Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 42

BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

TAJUK 8 : TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

DISEDIAKAN OLEH : FATIN NABILAH BT MOHD YASIM INTAN SYUHADA BT RAZLI SITI MIRANI BT CHE RAHIM TANG CHU CHING

7) Teater Pembaca

1) Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)


2) Read, Review, Recite (READ)

6) Bimbingan Menjangka

TEKNIKTEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

3) Know, What, Learn, How (KWLH)

5) Tatacerita

4) Lingkaran Soalan

1)Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.

Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .

Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan. Maklumat diperoleh melalui penyoalan.

Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

1. SURVEY Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

2. SOALAN (QUESTION) Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu : what (apa?), when (bila?), where (di mana?), why (mengapa?), who (siapa?) how (bagaimana?). Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina.

3. MEMBACA (READ) Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Muridmurid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG) Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Muridmurid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

5. REVIEW (MENYEMAK)

Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkatquestion (menyoal).

TUJUAN SQ3R
Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.

2) Read, Review, Recite (READ)

R (read)

Baca

R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review)

Baca semula

pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Read (baca) ialah peringkat

peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Recite (imbas kembali) ialah

merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagianbahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Review (baca semula)

3) Know, What, Learn, How (KWLH)

Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkaraperkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

K What I know Know (Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan. W

Want (Hendak/Ingin Tahu)


Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

How much I want to know How (Bagaimana)


Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

What I learned Learn (Pelajari) Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar.


Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan K ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. Guru meminta pelajar mengisi ruangan W ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.

Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari).
Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan H ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

4) Lingkaran Soalan

Lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Sehubungan itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

PENDEKATAN

Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain. Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya. Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan. Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju. Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

PENDEKATAN
B

Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf m dan s. Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid di samping mempastikan mereka memahami konsep bunyi huruf. Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan keduaduanya, manakala murid mengikut sebutan guru. Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul. Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya,mu.ka, saya.

PENDEKATAN C

Melalui pendekatan ini, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza. Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.

PENDEKATAN D

Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut. Guru memperkenalkan nama hurufhuruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya. Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya. Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju. Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya. Guru mengulang untuk perkataan lain. Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, Ini apa? kepada murid-murid

5) Tatacerita

10 PERINGKAT TATACERITA :
PERINGKAT 1 Guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. Pengalaman sendiri diutamakan keranapengalaman orang lain adalah kurang berkesan dan menarik.Pengalaman yang dikongsi oleh guru juga membolehkan guru memerhati penguasaan kosa kata murid dan memperkaya pengalaman mereka. Guru turut mempastikan murid menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman yang sama-sama mereka lalui.

PERINGKAT 2 Murid-murid menjalankan aktiviti berdasarkan pengalaman melalui teknik main peranan, drama dan muzik yang turut membantu menjadikan pengalaman itu lebih menarik. Latihan yang dijalankan juga membolehkan murid mengalami semula peristiwa yang telah berlaku secara fizikal di samping meneguhkan elemen kognitif yang sedang diproses. Aktiviti yang dijalankan juga dengan sendirinya boleh mengembangkan perbincangan tentang pengalaman masa lalu murid-murid.

PERINGKAT 3 Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan muridmurid berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu.

PERINGKAT 4 Murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting. Guru juga mendapat objek yang dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masingmasing dengan lebih terperinci.

PERINGKAT 5 Guru membina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan cerita daripada pengalaman murid. Murid perlu mengetahui bahawa cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang ketara daripada yang disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu.

PERINGKAT 6 Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid. Murid pula membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid akan bertambah baik.

PERINGKAT 7 Setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhatihati. Ini membolehkan murid mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum diarahkan oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan membaca cerita itu sama ada secara individu atau kumpulan berdasarkan arahan guru. Guru memberi bimbingan apabila perlu.

PERINGKAT 8 Strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan pada peringkat awal lagi. Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab dijalankan secara lisan. Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata atau urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Guru membimbing murid memngemukakan jawapan.

PERINGKAT 9 Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kadkad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang baharu. PERINGKAT 10 Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid juga boleh bertukar-tukar cerita untuk mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara tidak langsung mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.

6) Bimbingan Menjangka

Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca.

LANGKAH 1

Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu : (i) membaca petikan sepintas lalu (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid (iii) menyenaraikanperkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv)menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

LANGKAH

Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu : (i) mendapatkan isi-isi utama petikan (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks (iii)mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk (iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan

LANGKAH 3

Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

LANGKAH 4

Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru de ngan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5

Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktivitipengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu : (i) melakukan ilustrasi peristiw a dalam petikan (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca

7) Teater Pembaca

Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.

Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.

Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.

Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza.

Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan.

Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas.

Melalui teknik teater pembaca, muridmurid membaca cerita dengan lancar.

Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan temacerita.

Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.

Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantumuridmurid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolaholah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.

Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog.

Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.

Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiridalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada disebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing.

Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca sep erti yangdikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abd ul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (b) pencerita beradadi luar kelompok cerita.

Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan.

Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan.

Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain.

Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

You might also like