Module Mel 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Modul ini dibina khusus untuk peserta-peserta Kursus Pengenalan Internet: Membuka dan Menggunakan Akaun Emel Percuma Yahoo Untuk Berhubung Dengan Sesiapa Sahaja Yang Mempunyai Akaun Emel bagi memenuhi Projek Yang Dipertandingkan di bawah Anjuran MAXIS CYBERLINQ COMPETITION 2007 Kategori Sekolah Rendah. TAJUK PROJEK CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL PESERTA KURSUS MURID TAHUN LIMA IBU-BAPA AJK PIBG GURU & KAKITANGAN = 31 ORANG = 31 ORANG = 5 ORANG = 13 ORANG

1. Pastikan anda sudah berada di depan computer yang telah ada sambungan Internet. 2. Anda perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan satu persatu tanpa melangkaunya. 3. Tidak perlu terburu-buru atau panik kerana proses pendaftaran amatlah mudah sekali. 4. Sekiranya ada kesulitan/masalah, minta bantuan dengan pemudahcara atau rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja yang berdekatan
MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

UNTUK BERHUBUNG DENGAN SESIAPA SAHAJA

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

LANGKAH 1: KE TAPAK LAMAN WEB YAHOO! Buka Internet Explorer dan terus ke Laman Web Yahoo. Untuk ke Laman Web Yahoo, terdapat beberapa pilihan cara. Modul ini mencadangkan agar anda menaipkan url(alamat) Laman Web Yahoo di ruangan addres . Taipkan www.yahoo.com diikuti dengan menekan kekunci <ENTER>. Lihat imej di bawah.

www.yahoo.com

LANGKAH 2: MENDAFTAR MASUK KE DALAM AKAUN EMEL Apabila anda menaip dengan betul url/address, Laman Web Yahoo akan dipaparkan. Sebagai pengguna yang telah mendaftar dan mempunyai akaun emel percuma yang disediakan, perhatian anda sekarang ialah kepada kepada Sign In yang terdapat di sini. Bawa tetikus dan klik di sini.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Paparan skrin seperti di bawah adalah untuk mendaftar masuk ke dalam akaun anda yang telah sedia ada. Untuk itu, anda perlu ingat atau menyemak kembali Yahoo! Id anda serta kata laluan semasa anda membuka akaun sebelum ini. Sebagai contoh, modul ini akan terus menggunakan Yahoo Id nah_1963 sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam modul yang pertama sebelum ini. Kata laluan yang dibuat ialah 123456. Sekiranya anda telah ingat dan bersedia untuk mendaftar masuk, perhatian anda sekarang ialah kepada dua medan ini iaitu; Yahoo! Id: Password: masukkan Yahoo ID anda sendiri (sebagai contoh untuk modul ini, kita gunakan akaun nah_1963 masukkan kata laluan anda di sini

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Apabila anda dah pasti semuanya betul, klik butang Sign IN untuk teruskan.

Skrin di bawah mungkin akan muncul, sekiranya anda memasukkan Yahoo! Id yang salah atau kata laluan yang tidak betul. Kesalahan di atas adalah pada Yahoo! Id. Yang sebenarnya nah-1963 bukannya nah_63.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Oleh itu, sekiranya berlaku begini, masukkan Yahoo ID! yang betul dan password sekali lagi. Kemudian klik butang Sign In untuk teruskan ke skrin yang berikutnya.

Yahoo! ID yang sebenar ialah nah_1963 bukannya nah_63

Skrin di bawah akan muncul apabila semuanya ok. Perhatikan kepada ucapan ini yang menunjukkan anda sekarang sudah berjaya mendaftar masuk ke dalam akan anda. Jika semasa daftar nama anda Abdullah maka, ucapannya ialah Hi, Abdullah.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Oleh kerana ini adalah kali pertama anda mendaftar masuk, maka skrin di bawah akan muncul untuk meminta anda mengesahkan sekali lagi kata laluan anda. Pada lain masa, skrin ini tidak akan muncul lagi. Masukkan saja kata laluan di sini anda sebagaimana yang diminta. Kemudian, tekan butang Daftar Masuk

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Anda akan dibawa ke skrin Maklumat Akaun anda untuk semaka anda. Skrin ini pun muncul kerana inilah kali pertama anda mendaftar masuk ke dalam akaun anda. Anda boleh pada bila-bila sahaja menyemak maklumat akaun nanti kerana kemudahan ini selalu disediakan di dalam akaun anda.

Sebaiknya jangan buat apa-apa di sini. Teruskan ke skrin yang berikutnya dengan klik pada butang Selesai. di sini.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

LANGKAH 3: MEMBUKA DAN MEMBACA EMEL PERTAMA ANDA Skrin di bawah merupakan skrin di mana anda telahpun berada di dalam akaun anda. Perhatikan ucapan yang dipaparkan dan perhatikan juga ada satu makluman untuk anda di sini. Ini adalah satu emel yang telah ada dalam peti masuk anda. Peti masuk ini adalah seumpama peti surat tempat posmen selalu masukkan apabila ada surat yang dihantar ke alamat rumah kita. Demikian juga Peti Masuk di sini, bermaksud tempat masuknya emel-emel yang dikirim kepada anda.

Untuk melihat atau membaca emel yang telah dihantar kepada anda, sila klik sama ada di sini atau di tempat perkataan Peti Masuk (1).

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Emel pertama anda ialah daripada Yahoo!. Tidak ada apa-apa yang istimewa cuma ucapan tahniah kepada anda. Untuk membuka dan membacanya, anda hanya klik pada Subjek (Tajuk) emel berkenaan.

Sebagai contoh untuk membaca emel yang dikirim oleh seseorang, Cikgu Mokhtar telahpun mengirim satu emel kepada nah_1963@yahoo.com. Emel tersebut boleh anda lihat dengan klik pada butang Semak Mel di sini. Paparan skrin di bawah menunjukkan ada satu emel baru yang telah masuk ke dalam Peti Masuk akaun anda. Pengirimnya ialah mokhtar ismail dan tajuknya Selamat Belajar Menulis Emel. Klik pada tajuk untuk membuka dan membaca emel beliau.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

10

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Sekarang anda boleh membaca isi kandungan emel yang dikirim oleh mokhtar ismail sebagaimana gambar di bawah. LANGKAH 4: MEMBALAS EMEL YANG DITERIMA Untuk membalas emel kepada mokhtar ismail, anda boleh lakukan dengan mudah setelah selesai membacanya. Perhatikan kepada butang-butang berikut; Hapuskan: Balas: klik di sini untuk padamkan emel beliau. klik butang ini untuk membalas emel beliau.

Kirim lanjut: butang ini digunakan sekiranya kita ingin hantar emel mokhtar ismail kepada kenalan kita yang lain. Klik pada butang Balas dan tunggu sebentar.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

11

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Skrin ini akan terpapar dan perhatikan, sistem Yahoo! secara automatik akan menulis alamat emel Penerima iaitu di ruangan Kepada, manakala Subjeknya secara auto tertulis, Balasan: Selamat Belajar Menulis Emel sebagaimana emel asal mokhtar ismail. Demikian juga dengan kandungan surat ditulis dengan auto. Sekiranga anda rasa tidak perlu tulisan asal mokhtar ismail, maka padamkan sahaja tulisan tersebut dengan tandakan pada semua tulisan dan tekan kekunci Del pada keyboard anda.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

12

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Tulislah apa sahaja di ruangan ini sebagaimana contohnya di bawah.

Apabila telah siap menulis, klik pada butang Kirim dan paparan di bawah akan muncul menandakan emel balasan anda telahpun dihantar. Tentu sekali anda ingin menyimpan alamat emel mokhtar ismail ke dalam Buku Alamat yang ada tersedia kemudahan ini di dalam akaun anda. Untuk berbuat begitu, anda cuma perlu klik pada butang ini. 4.1 : Menambah Alamat Emel Ke Dalam Buku Alamat

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

13

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Skrin di bawah akan dipaparkan di mana Nama Diri dan Nama Keluarga serta alamat emel telah terisi secara auto. Sekiranya anda ingin mengisi sesuatu pada medan Nama Gelaran, anda boleh menaip apa sahaja yang sesuai untuk memudahkan anda mengenalinya nanti apabila kandungan buku alamat anda telah banyak nanti.

Sebagai contohnya, anda ingin menambah perkataan cikgu pada Nama Gelaran, maka taipkan perkataan tersebut di situ. Apabila telah selesai, klik pada butang ini sebagai langkah yang terakhir. Nama Cikgu Mokhtar Ismail sudahpun berada di dalam buku alamat akaun anda.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

14

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Skrin di bawah menunjukkan pengesahan bahawa Cikgu Mokhtar Ismail telah pun dimasukkan ke dalam Buku Alamat anda. Tanda anak panah ke kiri ini menunjukkan bahawa anda ada/telah membalas emel yang dikirim oleh mokhtar ismail

LANGKAH 5: BESAR

MENULIS/MENGARANG EMEL KEPADA GURU

Untuk menulis atau mengarang emel kepada contohnya guru besar, di mana kita dah tahu emelnya tetapi masih belum ada dalam Buku Alamat, maka mulakan langkah anda dengan klik pada butang Karang yang terdapat di sini. Paparan di bawah akan muncul.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

15

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Oleh kerana inilah kali pertama anda ingin menulis dan menghantar emel kepada guru besar SK Tumpat, maka anda mestilah menaip alamat emel guru besar terlebih dahulu. Alamat emel guru besar ialah gurubesar@sktumpat.com. Oleh kerana itu, taiplah alamat emel tersebut di dalam medan Kepada. Kemudian tulislah pula Subjek atau tajuk emel anda. Contohnya ialah sebagaimana di bawah.

Langkah seterusnya ialah menulis isi kandungan emel sebagaimana contoh di atas. Anda boleh menulis di bawah tajuk dan isi yang berlainan dengan contoh di atas. Setelah berpuashati dengan apa yang anda tulis, klik pada butang Kirim dan skrin di bawah akan muncul. Mesej telah dikirimkan menunjukkan ianya telahpun dihantar kepada gurubesar SK Tumpat.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

16

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Perlu ditegaskan sekiranya sesuatu alamat emel itu merujuk kepada orang yang penting di mana anda akan selalu berurusan dengannya, sebaiknya alamat tersebut ditambahkan ke dalam Buku Alamat Anda anda. Klik pada butang ini dan ikuti seperti di tajuk 4.1

Apabila muncul skrin di bawah, penuhkan medan di bawah seperti mana contoh di sini. Apabila selesai maklumat tersebut, klik pada butang Tambahkan ke Buku Alamat

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

17

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Skrin di bawah muncul. Untuk menyemak kepada siapakah pernah anda hantar emel, sila klik pada ruangan Sudah Dikirimkan. Pada skrin akan dipaparkan jumlah emel yang pernah dikirimkan sebelum ini, iaitu kepada mokhtar ismail dan guru besar sktumpat.

6. MENGARANG/MENULIS EMEL KEPADA SESEORANG YANG TELAH ADA ALAMAT EMELNYA DALAM BUKU ALAMAT. Klik pada butang Karang. Apabila keluar skrin untuk menulis emel, klik pada butang Kepada

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

18

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Skrin Buku Alamat Yahoo! anda akan dipaparkan. Untuk menghantar emel kepada Guru Besar, klik pada petak dil bawah perkataan Kepada. Sekiranya, emel yang anda tujukan kepada guru besar ini ingin dimajukan satu salinan kepada mokhtar ismail, klik pada kotak di bawah CC. Kotak di bawah BCC bermaksud salinan kedua kepada seseorang yang lain pula.

Apabila anda sudah berpuas hati dengan apa yang ditandakan, klik pada butang Masukkan Kenalan Yang Ditandakan dan tunggu sehingga skrin berikutnya akan muncul.

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

19

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Perhatikan Ruangan Kepada telahpun diisi dengan nama Mansur Yusof beserta dengan alamat emelnya dan ruangan CC dengan nama mokhtar ismail. Teruskan sahaja menulis isi kandungan emel mengikut keperluan atau hajat anda. Selesai nanti, klik pada butang Kirim dan emel yang anda tulis akan dihantar kepada kedua-dua kenalan tersebut.

SELAMAT BERJAYA!!! SEMOGA SERONOK MENGGUNAKAN MODUL INI

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

20

CELIK ICT: SEKOLAH DAN KOMUNITI KE-ARAH MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Modul untuk menggunakan akaun emel percuma Yahoo TAMAT di sini. Jika ada sebarang kesulitan dalam menggunakan Modul ini sila berhubung dengan Group SK Tumpat Cyberkid atau Penasihat Pasukan Cyberlinq Competition 2007. DISEDIAKAN OLEH; GROUP SK TUMPAT CYBERKID

MAXIS CYBERLINQ 2007 COMPETITION

21

You might also like