Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

Unit Sains Program Ijazah Saujana Muda Perguruan Semester 4 telah menjalankan satu lawatan ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk menjalankan kajian lapangan yang telah ditugaskan dalam Kursus SCE 3107 Ekosistem Dan Biodiversiti. Kajian yang dijalankan adalah mengambil masa selama 2 malam 3 hari. Lawatan bermula pada 27 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013. Lawatan ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan tersebut disertai oleh 3 orang pensyarah pengiring dan 21 orang guru pelatih. Saya Dato Liang Anak Seruji dan saudara Izzat Najmi Bin Ibrahim daripada Unit Sains PISMP Semester 4 telah diberikan kepercayaan dilantik sebagai AJK Pengangkutan dan Logistik bagi program kajian lapangan ini. Sebagai AJK Logistik maka kami berdua adalah bertanggungjawab untuk memastikna segala peralatan atau radas yang diperlukan sepanjang kajian adalah lengkap dan mencukupi bagi memastikan kajian tersebut dapat dilakuakn dengan lancar. Seminggu sebelum kami pergi ke kawasan kajian, semua guru pelatih yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan yang diberikan telah diedarkan dengan oang permohonan untuk meminjam peralatan dan radas daripada makmal IPG Kampus Raja Melewar. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mendapatkan segala alatan dan radas daripada makamal sehari sebelum berangkat ke lokasi kajian. Sebelum itu, mereka juga diingatkan agar memastikan semua alatan yang dipinjam dapat berfungsi dengan baik. Adalah tanggungjawab bagi setiap kumpulan untuk menjaga alatan yang dipinjam tersebut. Ini bagi memudahkan proses untuk mengkaji lebih mudah dilakukan. Selain itu juga, setiap kumpulan telah diberitahu supaya membeli atau mendapatkan sendiri alatan atau radas lain yang tidak diperolehi daripada makamal. Sepanjang kajian dilakukan tiada keciciran atau kerosakkan yang dilaporkan sehinggalah semua alatan dan radas tersebut dikembalikan semula. Semuanya dilaporkan masih dalam keadaan baik.

Selain daripada itu, sebagai AJK pengangkutan maka adalah tugas kami untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan bagi kajian ini. Oleh itu, kami berdua telah bertungkus-lumus berusaha bagimendapatkan kebenaran daripada pihak IPG untuk memohon menggunakan perkhidmatan bas daripada IPG sendiri sebagai pengangkutan kami ke lokasi kajian. Pada mulanya kami terpaksa menghadapi sedikit kesulitan untuk mendapatkan kelulusan mendapatkan

perkhidmatan bas IPG daripada Unit Penyelenggaraan kerana kertas kerja lambat diluluskan. Namun begitu, setelah kertas kerja disahkan mendapatkan kelulusan, kami berdua terus berusaha memohon semula untuk mendapatkan permohonan menggunakan perkhidmatan bas IPG ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan. Akhirnya, kami telah diberikan permohonan untuk menggunakan sebuah bas. Keadaan bas yang digunakan adalah dalam keadaan yang baik dan sangat selesa. Sepanjang perjalanan untuk ke kawasan kajian dan balik semula ke IPG tiada kerosakan mahupun ketidakselesaan kami hadapi. Segala perjalanan adalah dalam keadaan lancar dan kami semua selamat sampai ke setiap lokasi yang dituju. Akhir sekali, saya dan rakan ahli jawatankuasa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan sepanjang kami menjalankan tugas sebagai AJK Pengangkutan dan Logistik ini. Tanpa kerjasama mereka semua sudah pasti program kajian lapangan kami ini tidak mampu untuk dilaksanaakn. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh, ________________________ (DATO LIANG ANAK SERUJI) AJK Pengangkutan Dan Logistik, Kajian Lapangan Sce 3107 Ekosistem Dan Biodiversiti, Semester 4.

Bas IPG Kampus Raja Melewar

Sebelum bergerak ke Taman Negara, Pahang.

You might also like