Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

3. Kepentingan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian.

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian mempunyai lapan kepentingan. Kepentingan pertama pembinaan JSU ialah bagi mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan. Melalui pembinaan JSU maka sesuatu ujian dapat dibina dengan baik dan boleh dipercayai. Guru dapat membuat soalan-soalan ujian mengikut keutamaan tajuk yang diajar tanpa membuat soalan yang melencong atau tidak berkenaan dengan matapelajaran yang di ajar. Kepentingan kedua pembinaan JSU ialah bagi menjamin kesahan sesuatu ujian iaitu kandungan ujian yang dibuat oleh seseorang guru. Soalan di dalam ujian tersebut boleh dipercayai dan dijamin kesahannya kerana JSU merupakan proses membuat item-item ujian yang sah. Kepentingan yang ketiga ialah melalui pembinaan JSU dapat menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topic dan aras-aras kemahiran yang patut dititikberatkan dalam membuat item-item soalan. Maka ini dapat mengelakkan seseorang guru membuat terlalu banyak soalan berkaitan dengan topic yang kurang penting. Sebagaimana yang kita tahu bahawa setiap soalan yang dibuat berdasarkan aras-aras kemahiran yang tertentu. Ini dapat mengelakkan guru membuat semua soalan yang mempunyai aras kemahiran yang tinggi. Kepentingan yang keempat ialah pembinaan JSU dapat menentukan

keseimbangan soalan yang dibina mengikut tpik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Guru dapat membuat item soalan yang berpatutan dengan topic yang diajar dengan melibatkan aras-aras kemahiran yang merangkumi aras mudah, sederhana dan tinggi. Item soalan dapat dibina secara seimbangan diantara semua topic mengikut keutamaan jam interaksi pengajaran guru. Kepentingan yang kelima pembinaan JSU ialah memberikan panduan untuk membuat format ujian. Memlalui pembinaan JSU maka guru mempunyai panduan bagi membuat format ujian yang ingin diuji. Maka guru dapat membuat format ujian yang berlainan selagi pembinaan JSU dibuat. Ini akan memudahkan kerja seseorang guru. Kepentingan keenam ialah pembinaan JSU memberikan panduan untuk membentuk soalan. Guru dapat membina item soalan yang baik dimana soalan tersebut tidak terlalu mudah atau mempunyai

45

unsur diskriminasi. Guru dapat menentukan bilangan soalan objektif dan soalan subjektif yang diperlukan bagi memenuhi semua topik yang telah diajar. Kepentingan ketujuh pembinaan JSU ialah kita boleh mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Guru tidak terlalu membazirkan masa untuk sesuatu topik yang ringkas dan masa untuk ujian dapat dikira dan diperuntukkan dalam masa yang releven. Kepentingan yang terakhir ialah pembinaan JSU membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain. Guru dapat membuat perbandingan prestasi pelajar di antara pelajar melalui ujian yang telah dibina. Guru juga boleh melihat soalan yang boleh dipercayai dengan soalan yang dibuat sembarangan. Ujian yang dibuat berdasarkan pembinaan JSU dapat menunjukkan prestasi sebenar pelajar dan kefahaman pelajar. Kesimpulannya, pembinaan JSU mempunyai banyak kepentingan terutamanya kepada seoarang guru. Seorang guru harus tahu bagaimana membina JSU dan penggunaannya dalam pembinaan item-item soalan.

46

You might also like