Panduan Menjawab Soalan UPSR Bahagian B

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Panduan Menjawab Soalan UPSR Bahagian B

TIP
Jawapan bagi soalan perbincangan dan soalan penilaian adalah seperti berikut: Soalan 1 (a) Pemerhatian : Saiz ayam di reban Rosli besar dan saiz ayam di reban Razak kecil / Berat ayam Rosli 3 kilogram, manakala berat ayam Razak 2 kilogram. (Tiada markah untuk jawapan ini-murid hanya perlu menulis semula pemerhatian yang telah diberi dalam rajah 1) Inferens: i. Ayam di reban Razak lebih berat daripada ayam di reban Rosli kerana mendapat bekalan makanan yang banyak. (1 markah) ii. Saiz ayam di reban Rosli lebih besar kerana tiada jangkitan penyakit. (1 markah) / Ayam di reban Razak lebih berat daripada ayam di reban Rosli kerana tiada jangkitan penyakit. CATATAN: Inferens yang diberi haruslah bersandarkan kepada pemerhatian yang ditulis. Murid boleh memberikan sebarang inferens yang logikal berdasarkan pemerhatian. (b) Inferens : Saiz ayam di reban Rosli lebih besar kerana mendapat bekalan makanan yang banyak (Tiada markah untuk jawapan ini.)

Pemerhatian : Ayam di reban Rosli mempunyai bulu yang lebat. / Ayam di reban Rosli lebih tinggi. (Sebarang pemerhatian yang dapat dilihat dalam gambar yang dapat menjustifikasikan inferens yang ditulis boleh diterima.Pastikan pemerhatian yang ditulis adalah munasabah atau logikal)

Soalan 2 (a) i. ii. Bilangan guli ----- 1 markah Bacaan aras air dalam silinder penyukat ----- 1 markah

(Apabila soalan bertanyakan tentang dua pemboleh ubah yang boleh dikumpulkan, pemboleh ubah yang dimalarkan, iaitu jenis dan berat guli tidak

akan diterima sebagai jawapan. Jenis pemboleh ubah iaitu bergerak balas dan dimanipulasikan juga tidak akan diterima sebagai jawapan. Menyatakan isi padu air sebagai salah satu pemboleh ubah tidak tepat kerana dalam penyiasatan ini, isi padu yang dicatat pada silinder penyukat ialah isi padu air + isi padu guli). (b) Semakin banyak bilangan guli dimasukkan ke dalam silinder penyukat, semakin tinggi bacaan aras air dalam silinder penyukat --- 1 markah (Soalan ini sebenarnya berkehendakkan calon membina hipotesis berdasarkan kedua-dua pemboleh ubah yang telah dikenal pasti di (a)) (c) Meningkat. --- 1 markah

(Jawab secara ringkas sama ada meningkat atau menurun berdasarkan keputusan eksperimen-lihat pada pemboleh ubah yang bergerak balas)

Soalan 3 (a) Pemerhatian : Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A. (Pelajar boleh memilih pemerhatian 1 atau 2) Inferens : i. Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A kerana mendapat baja /nutrien yang mencukupi. --- 1 markah

ii. Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A kerana mendapat bekalan air yang banyak/mencukupi. ---- 1 markah

(Berikan inferens yang dapat menyokong pemerhatian yang dipilih) (b) Inferens: Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A kerana mendapat baja /nutrien yang mencukupi. (Tiada markah untuk jawapan ini-pelajar hanya menulis semula inferens yang diberikan di (a))

Pemerhatian: Anak pokok dalam pasu B mempunyai bilangan daun yang lebih banyak -----1 markah

Soalan 4 (a) i. isi padu air ----- 1 markah

(Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah pemboleh ubah yang ditetapkan tidak berubah dalam penyiasatan ini) ii. kuantiti garam(g) ----- 1 markah

(Pemboleh ubah yang dimanipulasikan ialah pemboleh ubah yang diubah-ubah dalam penyiasatan ini - biasanya pemboleh ubah yang ditulis pada lajur kedua dalam sesuatu jadual /keputusan eksperimen) iii. suhu ais (oC) ---- 1 markah

(Pemboleh ubah yang bergerak balas ialah hasil yang diperolehi daripada eksperimen--biasanya pemboleh ubah yang ditulis pada lajur ketiga / terakhir dalam sesuatu jadual /keputusan eksperimen) (b) Menurun 1 markah (Jawab secara ringkas sama ada meningkat atau menurun berdasarkan keputusan eksperimen-lihat pada pemboleh ubah yang bergerak balas)

Semakin banyak kuantiti garam yang di masukan ke dalam bikar,semakin rendah suhu ais ( *C) yang dicatat. 1 Markah.(Kaitkan antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan dengan pemboleh ubah yang bergerak balas.

TEKNIK MENJAWAB PEMBOLEHUBAH (VARIABLES) Pengenalan kepada pemboleh ubah / variables Di dalam sesuatu penyiasatan (fair test) , terdapat beberapa faktor atau perkara yang difikirkan oleh pengkaji sebelum penyiasatan itu dijalankan. Faktor-faktor tersebut ialah faktor atau perkara yang ingin diubah oleh pengkaji (what is changed / manipulated variable) , faktor atau perkara yang ingin diukur / diperhatikan/bergerakbalas (what is measured/observed dan perkara yang perlu disamakan/dimalarkan (what is kept the same / constant variable). Kesimpulannya langkah awal dalam penyiasatan, pengkaji perlu fikirkan tiga pembolehubah berikut iaitu :a) What is changed ( manipulated variable) diubah ( pembolehubah manipulasi) - perkara yang sengaja diubah oleh pengkaji dalam eksperimen atau penyiasatan yang dijalankan. Kebiasaannya pembolehubah ini hanya ada satu sahaja. b) What is measured /observed ( responding variable) - faktor atau perkara diperolehi atau direkodkan. - perkara yang diukur atau direkodkan oleh pengkaji . - hasil penyiasatan c) What is kept the same ( constant variable) - perkara atau faktor yang perlu disamakan supaya ia tidak akan mempengaruhi atau menganggu keputusan penyiasatan. What is changed (perkara diubah ) dan what is measured/observed (perkara yang diukur /diperhatikan) tidak boleh dijadikan sebagai what is kept the same (pembolehubah malar). CONTOH SOALAN 1 Ani and her friends carried out a fair test to find out if plants need sunlight to grow well. Two potted plants of the same size are placed as shown in the diagram below. The plants are watered everyday. They make an observations for 7 days. Ani dan rakan-rakannya menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji samada tumbuhan memerlukan cahaya untuk hidup subur, Dua pasu tumbuhan yang sama saiz diletakkan ke dalam bekas seperti dalam rajah di bawah. Tumbuh-tumbuhan disiram air setiap hari. Mereka membuat pemerhatian selama 7 hari.

a) State the following Nyatakan perkara berikut i) What is changed ( manipulated variable) ? diubah (pembolehubah manipulasi)? ................................................................................................................... [ Calon perlu memikirkan apakah perkara atau faktor yang diubah dalam penyiasatan ini. Tumbuhan di dalam pasu A mendapat cahaya matahari , manakala tumbuhan di dalam pasu B tidak mendapat cahayamatahari. Oleh itu jawapan yang sesuai adalah " the presence of sunlight (keadaan tumbuhan) dan mungkin juga calon juga boleh menjawab " the plants get sunlight or does not get sunlight"] ii) What is observed (responding variables) Apakah yang diperhatikan /diukur ( pembolehubah bergerakbalas)? ................................................................................................................... [ Calon perlu memikirkan faktor atau perkara yang ingin dijadikan oleh pengkaji sebagai hasil yang diukur atau diperhatikan. Ternyata dalam eksperimen ini, pengkaji ingin melihat samada tumbuhan itu mati/layu atau masih hidup selepas 7 hari. Oleh itu lebih sesuai calon menjawab " the condition of the plants (keadaan tumbuhan ) atau the plant dies or stays alive (tumbuhan mati atau hidup sebagai pilihan jawapan. iii) What is kept the same (constant variable) Apakah yang disamakan ( pembolehubah malar )? .................................................................................................................... [ Calon perlu memikirkan apakah perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi atau menganggu penyiasatan. Antara jawapan yang berkemungkinan difikirkan ialah the type of plants (jenis tumbuhan, the amount of soil (jumlah tanah), the presence of water (kehadiran air) dan banyak lagi]

CUBA SENDIRI SOALAN DI BAWAH soalan di bawah menggunakan teknik atau cara yang sama seperti di atas. Figure below shows a fair test carried out by a group of pupils. The same size of grasshoppers are placed in container P and Q . Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar. Belalang-belalang yang sama saiz diletakkan dalam bekas P dan Q.

a) Based on the investigation, state the following; Berdasarkan penyiasatan ini, nyatakan perkara berikut; i) What do we change? Diubah (dimanipulasikan)? ii) What do we observe (measure)? Diukur @diperhatikan (pembolehubah malar)? iii) What do we keep the same? Disamakan (pembolehubah malar)? .

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMBOLEHUBAH (VARIABLES) 2 Objects M and N are the same size, shape and material. M and N were blown with equal strength as shown in figure 2 below. M felt first. Objek M dan N sama saiz, bentuk dan bahan. M dan N ditiup dengan kekuatan tiupan yang sama seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah. M jatuh dahulu.

a) Based on the investigation, state the following;................................................................. ... Berdasarkan penyiasatan ini, nyatakan perkara berikut...... i) What do we change? Diubah (dimanipulasikan)? .......................................................................................................... [ Calon perlu fikirkan apakah perkara atau faktor yang diubah oleh pengkaji dalam penyiasatan ini...Gunakan pengalaman anda. Ketahui tajuk pelajaran. Soalan ini berkaitan dengan kestabilan dan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan adalah luas tapak dan ketinggian objek. Oleh itu sebaiknya jawapan di atas untuk what is changed (diubah/dimanipulasikan) sebaiknya jawapan calon adalah the size of base area ( saiz tapak). Ini adalah kerana terdapat perbezaan antara saiz tapak objek M dan N. Saiz tapak objek M kelihatan lebih kecil daripada saiz tapak objek N.

You might also like