Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI

MALAYSIA
(CAWANGAN KUALA LUMPUR)

PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PERTUB


CAW KUALA LUMPUR (PS

TARIKH
3 DAN 4 OKTOBER 2009

TEMPAT
KOMPLEKS MUHIBAH
AMPANG, SELANGOR
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI
MALAYSIA
(CAW KUALA LUMPUR)

PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA


PSGFM KL 2009

TARIKH
3 DAN 4 OKTOBER 2009

TEMPAT
KOMPLEKS MUHIBAH
AMPANG, SELANGOR

ANJURAN
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSAIA
CAWANGAN KUALA LUMPUR
(PSGFM KL)

PERASMIAN PENUTUP
EN. HALIM BIN HAMIT
GURU KANAN PSGFM KL

2
1. MUKA DIMAH .

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) pernah


mencatatkan sejarah dalam Kejuaraan Silat Peringkat Kebangsaan di mana
pertubuhan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan untuk empat kali
berturut-turut iaitu pada tahun 1991 (Melaka), 1992 (Kedah), 1994 (Pulau
Pinang) dan 1995 (Kuala Terengganu) dalam Kejuaraan Silat Seni dan Muzik
Silat Malaysia.

Di Peringkat Antarabangsa pula, PSGFM telah berjaya


mengembangkan sayapnya di negara-negara seperti Austria, Vienna,
Perancis, Switzerland, Norway, German dan New Calidonia.

Pertandingan Silat Olahraga yang bakal diadakan di peringkat Kuala


Lumpur bagi pesilat remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun ini merupakan
satu inisiatif Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Cawangan Kuala
Lumpur (PSGFM KL) dalam melahirkan juara-juara baru demi mengekalkan
pencapaian sedia ada. Ia juga selaras dan mendukung hasrat negara dalam
membentuk 1 Malaysia.

‘FATANI NUSA BAKTI’

‘MEMBUNUH ITU BERDOSA, MEMPERTAHANKAN DIRI ITU


WAJIB’

2. FALSAFAH.

‘SILAT MENGAWAL DIRI’

Berteraskan budaya Melayu dan Islam yang membawa kepada


kesejahteraan insan. Falsafah pertandingan ialah ‘Silat Mengawal Diri’
kerana peraturan pertandingan melarang pesilat saling mencederakan satu
sama lain. Maknanya setiap peserta mestilah sabar, tawakal, bertimbang
rasa dan bersih hati dari nafsu marah. Menang atau kalah ialah pesilat
bukaan Seni Silatnya. Oleh itu pesilat mestilah menerima keputusan
pertandingan dengan;

MENERIMA KEMENANGAN DENGAN RENDAH HATI


DAN
MENERIMA KEKALAHAN DENGAN JIWA YANG BESAR

3
3. OBJEKTIF.

a. Melahirkan juara-juara baru yang dapat diketengahkan ke peringkat yang


lebih tinggi serta menyemarakkan lagi nilai-nilai murni melalui
pertandingan silat.

b. Melaksanakan aktiviti-aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh pihak


negeri dengan menjadikan pertandingan silat sebagai satu medium
pembangunan pesilat.

c. Merapatkan lagi ukhwah dan hubungan silaturrahim di kalangan para


guru, jurulatih dan pesilat PSGFM KL.

d. Mengekalkan PSGFM sebagai Juara Keseluruhan Silat Kebangsaan bagi


3 kali berturut (1991, 1992 dan 1994). Pertubuhan telah memegang terus
piala yang menjadi rebutan iaitu Piala PESAKA (Juara Keseluruhan) dan
Piala Laksamana (Juara Keseluruan Silat Seni).

e. Melahirkan pemimpin yang berkualiti melalui pengurusan sukan,


pengurusan pertandingan, kepengadilan dan kejurulatihan.

f. Menjadikan silat sebagai satu wadah pembangunan negara sejajar


dengan hasrat 1 Malaysia.

4. MATLAMAT.

a. Mewujudkan pertandingan-pertandingan silat dan aktiviti lain yang


bermakna pada isi keaslian kaedah Seni Beladiri Melayu.

b. Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani kerana pertandingan


memberi kecergasan dan kemahiran silat iaitu bersilat yang selamat
(Silat Olahraga).

c. Memahami, mendalami, melahirkan, mengekalkan keaslian teknik dan


taktik yang terdapat di dalam seni silat secara cepat, cekap dan tepat
melalui pertandingan.

d. Memberi peluang membina sifat kepimpinan dan kreatif di kalangan


pesilat, mengikut kebolehan dan mutu serta pengetahuan dalam ilmu
persilatan.

e. Mewujudkan perhubungan yang berharmonis untuk mengeratkan


perpaduan ahli dan guru-guru dalam menuju wawasan 2020.

4
5. TEMA.

‘SILAT BERBUDAYA, WAWASAN NEGARA’

6. AKTIVITI.

Aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan Silat Olahraga bagi


peringkat remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun.

5
PERATURAN PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009

1. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN.

Tarikh : 3 dan 4 Oktober 2009.

Tempat : Kompleks Muhibah


Ampang, Selangor

2. PENYERTAAN.

a. Terbuka kepada semua ahli Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia


Cawangan Kuala Lumpur (PSGFM KL).

b. Semua peserta yang akan bertanding hendaklah mempunyai kad keahlian


yang sah dan belum tamat tempohnya. Jawatankuasa yang dilantik
berhak membatalkan/tidak membenarkan peserta untuK bertanding jika
tidak mempunyai kad keahlian yang diakui sah.

c. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar peserta yang terdiri


daripada:

Pegawai/Pengurus Pasukan - 1 orang


Jurulatih Pasukan - 1 orang
Pesilat Olahraga

• Putera - 10 orang

• Puteri - 3 orang

JUMLAH - 15 orang

3. KELAYAKAN PESERTA.

a. Umur peserta yang lahir pada tahun 1992 hingga tahun 1996 sahaja yang
layak didaftarkan oleh pasukan.

b. Pertukaran nama pesilat boleh dilakukan oleh Pengurus Pasukan semasa


pendaftaran sahaja. Selepas itu sebarang permintaan untuk menukar
nama pesilat tidak dibenarkan.

6
4. BAYARAN.

a. Semua peserta dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 15.00.

b. Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum atau semasa pendaftaran


kepada pihak Bendahari Kejohanan.

c. Pihak penganjur tidak menyediakan makan/minum untuk


pegawai/peserta yang menyertai kejohanan.

5. PEMERIKSAAN KESIHATAN.

a. Semua pesilat mestilah disahkan sihat dan layak bertanding oleh


Pegawai Perubatan. Sijil akuan layak bertanding hendaklah diperolehi
daripada Pegawai Perubatan masing-masing. Urusetia Kejohanan
tidak menyediakan Pegawai Perubatan bagi tujuan tersebut.

b. Surat akuan sihat, cergas dan layak bertanding bagi tiap-tiap pesilat
hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Kejohanan semasa
mendaftar pesilat.

c. Pesilat yang tidak mengemukakan surat akuan sihat, cergas untuk


masuk bertanding daripada Pegawai Perubatan tidak layak menyertai
pertandingan ini.

6. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN.

a. PUTERA

Kelas A - 39 kg. dan tidak melebihi 42 kg.


Kelas B - 42 kg. dan tidak melebihi 45 kg.
Kelas C - 45 kg. dan tidak melebihi 48 kg.
Kelas D - 48 kg. dan tidak melebihi 51 kg.
Kelas E - 51 kg. dan tidak melebihi 54 kg.
Kelas F - 54 kg. dan tidak melebihi 57 kg.
Kelas G - 57 kg. dan tidak melebihi 60 kg.
Kelas H - 60 kg. dan tidak melebihi 63 kg.
Kelas I - 63 kg. dan tidak melebihi 66 kg.
Kelas J - 66 kg. dan tidak melebihi 69 kg.

b. PUTERI

7
Kelas A - 39 kg. dan tidak melebihi 44 kg.
Kelas B - 44 kg. dan tidak melebihi 49 kg.
Kelas C - 49 kg. dan tidak melebihi 54 kg.

7. TIMBANG DAN TIMBANG ULANG.

a. Semua Peserta Silat Olahraga akan ditimbang dan direkodkan berat


badannya bagi menentukan Kelas Pertandingan.

b. Pada penimbangan yang pertama (rasmi) berat badan pesilat


berkenaan mesti berada di dalam kelasnya yang telah didaftarkan
dengan memakai pakaian silat potongan Melayu tanpa pelindungan
badan dan pelindungan kemaluan.

c. Semua Peserta Silat Olahraga mestilah menjalani Timbang Ulang iaitu


lima belas minit sebelum sesuatu pertandingan dimulai. Pada
penimbangan ulangan ini pesilat dibenarkan memakai pakaian silat
tanpa pelindungan badan.

d. Tolarensi berat badannya adalah seperti berikut :-

i. Minuman - 0.7 kg.


ii. Maksimum - 0.7 kg.

e. Peserta Silat Olahraga yang gagal mengekalkan berat badannya


dalam kelas yang didaftarkan semasa ditimbang ulang akan dibatalkan
(Didiskualifikasi) untuk bertanding seterusnya mengikut Fasal 9, Ayat
4, Perenggan D dalam Peraturan Pertandingan Pencak Silat
Antarabangsa.

8. PAKAIAN PESILAT.

a. Setiap Peserta Silat Olaharaga hendaklah memakai pakaian seragam


silat berwarna hitam dengan potongan Melayu.

b. Setiap Peserta Silat Olaharaga hendaklah memakai pelindungan


badan.

c. Setiap Peserta Silat Olaharaga hendaklah memakai pelindung


kemaluan yang di perbuat daripada bahan plastik.

d. Dibenarkan memakai pelindung sendi berspan.

9. KAEDAH PERTANDINGAN.

a. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan Peraturan


Pertandingan Silat Antarabangsa (PESILAT).

8
b. Pertandingan Silat Olahraga akan dijalankan secara kalah mati .

c. Setelah pesilat disahkan layak bertanding dalam kelas yang ditentukan


mengikut berat badannya, maka ia akan diundi menentukan jadual
perlawanan dalam kelas itu.

d. Semua pesilat hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan


iaitu tiga puluh (30) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal
hadir selepas panggilan yang ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta
yang berkenaan akan dikira kalah dan kemenangan akan diberi kepada
pihak lawannya.

10. BANTAHAN/TATATERTIB.

a. Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan


sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat
secara bertulis dengan disertakan Wang Pertaruhan sebanyak
b. RM 200.00 (RINGGIT MALAYSIA: Dua Ratus Sahaja).

c. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Pertandingan dalam


masa sepuluh (10) minit selepas keputusan diumumkan.

d. Wang Pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati
tidak wajar.

e. Bantahan boleh dibuat dan akan diproses mengukut Fasal 11, dalam
Peraturan Pertandingan Pencak Silat Antarbangsa.

f. Keputusan Dewan Hakim terhadap sesuatu bantahan itu adalah


muktamad.

13. GANTI RUGI.

a. Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal


serta pegawai-pegawai yang dilantik tidak bertanggungjawab atas
sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku ke atas
mana-mana peserta atau pegawai-pegawai di sepanjang
berlansungnya kejuaraan ini atau dalam perjalanan pergi dan balik dari
rumah/pusat pasukan dan ke tempat pertandingan.

b. Semua pegawai dan peserta dari setiap pasukan dikehendaki


mengambil insuran perlindungan masing-masing.

9
14. PENANGGUHAN.

a. Tarikh, tempat dan masa pertandingan yang telah ditetapkan oleh


Urusetia Kejohanan adalah sama sekali tidak boleh ditangguh atau
diubah.

b. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau


mengubah sesuatu pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu
kepada pengurus-pengurus pasukan.

15. PERATURAN AM.

a. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini


akan dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan
Pertandingan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT).

b. Semua peserta hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan


30 minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas
panggilan yang ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta yang
berkenaan akan dikira undur diri/kalah.

c. Pihak Urusetia tidak akan menyediakan sebarang kemudahan atau


bertanggungjawab kepada penyokong atau orang persendirian yang
tidak tersenarai didalam pasukan.

Disediakan oleh:

IZHAR BIN MAT ISA


Setiausaha Pertandingan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

10
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009

1. Bayaran Sewa
a. Siaran Raya
RM 200.00 x 2 hari RM 400.00
b. Peralatan Pertandingan
• Matras
RM 500.00 x 2 hari RM 1000.00
• Lampu Babak
RM 200.00 X 2 hari RM 400.00
• Bendera Juri
RM 50.00 x 2 hari RM 100.00
• Loceng Arbiter
RM 50.00 x 2 hari RM 100.00
• Lampu Ketua Pengadil
RM 100.00 x 2 hari RM 200.00
c. Pengangkutan
RM 200.00 x 2 hari RM 400.00
RM 2600.00
RM 2600.00

2. Wasit dan Juri


a. Wasit dan Juri
RM 20.00 x 20 orang x 2 hari RM 800.00
RM 800.00

3. Hadiah/Cenderamata
a. Hadiah
• Juara 1
RM 50.00 x 13 kategori RM 650.00
• Medal
RM 15.00 x 4 orang x 13 kategori RM 780.00
• Pesilat Terbaik RM 20.00
• Pesilat Harapan RM 20.00
b. Cenderamata
RM 15.00 x 30 RM 450.00
c. Sijil Penyertaan
RM 3.00 x 200 keping RM 600.00
RM 2520.00
RM 2520.00

11
4. Urusetia
a. Persiapan Gelanggang RM 100.00
b. Alat Tulis RM 200.00
c. Banner RM 200.00
d. Air Mineral RM 80.00
RM 580.00
RM 580.00

5. Sajian
a. Pegawai Teknikal
RM 10.00 x 20 orang x 3 hari RM 600.00
b. Wasit dan Juri
RM 10.00 x 20 orang x 2 hari RM 400.00
RM 1000.00
RM 1000.00

6. Kecemasan / Perbelanjaan Di RM 200.00


Luar Jangkaan
RM 200.00
Jumlah Keseluruhan RM 7700.00

12
JADUAL PERTANDINGAN
KEJOHANAN SILAT REMAJA
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009

TARIKH/MASA 0700 - 0800 0800 – 1300 1300 – 1400 1400 – 1830

(a) (b) (c) (d) (e)

3 OKTOBER 2009 PERTANDINGAN SILAT PERTANDINGAN SILAT


MAKAN
(SABTU) TENGAH HARI
SARAPAN PAGI MAJLIS
DAN SOLAT PERTANDINGAN
4 OKTOBER 2009 PERTANDINGAN SILAT PERASMIAN
ZOHOR SILAT (AKHIR)
(AHAD) PENUTUP

13
JAWATANKUASA PENGELOLA
KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA REMAJA
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009

PENAUNG : En. Halim bin Hamit


Guru Kanan PSGFM KL

PENASIHAT : En. Zaihan bin Mohd Isa


Setiausaha Agung PSGFM

PENGARAH KEJUARAAN : En. Mohd Nazim bin Haji Ismail


Guru Muda PSGFM KL

SETIAUSAHA : En. Izhar bin Mat Isa

BENDAHARI : Cik Nur Syazreen binti Ab Malik


Jurulatih PSGFM KL

AHLI JAWATANKUASA

1 URUSETIA PERTANDINGAN : En. Emy Fadly bin Abd Aziz


. Guru Muda PSGFM KL

2 WASIT/JURI : Pn. Hanida Zaili binti Jailani


.
3 HADIAH/CENDERAMATA : Cik Norhamiza binti Abu Hassan
. Jurulatih PSGFM KL

Cik Norazwa binti Norman


Jurulatih PSGFM KL

4 PERALATAN/PENGANGKUTAN : En. Mohd Nizam bin Musa


. Jurulatih PSGFM KL

5 SAMBUTAN/PERASMIAN : En. Izhar bin Mat Isa


.
6 SAJIAN/KESELAMATAN : En. Mohd Nasriq bin Mat Shah
. Jurulatih PSGFM KL

14
PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA
CAW KUALA LUMPUR 2009

BORANG PENDAFTARAN

PUTERA
NO. KAD
BIL KATEGORI NAMA PESILAT TARIKH LAHIR NO AHLI
PENGENALAN

KELAS A
1.
(39 – 42 KG)

KELAS B
2.
(42 – 45 KG)

KELAS C
3.
(45 – 48 KG)

KELAS D
4.
(48 – 51 KG)

KELAS E
5.
(51 – 54 KG)

KELAS F
6.
(54 – 57 KG)

KELAS G
7.
(57 – 60 KG)
KELAS H
8.
(60 – 63 KG)

KELAS I
9.
(63 – 66 KG)

KELAS J
10.
(66 – 69 KG)

PUTERI
KELAS A
1.
(39 – 44 KG)

KELAS B
2.
(44 – 49 KG)

KELAS C
3.
(49 – 54 KG)

TANDATANGAN
PENGURUS .......................................................
( )
TARIKH :

16

You might also like