Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PISMP SEMESTER 4 ( PSV3106 )Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah

I. Pengenalan Teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

Untuk teori psikoanaliti sila rujuk sini http://www.slideshare.net/artventure/psv-3107-teoripsikoanalitik-presentation

Pendekatan Behaviourisme

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pendekatan Behaviorisme dapat dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai intelektual mereka. Menurut pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh Ivan Pavlov, Thorndike, Skinner dan John B. Watson.

Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya dengan hukum pembelajaran kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada dirinya sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi pandangan lagi dalam hukum latihan pula rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan jika ada perubahan dari persekitaran dan menyeronokkan pula maka ia akan meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga sebaliknya.

Pendekatan yang dicadangkan tadi dapat membentuk rangsangan yang kekal bagi seseorang pelajar kerana adanya pembentukan fenomena yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam menyediakan perlaksanaan fenomena yang menyeronokkan. Penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan juga pemikiran perlu dipertimbangkan.

Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham Wallas (1926) sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau telah mengelaskan kepada empat tahap yang perlu dilalui di antaranya ialah proses persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat. Pelajar lebih dimahirkan untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam pengkaryaan mereka. Kemudian ialah proses Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar untuk cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam proses iluminasi yakni terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan di dalam minda dan akhirnya kebolehan untuk proses verifikasi yang mana hasil pemikiran diserlahkan ke dalam bentuk karya dan penulisan.

Menurut B.F. Skinner (1953) pula peneguhan kepada manusia akan menggalakkan satu ulangan perlakuan atau diperkuatkan. Dalam hal ini di dalam bilik darjah peneguhan yang positif akan meningkatkan tahap motivasi pelajar. Pelajar akan memperolehi satu bentuk secara berterusan seperti kata-kata pujian, menepuk bahu, memberi senyuman dan sebagainya yang membolehkan proses berkreativiti dalam diri pelajar berlaku secara positif.

Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan mutu kerja pelajar berkualiti tinggi jika sekiranya disampaikan secara jelas dan bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan di antaranya ialah memuji secara ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih dan respon yang spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen seperti di atas merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada pencapaian pelajar.

Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu pengalaman baru untuk memajukan diri mereka bagi menghasilkan sebuah karya atau ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah dengan memberi ganjaran dan juga pujian sekiranya mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan unik dari yang lain.

Pendekatan Humanistik

Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya. Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri.

Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab dengan tindakannya sendiri bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah adanya penekanan tingkatan harga kendiri yang positif terhadap diri pelajar supaya ada rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya penekanan aspek komunikasi dan kesannya ke atas motivasi intrinsik.

Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu. Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu belajar dan jauh dari rasa ketegangan.

Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus lihat kesilapan pelajar itu adalah sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus mengelakkan dari pendekatan yang sama sahaja. Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik perasaan ingin tahu dan juga perhatian pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan berpanjangan apabila pembelajaran murid-murid mendapat sokongan dan peneguhan daripada ibubapa (Morgan dan Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J. 1986)

Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi

Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang dilakukan di dalam kumpulan. Mengikut Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih bantu membantu semasa mereka dan pelajar yang lemah dapat meningkatkan pencapaian kerja mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih ataupun disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina sesuatu projek atau karya. Oleh itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan mewujudkan aktiviti dan atmosfera menyokong dan menghormati pandangan ahli.

Ajarlah kepada mereka berkata benar, di samping mengajarkan al-Quran. Jauhkan mereka daripada orang-orang jahat, kerana orang-orang jahat itu menghindarkan perintah Tuhan dan tidak berlaku adil. Ahmad Shalaby, 1976; ms 33

Pendekatan Teori Permodelan Bandura

Pembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan Bandura kerana ialah lebih menjelaskan kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Apa yang dapat dilihat di sini ialah pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan memerhatikan tingkah laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Dalam Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil pemerhatiannya di dalam ingatan melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat.

Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui penggunaan situasti realistik. Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh menyuruh pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan baik dalam Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di hadapan kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru tingkah lakunya.

Pendekatan Pembelajaran Gagne

Teori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan data dan maklumat melalui penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Apa yang dilihat ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling kompleks dan secara berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 ) lagi, kemahiran intelek atau kebolehan

kognitif adalah sebagai tingkah laku yang dipelajari. Individu berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu matlamat.

Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Mereka akan menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya langkah-langkah spesifik dalam proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesi, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji hipotesi dan membuat rumusan.

Pendekatan ini juga turut membantu pelajar untuk mendapatkan konsep dengan mudah dan jelas. Mengikut Tennyson dan Cocciarella ( 1986 ), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep iaitu:-

menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan penting menghuraikan istilah penting dan definisi konsep memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.

Oleh itu, dalam pembelajaran seni visual itu sendiri, guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar di samping adanya proses bimbingan mengenai hukum dan konsep.

Pendekatan Pembelajaran Bruner

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. Justeru itu terdapatlah pendekatan seperti cara manusia berinteraksi dengan persekitaran, perkembangan mental manusia dan pemikiran, pemikiran logikal,

penggunaan istilah untuk memahami susunan, pemikiran analisis dan intuitif, pembelajaran induktif menguasai konsep dan pemikiran metakognitif.

Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Oleh itu, pengalaman pelajar secara meneroka, memegang, mencium dan merasa dapat menyediakan pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek dan pengkaryaan. Keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya. Seterusnya akan berlaku pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar melihata pertalian antara ransangan yang berlainan.

Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan penanggapan pelajar jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar yang membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya dan boleh mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Oleh itu guru perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

II.

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

a)

Pendekatan John a micheal

1.

PENDEKATAN SECARA LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek sematamatadan banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang melihat sesuatukarya seni tersebut.

Secara Penerangan: membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilai-nilaiestetika dan pengaruh.

Secara Pemerhatian: Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar.

Secara Perbandingan: Analisa, penilaian perbandingan antara satudengan yang lain serta menimbulkanperasaan.

Secara Penghasilan: Membuat gaya artis / stail, menimbulkankefahaman masalah nilai, nilai khas,kepuasan, menghubungkan diri konsep danzaman.

2.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan peribadi,lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatukarya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini akan lebih realistik dan dapat memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan sertaalat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: - Secara perbincangan dan perbandingan. - Secara proses inkuiri atau penemuan. - Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerjaseni.- Secara menyediakan setting / set induksi. - Secara membesarkan gambar. - Secara mengolah bahan-bahan sebenar. - Secara aktiviti permainan seni. - Secara lawatan / pameran. - Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

b) Pendekatan DBAE ( Discipline-based Art Education)

Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin ini terdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika.

Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imejyang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal (insight ) dan pandai mencipta(ingenuity).

Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat, bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks vakum,sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan dalam konteks semasa atau setempat.

Disiplin estetika pula merupakan satu displin yang baru diperkenalkan dalam kurikulumpendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya.

Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan, kita tidak langsung terus membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian.

Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan,macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh di aplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dann teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yangdikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani masalah bagi keempat-empat disiplin yang dikemukakan.

c) Pendekatan chapman Pendapat Chapman 1986- 4 aspek utama i. pemerhatian ii. penerokaan iii. penghasilan iv. apresiasi dan perlanjutan.

Pendekatan P&P Seni Visual PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks social melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas apa yang dipelajari.

KONTRUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri . Berdasarkan pengetahuan sedia ada, pelajar terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia ada. Pengstrukturan semula idea dapat ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan Kontruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual bermakna dan menyeronokkan.

APLIKASI KONTRUKTIVISME

Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar berpeluang mencatat pengetahuan sedia ada sebelum dijalankan aktiviti melukis. Pelajar menjalankan eksperimen tidak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai usaha untuk membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni secara membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina insiatif sendiri.

INKUIRI-PENEMUAN

Pendekatan Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing pelajar untuk memahami konsep seni melalui hasil inkuiri.

INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling melalui aktiviti eksperimen, projek, perbincangan, simulasi dan lawatan. Berdasarkan hasil inkuiri, pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kesimpulan sendiri serta menemui kajian seni dan membuat kesimpulan sendiri. Guru berperanan membimbing.

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN Dengan menjalankan Eksperimen, pelajar menguji perkara yang mereka hasilkan, kemudian mencari jawapan yang telah dikaji. Melalui projek, pelajar diberi masa yang lebih panjang untuk mengkaji sesuatu. Projek bukan sahaja melibatkan aktiviti seni malah melibatkan kemahiran lain seperti nilai murni. Perbincangan merupakan kaedah yang efektif untuk mencetuskan minda demi melanjutkan proses inkuiri dan penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu, semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman ditingkatkan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengikut teori, pembelajaran ini hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitaran. Teori ini menggalakkan guru memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks budaya, social, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pembelajaran PSV yang bermakna harus berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, persoalan seni perlu dikatkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran ini membolehkan pelajar menghayati kerelevanan pembelajaran PSV dengan kehidupan sendiri.

PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua pelajar menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada pelajar untuk belajar mengikut kadarnya. Untuk pelajar yang sanggup menguasai konsep dengan cepat, aktiviti pengayaan mengukuhkan lagi pengetahuannya. Untuk pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti pemulihan diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pembelajaran ini, topik seharusnya ditentukan dan dibahagikan kepada unit-unit pembelajran mengikut satu hierarki. Guru bermula daripada satu unit pembelajran dan pengajran dengan menggunakan kaedah pengajaran pembelajran yang berkesan dan bahan bantu mengajar yang sesuai.

APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber atau melalui internet untuk mengkaji tajuk yang telah diberikan Dalam aktiviti berfikrah, pelajar menggunakan KBSB untuk mengupas idea dengan lebih mendalam hingga menguasai idea berkenaan Perbincangan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendalami konsep PSV hingga tahap masteri yang lebih tinggi

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Dalam era maklumat ini,Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan pelajar mengakses data dan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran. Selain bahan cetak yang konvensional, media ICT yang membolehkan pemerolehan maklumat termasuk alat batu audio-visual, internet, perisian komputer dan lain-lain.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Mod Tutorial penggunaan ICT sebagai praktis latih tubi. Maklum balas yang serat merta untuk pembelajaran kendiri Mod Penemuan Aplikasi ICT untuk memahami sesuatu konsep, seperti pengguna perisian simulasi dan lain-lain Mod Resos Melalui internet, muat turun untuk mencari bahan Mod Perhubungan Berkomunikasi seperti e-mail Mod Sokongan- Penggunaan ICT dengan perisian seperti pemproses perkataan, pereka bentuk grafik APLIKASI PEMBELAJARAN ICT Melalui projek Kolaboratif dengan menggunakan komputer Melalui penyelidikan mencari bahan melalui internet Aktiviti Berfikrah, pelajar mengkaji sesuatu bahan seni menggunakan ICT

You might also like