Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012

PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH


TARIKH : 06 - 09 MEI 2012 HOTEL HANG TUAH WORLD HERITAGE MELAKA

OBJEKTIF KURSUS
1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

2
3 4

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.


Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

5
6

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.


Menjelaskan tanggungjawab dan peranan muridmurid sebagai warganegara berdasarkan Rukunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

DEFINISI KELAB/PERSATUAN
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh muridmurid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

TUJUAN PENUBUHAN
Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

i.

Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan. ii. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari. iii. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama. iv. Berkongsi sumber dan peralatan. v. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan vi. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masingmasing ke peringkat yang lebih tinggi

PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN (Persatuan Sekolah)


1. Guru Besar/Pengetua mestilah mematuhi beberapa prosedur tertentu untuk tujuan Penubuhan Persatuan dan Kelab.

2. Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No.11 Tambahan No.41, Perundangan P.U (A) 196. ada dinyatakan; Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan yang berikut:
i) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada pada 21 Mei 1998.

ii) iii)

Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Dalam Peraturan-Peraturan ini guru besar atau pengetua ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah:
penasihat

ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah. jawatankuasa ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk menjalankan tugas persatuan sekolah: persatuan sekolah ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru sekolah.

iv)

Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
A. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Contoh: Bahasa Melayu(Persatuan Bahasa Melayu). Bahasa Inggeris (Persatuan Bahasa Inggeris) Sains(Persatuan Sains) Matematik (Persatuan Matematik) Agama Islam (Persatuan Agama Islam) Sejarah (Persatuan Sejarah) Geografi (Persatuan Geografi) dan lain-lain

B.

Hobi dan Rekreasi

C.

Persatuan Mendaki gunung. Kelab Joran / Memancing Kelab Kembara Kelab Fotografi Kelab Komputer Kelab Setem dan Filateli dan kelab-kelab lain

Sukan dan Permainan Kelab Bola Sepak. Kelab Renang. Kelab Bina Badan. Kelab Catur. Kelab Badminton Kelab Bola Jaring dan kelab-kelab lain

D.

Badan Beruniform. Contoh: Persatuan Kadet Polis. Persatuan St John Ambulans. Persatuan Puteri Islam. Persatuan Pengakap

E.

Lain-lain persatuan yang diluluskan oleh kerajaan dan pendaftar. Contoh: Kelab Pencegahan Jenayah Kelab Keselamatan Jalan Raya Kelab Kewangan Kelab Usahawan Muda

v)

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau pengetua, laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara berikut: - perlembagaan persatuan - senarai ahli jawatankuasa

- senarai aktiviti utama persatuan. vi) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula berkuatkuasa-nya PeraturanPeraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.

3.

Perlembagaan dan peraturan- persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh guru besar atau pengetua. (i) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan jawatankuasa atau ahli persatuan. Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat , dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.

4.

(ii)

(iii) Guru besar atau pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam sub peraturan (1).

BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN


1. Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendaharti dan beberapa orang AJK untuk menetapkan:-

a. Tujuan dan matlamat/objektif - sesuai, boleh dicapai dan tidak membebankan ahli
b. Aktiviti dan kegiatan - bilangan aktiviti, sesuai, boleh dilaksanakan, tidak membebankan c. Menggubal Peraturan Persatuan/Kelab - masa perjumpaan, bilangan perjumpaan setahun, yuran, pakaian, larangan dan sebagainya d. Perlembagaan (Contoh Lampiran K) - mengikut format, mematuhi kehendak

2.

Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.
Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan: i. Memilih Ahli Jawatankuasa ii. Merancang aktiviti tahunan kelab/persatuan iii. Pengesahan kewangan dan dokumendokumen lain kelab/persatuan iv. Mengoperasikan kelab/persatuan

3. 4. 5.

PERATURAN PERATURAN

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

TINDAKAN DISIPLIN

Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan Tindakan disiplin mengikut prosedur:- amaran lisan dan amaran bertulis Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru penasihat adalah muktamad

PEMBUBARAN PERSATUAN

Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembangaan dan Falsafah Pendidikan Negara Segala hutang wajib diselesaikan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan Ahli ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat

PERLEMBAGAANPERSATUAN

You might also like