Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MOHD IZZAT SYAFIQ BIN RAMLAN ( 900905-01-6925) REFLEKSI AKTIVITI LAWATAN KE PDK SELAYANG DAN BILIK TERAPI IPG

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA Pada hari Rabu bersamaan dengan 25 September 2013 yang lalu, dalam subjek PKB 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI kami sekumpulan pelajar seramai 20 orang pelajar IPG kampus Kota Bharu telah mengadakan satu lawatan ke PDK Selayang Selangor dan Bilik Terapi IPG kampus Perempuan Melayu Melaka. Antara pensyarah-pensyarah yang turut ke sana termasuklah Pn. Norwani Bte Che Wil dan Puan Farah Dilla Bte Ramli . Pada pukul 5.00 petang kami telah berkumpul di perkarangan bas dan mula bertolak ke PDK Selayang pada pukul 5.30 Petang. Saya berasa amat teruja kerana inilah kali pertama saya dapat pergi ke sana dan tidak pernah menjejakkan kaki ke PDK luar daripada Kelantan. Lawatan ini adalah sebagai satu untuk memenuhi silibus di dalam subjek ini dan terdapat di dalam proforma. Lawatan ini juga bertujuan adalah untuk melakukan penanda aras bagi melihat di antara PDK yang terbaik di Malaysia Setibanya di PDK Selayang pada jam 8.00 pagi. Kami telah diraikan oleh pelatih di PDK tersebut bersama dengan guru-guru mereka. Di sana juga terdapat beberapa orang pelajar yang sedang menjalankan praktikum selama 3 bulan di sana. Aktiviti dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Naib pengerusi PDK Selayang. Di salam taklimat tersebut saya dapat melihat pelbagai pencapaian yang telah diperoleh oleh PDK Selayang dan beliau menerangkan serba sedikit mengenai penubuhan PDK di Malaysia. Input yang telah diberikan oleh beliau sangat berguna dan saya akan gunakan semasa Program Mesra Bakti di PDK Wakaf Bahru pada minggu hadapannya. Setelah itu, kami dibawa ke dalam PDK ini untuk melihat dengan lebih dekat apakah kelebihan yang doperolehi oleh PDK ini. Apabila menjejakkan kaki di pintu hadapan, pandangan pertama saya menyatakan bahawa memang haruslah ia merupakan PDK terbaik di Malaysia kerana saya melihat pelbagai alat terapi di dalam PDK ini. Antaranya adalah kerusi beroda, alat pengayuh dan berbagai lagi di

tingkat pertama. Di tingkat kedua pula adalah merupakan bilik belajar dan juga bilik terapi pertuturan. Penerangan yang telah diberikan oleh guru PDK juga telah mencuri hati saya di dalam mencari idea untuk dibawa pulang ke Kota Bharu. Semasa lawatan ini berlangsung, saya dapat melihat dengan mata saya sendiri bagaimana guru di PDK ini menjalankan pengajaran. Ternyata mereka sungguh berpengalaman dan mempunyai pelbagai ilmu di dalam melatih pelatihpelatih mereka . Apa yang membuatkan saya tertarik adalah pelbagai alat-alat yang saya tidak pernah lihat sebelum ini. Antaranya adalah batang muzik plastik , alat muzik yang diperbuat daripada tong gas, kerusi roda buatan sendiri dan sebagainya. Tambahan pula, di PDK Selayang ini banyak menggunakan bahan-bahan terbuang. Sifat inilah perlu dipupuk kepada semua guru supaya mengguanakan bahan-bahan yang terbuang supaya dapat menjimatkan kos pembuatan. Pasa hari berikutnya, kami telah bergerak ke Melaka iaitu ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Seperti mana yang kita ketahui bahawa, IPG ini merupakan IPG rintis di dalam pendidikan khas. Tujuan kami ke sana adalah untuk melihat bilik-bilik terapi yang terdapat di IPG kami. Antara bilik terapi di sana adalah bilik terapi sensori motor, kolam terapi air, bilik terapi pertuturan dan bilik snoozelan. ] Apa yang membuatkan saya tertarik adalah bilik-bilik ini tidak terdapat di tempat kami dan apa yang saya lihat dan catatkan adalah supaya saya mendapat idea untuk mewujudkan bilik-bilik ini apabila menjadi guru kelak. Ternyata , kelebihan yang terdapat di kampus Peremuan Melayu Melaka ini digunakan dengan baik kerana guru-guru pelatih belajar di dalam bilik-bilik tersebut. Pelbagai input yang saya dapat apabila berada di sana seperti cara-cara mengguanakan alat-alat terapi , jenis-jenis alat terapi, kelabihan pengguanaan dan sebagainya . Tepat jam 6.00 petang, kami pun bertolak pulang ke IPG Kampus Kota Bharu Saya berasa sungguh seronok dan saya juga berharap agar saya dapat berkongsi ilmu yang didapati dari lawatan ini apabila pulang bertugas di sekolah nanti. Saya juga bercadang ingin mengadakan lawatan seperti ini kepada adik-adik kelas pendidikan khas di kampus kami. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarahpensyarah kerana membawa kami melawat ke tempat yang penuh bermakna ini .

You might also like