Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Teknik

K-W-L (Know-Want-Learned), diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986. Bertujuan untuk membantu pelajar memahami isi kandungan teks bacaan. : Abjad "K" mewakili "KNOW" atau "Apa yang pelajar sudah sedia tahu" Abjad "W" mewakili "WHAT I WANT TO KNOW" atau "Apa yang pelajar ingin tahu" Abjad "L" mewakili "LEARNED" atau "Apa yang pelajar sudah pelajari Teknik KWL telah digunakan dalam penilaian diagnostik dan penilaian sumatif.

1.

2.

3.

Guru mencungkil pengetahuan sedia ada dan kerangka alternatif murid dengan apa yang diketahui (KNOW) tentang tajuk yang akan dipelajari Murid berkolaborasi dalam aktiviti kelas atau kumpulan untuk menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang hendak dipelajari. (WANT to learn) Selepas PdP, murid berbincang apa yang dipelajari. (LEARN). Guru menggunakan teknik penyoalan di bahagian L atau menjalankan ujian untuk menguji kefahaman murid di akhir PdP.

4. Murid melengkapkan jadual KWL. Murid mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi untuk membantu membina pengetahuan bermakna hasil daripada pembelajaran mereka dan memantau pencapaian objektif atau hasil pembelajaran mereka.

1.

2.

3.

4.

Guru memulakan sesi pengajaran dengan sesi sumbangsaran atau brainstorming tentang apa jua maklumat yang pelajar tahu mengenai topik perbincangan. Contohnya, guru akan mengajar tentang subjek Sains di bawah "Menyiasat Alam Kehidupan". Topik pada hari itu pula ialah "Kelawar". Pelajar akan menulis seberapa banyak idea yang mungkin di atas lembaran kerja K-W-L. Bantulah pelajar menjana idea juga dengan memberi hint atau bayangan sepatutnya. Pelajar juga boleh membuat kategori kecil untuk memudahkan mereka mengekstrak pengetahuan sedia ada tentang kelawar. Di bawah kategori kecil itu, pelajar akan senaraikan isi dan fakta mengenai kelawar. Anggaplah langkah ini sebagai inventori pra-pembacaan. Maklumat awal ini akan bertindak sebagai perancah (scaffold) untuk menyokong maklumat baru yang akan pelajar diterima.

Kelawar

makan pisang dan buah Kelawar ialah sejenis haiwan mamalia Kelawar terbang pada waktu malam

1. Pelajar kemudiannya menyenaraikan apa sahaja yang mereka ingin tahu tentang kelawar. Jika pelajar menghadapi masalah, guru akan berikan sedikit hint atau bayangan. 2. Pelajar boleh menggunakan konsep soalan aras rendah. Soalan-soalan sebegini mengandungi "apa", "siapa", "bila" dan "di mana". Contohnya, "Di mana kelawar tinggal?", "Apakah makanan kelawar?" dan "Bila kelawar memburu?" 3. Minta pelajar untuk fikirkan juga soalan aras tinggi dan lebih kompleks. Contohnya, "Jika ia mempunyai mata yang kecil dan penglihatan yang kurang baik, bagaimanakah ia memburu dengan baik?"

Apakah

makanan kelawar? Bilakah kelawar memburu? Adakah kelawar hisap darah? Bagaimanakah ia tidur? Jika matanya kecil, bagaimana ia memburu dengan baik?

1.

2.

Seterusnya, pelajar menggunakan lembaran kerja untuk mengisi fakta yang sudah diperolehi selepas membaca teks atau selepas guru mengajar tentang topik itu. Pelajar juga akan kembali ke KNOW. Mereka diminta untuk melihat kembali fakta yang tidak betul dan memerlukan pembetulan. Contohnya, pada awal bacaan, pelajar meletakkan fakta , "Kelawar bertelur (kerana burung yang terbang juga bertelur)". Fakta itu dibetulkan kepada, "Kelawar ialah mamalia dan ia melahirkan anak."

Ada

118 spesies kelawar di Malaysia Malaysia ada 10% populasi kelawar dunia. Kelawar ialah pemangsa haiwan perosak yang cekap. Kelawar memburu dengan menggunakan kaedah pengesanan gema.

http://norazharishak.blogspot.com/2012/02

/tip-p-teknik-efektif-memahamikandungan.html

You might also like