Addie & Assure

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

Teknologi Pendidikan (TP) Konsep Domain Prinsip Peranan dan kepentingan TP dalam P&P

2. Reka bentuk Pengajaran Pengertian KONSEP REKABENTUK PENGAJARAN Konsep rekabentuk pengajaran (Instructional Design) teah wujud lebih 40 tahun yang lalu dan pada mulanya ia digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer dan pengajaran melalui televisyen. Dick dan Reiser (1989) menyatakan bahawa rekabentuk pengajaran ialah satu proses sistematik untuk merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Sementara itu Richey (1986) pula mendefinisikan rekebentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pembelajaran. Beliau melihat rekabentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran, iaitu merekabentuk, membina, menilai dan menguruskan pembelajaran. Pada masa kini terdapat lebih 40 model rekabentuk pengajaran yang diguna pakai dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat banyak model rekabentuk pengajaran dan pembelajaran tetapi, keseluruhan mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu: menentukan keperluan pelajar menentukan matlamat dan objektif membina prosedur penilaian merekabentuk dan memilih strategi penyampaian mencuba sistem pengajaran, dan menilai keseluruhan sistem Tiga kelompok model rekabentuk pengajaran yang diutarakan oleh Gustafon (1991) Model berorientasikan bilik darjah: Model ini merupakan model rekabentuk pengajaran berskala kecil yang tertumpu kepada perangan bagi satu masa pengajaran. Contoh model rekabentuk pengajaran jenis ini adalah model ASSURE dan DICK dan Reiser (1987). Model berorientasikan produk dan sistem: Kedua-dua model ini melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan rekabentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh. Contoh model berorientasikan produk adalah seperti Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan contoh model berorientasikan sistem ialah Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1998). Peranan & kepentingan ISL (Tugasan M#1)

Model reka bentuk pengajaran ADDIE, ASSURE

PENGENALAN MODEL ASSURE


Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut. Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar. Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Menekankan : aspek pengajaran kepada pelajar dengan menggunakan cara pengajaran yang berbeza. pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar perlu berinteraksi dengan alam sekeliling. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu : Analisis pelajar ( Analyse learner ) Nyatakan objektif ( State objectives ) Pilih kaedah, media dan bahan ( Select method, media and materials ) Gunakan media dan bahan ( Utilise media and materials ) Dapatkan penglibatan pelajar ( Require learner participation ) Nilai dan semak ( Evaluate and revise ) ANALISIS PELAJAR ( Analyse Learner ) Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri. Tiga perkara utama yang perlu diambil kira dalam langkah menganalisis pelajar adalah: Ciri-Ciri Umum Ciri-ciri umum merupakan deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung. Pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Kompetensi khusus peringkat masuk Kompetensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini memberi impak yang amat besar kepada pembelajaran pelajar. Misalnya, dengan mengandaikan pelajar telah memahami sistem matrik, maka guru terus mengajar cara menukar sistem British ke matrik. Andainya terdapat pelajar yang tidak memahami lagi sistem matrik, sudah pasti mereka gagal mengikuti pelajaran itu. Ini menunjukkan guru tidak harus mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang sama. Stail Pembelajaran Stail Pembelajaran merujuk kepada kluster trait yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Stail pembelajaran

memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media. Dunn dan Dunn (1992) telah membina satu instrumen piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Ini adalah antara instrumen yang terbaik dan digunakan secara meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar. NYATAKAN OBJEKTIF ( State Objectives ) Setelah guru mengenali pelajar-pelajarnya, guru boleh mula menulis objektif. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah: fokuskan kepada pelajar. menggunakan tingkah laku ( kelakuan ) yang menggambarkan kepentingan dunia sebenar. Objektif ditulis dengan menggunakan format 'ABCD'. Audiens ( Pelajar ) Siapakah audiens anda? Behaviour ( Tingkah laku ) Apa yang anda mahu mereka lakukan? Condition Apakah perubahan tingkah laku pelajar yang anda mahukan? Degree Sejauh mana kemahiran yang diperoleh telah dikuasai pelajar? PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN ( Select Method, Media and Materials ) Terdapat tiga langkah yang perlu dilaksanakan, iaitu: Memilih kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat beberapa peringkat yang dilalui semasa guru menyampaikan isi pelajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh, proses pengajaran dimulakan dengan set induksi dengan menggunakan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latih tubi. Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar. Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih Pemilihan media dilihat dari dua aspek. Pertama, memilih media yang telah tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya. Pemilihan media pengajaran yang tersedia berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu: sepadan dengan kurikulum; maklumat tepat dan terkini; bahasa yang jelas dan tepat; menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar; menggalakkan penglibatan pelajar; mempunyai teknikal kualiti yang baik; terdapat bukti keberkesanannya; bebas daripada bias; dan mempunyai buku panduan yang lengkap. Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan (Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan), agensi kerajaan, agensi swasta dan sebagainya.

Memilih, mengubahsuai, atau mereka bentuk media yang telah ditentukan Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkara yang perlu diambilkira: objektif; pelajar; kos; kepakaran teknikal; peralatan; fasiliti; dan Masa GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN ( Utilise media and materials ) Merancang bagaimana untuk mengimplemenkan media dan bahan-bahan dalam membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran. Dalam memastikan penggunaan bahan dengan cara yang betul, terdapat beberapa langkah untuk mewujudkan pengajaran berpusatkan pelajar: memaparkan bahan terlebih dahulu menyediakan bahan menyediakan persekitaran menyediakan pelajar menyediakan pengalaman pembelajaran MENDAPATKAN PENGLIBATAN PELAJAR ( Require learner participation ) Guru cuba mendapatkan penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Mempelbagaikan aktiviti dalam kelas seperti perbincangan, kerja kumpulan, latih tubi, kuiz, projek, aktiviti 'hands-on' dan lain-lain lagi bagi memastikan penglibatan pelajar. Guru berperanan sebagai fasilitator. Aktiviti pengukuhan diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul. NILAI DAN SEMAK ( Evaluate and Revise ) Menilai samada objektif pelajaran telah tercapai atau tidak. Penilaian dan penyemakan berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian terbahagi kepada 3 iaitu: menilai pencapaian pelajar pembelajaran yang dihasilkan menilai komponen media menilai pencapaian pengajar

PENGENALAN MODEL ADDIE

Model Pengajaran ADDIE meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. LANGKAH-LANGKAH MODEL ADDIE Model ADDIE terdiri daripada 5 langkah utama: Analisis ( Analysis ) Rekabentuk ( Design ) Pembangunan ( Development ) Pelaksanaan ( Implementation ) Penilaian ( Evaluation )

ANALISIS ( Analysis ) Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk REKABENTUK ( Design ) Merancang strategi dalam membangunkan pengajaran. Menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran. Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. PEMBANGUNAN ( Development ) Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran Semasa fasa ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan Reka bentuk mesej ========================================================================= Aktiviti M#1: 1. Secara berkumpulan ( 4@5 orang sekumpulan) 2. Membuat rujukan dari PS samaada buku, jurnal atau online 3. Topik Peranan dan kepentingan Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE 4. Jangan lupa catatkan sumber rujukan. 5. Masukkan ke dalam portfolio anda. Semoga Berjaya

You might also like