Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 27

KAJIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI

TINGKATAN 3 PMR TAHUN 2013


TAJUK TUGASAN : Perniagaan Pasar Malam di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak

MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MAIZAITUN AZMI

3 BESTARI 3 NO.KP : 980902105271


SMK SERI ISKANDAR, 32610 SERI ISKANDAR

NAMA GURU PN. TEH RAMLAH BT ABU BAKAR SENARAI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN o o o o o PENGHARGAAN o PENDAHULUAN o OBJEKTIF KAJIAN o KAWASAN KAJIAN Peta Negeri Perak i. Peta Lakar Kawasan Bandar Universiti,Seri Iskandar MUKA SURAT o 1 o 2 o 3 o 4 o 4.1 o 4.2 5

KAEDAH KAJIAN

o DAPATAN KAJIAN 6.1 Konsep pernigaan psar malam 6.2 Kepentingan perniagaan pasar malam 6.3 Faktor mempengaruhi perniagaan pasar malam 6.4 Kesan negatif perniagaan pasar malam 6.5 Cadangan mengurangkan kesan negatif Perniagaan Pasar Malam

o 6

o RUMUSAN

o 7

o LAMPIRAN
Lampiran1: Surat pengenalan diri Lampiran 2: Surat kebenaran melawat dan mendapat maklumat Lampiran 3: Surat makluman ibu bapa / penjaga Lampiran 4: Surat kebenaran ibu bapa / penjaga Lampiran 5: Borang soal selidik Lampiran 6: Soalan temu bual Lampiran 7: Senarai nama responden

o 8 o

o RUJUKAN

o 9

PENGHARGAAN
Dalam menyiapkan kajian kerja kursus geografi ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan pengetua kerana telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Seterusnya sekalung penghargaan kepada Guru Geografi, Cikgu Pn.Teh Ramlah bt Abu Bakar kerana beliau sentiasa sedia meluang masa untuk membimbing saya di dalam dan luar pengajaran beliau. Jutaan terima kasih dan rasa sayang kepada kedua ibu bapa saya, En. Maizaitun Azmi b Abdul Manan dan Puan Norazliza bt Shamsudin kerana mereka senantiasa meluangkan masa, menyokong dan membantu saya dalam menyediakan keperluan material agar saya menyiapkan tugasan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada orang sumber yang ditemu ramah dalam menyiapkan tugasan kajian Geografi ini, ucapan terima kasih kepada pegawai pemetaan yang bertugas di Majlis Daerah Perak Tengah kerana telah membantu memberikan maklumat dan berkongsi pengalaman . Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Bandar Universiti, Seri Iskandar, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Sekian dan terima kasih.

PENDAHULUAN
Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi tingkatan 3 bagi tahun 2013. Kajian ini mengambil masa lebih lanjut tentang perniagaan pasar malam di Bandar Universiti, Seri Iskandar, yang terletak di daerah Perak Tengah negeri Perak Darul Ridzuan. Oleh kerana pasar malam Bandar Universiti terletak di kawasan taman perumahan Bandar Universiti, Taman Maju dan Taman Teknologi Seri Iskandar (SIDEC) maka ia memudahkan saya menjalankan kajian mengenai pasar malam ini. Dilam kajian ini saya akan mendefinikasikan konsep pasar malam di kawasan tersebut. Selain itu, saya juga ingin melihat kepentingan perniagaan pasar malam ini.selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan

melihat faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam serta kesan-kesan negatif perniagaan psar malam. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran dikawasan kajian. Rasional pemilihan pasar malam Bandar Universiti,Seri Iskandar,Perak adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan bandar baru yang strategik kerana terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta pejabat pentadbiran kerajaan seperti Pejabat Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah, Pejabat Bomba Daerah dan lain-lain. Kawasan Bandar Universiti, Seri Iskandar merupakan kawasan tanah daerah Perak Tengah, negeri Perak Darul Rdzuan kawasan kajian ini mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi dan pada masa yang sama tempat tinggal saya adalah di sekitar kawsan ini. Jadi pemilihan kawasan kajian inimemudahkan saya saya untuk melakukan lawatan dan soal selidik. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerja di dalam sektor perkhidmatan, perniagaandan sektor pertanian. Dengan ini saya berpendapat kajian pasar malam Bandar Universiti, Seri Iskandar akan menjadi tajuk yang menarik untuk dikupas.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah :1. Mentarifkan konsep pasar malam di Bandar Universiti, Seri Iskandar. 2. Mengenalpasti kepengtingan perniagaan pasar malam di Bandar Universiti, Seri Iskandar. 3. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam Bandar Universiti, Seri Iskandar. 4. Menghuraikan kesan negatif perniagaan pasar malam Bandar Universiti, Seri Iskandar.

5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam Bandar Universiti, Seri Iskandar. 6. Meningkatkan kesedaran cintakan alam sekitar terhadap penduduk di sekitar Bandar Universiti, Seri Iskandar.

KAWASAN KAJIAN
Secara umumnya Bandar Uiversiti,Seri Iskandar terletak di bandar baru Seri Iskandar.Kedudukannya 10 kilometer dari Bota Kanan,empat kilometer dari pekan Tronoh dan 15 kilometer dari Batu Gajah dan 32 kilometer dari Ipoh. Bandar Universiti,Seri Iskandar ini juga terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Petronas. Guna tanah utama kawasan Seri Iskandar adalah termasuk dalam

blok pembangunan Bota iaitu meliputi kawasan pertanian seluas 10 806 hektar atau 63.22%. Kebanyakan kawasan pertanian melibatkan skim tanah kemajuan oleh pihak FELCRA Nasaruddin. Bentuk muka buminya merupakan tanah pamah yang rata dan beralun amat sesuai untuk kegiatan penanaman kelapa sawit, petempatan,perniagaan dan perindustrian. Namun, kawasan kajian hayalah tertumpu di kawasan Bandar Universiti, Seri Iskandar dalam ukuran lima kilometer persegi sahaja. Selain daripada kegiatan perniagaan, pertanian dan pendidikan yang menjadi penyumbang terbesar, kawasan ini turut dilengkapi dengan kemudahan asas yang baik seperti jaringan pengangkutan awam, bekalan air dan telekomunikasi pusat kesihatan dan sebagainya

PETA NEGERI PERAK

PETA BANDAR SERI ISKANDAR

KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat iaitu : 1. PEMERHATIAN Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan dengan cara mengenal pasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya mencatat maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas. 2. TEMU BUAL Kaedah ketiga ialah kaedah temu bual seramai 3 penduduk tempatan di sekitar kawasan kajian. Melalui temu bual ini juga saya dapat menilai pendapat yang diberikan tentang masalah yang wujud serta idea mengatasi berdasarkan masalah yang dihaddapi oleh mereka. 3. SOAL SELIDIK Borang soal selidik telah saya berikan kepada 20 orang responden untuk mengetahui pendapat mereka tentang kesan negatif berkaitan tugasana yang telah diberikan. Hasil soal selidik juga saya kumpul untuk dianalisis. 4. RUJUKAN Kemudiannya saya mengunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya. Dengan bantuan pihak pemetaan Pejabat Daerah Perak Tengah, maka saya dapat gambaran yang lebih jelas dari aspek luas kawasan, jenis kegiatan, potensi mengikut pandangan Pejabat Daerah serta peta daerah.

DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Pasar Malam Pasar malam merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehigga waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan. Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-syuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku,baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian. Di Malaysia peniaga mendapat lesen daripada pihak berkuasan tempatan (PBT) yang berkaitan.

6.2. Kepentingan perniagaan pasar malam di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak Tengah, Perak. a. Konsep dan Jenis Perniagaan Pasar Malam Bandar Universiti Perniagaan runcit bermaksud menjalankan perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar dan dilakukan secara kecil-kecil. Perniagaan Pasar Tamu Malam Bandar Universiti ini mempunyai

pelbagai jenis gerai seperti gerai makanan ringan, gerai sayur-sayuran, gerai ikan , gerai pakaian dan lain-lain lagi. Kebanyakan gerai-gerai ini dijalankan oleh penduduk yang mendiami berhampiran dengan Bandar Universiti . Mereka berbangsa Murut, Melayu, Cina dan lain-lain. Carta pai berikut menunjukkan bilangan perniagaan mengikut jenis gerai.

6.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak Tengah, Perak. a. Modal kecil-Dengan bermodalkan sebuah meja, sekaki payung besar serta lampu pendaflour, menjadi faktor orang berminat untuk mencebuburkan diri dalam perniagaan pasar malam. Hal ini jelas kerana modal peniaga hanya kecil untuk memulakan perniagaan. Perniagaan pasar malam juga tidak memerlukan kos promosi yang mahal serta bilangan pekerja yang ramai perlu dibayar gaji. b. Buruh-Oleh kerana perniagaan pasar malam ini singkat iaitu sekitar 5.00 petang sehigga 10.00 malam maka untuk mendapatkan buruh atau pekerja untuk bekerja adalah mudah. Tambahan pula, pasar malam ini hanya beroperasi seminggu sahaja Bandar Universiti Seri Iskandar. Rata-rata buruh atau pekerja yang bekerja di psar malam adalah terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Bekerja di pasar malam ini tidak memerlukan kemahiran profesionalyang tinggi serta tidak memerlukan kelulusan yang tinggi. Hal ini jelas menjimatkan kos upah. c. Pertambahan penduduk-Pertambahan penduduk di sekitar Seri Iskandar sebagai Bandar Baru, yang berfungsi sebagai bandar pendidikan dan pentadbiran awam telah mewujudkan pasaran tinggi terhadap perniagaan pasar malam. Kakitangan awam dan swasta yang bekerja yang pulang lewat dari tugas, lebih gemar membeli makanan yang telah siap berbanding memasak sendiri di rumah.

d. Pasaran tempatan tinggi-Jumlah penduduk sekitar Seri Iskandar adalah lebih kurang 10 000 orang yang terdidri daripada penduduk tempatan dan pelajardari Institut Pengajian Tinggi telah mewujudkan pasaran yang luas terhadap barangan yang dijual di pasar malam terutama sekali barangan makanan basah, runcit dan buah-buahan. e. Darjah ketersampaian-Lokasi pasar malam Bandar Universiti, Seri Iskandar adalah strategik. Iaitu terletak laluan utama lebuh raya Ipoh-Lumut serta terletak di simpang empat lampu isyarat Bandar f. Universiti berhadapan dengan Bank Islam Berhad. Kawasan yang luas serta mudah meletakkan kenderaan, menjadi faktor pasar malam ini menjadi tumpuan pembeli. g. Kesesuaian waktu perniagaan-Waktu perniagaan pasar malam Bandar Universiti Seri Iskandar di antara pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam iaitu selepas waktu pejabat. Menjadikan ia satu pasar malam yang menjadi persiggahan wajib pekerja yang pulang dari kerja untuk mencari bahan mentah untuk dimasak mahupun membeli di pasar malam ini adalah pekerja awam dan juga pelajar UITM dan UTP serta lain-lain IPT. h. Infrastruktur-Kemudahan tempat menunggu bas, serta perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak swasta dan universiti memudahkan pelanggan yang terdiri dari pelajar universiti dan orang awam untuk datang ke pasar malam Bandar Universiti Seri Iskandar. Kemudahan seperti Bank Islam Berhad, Bank Rakyat dan Stesen Minyak banyak memeberi kemudahan kepada pelanggan untuk datang ke pasar malam ini. Sebelah malam pula terdapat lampu jalan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan pembeli untuk datang pada sebelah malam. i. Partiotisme-Saya berasa bangga kerana kemudahan infrastruktur yang ada di pasar malam Bandar Universiti Seri Iskandar ini banyak memberi kemudahan kepada pendudukan tempatan dan pengunjung untuk menikmati suasana yang meriah semasa membeli belah. 6.4 Kesan negatif perniagaan pasar malam di Bandar Universiti, Seri Iskandar Perak Tengah,Perak.

a. Pencemaran-Masalah pencemaran sampah sarap selepas perniagaan pasar malam tamat sekitar pukul 10.00 malam boleh dikatakan amat banyak. Sampah sarap seperti pembungkus minuman, pembalut kuih, sayur-sayuran yang rosak serta kulit buah-buahan banyak bertaburan di atas jalan. Masalah pencemaran air dalam longkang serta parit tersumbat turut timbul. Pencemaran bunyi dari sistem bunyi serta peniaga yang menjerit mempromosi juga ada kedengaran menyebabkan pasar malam menjadi hingar-bingar. b. Kesesakan lalu lintas-Masalah kesesakan lalu lintas berlaku dengan agak sesak. Hal ini kerana waktu perniagaan pasar malam adalah antara waktu puncak orang ramai pulang dari kerja iaitu pukul 5.00 petang. Persimpangan lampu isyarat menjadi perlahan. Kemalangan juga kerap berlaku kerana dipandu laju dan jarak kenderaan dekat. Punca lain kesesakan lalu lintas juga disebabkan oleh kenderaan pelanggan yang meletakkan kenderaan dibahu jalan. c. Harga tanpa kawalan-Terdapat segelintir peniaga pasar malam meletakkan harga jualan terlalu tinggi, terutamanya barangan elektrik seperti jam, lampu, radio, dan lain-lain. Harga tanpa kawalan menyebabakan pengguna berasa terbeban. Harga barang basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur juga tidak tetap. Kadang-kadang terlalu mahal seperti sekilo timun boleh mencecah RM13.00 dan harga sekilo ayam boleh mencecah RM8,00. Ini jelas memberi kesan negatif kepada pembeli. d. Barangan tidak berkualiti-Terdapat masalah sesetengah barang yang dijual di pasar malam adalam barang yang tidak berkualiti. Contohnya barangan elektronik yang tidak berjenama seperti mesin kira dan jam tangan yang mudah rosak. Ada juga pengguna mengadu pernah terkena keracunan makanan, kerana segelintir peniaga tidak menjaga kebersihan dan menjual makanan yang telah pun basi. Malah ada yang terbeli ikan yang telah busuk. e. Pesaingan dengan kedai runcit / pasaraya- Kendudukan pasar malam Bandar Universiti Seri Iskandar adalah berhadapan dengan Pasaraya Tesco. Keadaan ini mewujudkan persaingan harga barangan kerajaan Tesco menjual pelbagai barangan dengan harga yang amat murah. Pada masa yang sama Pasaraya Tesco mempunyai ruang yang luas, berhawa dingin dan tersusun.

f. Patriotisme-Sebagai rakyat Malaysia, kita semua seharusnya bertanggungjawab menjaga kebersihan dan jujur dalam menjalankan perniagaan di pasar malam, agar ia boleh menjana pendapat yang berterusan. 6.5 Cadangan mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak Tengah,Perak a. Pencemaran-Untuk mengatasi masalah pencemaran sampah sarap di psar malam Bandar Universiti, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Perak Tengah, seharusnya menyediakan tong sampah mudah alih untuk peniaga dan pengguna membuang sampah. Penguatkuasaan undang-undang juga boleh dilaksanakan dengan cara mengenakan kompaun atau denda kepada peniaga da pembeli yang membuang sampah. Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah dan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)boleh mengadakan kempen kesedaran menjaga kebersihan alam secara berlaka. b. Kesesakan lalu lintas- Untuk mengatasi masalah ini, bantuan dari pihak Pasukan Polis Trafik dan RELA perlu diperluaskan. Pihak ini seharusnya memastikan semua kenderaan tidak diletak secara sesuka hati dan berbahaya di bahu jalan raya sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Kompaun juga boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan dari pihak berkuasa. Selain itu PBTjuga boleh mewujudkan tempat letak kereta yang lebih sistematik agar semua pengguna dapat meletakkan kenderaan dengan selamat. c. Harga tanpa kawalan-Pemantauan berterusan dan tindakan tegas dari PBT Majlis Daerah Perak Tengah dan Kementerian Perdagagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNP) perlu ditingkatkan, bagi tujuan mengatasi masalah peniaga meletakkan harga barangan sesuka hati sekaligus menindas pengguna. Kompaun maksimum turut boleh dikenakan sesuka hati sekaligus menindas pengguna. Kompaun maksimum turut boleh dikenakan agar menjadi pngajaran kepada peniaga lain agar lebih berhati-hati dalam meletak harga. d. Barangan tidak berkualiti- Bagi meengatasi masalah ini, PBT seharusnya mengawal peniaga yang menjual barangan cetak rompak, tidak berkualiti dengan cara mengawal pengeluaran permit pernigaan.

Bagi peniaga yang kotor dan menjual makanan yang basi pula, pmeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah hendaklah dilakukan dengan lebih kerap dan serius. e. Persaigan dengan kedai runcit / pasaranya-Bagi mengatasi masalah persaingan dengan kedai runcit dan pasaraya besar seperti Tesco, pihak Majlis Daerah Perak Tengah, boleh mewujudkan kawsan khasperniagaan pasar malam agar dapat memberi peluang kepada penjaga kecil-kecilan pasar malam boleh meneruskan keberlangsungan hidup dalam bidang perniagaan. Selain itu, PBT juga boleh memindahkan tapak pasar malam ke tempat yang lebih strategik dan jauh sedikit dari pasaranya besar Tesco. Dengan kedudukan lokasi baru boleh mengurangkan persaingan dari segi jarak dan kos. f. Patriostime-Sebagai pembeli di pasar malam, saya mngharapkan semua kesan negatif dapat diatasi dalam menjamin kesejahteraan masyarakat setempat sekali gus menjaga imej Seri Iskandar sebagai bandar yang bersih dan sihat pada masa akan datang. Tanggungjawab mengurangkan kesan negatif ini adalah tugas semua warga Malaysia.

RUMUSAN
Kajian perniagaan pasar malam Bandar Universiti Seri Iskandar merupakan satu kajian yang menarik. Di dalam kajian ini saya berjaya mengenal pasti konsep perniagaan pasar malam. selain itu, saya juga berjaya mengenal pasti kepentingan perniagaan di pasar malam. di samping itu, dalam kajian ini saya berjaya mencari faktor-faktor mempengaruhi perniagaan pasar malam serta mengesan kesan negatif perniagaan pasar malam. dan akhir sekali saya menyenarikan beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam. Antara kepentingan perniagaan pasar malam ialah dapat menyediakan peluang perniagaan, dapat meningkatkan taraf hidup penduduk dengan pendatan yang lumayan. Selain itu, pasar malam ini memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan. Akhir sekali kepentingan pasar malam ialah menjimatkan kos pengguna dan peniaga. Saya berjaya mengenal pasti kepentingan perniagaan pasar malam, saya juga dapat merumuskan faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam yang semakin mendapatkan permintaan penduduk

tempatan. Pertama ialah faktor buruh, faktor modal, faktor pasaran tempatan, kemudahan infrastruktur, pertamabahan peenduduk, darjah ketersampaian dan kesesuaian waktu berniaga. Saya berjaya mengenal pasti kepentingan perniagaan pasar malam, saya juga dapat merumuskan faktofaktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam yang semakin mendapat permintaan penduduk tempatan. Pertama ialah faktor pasaran tempatan, kemudahan infrastruktur, pertambahan penduduk, darjah ketersampaian waktu berniaga. Akhir sekali saya dapat merumuskan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam iaitu dengan penguatkuasa undang-undang. Pihak PBT, RELA, orang awam juga perlu memainkan peranannya. Seterusnya pemeriksaan kesihatan kepada peniaga, menjalankan kempen kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah, kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan yang terakhir mewujudkan kawasn khas perniagaan pasar malam. Sebagai rakyat Malayasia saya berbagga lahir di kawasan Seri Iskanadar kerana, kemudahan asas yang sempurna serta mempunyai kepelbagaian kegiatan ekonomi serta sosial dan budaya. Dengan kehadiran masyarakat majmuk (pelajar antarabangsa dari Universiti Teknologi Petronas) di pasar malam Bandar Universiti Seri Iskandar boleh menjadikan Seri Iskandar sebagai satu ikon yang mampu dikenali dalam kalendar pelancongan yang mana pasti menarik ramai pelancong.

RUJUKAN
1.Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tam Koh Lim, 2004. Buku Teks Geografi Tingkatan Tiga. PTS Publicators Sdn. Bhd., Pahang Darul Makmur. 2.Ismail bin Ahmad, Prof. Madya Sulong bin Mohammad, Chan Mee Lee, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan. 3.Richardson H.W. 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. 4.Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa, 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan Wilayah. Pernerebitan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 5.Laporan Perancangan Daerah Tengah 2002-2005. Peta guna tanah m/s 62-146

8.1 Lampiran 1: Surat pengenalan diri murid

8 .2 Lampiran 2: Surat kebenaran melawat dan mendapatan maklumat

8.3 Lampiran 3: Surat maklumat kepada ibu bapa/ penjaga

8.4 Lampiran 4: Surat kebenaran ibu bapa / penjaga

8.5 Lampiran5: Borang Soal Selidik

8.6 Lampiran 6: Soalan Temu Bual

8.7 Lampiran 7: Senarai Nama Responden

You might also like