Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 32

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN AIR PANAS


NAMA: TINGKATAN: KELAS: GURU YANG MENGAJAR: TARIKH:

SENARAI KANDUNGAN
Senarai Kandungan
Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian 8.1 Konsep Migrasi Penduduk 8.2 Pola Migrasi Penduduk 8.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas 8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Air Panas 8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

PENDAHULUAN
Saya, Liaw Yung May merupakan seorang pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan Dua, semua pelajar wajib menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Oleh itu, saya bersama-sama beberapa orang rakan telah memilih tajuk Kajian Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Air Panas, Kuala Lumpur untuk projek Kajian Geografi Tempatan ( KGT) kami. Kami telah menjalankan satu kajian tempatan di kawasan Taman Air Panas untuk mencari maklumat yang diperlukan.

Tanpa membazirkan masa, saya ingin menjelaskan sedikit mengenai kawasan kajian saya, iaitu Taman Air Panas. Saya telah menyediakan nota ringkas tentang kawasan kajian saya bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman anda. Nama kawasan kajian saya ialah Taman Air Panas, yang terletak di utara Kuala Lumpur.

Saya telah memilih kawasan ini kerana menepati tema kajian pola migrasi dan terletak berhampiran dengan sekolah saya. Dengan itu, saya tidak perlu bersusah-payah untuk melakukan kajian tempatan ini.

PENGHARGAAN
Sepanjang menjalankan Kajian Geografi Tempatan ini, saya telah mengalami pelbagai kerumitan. Oleh itu, saya telah meminta bantuan daripada pelbagai pihak seperti guru mata pelajaran Geografi saya, Cik Wan Azizan Binti Wan Salleh, ibu bapa saya, kawan-kawan saya. Di sini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam proses menjalankan Kajian Geografi Tempatan ini. Penghargaan yang khusus saya tujukan adalah kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Cik Wan Azizan Binti Wan Salleh. Beliau telah banyak membantu saya dan membimbing saya dalam memahami lebih mendalam mengenai Kajian Geografi Tempatan ini. Sebagai contoh, beliau telah memberi penerangan yang serba sedikit mengenai tajuk Kajian Geografi Tempatan kelas kami iaitu kajian tentng migrasi dalaman penduduk di sesuatu kawasan kajian kami. Beliau juga telah memberi sedikit nota ringkas sebagai rujukan utama untuk kami menjalankan kerja kursus kami. Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Liaw Saw Keong dan Choong Li Li kerana kedua-dua ibu bapa saya memberi sokongan kepada saya dari segi kewangan dan semangat. Misalnya, ibu saya, iaitu Choong Li Li telah membantu saya untuk menyempurnakan kerja kursus saya dengan mengisi borang soal selidik mengenai migrasi dalaman penduduk. Bapa saya juga telah menjelaskan kepada saya mengenai pola migrasi penduduk di kawasan kajian saya iaitu Taman Air Panas. Di samping itu, saya juga ingin menujukan penghargaan ini khususnya kepada rakan-rakan sekelas saya, iaitu rakan-rakan dari 2 Maju. Rakan-rakan saya ini telah memberi idea serta inspirasi kepada saya. Antara daripada mereka ialah Fauziah Fathimah Binti Mohamed Abusalih, Michelle Liu Jo Yee, Cheah Kim Tho, Lim Zi Jun dan sebagainya. Sebagai contoh, mereka telah menyumbangkan idea tentang cara untuk melaksanakan projek ini.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti konsep migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas. 2. Memahami pola migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas. 3. Mengetahui kesan migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas. 4. Mengenali faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas. 5. Memberi cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas. 6. Bersyukur dan memupuk semangat cinta akan negara.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di Taman Air Panas yang terletak di kawasan Setapak, Kuala Lumpur. Lokasi bandar ini adalah di sebelah utara bandar Kuala Lumpur. Jaraknya kira-kira 5 kilometer dari bandar tersebut. Di kawasan tersebut, terdapat banyak bangunan-bangunan didirikan di situ. Rujuk Peta 1.1 untuk melihat sekitar kawasan perumahan Taman Air Panas.

KAEDAH KAJIAN
Untuk melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan empat kaedah kajian, iaitu: A) Kaedah Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian tentang penduduk yang terdapat di Taman Air Panas di samping saya membuat pemerhatian corak populasi penduduk di kawasan ini.

B) Kaedah Rujukan: Saya telah menggunakan beberapa bahan rujukan iaitu bukubuku untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan penduduk dan bentuk migrasi yang berlaku di kawasan ini dan pembangunan kawasan ini yang berkaitan.

C) Internet: www.google/maps.com, www.wikipedia.com.org, Dari rujukan ini saya mendapat maklumat berkaitan sejarah Taman Air Panas dan mendapatkan peta kawasan kajian.

D) Kaedah Soal Selidik: Saya telah melakukan soal selidik melalui borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang asal penduduk kawasan ini serta mendapatkan punca berlakunya migrasi dalaman di sini.

DAPATAN KAJIAN
8.1 KONSEP MIGRASI PENDUDUK
Migrasi penduduk merujuk kepada proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara. Migrasi penduduk terbahagi kepada dua, iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa. Migrasi dalaman merujuk kepada proses perpindahan tempat tinggal secara kekal atau sementara dalam sesebuah negara. Migrasi ini pula terbahagi kepada empat pola, iaitu migrasi luar bandar ke bandar, migrasi bandar ke bandar, migrasi bandar ke luar bandar dan migrasi luar bandar ke luar bandar. Di Taman Air Panas, terdapat dua pola migrasi penduduk iaitu migrasi luar Bandar ke Bandar dan migrasi Bandar ke Bandar. Pola migrasi penduduk luar bandar ke bandar ialah pergerakan penduduk ke bandar lazimnya bagi mencari peluang pekerjaan, menjawat jawatan di sektor awam, dan melanjutkan pelajaran. Kebanyakannya bertumpu ke bandar, bandaraya dan kawasan perindustrian. Contohnya, Encik Chong berpindah dari kampung di Tanjung Malim, Perak ke Taman Air Panas. Pola migrasi penduduk bandar ke bandar pula bermaksud proses pergerakan penduduk dari kawasan bandar ke kawasan bandaraya yang lebih berkembang pesat disebabkan oleh kepadatan penduduk yang terlalu tinggi yang menyebabkan ketidakselesaaan untuk menetap di kawasan perumahan tersebut. Contohnya, Puan Mavis yang menetap di Bandar Georgetown di Pulau Pinang ke Taman Air Panas yang terletak di Kuala Lumpur.

8.2 POLA MIGRASI PENDUDUK


Migrasi dalaman terbahagi kepada empat jenis iaitu luar bandar ke bandar, bandar ke luar bandar, bandar ke bandar dan luar bandar ke luar bandar.Di Taman Air Panas, pola migrasi dalaman penduduk yang paling ketara ialah bandar ke bandar dan luar bandar ke bandar. Pola migrasi dalaman penduduk bandar ke bandar bermaksud proses penghijrahan penduduk antara bandar. Pola migrasi dalaman penduduk ini berlaku apabila seseorang berpindah atas arahan majikannya selain mengikut keluarga yang berpindah. Kedua-dua faktor ini merupakan sebab utama penduduk dari bandar lain. Selain itu, penduduk juga berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan dan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Contohnya, seorang pegawai bank CIMB dinaikkan pangkatnya dan dipindahkan ke cawangan CIMB di Taman Air Panas. Dia perlu berpindah ke Taman Air Panas untuk meningkatkan taraf hidupnya manakala keluarganya pula terpaksa mengikutnya tinggal di Taman Air Panas. Ini menjurus kepada pola migrasi dalaman penduduk dari bandar lain ke Taman Air Panas. Pola migrasi dalaman penduduk luar bandar ke bandar pula bermaksud proses penghijrahan penduduk antara luar bandar ke bandar. Contoh dari Batu Arang ke Kuala Lumpur. Pergerakan ini menyebabkan pertumbuhan bilangan penduduk di kawasan bandar. Peratus penduduk bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% antara tahun 1991 hingga 2001. Terdapat banyak faktor yang menggalakkan migrasi penduduk ini. Antaranya termasuklah kestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah, kemudahan asas, peningkatan taraf pendidikan, keluarga serta bencana alam. Di negara Malaysia, migrasi luar bandar ke bandar adalah ketara selepas negara mencapai kemerdekaan. Kestabilan negara membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dalam usaha membangunkan negara. Kerajaan mengadakan pelbagai insentif dalam usaha menarik pelabur asing melabur di negara Malaysia. Sehubungan dengan itu, banyak kilang didirikan dan peluang pekerjaan pun bertambah. Contohnya, di Shah Alam dan Pulau Pinang. Keadaan ini menggalakkan penduduk berhijrah ke bandar.

Hasil perkembangan bandar-bandar utama di negara Malaysia seperti Bandar raya Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bharu, Ipoh dan Kota Kinabalu turut mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi. Keadaan ini berlaku khususnya di sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan kewangan, perniagaan, perindustrian, pembinaan dan pentadbiran. Keadaan ini menarik penduduk luar bandar untuk berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi. Manakala di kawasan luar bandar, kegiatan ekonomi yang dijalankan agak terhad. Peluang pekerjaan yang ada bertumpu pada sektor pertanian. Kadar upah yang diberikan adalah rendah dan tidak menentu atau tidak tetap. Shah Alam, Georgetown, dan Johor Bahru adalah juga bandar raya yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Penubuhan pusat pentadbiran di Putrajaya menggalakkan perpindahan penduduk ke pusat bandar yang baru ini. Selain itu, di bandar-bandar juga terdapat banyak kemudahan kesihatan, sistem perhubungan yang baik, pelbagai pusat rekreasi dan pusat membeli-belah. Kemudahan cara hidup moden sebegini memberikan keselesaan kepada penghuni bandar dan menjadi faktor penarik bagi golongan muda khususnya dari luar bandar ke bandar. Pola migrasi dalaman penduduk dari luar bandar ke bandar ini lebih ketara berlaku di Taman Air Panas berbanding dengan pola migrasi dalaman penduduk dari bandar ke bandar. Perkara ini berlaku disebabkan oleh Taman Air Panas merupakan kawasan yang menyediakan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang sangat lengkap serta mempunyai peluang pendidikan yang tinggi. Faktor-faktor ini menarik penduduk luar bandar yang ingin meningkatkan taraf hidup mereka di bandar dengan bekerja dalam sektor perindutrian dan perkilangan yang menjurus kepada pola migrasi dalaman penduduk luar bandar ke Taman Air Panas.

8.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI


DALAMAN PENDUDUK DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN AIR PANAS
8.3.1 SEJARAH TENTANG TAMAN AIR PANAS
Sebelum saya beralih kepada faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan perumahan Taman Air Panas, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai sejarah tentang Taman Air Panas. Tempat ini dikenali sebagai Air Panas kerana kawasan ini mempunyai sebuah kolam air panas. Kolam air panas atau mata air panas ditakrifkan sebagai mata air yang terhasil akibat air bawah tanah yang dipanaskan secara geoterma mengalir keluar dari kerak bumi. Kolam air panas dipercayai dapat mengubati penyakit-penyakit yang sangat ganjil. Oleh itu, ramai orang suka berkunjung ke kolam air panas yang terletak berdekatan dengan surau Al-Jamiyyah untuk mengenal pasti kemujaraban air tersebut. Taman Air Panas telah ditubuhkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British dan menjadi petempatan penduduk. Penduduk yang tinggal di kawasan perumahan ini kebanyakannya merupakan peniaga atau pekerja dalam sektor perindustrian. Kini, bilangan penduduk di kawasan Taman Air Panas sedang merudum disebabkan oleh pertumbuhan petempatan yang baru seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya dan sebagainya yang menyebabkan banyak golongan muda atau lebih dikenali sebagai belia berhijrah ke sana untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan. Penduduk di kawasan Taman Air Panas terdiri daripada golongan kanakkanak, golongan remaja, golongan dewasa dan golongan tua. Daripada analisis yang telah dibuat oleh Jabatan Perumahan Air Panas, 75 peratus daripada penduduk Taman Air Panas adalah golongan tua. Kebanyakan golongan muda di kawasan perumahan Air Panas telah berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur yang

menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan penduduk di suasana kawasan perumahan tersebut lebih kondusif dan selesa untuk didiami. Di hadapan kawasan perumahan Air Panas terdapat sebuah taman permainan dan sebuah padang yang agak lapang. Walau bagaimanapun, kemudahan yang disediakan di taman permainan tersebut tidak lengkap dan sentiasa mengalami kerosakan kerana sentiasa berlakunya vandalisme.

8.3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN AIR PANAS

Taman Air Panas telah mengalami perubahan yang drastik sejak daerah ini ditubuhkan pada tahun 1981. Setiap penduduk mempunyai sebab atau faktor masing-masing untuk berpindah dari tempat asal mereka ke Taman Air Panas. Kajian saya mendapati majoriti penduduk berpindah dari tempat asal mereka ke Taman Air Panas disebabkan oleh peluang pekerjaan di Taman Air Panas yang lebih baik. Di Taman Air Panas, pelbagai perniagaan dan perdagangan dijalankan di kawasan tersebut. Pelbagai jenis bank, syarikat kewangan dan syarikat insurans, khususnya yang bertaraf antarabangsa beroperasi di Taman Air Panas. Syarikat-syarikat ini memberikan kemudahan kepada syarikat-syarikat perniagaan dan perdagangan untuk memajukan atau memperkembangkan perniagaan. Syarikat-syarikat perdagangan dan perkhidmatan menyediakan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan. Contohnya, seorang pekerja di Syarikat Insurans ING dibayar RM5000 sebulan. Gaji yang ditawarkan sebegini menarik minat banyak penduduk dari luar bandar untuk bekerja di kawasan bandar. Penduduk dari luar bandar dan kawasan pedalaman juga berpindah ke sini untuk meningkatkan taraf hidup mereka supaya mereka dapat menikmati

kehidupan yang selesa dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap dan perkhidmatan kesihatan yang sangat efisien. Tahukah anda bahawa Kuala Lumpur mempunyai keluasan kira-kira 243 km persegi dengan jumlah penduduk kira-kira 1.4 juta orang pada tahun 2000. Kawasan ini paling padat penduduknya di negara Malaysia kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang menjadi tarikan penduduk untuk bertumpu di sini. Proses pembandaran di negara Malaysia bermula selepas penemuan bijih timah. Ketika itu perlombongan bijih timah giat dijalankan. Kegiatan perlombongan bijih timah menggalakkan pembukaan bandar-bandar seperti Taiping, Ipoh, Bandar raya Kuala Lumpur dan Seremban. Selain perlombongan bijih timah, penanaman getah turut menggalakkan pembukaan bandar. Contohnya, pembukaan bandar-bandar seperti Alor Gajah, Keluang, Segamat dan Kota Tinggi adalah sebagai akibat kemajuan dalam penanaman getah. Contohnya, Alor Gajah bermula sebagai pusat pengumpulan getah dan berkembang menjadi bandar. Dari semasa ke semasa, kawasan itu berkembang dari segi ekonomi, pengangkutan dan perhubungan. Pusat membeli-belah, pusat pemprosesan bahan mentah, serta pusat pembekalan dan perkhidmatan turut disediakan untuk penduduk di sekitar kawasan ini. Penghijrahan penduduk dari negara China turut menambahkan jumlah penduduk di bandar. Kebanyakan mereka bekerja di lombong bijih timah, contohnya di Ipoh dan Bandar raya Kuala Lumpur. Kehadiran mereka menyebabkan jumlah penduduk di bandar berkenaan bertambah dengan pesatnya. Dari setahun ke setahun, jumlah penduduk yang tinggal di bandar semakin bertambah, terutamanya selepas tamat Perang Dunia Kedua dan selepas merdeka. Proses pembandaran di negara Malaysia berterusan dan menyebabkan bertambahnya bandar-bandar yang mempunyai saiz penduduk 10000 orang dan lebih. Antaranya termasuklah Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. Sehubungan dengan itu, juga kegiatan ekonomi di bandar juga giat dijalankan. Kawasan perniagaan dan perindustrian banyak. Sistem pengangkutan dan perhubungan turut dimajukan.

Selain itu, melanjutkan pelajaran juga merupakan penyumbang utama kepada perpindahan penduduk ke Taman Air Panas. Golongan muda yang menetap di sini juga terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut ilmu di universiti. Oleh sebab universiti dan kolej mereka terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Air Panas, mereka menyewa rumah teres atau apartmen di Taman Air Panas. Tambahan pula, rumah-rumah dan apartmen disewa pada harga yang berpatutan, menyebabkan pelajar-pelajar kolej dan universiti suka tinggal di kawasan perumahan Taman Air Panas. Untuk maklumat lanjut, Kuala Lumpur mempunyai institut pendidikan yang mampu melahirkan insan yang berkualiti dan berkaliber. Dalam menongkah arus globalisasi, masyarakat telah menjadi semakin kompetitif dalam melakukan sesuatu, sama ada dalam bidang akademik mahupun bidang pekerjaan dan bidang sukan. Mereka ingin mencapai kejayaan dan mempunyai kelas mentaliti pertama. Dengan ini, bidang pendidikan mempunyai paling banyak persaingan. Misalnya, pelajar di sesuatu kelas bersaing untuk memperoleh markah yang tertinggi dalam sesuatu subjek. Persaingan merupakan sesuatu perkara yang sangat baik tetapi perlu dikawal. Jika pelajar bersaing sehingga menimbulkan pergaduhan atau konflik yang tidak diingini, yang seterusnya menyebabkan keruntuhan akhlak pelajar dan seterusnya ketidaktenteraman suasana sekolah. Di samping itu, arahan daripada majikan juga merupakan perencah kepada perpindahan penduduk ke kawasan perumahan di Taman Air Panas. Majikan mengarahkan penduduk berpindah ke kawasan tersebut untuk membolehkan pekerja lebih mudah menguruskan perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja. Saya telah menjalankan penyelidikan tentang faktor ini dan saya mendapati penduduk berpindah ke kawasan perumahan Taman Air Panas kerana telah mendapat kenaikan pangkat. Oleh itu, mereka disuruh untuk berpindah ke sesuatu tempat yang berdekatan dengan tempat kerja mereka. Contohnya, ibu bapa saya bekerja sebagai guru di pusat tuisyen yang terletak di Genting Klang. Untuk memastikan tahap kecekapan kerja mereka serta produktiviti pusat tuisyen mereka

dikekalkan dan mempunyai pertambahan pelajar yang lebih drastik, mereka tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat kerja mereka. Seterusnya, penduduk berpindah ke Taman Air Panas atas ikutan keluarga. Contohnya, adanya sebahagian penduduk di kawasan kajian saya berpindah ke sini kerana ingin tinggal berdekatan dengan sanak saudara mereka. Ini mungkin disebabkan kemudahan menghantar anak unutk jagaan saudara. Kebanyakan penduduk yang berpindah atas faktor ini tidak dipaksa tetapi berpindah dengan rela hati. Mereka berpindah kerana tidak mahu berpisah dengan keluarga yang tersayang. Sebenarnya, penduduk yang berpindah atas ikutan keluarga membawa impak yang positif kepada perkembangan keluarga dari segi keharmonian dan kesatuannya. Semua orang menginginkan sebuah keluarga yang bebas daripada segala perbalahan dan rusuhan, supaya kita sentiasa hidup dalam keadaan yang kondusif dan lebih mudah menuntut ilmu pengetahuan kerana mempunyai tahap konsentrasi yang tinggi. Bayangkanlah jika anda berada dalam keluarga yang porak-peranda, dan anda sentiasa mendengar ibu bapa anda bertengkar dan menggunakan kata-kata yang kesat antara satu sama lain, adakah anda akan berasa tenang untuk menelaah pelajaran anda? Jawapan yang paling tepat adalah tidak, kerana seseorang tidak boleh mengulang kaji pelajaran dalam suasana yang bingit. Lebih-lebih lagi, suasana yang bingit wujud disebabkan oleh keluarga tidak mampu bertoleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain. Oleh itu, jika kita dapat tinggal berdekatan dengan saudara mara kita, hubungan silaturahim kita akan dieratkan dan seterusnya mewujudkan suasana yang kondusif dalam pangkuan keluarga. Seseorang anak tidak akan melahirkan rasa benci akan keluarganya, yang akan mengurangkan kes lari dari rumah. Tidak kurang juga penduduk yang berpindah dari tempat asal ke Taman Air Panas atas faktor perkahwinan. Contohnya, apabila seorang wanita dari bandar lain seperti Pulau Pinang berkahwin dengan seorang lelaki yang menetap di Taman Air Panas, wanita dan keluarga wanita tersebut akan berpindah ke Taman Air Panas. Perpindahan penduduk sebegini telah menyerlahkan sikap

sanggup berkorban untuk mendirikan sebuah rumah tangga yang baru. Sebenarnya, pendirian sesebuah rumah tangga merupakan perkara yang susah. Pasangan suami isteri perlu mengorbankan masa dan tenaganya untuk memastikan anak yang dilahirkannya sentiasa mempunyai perkembangan yang lengkap dari segi mental dan fizikal. Konklusinya, penduduk yang berpindah ke kawasan perumahan di Taman Air Panas mempunyai faktor masing-masing. Walau bagaimanapun, kebanyakannya berpindah ke sini adalah disebabkan oleh peluang pekerjaan yang pelbagai di Kuala Lumpur. Saya berasa bersyukur kerana jiran tetangga saya datang dari pelbagai tempat dan terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti kaum Melayu, Cina dan India dan setiap kaum menganuti agama seperti Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya. Walaupun kaum di kawasan petempatan kita bervariasi, namun kita masih dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Konsep Satu Malaysia yang diimplementasikan menekankan dua perkara iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Penduduk di kawasan perumahan kita sering mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti gotong-royong, rumah terbuka dan sebagainya yang dapat menyerap nilai perpaduan dalam jiwa penduduk. Benteng antara kaum masing-masing akan dirobohkan dan masyarakat dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan serta menghayati keunikan dan keaslian budaya kaum lain. Bak kata pepatah, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, sekiranya kita dapat memupuk perasaan cinta akan negara atau lebih dikenali sebagai semangat patriotisme, negara kita dapat melangkah setakuk lagi dalam memacu pembangunan dan perkembangan dari semua aspek. Jadual di bawah menunjukkan faktor-faktor migrasi dalaman yang berlaku di kawasan perumahan Taman Air Panas. Saya memperoleh maklumat ini daripada borang soal selidik. Seramai 23 responden telah melibatkan diri dalam penyelidikan ini.

FAKTOR MIGRASI DALAMAN YANG BERLAKU DI TAMAN AIR PANAS


FAKTOR MIGRASI DALAMAN BILANGAN PENDUDUK Peluang pekerjaan Melanjutkan pelajaran Arahan Majikan Ikut Keluarga Perkahwinan Kadar Upah Kemudahan Asas Petempatan Baru (ORANG) 8 5 3 2 2 1 1 1 % 35% 22% 13% 9% 9% 5% 5% 5%

125 78 47 31 31 17 17 17

Jumlah

23

100% 360

Sumber: Hasil Soal Selidik Daripada 23 responden

PERATUS FAKTOR MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN AIR PANAS DALAM BENTUK CARTA PAI
FAKTOR MIGRASI DALAMAN YANG BERLAKU DI TAMAN AIR PANAS

Peluang pekerjaan Melanjutkan Pelajaran Arahan Majikan Perkahwinan Ikut Keluarga Kadar Upah Kemudahan Asas Petempatan Baru

8.4 KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN AIR PANAS


Migrasi dalaman penduduk ke Taman Air Panas turut membawa pelbagai impak, sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Migrasi dalaman penduduk ke kawasan tersebut turut membawa pelbagai kemaslahatan. Antaranya ialah kewujudan masyarakat majmuk di Taman Air Panas. Sebelum ini, Taman Air Panas merupakan sebuah tempat yang bertumpunya perniagaan. Oleh itu, kebanyakan orang Cina menetap di kawasan ini. Namun begitu, selepas tempat ini diketahui kemujaraban kolam air panas itu, ramai orang datang ke sini untuk merendam diri dalam kolam tersebut untuk mengubati penyakit masing-masing. Natijahnya, mereka akan bercadang untuk berpindah ke sini. Seterusnya, mungkin penduduk dari tempat lain yang bercadang untuk berhijrah ke kawasan ini juga mencadangkan tempat ini kepada sanak saudara mereka. Kesannya, masyarakat di kawasan Taman Air Panas terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Sikh, IndiaMuslim dan sebagainya. Masyarakat majmuk yang terbentuk di kawasan tersebut telah menunjukkan penduduk di Malaysia dapat hidup bersama-sama walaupun kita terdiri daripada kaum atau etnik yang berbeza. Bak kata pepatah, Perpaduan Teras Kejayaan, penduduk di kawasan Taman Air Panas senantiasa berganding bahu untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Contohnya, penduduk Taman Air Panas mengadakan rumah terbuka sempena musim perayaan. Semua orang ditugaskan untuk melakukan sesuatu kerja. Misalnya, ada orang menyediakan makanan dan minuman untuk dijamu selera, adanya yang mengecat dan menghias rumah tersebut dengan barang hiasan, ada orang yang mengira bilangan orang yang hendak hadir ke rumah terbuka tersebut untuk memastikan makanan dan minuman yang dihidangkan nanti tidak akan dibazirkan. Mengadakan aktiviti sememangnya dapat memupuk sikap toleransi serta kerjasama dalam kalangan penduduk yang seterusnya akan menjurus kepada perpaduan yang kukuh antara

penduduk. Segala rusuhan dan sentimen perkauman dapat dimansuhkan secara aman damai. Selain itu, struktur komposisi penduduk turut berubah akibatnya daripada migasi dalaman penduduk dari luar bandar ke bandar di Taman Air Panas. Sebagai contoh, dahulu Taman Air Panas majoriti penduduknya terdiri daripada orang Cina, tetapi dengan migrasi dalaman penduduk ke Taman Air Panas, komposisi penduduk turut berubah menjadikan majoriti penduduk di kawasan perumahan ini adalah kaum India. Namun begitu, kaum Cina masih menjadi kaum utama yang menetap di kawasan perumahan tersebut. Anjakan paradigma dalam struktur komposisi penduduk di Taman Air Panas juga menyebabkan perubahan yang ketara dalam gaya hidup penduduk di kawasan tersebut. Misalnya, masyarakat Cina dapat menikmati makanan kaum India, manakala masyarakat India dapat mempelajari Bahasa Cina daripada jiran tetangga yang berbangsa Cina. Perkara ini merupakan perkara yang sangat positif dan patut dicontohi dan dijadikan sebagai suri teladan kerana masyarakat yang kaumnya berbeza mempunyai rasa hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Dengan migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas, masyarakat akan mengubah persepsi yang negatif terhadap kawasan tersebut. Mereka tidak akan memandang rendah kepada masyarakat yang menetap di sini hanya disebabkan mereka berasal daripada keluarga yang kurang berada. Di samping itu, migrasi dalaman penduduk juga dapat menyebabkan peningkatan taraf hidup mereka di sini. Penduduk yang berpindah ke sini dapat menikmati kemudahan kesihatan serta infrastruktur yang lengkap, hasil daripada perkembangan sistem teknologi di Malaysia seperti komputer riba, dan memperoleh gaji yang lumayan setiap bulan. Sebagai contoh, ayah rakan saya, Ah Chong menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan Desa Setapak. Setelah mendapati perniagaan di kawasan Taman Air Panas dijalankan dengan lebih giat, mereka sekeluarga berpindah ke sini untuk memperkembang perniagaan mereka. Ayah Ah Chong bekerja sebagai penjual alat tulis.

Disebabkan oleh majoriti penduduk di sini juga adalah pelajar, perniagaan ayah Ah Chong berjalan dengan sangat lancar. Sekarang, ayah Ah Chong telah mempunyai dua cawangan di sekitar Taman Air Panas. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa setiap perkara mempunyai impak negatifnya. Antaranya ialah persaingan yang amat kuat antara peniaga serta pekerja yang bekerja di kawasan Taman Air Panas. Penduduk tempatan terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk menyara kehidupan mereka yang terpaksa menanggung banyak kos-kos dari segi makanan, pendidikan dan kesihatan. Walaupun peluang pekerjaan yang disediakan di kawasan ini adalah sangat tinggi, tetapi penduduk di kawasan Taman Air Panas tidak dapat menikmati peluang tersebut dengan sepenuhnya. Sekiranya persaingan yang wujud dalam bidang perniagaan mencapai ke tahap yang maksimum, penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan tersebut akan mencuba pelbagai taktik untuk menjatuhkan keuntungan peniaga yang lain atau menghantar pengintip untuk mengetahui rahsia kejayaan peniaga tersebut. Perbuatan sebegini mewujudkan persaingan yang tidak sihat antara penduduk tempatan. Penduduk tempatan tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain hanya disebabkan oleh persaingan antara perniagaan mereka. Adakah kita ingin hidup dalam keadaan sebegini dengan penduduk yang berfikir berpaksikan keuntungan dan kemewahan hidup sahaja? Tepuk dada tanyalah selera. Tambahan pula, masalah sosial dan kes juvana juga akan timbul di kawasan tersebut jika kepadatan penduduk di sesuatu kawasan terlalu tinggi. Ada sesetengah penduduk dari tempat yang lain berpindah ke sini dengan motif mereka yang tertentu. Ada penduduk yang ingin merahsiakan diri daripada pihak polis, oleh itu, mereka mendirikan rumah setinggan di kawasan tersebut dan melakukan kes jenayah seperti rompakan, kes penderaan kanak-kanak, kes buli dan sebagainya. Perbuatan yang dilakukan oleh sesetengah penduduk di kawasan tersebut turut menjatuhkan maruah penduduk yang lain di Taman Air Panas serta menganggu kestabilan tempat tersebut dari segi ketenteraman dan keharmonian.

Kes jenayah akan mencipta atmosfera yang kurang aman kepada penduduk yang lain yang boleh menyebabkan perubahan persepsi penduduk yang lain terhadap kawasan ini.Contohnya, jika kawasan Taman Air Panas mempunyai kadar jenayah yang tinggi, penduduk di Taman Sri Rampai akan menganggap kawasan Taman Air Panas merupakan tempat penjenayah. Tanggapan ini akan menjejaskan nama penduduk di Taman Air Panas. Bukan sahaja kes jenayah, masalah sosial yang timbul dalam kalangan pelajar. Sesetengah pelajar terikutikut dengan cara hidup rakan sebaya mereka yang berunsur negatif menyebabkan penubuhan kumpulan kongsi gelap. Sikap ingin mencuba dalam sanubari remaja menyebabkan mereka menyertai kumpulan Mat Rempit dan meruntuhkan akhlak mereka. Akhir sekali, migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas yang semakin bertambah menyebabkan bilangan penganggur di Taman Air Panas meningkat. Penganggur wujud di Taman Air Panas kerana peluang pekerjaan semakin berkurang akibat persaingan antara penduduk tempatan serta kepadatan penduduk yang terlalu tinggi. Secara tidak langsung, kesan ini menyebabkan kes kecurian di Taman Air Panas semakin meningkat. Walau bagaimanapun, semua kejadian ini tidak akan berlaku jika penduduk dari tempat lain mempunyai tahap kesedaran bahawa melakukan jenayah merupakan sesuatu perkara yang negatif dan akan membawa kesan yang buruk kepada negara. Initihanya, saya berasa bersyukur kerana dapat tinggal di Taman Air Panas walaupun terdapat sedikit pergaduhan atau kes jenayah yang berlaku di sini kerana saya berpeluang untuk bergaul dengan kawan-kawan dan jiran tetangga yang berbilang kaum. Sekiranya penduduk di Taman Air Panas dapat mengambil langkah keselamatan, kes jenayah dapat dielakkan dengan sepenuhnya.

8.5 CADANGAN MENGATASI KESAN MIGRASI DALAMAN DI TAMAN AIR PANAS


Kita haruslah cuba mengambil langkah yang proaktif untuk mengelakkan masalah-masalah yang berlaku di kawasan Taman Air Panas berlanjutan dan menjadi sesuatu kepincangan kepada negara, Beberapa cadangan perlu dilaksanakan bagi mengatasi kesan negatif migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas. Cadangan untuk mengatasi masalah kecurian dan kes jenayah yang serius adalah dengan menubuhkan kawasan Rukun Tetangga. Pada tahun 2004, kes kecurian telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Air Panas dan sebanyak RM50000 telah dirompak. Oleh itu, setelah penduduk di Taman Air Panas mendapat tahu tentang kes kecurian tersebut, mereka menubuhkan sebuah kawasan Rukun Tetangga. Setiap keluarga terpaksa menghantar seorang wakil untuk meronda kawasan tersebut. Oleh itu, keselamatan di sekitar kawasan perumahan tersebut akan terjamin. Pada tahun 2006, pasukan Rukun Tetangga telah berjaya membanteras seorang pemuda yang berbangsa India yang cuba untuk pecah masuk ke rumah seseorang di kawasan ini. Pemuda tersebut telah dihantar ke balai polis dan dikenakan hukuman yang setimpal. Pada tahun 2007 pula, pasukan Rukun Tetangga telah berjaya menangkap segerombolan kongsi gelap yang sedang mengugut seorang pemuda yang berbangsa Cina. Malangnya, pemuda tersebut telah meninggal dunia kerana telah dibunuh oleh seorang ahli kongsi gelap. Ahli kongsi gelap tersebut menyembelihnya sehingga darah berlumuran. Mujurnya, lima orang ahli daripada pasukan Rukun Tetangga ternampak kejadian tersebut dan memukul ahli kongsi gelap tersebut. Pasukan Rukun Tetangga telah membuktikan bahawa keselamatan sesebuah tempat dapat dikekalkan jika semua orang menjadi mata dan telinga pihak polis.

Selain itu, masalah sosial yang semakin pincang di kawasan perumahan Taman Air Panas dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa seperti pihak polis haruslah senantiasa mengadakan rondaan dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada pelajar yang melepak dan berbual kosong di kawasan perumahan tersebut. Misalnya, jika pihak polis ternampak beberapa orang pelajar sedang menyalahgunakan dadah dengan menyuntik dadah ke dalam badan mereka menggunakan jarum suntikan, mereka haruslah menahan mereka dan membawa mereka ke balai polis untuk disoal siasat. Dengan ini, pelajar yang lain akan serik untuk melakukan perbuatan tersebut dan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar di kawasan perumahan Taman Air Panas dapat mencapai ke tahap sifar. Penduduk di kawasan tersebut juga perlu berganding bahu dengan pihak polis untuk membendung masalah-masalah sosial yang berlaku. Contohnya, jika seseorang itu ternampak beberapa orang pemuda yang sedang menghisap najis dadah membuli seorang budak perempuan, seseorang itu haruslah mengumpulkan penduduk yang lain dan cuba untuk menghalang tindakan pemuda tersebut. Kemudian, seseorang itu haruslah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya pihak polis dapat mengenakan hukuman yang berat kepada pemuda-pemuda tersebut dengan secepat mungkin. Tambahan pula, peluang pekerjaan perlu diwujudkan dengan lebih banyak untuk menampung keperluan penduduk untuk bekerja serta mengurangkan masalah pengangguran. Perniagaan yang dijalankan di kawasan tersebut haruslah diperkembang dengan mewujudkan kompleks beli-belah, restoran, kilang pembuatan dan sebagainya untuk membolehkan penduduk Taman Air Panas mengisi pekerjaan tersebut. Namun begitu, peluang pekerjaan yang berkait rapat dengan bidang pendidikan juga haruslah diwujudkan untuk membolehkan penduduk yang berpendidikan menyerlahkan bakat mereka yang terpendam dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka di kawasan bandar. Dalam era globalisasi ini, pekerjaan amat penting dalam kehidupan seseorang, kerana tanpa pekerjaan yang tetap, seseorang tidak dapat menyara kehidupan sendiri mahupun keluarganya di kawasan bandar.

Seterusnya, untuk mengelakkan persaingan yang tidak sihat antara penduduk tempatan, kerajaan juga haruslah mengawal bilangan kedai yang dibina di sesuatu tempat dan jarak antara kedai-kedai yang dibina. Oleh itu, pemilik kedai tersebut tidak akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik kedai yang lain dan seterusnya dapat bekerja dalam suasana yang kondusif dan selesa. Dengan itu, suasana yang harmoni dapat diwujudkan dan apa-apa perkara negatif yang diungkit dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berkesan. Daripada perspektif saya, saya berasa yakin bahawa segala masalah yang timbul akibat migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas dapat diselesaikan dengan menggunakan cadangan yang saya kemukakan. Keyakinan saya meningkat apabila saya mendapati bahawa penduduk di Taman Air Panas saling bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti. Saya sebagai penduduk di Taman Air Panas berasa amat bangga dengan usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan pihak penduduk tempatan untuk mengatasi masalah yang timbul akibat migrasi di kawasan tersebut. Malah saya juga berasa bangga dapat hidup di sini kerana keadaan di sini sentiasa aman dan sejahtera.

RUMUSAN
Setelah menjalankan kajian tentang kawasan saya, iaitu Taman Air Panas, saya telah mengenal pasti konsep migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas. Migrasi dalaman bermaksud perpindahan penduduk yang berlaku di sesuatu bandar. Selain itu, saya juga telah memahami pola migrasi penduduk di kawasan perumahan di Taman Air Panas. Pola migrasi terdiri daripada migrasi dalaman penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar serta migrasi dalaman penduduk dari kawasan bandar ke bandar. Majoriti penduduk adalah berpindah dari kawasan luar bandar ke bandar. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas. Antara faktorfaktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas adalah peluang pekerjaan, melanjutkan pelajaran, arahan majikan, ikut keluarga, perkahwinan, kadar upah, kemudahan asas dan petempatan baru. Saya telah faham bahawa penduduk dari tempat lain berpindah ke sini dengan faktor-faktor yang tertentu. Di samping itu, saya juga telah mengetahui secara menyeluruh tentang kesan-kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas. Kesan positif yang diperoleh daripada migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas adalah peningkatan taraf hidup penduduk di kawasan bandar, kewujudan masyarakat bermajumuk, perubahan struktur komposisi penduduk, dan silaturahim antara penduduk di Taman Air Panas dieratkan. Tambahan pula, saya juga memberikan cadangan yang sesuai untuk membantu mengatasi segala masalah yang timbul akibat daripada migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas. Saya sungguh berharap agar cadangan yang saya berikan dapat membendung segala masalah yang dihadapi. Cadangan

seperti penubuhan kawasan rukun tetangga, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya dapat dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Akhira sekali, saya juga mengamalkan nilai bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan sebuah tempat tinggal yang aman dan damai kepada saya. Semangat patriotisme dapat saya pupuk menerusi kajian ini yang bertemakan migrasi dalaman penduduk kerana saya telah mempelajari pelbagai budaya dan cara hidup kaum lain. Saya sungguh berharap Malaysia senantiasa berada dalam kesejahteraan dan melonjakkan namanya ke peringkat antarabangsa. SAYA CINTA AKAN MALAYSIA!

LAMPIRAN
LAMPIRAN MENUNJUKKAN BORANG SOAL SELIDIK SERTA DOKUMEN PENTING TENTANG KERJA KURSUS GEOGRAFI TEMPATAN INI

PENDUDUK YANG BERPINDAH DISEBABKAN OLEH PELUANG PEKERJAAN

PENDUDUK YANG BERPINDAH DISEBABKAN OLEH MELANJUTKAN PELAJARAN

PENDUDUK YANG BERPINDAH DISEBABKAN OLEH ARAHAN MAJIKAN

FAKTORFAKTOR LAIN

RUJUKAN ORANG SUMBER Choong Li Li, 45 tahun Gan You Lai, 46 tahun Diong Ming Hea, 46 tahun BUKU ILMIAH Chong Mui Sen, Buku Teks Geografi Tingkatan Dua, 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka. Chong Mui Sen, Nexus Geografi Tingkatan Satu, Dua dan Tiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka. INTERNET

www.google.com/maps

www.airpanas.com www.wikipedia.com

You might also like