Perlembagaan Kelab Belia Bersatu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Perlembagaan Kelab Belia Bersatu (KBB)

1. Nama 1.1 Kelab ini dinamakan Kelab Belia Bersatu 2. Alamat Surat Menyurat 2.1 Alamat Kelab ini ialah :- Taman Maju Rapat (Tolong isikan) 3. Tujuan Dan Matlamat Kelab 3.1 Untuk menyatukan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun. 3.2 Mengerak,Merancang,Melaksanakan dan Menilai setiap program dgn gaya hidup sihat. 3.3 Membangun kualiti insane selaras dengan prinsip islam. 3.4 Membentuk remaja cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti dan ekonomi setempat. 3.5 Menanam sifat kesetiaan dan bersatu. 3.6 Menyediakan flatform untuk golongan belia menjalankan aktiviti seperti kesenian,sukan dan social. 3.7 Memupuk golongan belia aktif dengan menganjurkan program-program yang mempunyai nilai-nilai pendidikan,kesedaran dan khidmat sokongan masyarakat. 4. Ahli Dan Cara Untuk Menyertai 4.1 Permohonan untuk menjadi ahli kelab belia bersatu hendaklah dibuat di dalam boring khas dan permohonan ini mestilah dicadangkan oleh setiap ahli biasa.Semua permohonan hendaklah dihantar kepada setiausaha kelab belia bersatu. 4.2 Jawatan kuasa kelab boleh menolak permohonan menjadi ahli dengan tiada penerangan dan sebab-sebabnya dan keputusan adalah muktamad(jika perlu berbincang)

4.3 Berumur 15 hingga 40 tahun. 4.4 Mempunyai aspirasi dan berpotensi untuk menyumbang kearah pembangunan komuniti.

5. Pembatalan KeAhlian 5.1 Ia berhenti ( Keluar Dari Ahli ) 5.2 Tidak mengikut perlembagaan atau dasar Kelab atau jika ia merosakkan nama baik kelab.Segala keputusan hal ini akan di ambil di dalam mesyuarat Ahli JawatanKuasa Kelab dengan cara undian. 6. Yuran 6.1 Yuran Keahlian RM10.00 dan Yuran Penyertaan RM20.00 Keseluruhan adalah sebanyak RM30.00 bagi peryertaan seumur hidup. 6.2 Bagi remaja dibawah umur 18tahun hanya perlu membayar sebanyak RM10.00 bg yuran Keahlian apabila setelah umur sudah mencapai 18 tahun ia hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM20.00 7. TanggungJawab Dan Hak Ahli 7.1 Setiap Ahli bertanggungjawab untuk mematuhi segala peraturan dan perlembangaan kelab belia pada setiap masa. 7.2 Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara nama baik kelab belia bersatu pada setiap masa dan dimana ia berada. 7.3 Setiap ahli berhak menerima satu salinan pelembanggan pertubuhan belia bersatu. 7.4 Setiap Ahli berhak hadir,bercakap,mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan dan mesyuarat yang berkenaan. 7.5 Setiap ahli juga akan merasai untuk memegang atau menyandang jawatan tertinggi sekira cukup penggal bagi ahli jawatankuasa tertinggi yang memegang jawatan.Dilihat dan akan dinilai prestasi dan tahap kepimpinan yang ditonjolkan.

8. Warna Dan Logo 8.1 MERAH :- Membawa makna Kekuatan,Keberanian dan semangat positif dan Agerasif.Simbol Tulisan K.B.B berwarna MERAH bererti punyai kekuatan dan semangat keazaman yang positif serta agerasif pada dasar keteguhan dan setiakawan. 8.2 PUTIH :- Melambangkan Kesucian atau Ketulenan.Simbol Berjabat Tangan dan Daun Padi membawa makna umpama tunas yang kukuh jika bersatu didalam sesebuah komuniti sesama ahli.Menunjukan kerjasama yang ikhlas dan suci dari sudut hati pada setiap ahli. 8.3 HITAM :- Membawa makna Erti kata sesebuah Penaklukan.Belakang(background)logo membawa maksud sebuah penaklukan bahru dalam diri setiap ahli untuk menceburi sesuatu yang baru serta dengan keberanian dan semangat untuk membina jati diri. 8.4 Bendera Malaysia ia bermakna kita semua berdiri dan bersatu diatas bumi kita iaitu Malaysia.

You might also like