang mudah dilihat oleh ahli.

g.

Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dimasukkan perkara yang berikut di dalam agendanya: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahun sebelumnya. Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti sepanjang tahun MPP. Menerima dan mengesahkan laporan kewangan MPP pada tahun kewangan yang telah berakhir. Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat di atas. Membentang dan meluluskan belanjawan aktiviti yang akan dijalankan Memlantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru untuk tahun/penggal yang seterusnya Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli-ahli. Menguruskan perkara-perkara lain atau sebarang perkara berbangkit

h.

Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung tahun lalu. Laporan Tahunan, Penyata Kewangan, Anggaran Perbelanjaan dan Usul-usul untuk perbahasan kepada ahli-ahli MPP selewatlewatnya 48 jam sebelum mesyuarat.

i.

Jika timbul masalah yang tidak dapat diputuskan di peringkat Mesyuarat Agung, Penanung diberikan kuasa untuk membuat keputusan bagi mecari penyelesaian. Penyelaras MPP akan menetapkan mana-mana usul yang perlu dirujuk kepada Penanung JKP bagi mendapatkan keputusan.

Seksyen 2: Korum Mesyuarat Agung

a.

Korum bagi sebarang mesyuarat adalah dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli MPP.

b.

Bagi Mesyuarat Agung Tahunan, jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada masa yang ditetapkan, maka mesyuarat berkenaan hendaklah ditangguhkan ke satu masa yang lain.

c.

Bagi mesyuarat yang pernah ditangguhkan, sekiranya korum mesyuarat masih tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu tidak yang boleh ditetapkan, dianggap maka mesyuarat muktamad berkenaan dan masih boleh boleh diteruskan. Walaubagaimanapun, sebarang keputusan yang dibuat sebagai dibahaskan pada sesi mesyuarat yang lain.

ARTIKEL SEPULUH:
PILIHANRAYA MPP Artikel ini hendaklah digunakan bersama-sama Artikel Lima (Seksyen 1) dalam Perlembagaan MPP ini. Seksyen 1: Penggal Pilihanraya a. Penggal pilihanraya adalah selama satu tahun, bermula 01 Januari sehingga 31 Disember pada sesuatu tahun. b. Pemilihan perlu diadakan sekali pada setiap penggal pilihanraya yang dimaksudkan, tidak lewat daripada dua (2) bulan daripada tempoh permulaan penggal baru. Seksyen 2: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) a. Satu badan berkecuali yang bertindak sebagai suruhanjaya

pilihanraya akan ditubuhkan dalam tempoh 30 hari sebelum pilihanraya dijalankan. b. SPR ini akan dianggotai oleh pihak pengurusan IKM/KKTM yang mana ahli-ahlinya akan dilantik dengan persetujuan Pengetua IKM atau Pengarah KKTM tersebut. c. SPR akan mengendalikan kesemua proses pilihanraya, bermula daripada Seksyen 3: pemilihan calon, sehingga pengumuman keputusan pilihanraya tersebut. Pemilihan Calon MPP

a.

Pemilihan

calon-calon

yang

berminat

untuk

menjadi

Ahli

Jawatankuasa MPP adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam ARTIKEL LIMA (Seksyen 1). b. Pemilihan tidak dibenarkan ke atas calon yang pernah menjadi ahli Jawatankuasa MPP sebanyak dua kali pada penggal sebelumnya. c. Pemilihan calon-calon untuk menganggotai MPP akan diadakan secara pilihanraya tertutup. d. Majlis Perwakilan Pelajar akan dianggotai oleh seramai 14 orang Pelajar sahaja. Seksyen 4 : Penamaan Calon a. Penamaan calon perlu dibuat 14 (empat belas) hari sebelum tempoh pilihanraya. b. Calon-calon yang hendak bertanding untuk menganggotai MPP perlu memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan di dalam ARTIKEL LIMA (Seksyen 1). c. Nama calon yang ingin bertanding perlu dicadang oleh dua orang pencadang (Pelajar) dan disokong oleh Ketua Kursus yang berkenaan atau Penyelaras MPP. d. Bilangan Pelajar untuk dinamakan sebagai calon ahli Majlis

Perwakilan Pelajar tidak dihadkan.

Namun demikian hanya 14

orang calon dengan undian tertinggi sahaja yang akan dipilih untuk menerajui Majlis Perwakilan Pelajar yang baru.

Seksyen 5 : Kempen Pilihanraya a. Setiap calon dibenarkan berkempen untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada Pelajar. b. Tempoh masa yang diberikan kepada calon-calon untuk berkempen ialah selama tiga (3) hari. c. Calon dibenarkan menampal poster untuk berkempen. undang adalah dilarang sama sekali. d. Satu sudut pidato akan dibuka sehari sebelum hari pilihanraya untuk calon-calon menyatakan komitmen, manifestasi dan idea mereka apabila menjadi ahli MPP. e. Semua poster yang ditampal, digantung dan direntang semasa berkempen hendaklah dibuang dan dibersihkan dalam masa tiga (3) hari selepas hari pilihanraya. Tindakan tegas akan diambil bagi calon yang gagal berbuat demikian. Sebarang

bentuk kempen yang dianggap keterlaluan dan menyalahi undang-

Seksyen 6 : Pilihanraya MPP Satu sesi pilihanraya bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang baru akan diadakan melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar.

(a) Pilihanraya berkenaan akan diadakan di satu tempat yang dipersetujui dan difikirkan sesuai oleh Pihak Pengurusan IKM//KKTM. (b)Semua Pelajar adalah dikehendaki mendaftarkan diri bagi

membolehkan mereka mengundi dengan sah. (c) Setiap orang Pelajar akan diberikan satu borang pilihanraya dan dikehendaki memilih seramai 14 orang calon sahaja untuk dicadangkan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar daripada senarai nama yang terdapat di dalam borang pilihanraya berkenaan. (d)Pemilihan Pelajar hendaklah ditandakan di ruangan yang disediakan dalam borang berkenaan. (e) Borang pilihanraya berkenaan akan dimasukkan ke dalam satu kotak khas untuk pengiraan undi selepas tamat sesi pengundian.

Seksyen 7 : Pengiraan Undi (a) Pengiraan undi adalah berdasarkan borang-borang yang menepati syarat pengundian iaitu 14 orang calon sahaja yang dipilih pada satusatu borang pilihanraya. (b)Undi akan dikira secara individu dan 14 orang calon yang mendapat pengundian yang tertinggi akan terpilih untuk menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar. (c) Borang undi yang ditandakan dengan lebih daripada 14 orang calon akan dianggap sebagai undi rosak. Seksyen 8 : Keputusan Pilihanraya MPP (a) Keputusan pilihanraya MPP akan diumumkan dalam masa tiga (3) hari selepas hari pilihanraya oleh SPR selepas mendapat persetujuan daripada Pengetua IKM / Pengarah KKTM. (b) Tiga belas (13) calon yang mendapat undian tertinggi akan

diumumkan untuk memegang tiga belas (13) portfolio utama dalam JKMPP (sebagai ahli JKMPP induk). Manakala tidak lebih daripada dua puluh (20 orang) seterusnya yang mendapat undian tertinggi akan dilantik menganggotai MPBP, sebagai perwakilan. (c) Keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Seksyen 9 : Penarikan Diri Sebagai Calon a. Sekiranya calon hendak menarik diri daripada pemilihan MPP ini, dia hendaklah mengemukakan surat penarikan diri kepada Pengerusi SPR MPP selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari pilihanraya diadakan dengan mengemukakan sebab-sebab yang munasabah. b. Surat berkenaan perlulah mendapat pengesahan daripada

penyokong calon tersebut (Ketua Kursus yang berkaitan).

ARTIKEL SEBELAS:
PINDAAN DAN TAMBAHAN PERLEMBAGAAN Seksyen 1 : Sumber Usul / Cadangan Pindaan a. Cadangan pindaan dan / atau tambahan kepada mana-mana artikel dalam Perlembagaan MPP hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan. b. Sebarang usul / cadangan pindaan terhadap mana-mana artikel dalam Perlembagaan MPP perlu dikemukakan semasa Mesyuarat Agung MPP peringkat pusat. c. Sebarang pindaan dan / atau tambahan kepada mana-mana artikel dalam Perlembagaan MPP hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan dua pertiga daripada ahli / korum Mesyuarat Agung tersebut.

Seksyen 2 : Pembahasan di Peringkat JKP a. Sebarang usul / cadangan pindaan tersebut perlu dibahaskan di dalam mesyuarat Majlis Perwakilan MPP. b. Setiap usul / cadangan perlu dua mendapat daripada sokongan korum daripada

sekurang-kurangya

per tiga

mesyuarat,

sebelum ia dibawa ke JKP, sebelum dibentangkan kepada JKPIP untuk kelulusan penguatkuasaan. Seksyen 3 : Kelulusan Kuatkuasa a. Sebarang pindaan dan / atau tambahan kepada mana-mana artikel dalam Perlembagaan MPP yang dibawa kepada Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat oleh JKP hendaklah dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua per tiga daripada korum mesyuarat JKPIP, sebelum ia dapat dikuatkuasakan.

ARTIKEL DUA BELAS:


BADAN GABUNGAN MPP Badan Gabungan MPP (BGMPP) bermaksud semua persatuan-persatuan dalaman yang ditubuhkan, sama ada persatuan akademik, persatuan kokurikulum ataupun persatuan yang bercorak sosial; adalah terletak di bawah bidang kuasa MPP. Permohonan penubuhan persatuan hendaklah diserahkan kepada MPP untuk pertimbangan dan kelulusan. Seksyen 1: BGMPP Dalaman a. Semua persatuan di bawah JKP dengan sendirinya menjadi badan gabungan kepada MPP. b. Badan gabungan ini hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri yang dipersetujui oleh Penaung. c. Badan-badan gabungan adalah bertanggungjawab terhadap semua aktivitinya. d. Badan-badan gabungan hendaklah menghantar salinan laporan aktiviti yang telah diadakan kepada MPP.

Seksyen 2 : Pemantauan Terhadap BGMPP a. Persatuan atau badan gabungan MPP boleh menjadi ahli sebarang kesatuan atau pertubuhan luar (tertakluk kepada kelulusan daripada Penanung Jawatankuasa Peringkat KKTM/IKM). b. MPP diminta memerhati dan menyelia perjalanan persatuan agar bebas daripada sebarang pengaruh luaran yang negatif.

ARTIKEL TIGA BELAS:


PERLETAKAN JAWATAN Seksyen 1 : Ahli Jawatankuasa MPP a. Mana-mana ahli Jawatankuasa / Exco MPP yang ingin meletakkan jawatan hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha. b. Sekiranya Presiden. c. Perletakan jawatannya itu tidak dianggap sah sebelum dipersetujui oleh JKP. d. AJK lain yang berada di bawah jawatan yang dikosongkan akan memangku jawatan kosong tersebut sehingga ia tamat penggal tersebut. e. Sekiranya dua per tiga atau lebih daripada Ahli Jawatankuasa MPP serentak ingin meletakkan jawatan maka surat perletakan jawatan mereka hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa peringkat KKTM / IKM. f. JKP akan mengambilalih perjalanan sementara MPP sehingga tugas-tugas satu bagi Setiausaha hendak meletakkan jawatan, maka ia

hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada

mengendalikan

pemilihan

jawatankuasa baru diadakan.

g.

Sekiranya perkara (d) berlaku, pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh pengosongan jawatan tersebut, tanpa mengambilkira penggal pilihanraya.

ARTIKEL EMPAT BELAS


TATATERTIB Seksyen 1 : Lembaga Tata Tertib Demi untuk menjaga nama baik MPP dan kepentingannya, sebuah

jawatankuasa Tata Tertib akan ditubuhkan untuk mengambil tindakan bagi mana-mana ahli yang didapati melakukan kesalahan yang bertentangan dengan perlembagaan MPP serta mencemar nama baik MPP sendiri. Seksyen 2 : Ahli Lembaga Tata Tertib Ahli Lembaga Tata Tertib terdiri daripada: a. Sekurang-kurangya dua (2) orang wakil daripada JKP (selaku pengerusi dan timbalan pengerusi silih ganti). b. c. d. e. Presiden MPP atau wakilnya Timb. Presiden, selaku ahli. Setiausaha 1 atau wakilnya Setiausaha II sebagai Setiasaha, Exco Keselamatan & Disiplin selaku ahli; dan Exco Pembangunan Insan selaku ahli.

Seksyen 3 : Kuasa dan Tugas Lembaga Tata Tertib a. Memeriksa, meneliti dan mengendalikan semua hal tata tertib MPP yang dikemukakan kepada jawatankuasa. b. Mengadakan perbicaraan selepas berunding dengan penasihatpenasihat bagi menentukan kedudukkan mana-mana ahli yang dituduh melakukan kesalahan serta mengemukakan hukuman yang wajar sekiranya yang tertuduh itu terbukti kesalahannya. c. Merujukkan mana-mana kes yang dianggap berat dan serius kepada Lembaga Tata Tertib melalui Penasihat untuk tindakan selanjutnya. d. Menyediakan laporan perbicaraan kepada Penaung JKP melalui Penasihat MPP. Seksyen 4 : Hukuman Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada mana-mana exco yang sabit kesalahannya ialah: a. b. Digantung daripada menyertai aktiviti MPP. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan yang

disediakan oleh atau untuk MPP. c. Menggantikan semula barang-barang yang rosak atau dihilangkan oleh tertuduh. d. Diberi amaran bertulis jika didapati bersalah.

e.

Dihadapkan kepada Lembaga Tata Tertib Kolej, jika kes didapati berat dan serius dan dilucutkan jawatannya daripada MPP.

Seksyen 5 : Lembaga Rayuan Lembaga Rayuan yang ditubuhkan mempunyai bidang kuasa yang berikut: a. Mengkaji dan meneliti dari semasa ke semasa segala keputusan perbicaraan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga Tata Tertib. b. Mengkaji atau membicarakan semula kes yang telah dibicarakan oleh Lembaga Tata Tertib yang dirujukkan oleh yang terdakwa. Seksyen 6 : Ahli Lembaga Rayuan Ahli Lembaga Rayuan terdiri daripada: a. b. c. Ahli JKP (dengan penaung atau wakil yang dilantik sebagai pengerusi Lembaga ini dan lain-lain sebagai ahli) Presiden MPP selaku ahli; dan Setiausaha I selaku setiausaha.

ARTIKEL LIMA BELAS:


SURAT MENYURAT Seksyen 1 : Surat Mesyurat Semua urusan surat menyurat MPP yang dihantar keluar oleh MPP hendaklah mengikut saluran yang tertentu. Setiap surat perlu dirujuk kepada Presiden dan Penasihat sebelum boleh dihantar keluar. Seksyen 2: Penandatangan Dokumen Rasmi MPP Segala surat, pengumuman, kenyataan dan buletin MPP hendaklah

ditandatangani oleh: a. b. Presiden/Timbalannya atau Setiausaha; dan Penasihat MPP

ARTIKEL ENAM BELAS:


TAFSIRAN

Sekiranya hendaklah muktamad.

timbul dirujuk

kekeliruan kepada

dalam

penafsiran

perlembagaan Ibu

ini,

ia dan

Jawatankuasa

Peringkat

Pejabat

keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat adalah

ARTIKEL TUJUH BELAS:


PENGGANTUNGAN MPP Seksyen 1 : Hak Penggantungan Penyelaras JKPIP berhak untuk menggantung MPP atau aktivitinya sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan Perlembagaan Majlis Perwakilan Pelajar KKTM/IKM atau undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengannya. Seksyen 2 : Perkara Yang Dilarang Semasa Tempoh

Penggantungan Dalam tempoh penggantungan, segala aktiviti dan urusan MPP adalah dibekukan sehingga kepada suatu masa yang ditentukan oleh Pendaftar.

ARTIKEL LAPAN BELAS


PEMBUBARAN MPP (a) MPP boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 2/3 daripada semua ahli, 2/3 daripada Jawatankuasa Peringkat KKTM/IKM dan 2/3 daripada Jawatankuasa Peringkat Ibu Pejabat. (b) Sekiranya MPP hendak dibubarkan, segala hutang dan tanggungan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan. (c) Baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Pembubaran. (d) Jika MPP tidak lagi boleh berfungsi mengikut undang-undang,

Pendaftar boleh menarik atau menggantung balik pendaftaran MPP. (e) Apabila pendaftaran MPP ditarik balik, maka dengan sendirinya MPP telah dibubarkan dan berkuatkuasa serta merta.

SENARAI ARTIKEL-ARTIKEL DALAM PERLEMBANGAAN MPP

ARTIKEL 1 ARTIKEL 2 ARTIKEL 3 : ARTIKEL 4 : ARTIKEL 5 : ARTIKEL 6 ARTIKEL 7 : ARTIKEL 8 ARTIKEL 9 : ARTIKEL 10 : ARTIKEL 11 : ARTIKEL 12 : ARTIKEL 13 : ARTIKEL 14 : ARTIKEL 15 : ARTIKEL 16 : ARTIKEL 17 : ARTIKEL 18 :

: :

PERSATUAN DAN UNDANG-UNDANG LAMBANG DAN COGAN KATA

BAHASA DAN PENASIHAT MPP MATLAMAT MPP AHLI MPP : : JAWATANKUASA PUSAT KEWANGAN MPP TUGAS DAN KUASA PENYANDANG JAWATAN MESYUARAT MPP PROSEDUR PEMILIHAN MPP PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA PERLEMBAGAAN BADAN GABUNGAN MPP PERLETAKAN JAWATAN LEMBAGA TATA TERTIB SURAT MENYURAT TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PENGGANTUNGAN MPP PEMBUBARAN MPP

STRUKTUR PENTADBIRAN MPP

Jawatankuas a Peringkat Ibu Pejabat (JKPIP)

Jawatankuas a Peringkat Pusat KKTM/IKM (JKP)

Jawatankuas a Badan Perwakilan Pelajar (JKMPP)

Majlis Perwakilan MPP (MPMPP)

You might also like