Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SCE3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2013

EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA (TANAH PAMAH)

PENGENALAN Ekosistem didefinisikan sebagai suatu komuniti organisma hidup yang mempunyai saling kaitan erat di antara satu sama lain dan antara organisma dengan alam fizikalnnya. Komponen ekosistem terbahagi kepada dua iaitu biotik dan abiotik. Komponen biotik meliputi manusia, tumbuhan dan haiwan manakala komponen abiotik terdiri daripada cahaya matahari, hujan, udara, mineral dan tanih. Istilah hutan pula merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok yang biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu: a) dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok b) seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok c) komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Ekosistem hutan hujan tropika tanah pamah adalah jenis ekosistem daratan. Ekosistem hutan hujan tropika tanah pamah (hutan dipterokap) merupakan salah satu jenis ekosistem hutan yang paling produktif selain daripada hutan paya bakau. Hutan jenis ini meliputi hampir 28% peratus kawasan hutan dunia dan merupakan ekosistem terkaya dengan spesies tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di dunia. Beberapa ciri-ciri hutan hujan tropika tanah pamah telah dikenalpasti dan dirumuskan seperti jadual di bawah: CIRI-CIRI Berada Kedudukan KETERANGAN dari ketinggian 0m paras laut sehingga

ketinggian 300m Khaltulistiwa.

dari paras laut sekitar garisan

Iklim Suhu Lokasi

Panas dan lembab sepanjang tahun dan menerima hujan sepanjang tahun Tinggi antara 30C hingga 35C Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia, Asia Selatan, Malaysia dan lain-lain.

Hutan hujan tropika tanah pamah merupakan hutan yang mempunyai banyak komuniti hutan. Oleh itu, haiwan-haiwan yang terdapat di sini mempunyai corak adaptasi 1

SCE3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2013

kepada cuaca yang panas dan lembab manaka tumbuhan yang padat di hutan mempunyai adaptasi terhadap kelembapan yang tinggi. Flora di Hutan Hujan Tropika Tanah Pamah

Hutan jenis ini mempunyai hasil-hasil hutan yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana terdapat pelbagai pokok-pokok seperti meranti, tualang, cengal, belian, pokokpokok palma, bulu, orkid dan sebagainya. Hutan ini tebal dan padat dan sentiasa malar hijau serta mempunyai pepohon yang berdaun besar dan lebar. Kebanyakan poko berakar banir dan tumbuh secara berlapis-lapis, membentuk sudur yang tebal malah mempunyai tumbuhan bawahan yang kurang berbanding dengan hutan pergunungan. Struktur hutan hujan tropika tanah pamah lazimnya terdiri daripada dua peringkat iaitu pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi dengan lain-lain bentuk tumbuhan. Tumbuhan hutan hujan tropika tanah pamah terdiri daripada: a) Pokok-pokok - Meliputi kanopi, susunan daun, mata daun, banir, bentuk batang dan percabangan b) Pepanjat/Liana - memanjat dan membelit (pepanjat menyangga dengan cara membelit batang menghala ke arah pucuk dan dahan pokok sokongannya seperti mengkudu), sulurpaut (contoh mentimun, labu dll.), organ cangkok (Akar kait) dan duri (Capparis diffusa) c) Belukar/Renek - Berkayu yang tidak mempunyai batang utama untuk menyokong daun. Ia mengeluarkan banyak batang yang bersaiz kecil dan berkongsi dedaun. d) Epifit - Pokok penumpang

e) Palma - Tumbuhan yang mempunyai batang yang tidak berdahan f) Herba - Tumbuhan yang tidak berkayu, contohnya keladi, orkid, pisang dan sebagainya.

Jika di Malaysia, hutan hujan tropika tanah pamah boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu hutan-campuran(mixed-forest) dan hutan dominan tunggal(single-dominant 2

SCE3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2013

forest). Hutan campuran seperti Dipterokap tanah pamah terdiri daripada berbagai-bagai famili tumbuhan. Fauna di Hutan Hujan Tropika Tanah Pamah Hutan hujan tropika tanah pamah juga merupakan ekosistem kepada pelbagai jenis hidupan liar seperti orang utan, badak sumbu, ular-ular, musang , gajah dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini menjalankan aktivitinya pada waktu yang berlainan. Haiwan memainkan peranan penting di dalam kitaran hidup tumbuhan dan menjaga keseimbangan serta

perkembangan hutan hujan tropika itu sendiri. Haiwan merupakan pemangsa, agen pendebungaan dan juga penyebaran biji benih sekaligus telah merangsang perkembangan spesies tumbuhan hutan hujan tropika di samping membantu kitaran nutrien dan juga

menolong mengawal kepadatan spesies di dalam hutan. Tumbuhan lain bertindak membentuk kompaun sekunder seperti gum, resin dan getah, tanin dan fenol pada daun-daun dan buah-buahnya untuk menghalang haiwanhaiwan daripada memakannya. KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA TANAH PAMAH i. Sumber makanan dan habitat haiwan Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok yang lain. Selain itu, ia juga menyediakan satu habitat yang sesuai kepada haiwan. Kemampuan hutan ini menampung kepelbagaian hidupan liar juga menjadi sumber protein utama kepada penduduk dalam negara. ii. Mengawal suhu / agen pembersih udara Hutan hujan tropika tanah pamah secara keseluruhan menjalankan peranan menstabilkan suhu persekitaran dan agen pembersih udara dengan memendapkan gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh haiwan-haiwan semasa bernafas dan juga aktiviti manusia daripada sektor industri, pengangkutan dan pertanian. iii. Penutup bumi dan perlindungan hakisan Kewujudan hujan juga menjadi agen penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara

SCE3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2013

kualiti alam sekitar daripada tercemar di samping mencegah kejadian buruk seperti banjir atau kilat. iv. Kawasan tadahan air Hutan hujan tanah pamah juga bertindak sebagai kawasan tadahan air dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum disalurkan ke sungai-sungai agar bekalan air tidak putus sepanjang tahun. v. Tempat perlindungan semulajadi orang asli Orang-orang asli juga menjadikan hutan ini sebagai tempat perlindungan, sumber makanan dan ekonomi mereka. vi. Sumber bahan mentah dan pendapatan negara Selain itu, hutan hujan tanah pamah ini turut menyumbangkan ke arah ekonomi dan pembangunan luar bandar dengan memulihkan semula tanah terbiar dan mempelbagaikan sistem pengeluaran melalui aktiviti agroforesty. Sumber bahan mentah seperti balak dan produk bukan balak seperti rotan, kayu damar dan lain-lain banyak menjadi kegunaan tempatan dan sebagai bahan eksport jika diurus secara baik. vii. Budaya dan sejarah Hutan juga merupakan khazanah budaya di mana tradisi serta amalan dan juga kisah silam orang tempatan patut dilindungi. viii. Sumber perubatan

Pokok-pokoknya juga mempunyai nilai-nilai perubatan untuk mengubati penyakit. MASALAH YANG DIHADAPI a) Secara semulajadi Perubahan cuaca dunia- menjadikan fenomena kebakaran akibat kepanasan melampau menyebabkan hutan-hutan boleh terbakar dengan sendirinya dan cepat merebak apabila cuaca kering dan kurang hujan. Kejadian bencana alam - seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi pula menyebabkan pengaliran lava panas, pergerakan jisim dan juga serangan perosak dan penyakit hutan sekaligus memusnahkan sumber makanan kepada haiwan.

SCE3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2013

b) Aktiviti manusia Pembinaan empangan hidro elektrik - memusnahkan hutan melalui kegiatan penebangan dan pembersihan hutan menyebabkan rantaian makanan hutan hujan tropika musnah. Pembalakan tidak terkawal- menyebabkan kemusnahan spesies flora dan fauna secara besar-besaran, kehilangan habitat, rantaian makanan dan ciri ekologi. Aktiviti pertanian dengan pembukaan tanah baru untuk perladangan misalnya, memusnahkan kawasan hutan dan ekosistemnya. Pembinaan infrastruktur seperti lebuhraya, kabel elektrik, saluran paip dan lain-lain mengakibatkan pemusnahan hutan dan memberi kesan buruk terhadap keplbagaian biologi hutan. LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA KESEIMBANGAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA TANAH PAMAH a) Perundangan Menguatkuasakan undang-undang - dengan kawalan pencerobohan hutan simpan, aktiviti rondaan, dan tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram. Pihak berkuatkuasa juga perlu mengenakan denda dan hukuman terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. b) Langkah pengurusan Mewartakan hutan rezab atau Taman Negara yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar (KPHL). Melaksanakan Sistem Tebangan Memilih (STS) Penebangan hanya dilakukan bagi pokok-pokok yang cukup ukur lilit dan umur sahaja. Penanaman semula hutan atau Projek Perladangan Hutan Kompensatori (CFPP) bertujuan untuk membekalkan bahan kayu industri spesies tertentu untuk memenuhi keperluan tempatan sahaja. Menjalankan Penyelidikan dan pembangunan (R&D) beralih kepada sumbersumber pengganti seperti penggunaan fiber, simen, aluminium dan sebagainya agar tidak terlalu bergantung kepada hasil hutan. Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar boleh dilakukan oleh badan bukan NGO seperti Persatuan pencinta Aalam Sekitar agar sedar akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan boleh dilaksanakan pada semua peringkat.

SCE3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2013

RUMUSAN Hutan hujan tropika tanah pamah mempunyai banyak kepentingannya terhadap manusia, flora dan juga fauna dari pelbagai aspek seperti ekonomi, keperluan hidup dan sebagainya. Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi hutan ini dari masa ke semasa. Jika pemusnahan hutan terus berlaku, mungkin dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya semula. Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan kepada alam sekitar dan ekosistem dunia dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan sebelum ianya terlewat.

You might also like