Biodata Responden (CCP)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Bab 3 :Aktiviti / Program Pemulihan

1.0 PENGENALAN : Bagi melaksanakan kajian yang diminta dalam tugasan projek untuk subjek PKP 3110 kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Bahagia yang juga merupakan tempat kami berpraktikum sebagai medium untuk melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

Setelah berbincang, kami bersepakat untuk memilih murid pemulihan dari kelas 3 Arif kerana mereka tidak mempunyai masalah dalam numerasi dan ini memudahkan kami untuk menguji tahap pemahaman mereka berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah.

Responden yang telah kami pilih ialah Mohammad Hafit Haqimi dan Fatinah Nabihah dan kedua-dua mereka dari kelas yang sama iaitu kelas 3 Arif. Masa yang kami ambil ialah pengajaran selama 60 minit kerana ini akan dapat memudahkan murid mengikut sesi pengajaran secara berperingkat.

Gambar Responden ( Murid Tahun 3 Arif)

BIODATA RESPONDEN A :

NAMA

: MOHAMMAD HAFIT HAQIMI

UMUR

: 9 TAHUN

KELAS

: 3 ARIF

CITA-CITA : POLIS

HOBI

: BERMAIN GAME

BIODATA RESPONDEN B :

NAMA

: FATINAH NABIHAH

UMUR

: 9 TAHUN

KELAS

: 3 ARIF

CITA-CITA : JURURAWAT

HOBI

: MEWARNA DAN MENYANYI.

2.0 ANALISIS KAJIAN : Untuk melaksanakan Newmans Error Analysis, kami telah memilih murid-murid pemulihan tahun 3 Arif. Responden kami seramai dua orang sahaja iaitu responden pertama ialah Mohammad Hafit Haqimi dan responden kedua ialah Fatinah Nabihah. Maka dengan itu untuk melaksanakan analisis ini kami telah melaksanakan 3 peringkat pemerhatian iaitu yang pertama ialah pelaksanaan ujian pra diikuti dengan pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan ujian pos yang dilaksanakan sekali dengan pelaksanaan RPH. Untuk pelaksanaan kajian ini, kami telah memilih operasi tambah untuk diuji ke atas responden melalui cadangan dari guru pemulihan itu sendiri. Ini kerana menurut beliau pada asasnya kedua-dua responden bebas dalam LINUS Numerasi namun begitu untuk menjawab soalan penyelesaian masalah mereka menghadapi sedikit masalah dari segi bacaan, pemahamanan serta cara pelaksanaan penyelesaian masalah berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah yang telah diberikan oleh guru. Kami telah menggunakan Newmans Error Analysis bagi menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap soalan yang telah kami sediakan. Ini kerana Newmans Error Analysis ini mempunyai peringkat dan ini memudahkan pelaksanan kajian yang ingin kami tengok pada murid dan melalui peringkat-peringkat ini kami dapat mengesan punca kenapa murid tidak dapat menguasai penyelesaian masalah dalam matematik. Setelah peringkat pertama selesai iaitu dengan menjalankan ujian fasa pertama kami telah mengenalpasti punca pemasalahan yang dihadapi oleh murid iaitu dengan itu kami merangka RPH yang membantu murid untuk memahami soalan terutama sekali berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah. Kami turut membantu murid dalam bacaan mereka kerana kedua-dua responden lemah dalam membaca.

Contoh soalan yang diuji: 1. Alia ada 26 biji gula-gula. Kemudian, bapanya membeli 34 biji gula-gula dan memberi pada Alia. Berapakah kesemua biji gula-gula Alia?

Di samping itu, apa yang dapat diperhatikan adalah, mereka tidak dapat menjawab soalan berpunca daripada tidak memahami soalan dan malas untuk membaca soalan kerana ayat yang digunakan panjang dan mereka tidak dapat

mengeja perkataan yang mempunyai imbuhan. Namun begitu mujurlah pelaksanaan RPH dapat berjalan dengan lancar dan objektif yang disenaraikan dapat dicapai dengan baik. Maka dengan itu kami tidak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran buat kali kedua.

Dalam melaksanakan Rancangan pengajaran ini, kami telah merujuk kepada lima langkah yang terdapat dalam Newman Error Analysis iaitu melihat kepada kebolehan murid membaca semula soalan. Jika mereka tidak memahami apa yang dibaca, mereka boleh bertanya kepada guru apa yang tidak difahami. Sekiranya mereka mampu untuk faham akan kehendak soalan cikgu akan bertanya berkaitan soalan untuk melihat keyakinan murid dalam menjawab soalan. Kami telah merekodkan pencapaian murid dalam jadual.

3.0 Data Mentah Responden Dalam Ujian Bertulis yang pertama :

BIL.

NAMA

MARKAH UJIAN BERTULIS

1.

MOHAMMAD HAFIT HAQIMI

4/5

2.

FATINAH NABIHAH

3/5

4.0 Dokumentasi sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan:

Gambar 1 Fatinah sedang membuat kerja

Gambar 2 : Guru melihat Haqimi menkonstruk sendiri kaedah pengiraan berdasarkan soalan.

Gambar

Haqimi

tekun

menjawab soalan.

Gambar 4 Lembaran kerja murid

Gambar 5 : Guru menerangkan pengajaran kepada murid.

Gambar 6: Murid tekun menjawab lembaran kerja.

You might also like