Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Techtalk

GPRS
Oleh: MUZIKIR MUHAMMAD YGA 070029

Apakah GPRS?

Singkatan daripada General Packet Radio

Service

Perkhidmatan Data Bergerak (Mobile Data Service) untuk pengguna-pengguna Global System for Mobile Communications (GSM) dan telefon bergerak IS-136. Ia menggunakan rangkaian GSM yang sedia ada untuk menghantar dan menerima data berasaskan TCP/IP ke dan dari peranti bergerak GPRS.

Sambungan

GPRS adalah perkhidmatan komunikasi tanpa wayar berasaskan paket yang membolehkan penghantaran kadar data dari 56 hingga 114 Kbps. Data GPRS dikenakan bayaran bagi setiap kilobyte maklumat yang diterima, manakala data sambungan circuitswitched bagi setiap saat perkhidmatan.

Peranti bergerak GPRS

Terdapat beberapa peranti GPRS, yang turut menawarkan perkhidmatan GSM, seperti panggilan suara dan SMS.

Telefon Bergerak GPRS Kad Radio GPRS untuk komputer peribadi (PC) Komputer riba dengan GPRS in-built Mesin kawalan yang menggunakan peranti Comtech GPRS M2M

Kegunaan GPRS

GPRS adalah berasaskan sistem komunikasi GSM dan melengkapkan perkhidmatan sedia ada seperti sambungan telefon selular circuitswitched dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). GPRS boleh digunakan untuk perkhidmatan seperti Wireless Application Protocol (WAP), Short Message Service (SMS), Multimedia Messaging Service (MMS), serta untuk perkhidmatan komunikasi Internet seperti email dan melayari World Wide Web (www).

GSM

Telefon GSM menggunakan teknologi yang dipanggil CSD (Circuit Switched Data) untuk memindahkan data. CSD memerlukan telefon membuat hubungan khusus kepada sesuatu rangkaian sebelum ia boleh memindahkan data (contohnya panggilan telefon) yang mengambil masa hingga 30 saat. Apabila tersambung, data dihantar atau diterima dan pengguna dikenakan bayaran untuk setiap masa penggunaan. Pemindahan data biasanya perlahan: 14.4 kbps untuk rangkaian GSM 1800 (Orange dan T-Mobile) dan 9.6 kbps untuk rangkaian GSM 900 (Vodafone and O2).

Sistem GPRS

Sistem selular 2G yang digabungkan dengan GPRS biasanya dikenali sebagai 2.5G, iaitu teknologi telefon bergerak antara generasi kedua (2G) dan generasi ketiga (3G). Ia memberikan kelajuan pemindahan data yang sederhana (moderate), dengan menggunakan rangkaian Time division multiple access (TDMA) yang tidak digunakan di dalam sistem GSM.

Sambungan

WAP merupakan laluan yang digunakan untuk melayari Internet melalui telefon bergerak dan sebaliknya. Access Point Names (APN's) menyediakan laluan ke rangkaian lain seperti Internet, perkhidmatan WAP atau rangkaian korporat persendirian.

GPRS elements diagram

GPRS Modem

Sambungan

GPRS juga melengkapi Bluetooth, satu sistem piawai yang menggantikan hubungan talian antara peranti dengan hubungan radio tanpa wayar. Tambahan kepada Internet Protocol (IP), GPRS menyokong X.25, satu protokol berasaskan paket yang banyak digunakan di Eropah. GPRS adalah satu langkah perubahan ke arah Enhanced Data GSM Environment (EDGE) dan Universal Mobile Telephone Service (UMTS).

Sejarah GPRS

Secara teori, GPRS pada asalnya menyokong sambungan Internet Protocol (IP), Point-to-Point Protocol (PPP) dan X.25 sebagai terminal berbayar tanpa wayar. Apabila browser terpasang (built-in) bergerak digunakan, IPv4 telah digunakan. Ia menggunakan mod PPP yang biasanya tidak disokong oleh pembekal telefon bergerak, manakala IPv6 belum popular. Jika telefon bergerak digunakan sebagai modem untuk disambung kepada komputer, PPP digunakan sebagai laluan IP kepada telefon. Ini membolehkan DHCP mengenali alamat IP dan penggunaan IPv4 menjadi lebih dinamik.

Kelas-kelas kemampuan GPRS

Kelas A Boleh dihubungkan kepada perkhidmatan GPRS dan GSM (suara, SMS), pada satu masa. Kelas B Boleh dihubungkan kepada perkhidmatan GPRS dan GSM (suara, SMS), tetapi hanya menggunakan salah satu pada satu masa. Kebanyakan peranti bergerak GPRS adalah Kelas B. Kelas C Dihubungkan sama ada kepada perkhidmatan GPRS atau GSM (suara, SMS). Perlu ditukar secara manual dari satu perkhidmatan kepada perkhidmatan lain.

You might also like