Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 58

APA ITU LOKOMOTOR?

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan. Berjalan Berlari Merangkak

APA ITU BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat.

Meregang

Mengilas

Memusing

Kandungan
Kemahiran Persepsi Motor

Kemahiran Manipulasi alatan

Apresiasi Pergerakan Asas

KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR


Menurut Wittig (1977:76) persepsi adalah proses menginterpretasikan stimulus oleh seseorang (perception is the process by which a person interprets sensory stimuli).

Penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi.

Koordinasi mempunyai kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati akan mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan serta mata dengan kaki. [Barrow Mc Gee (1979)]

Membantu kanak-kanak membaca. Kemahiran persepsi diperlukan untuk kanakkanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat. (keperluan awal)

Mengimbang
Kesedaran Ruang Kesedaran Hala datar ( Laterality)

Kemahirankemahiran persepsi motor

Kesedaran Badan Kesedaran Arah ( Directionality Koordinasi tangan- mata atau Kaki- mata

KESEDARAN BADAN
Kesedaran Tentang tubuh badan. Kesedaran tentang saiz dan bahagian- bahagian tubuh badan serta kaitan antara satu sama lain. Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing dan mengilas badan. Penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi Pergerakan.

MENGIMBANG
Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketinting. Permainan yang berkaitan dapat menyeronokkan pelajar.

Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi, atau berlari.

Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.

Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

Kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badan seseorang. Pergerakan bertentangan menolong mengembangkan kesedaran ini. Dapat mengawal pergerakan daripada kedua- dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan. Angels in the snow

Dapat menyedari arah ke kiri, kanan, atas, bawah, hadapan dan belakang di dalam ruang persekitaraannya. Kesedaran ini dapat diberi daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala- datar. Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam persekitarannya.

Tujuan Pergerakan hanya dicapai jika koordinasi di antara pergerakan bahagian- bahagian badan dicapai. Interaksi ini dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda.

Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan kemas dan lancar.

APAKAH MAKSUDNYA ??
Bagaimana cara kita mengayakan atau

mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan

cekap untuk membentuk gerakan.


Ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk

mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu


objek.

Bersambung

Kemahiran manipulasi alatan merupakan kemahiran asas

yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas


sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang

pelbagai. Kemahiran ini akan menjayakan visi dan misi


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola


besar, gelung, rotan, tali dan gelang getah.

Bersambung

Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu: 1. (melontar,

menyepak, merejam, mengumpan, memukul)


2. 3. (menangkap dan menyambut) (menggelecek dan memantul bola)

Membaling Menyambut

Memukul
Menendang dan menyepak Menggelecek

MELAMBUNG
Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula. Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula. Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula.

MENYAMBUT
Melambung pundi kacang atau bola keudara dan menyambut semula. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula. Menyambut pundi kacang yang dilembar oleh pasangan. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan.

MEMBALING
Membaling bola ke dinding. Membaling bola kepada pasangan. Membaling pundi kacang ke dalam bakul. Membaling bola ke arah sasaran.

Tiga cara atau pola balingan iaitu bawah paras bahu (underhand), atas paras bahu (overhand), sisi (sidearm). (Berk, 2005)

MEMUKUL
Memukul alatan dengan tangan. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran.

Melambung belon keudara dan kemudian memukul.


Menjatuhkan bola kemudian memukul.

MENGELECEK
Mengelecek bola dengan tangan.
Mengelecek bola secara statik ( kiri dan kanan ).

Mengelecek bola melalui skital ( zig-zag ).

MENENDANG DAN MENYEPAK


Menyepak bola dengan keadaan statik.
Menyepak bola dengan menuju sasaran.

Berlari dan menendang bola.


Menendang bola sesama pasangan.

Apresiasi Pergerakan Asas


-Melibatkan proses yang memandu pelajar untuk menganalisis kecekapan teknik-teknik pergerakan menerusi masalah dan menyelesaikan

improvisasi.

PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan- pergerakan berentak untuk meluahkan perasaan dan pemikiran idea (Lloyd, 1990).

Daya cipta seseorang untuk mencipta bentuk atau idea baru, menyusun objek, pola atau idea yang sedia ada untuk diintegrasikan ke dalam masyarakat

(Murray, 1980).

Bebas bergerak untuk meluahkan perasaan

Meningkatkan tahap kesediaan

PERGERAKAN KREATIF

Tidak memerlukan orang dewasa untuk peniruan

Boleh berlaku dimanamana sahaja

UNSUR-UNSUR PERGERAKAN
RUANG

ALIRAN IMBANGAN BADAN


MASA

RUANG

Merupakan lingkungan pergerakan sama ada


lingkungan umum (general space) atau lingkungan kendiri (personal space).

LINGKUNGAN KENDIRI
Ruang yang digunakan secara langsung dengan

berada dalam lingkungan kawasan yang tidak luas


aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag.

LINGKUNGAN UMUM
Kawasan atau ruang yang digunakan secara tidak

langsung digunakan dalam gerakan pelbagai aras.


Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus.

ALIRAN

Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak

secara bebas atau terkawal atau terikat.


Pergerakan secara terkawal boleh diberhentikan

dengan mudah.
Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan serta-merta.

IMBANGAN BADAN

Tenaga yang digunakan untuk bergerak. Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. Bahagian atas mencerminkan keringanan.

MASA

Pergerakan cepat menggunakan masa yang sedikit. Pergerakan lambat banyak menggunakan masa. Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan.

Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah


dijadikan sebagai rentak, degupan (beat) atau

denyutan (pulse).

BIBLIOGRAFI
BUKU

Wee E.H. (1994), Pengajaran Pendidikan Jasmani, Fajar Bakti Sdn.Bhd.


Selangor.

Abdul Hafidz Hj Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian (2004). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka : Selangor.

P.Y Ramakrisnan (1998), Pendidikan Pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Teng Boon Tong (1992), Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah, Edisi Kedua, Selangor , Siri Pendidikan Longman

LAMAN WEB http://akitom.blogspot.com/2008/04/pergerakan-lokomotor.html http://akitom.blogspot.com/2008/04/pergerakan.html

http://manipulasialatan.blogspot.com/
http://www.scribd.com/collections/2686115/manipulasi-alatan http://saefulzaman.blogdetik.com/2013/05/06/persepsi-terhadaporganisasi-club-motor/ http://cikgutunazhar.blogspot.com/2011/02/kemahiran-persepsi-

motor.html

You might also like