Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

CIRI-CIRI UTAMA UJIAN Penilaian merangkumi kesemua proses yang melibatkan pengukuran dan pengujian dan membuat penghakiman

terhadap hasilan keputusan yang diperolehi. Dengan itu, pengujian dan penilaian merupakan alat yang amat penting didalam sesuatu organisasi. Untuk membina sesuatu ujian yang dikatakan baik, setiap guru hendaklah memahami dan mengetahui beberapa prinsip yang penting. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan adalah :

a) Kesahan b) Kebolehpercayaan c) Keobjektifan d) Kebolehtadbiran e) Kebolehtafsiran Kesahan merujuk kepada tahap sesuatu ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya di ukur iaitu tahap dimana sesuatu ujian memenuhi objektif yang dihajati. Ciri-ciri kesahan dalam pengujian boleh dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan pengujian yang ingin di jalankan yang di antaranya adalah : a) kesahan kandungan b) kesahan ramalan c) kesahan serentak d) kesahan konstruk >> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Ia t erbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan,dan kesahan serentak. 1. Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya di ukur 2. contoh jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita mengukur sikap 3. contoh jika kita gunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika diberi gre d 4. contoh jika ujian ejaan hendaknya mengukur kebolehan mengeja atau u jian mendengar hanyalah untuk mengukur kemahiran mendengar 1) Kesahan kandungan/isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang se patutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungisoal an tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu. merangkumi kandungan ujian yang hendak di ukur merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan pengajaran yang ditentukan atau bidang pengajaran yang khusus digunakan dalam ujian pencapaian

mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi ma tapelajaran tertentu memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili aspek penting pelaja ran yang diajar bergantung kepada relevansi atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diiperhatikan atau diketahui perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, Jadual Spesifikasi Ujian

2) Kesahan Berkaitan Kriteria Perbezaan diantara kesahan semasa dan ramalan bergantung kepada prosedur me ntadbir ujian iaitu :Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent ) atau setelah beberapa bulan berlalu (predictive) a) Kesahan semasa/serentak bertujuan menentukan tahap seseorang murid. Mer ujuk kepada pencapaian ujian seseorang calon didalam sesuatu ujian adalah sama atau setara dengan pencapaian di dalam ujian yang lain. Contohnya, jika anda melakukan kesilapan di dalam satu ujian matapelajaran, anda juga di jangka akan melakukan kesilapan yang hampir sama di dalam ujian yang lain (yang sama), bermaksud anda akan mengulangi kesilapan yang sama di dalam ujian ulangan untuk matapelajaran yang sama. Contohnya, jika sesorang guru membina dan menjalankan satu ujian yang melibatkan aspek kerja sekolah dan hasilan keputusan ujian adalah sama dengan pencapaian yang di tunjukkan maka dikatakan ujian tersebut mempunyai kesahan semasa yang tinggi. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturanperaturantatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam uj ian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan ba ik jikakesahan serentak ujian itu tinggi. hubungkait diantara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria ter tentu - di tadbir pada masa yang sama atau dalam jangkamasa yang pendek b) Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang c alon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masahadap an. Untuk mendapatkan kesahan ramalan yang tinggi, item ujian hendaklah benar-benar menguji kebolehan yang relevan dengan kebolehan, kemahiran atau

kelayakan yang diperlukan didalam sesuatu bidang yang akan diterokai kelak. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dap at membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itutinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka k esahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi. Contohnya, seseorang pelajar Matrikulasi yang memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan SPM/STPM akan dijangka memperolehi keputusan yang baik di peringkat peperiksaan Matrikulasi kelak. maklumat dikumpul melalui ujian/criteria/tingkahlaku yang hendak di ukur oleh ujian berlaku membuat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang di perolehi daripada pelajar yang mengambil ujian tersebut - dapat menentukan kebolehan calon untuk melaksanakan tugasan didalam sesuatu keadaan yang berbeza dengan efektif. - dapat meramalkan perubahan sikap seseorang calon di masa akan datang. 3) Kesahan gagasan/konstruk merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dib ayangkan dalam pencapaian ujian. Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur tahap kebolehan ciri mental atau kognitif individu seperti kecerdasan, kebolehan dan kemahiran berfikir, kreaviti, motivasi, emosi, toleransi, kebolehan mengulas, keadilan dan sifat Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan m enaakul, dan sebagainya. Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur konstruk sabar sepatutnya menguk ur konstruk ini dengan baik. Pembina item inventori perlu terlebih dahulumemahami maksud tidak sabar, kurang sabar, sabar dan juga ciri orang yang tidak sabar atau kurang sabar - ujian ditadbir kepada pelajar yang julat pencapaiannya luas keputusan ujian membezakan antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan y ang rendah dan ujian tersebut dianggap mengukur kebolehan konstruk 4) Kesahan muka merujuk kepada ujian dilihat mengukur apa yang hendak diukur . Nampak pada permukaan sahaja dan jika sesorang itu tida k terlatihdalam pembinaan dan perealisasian item , maka item dikatakan sah. - meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepa

da kumpulan pelajar yang berskor rendah membantu menyakinkan pengguna yang berpotensi contohnya guru, penta dbir sekolah untuk mengunakan ujian tersebut

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika s eseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratusdalam suatu ujian pada har i pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakanmempunyai sifat kebolehpercaya an. Juga bermaksud ketekalan markah atau skor yang dihasilkan dari ujian tersebut Namun kebolehpercayaan juga di pengaruhi oleh faktor-faktor seperti emosi, tempat ujian dijalankan, situasi persekitaran, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian. Jenis-Jenis Kebolehpercayaan a) Ukuran Kestabilan juga dipanggil "anggaran kebolehpercayan uji-uji semula ( test-retes estimate of realibility) boleh di kira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama di tadbirkan dan seterusnya mengira pekali korelasi Perason antara dua atau pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar. - memberi gambaran tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi skor yang diperolehi pelajar sekiranya di ulang semula ujian yang sama b) Ujian Keseteraan atau ujian keselarian (parallel) dikira dengan memberi dua ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Sepsifikasi Ujian, format soalan dan arahan menajwab serta min, varians dan interkolerasi skor) kepad kumpulan pelajar dan pada hari yang sama dan seterusnya mengira pekali korelasi Pearson antara dua atau pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar. c) Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan ini akan memberi tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generlisasi skor yang akan diperolehi pelajar sekiranya mereka diberi ujian yang setara pada masa yang berlainan. Ujian akan menghapus kesan hafalan jawapan atau kesan latih-tubi soalan ujian pertama terhadap jawapan ujian kedua di samping menilai pencapaian pelajar selepas jangka masa yang panjang. d) Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan mengunakan sekali ujian sahaja. Boleh di lakukan dengan membelah atau memecahkan ujian kepada separuh-separuh (split-half). Mengunakan rumus Kuder-Richardson dan kaedah Alpha Cronbach. Pengiraan akan menunjukkan hubungan atau korelasi antara setiap item dengan sejumlah skor ujian atau keseragaman (homogeneity) antara item dalam sesuatu ujian. e) Kebolehpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran atau skor yang

diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Kebolehpercayaan pemeriksa akan memberikan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi bahawa skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa kepada pelajar adalah sama bagi menyeragamkan pemberian markah apabila skrip jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan i) Panjang Ujian indeks kebolehpercayaan akan meningkat sekiranya ujian bertambah panjang. ii) Kehomogenan Kumpulan mempengaruhi indeks kesukaran dimana indeks kebolehpercayaan akan menjadi lebih rendah jika kumpulan homogenous yang mengambil ujian. iii) Kesukaran Item menunjukkan ujian yang susah akan mewujudkan kumpulan yang heterogenous (berbeza) yang akan meningkatkan nilai kebolehpercayaan. iv) Objektiviti Jawapan menunjukkan item-item yang jawapannya lebih objektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan sebaliknya item-item yang mempunyai jawapan yang lebih subjektif akan mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksapemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yan g sama.Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pil ihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atauperasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpe rcayaan hasil ujian adalah terjamin. Panduan Pemarkahan dan proses moderasi turut di jalankan untuk memastikan perbezaan pemarkahan di antara pemeriksa dapat di kurangkan. >> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahanarahan ujian seharusya jelas dan mudah. Ujian juga hendaklah praktikal dan mudah di urus. Pelaksanaan ujian juga memerlukan bilik darjah atau dewan peperiksaan yang memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk dijalankan ujian. Ini termasuklah persediaan dewan atau bilik darjah yang sistematik dan efisien, penghantaran dan pentadbiran kertas ujian, memneri arahan dengan terang dan jelas, pengawasan yang teratur dan pemungutan kertas ujian dan skrip jawapan. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranyamurid tidak dapat menja wab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan uj ian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiranmerangkumi aspek pemarkahan. Con tohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda. >> Kebolehtafsiran/Kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian. Merujuk kepada hasilan keputusan ujian yang diterjemahkan agar ianya memberi maklumat yang jelas tentang objektif penilaian. Ini bermaksud hasilan dan keputusan ujian

mudah diperolehi dan diterjemahkan bagi memberi gambaran tentang atau mengenai : i) pencapaian seseorang pelajar di dalam bilik darjah ii) pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran iii) kekuatan dan kelemahan pembelajaran seseorang pelajar iv) kesesuaian strategi pengajaran v) kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar vi) kesesuaian aras kesukaran item ujian vii) membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yang dijalankan Ini bermakna keputusan pemarkahan yang diperolehi boleh di tukarkan kepada pernomboran statistik seperti purata (mean), sisihan piawai (standard deviaiton), skor piawai Z dan skor piawai T. Dan jika semua ini berlaku, ujian di anggap sebagai mudahtafsiran. Relevansi Alfa Cro nbach Indeks untuk mengukur ketekalan dalaman atau keseragaman item a tau soalan yang bukan berjawapan dikotomi

Indeks K Indeks untuk mengukur aras kesukaran sesuatu item iaitu nisbah calo esukaran n yang memberi jawapan betul kepada jumlah calonatau markah pur ata dibahagikan dengan julat markah penuh Indeks D iskrimin asi Indeks K ebolehp ercayaa n Indeks K esahan Kesahan Konstruk /Gagasa n Kesahan Kandung an Kesahan Kriteria Indeks yang dihasilkan oleh sesuatu item untuk mengukur perbezaan keupayaan pelajar iaitu nisbah pelajar pandai yangmenjawab dengan betul ditolak nisbah pelajar lemah yang menjawab soalan yang betu l Indeks untuk mengukur ketekalan ukuranukuran yang dihasilkan oleh sesuatu ukuran yang boleh dikira dengan mengunakanpekali korelasi Pearson (coefficient correlation), KuderRichardson atau Alpha Cronbach Indeks untuk mengukur sejauh mana sesuatu alat dapat mengukur ap a yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut yang bolehdikira mengg unakan pekali korelasi Pearson atau persamaan regresi Kesahan dari segi sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuat u konstruk tertentu Kesahan sejauh mana sesuatu ujian mewakili kandungan sukatan pel ajaran yang telah diajar Kesahan sejauh mana sesuatu ujian mempunyai hubungan dengan uji an yang

lain sama ada ujian yang ditadbirkan secaraserentak atau kemudian Kesahan Muka Kesahan sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstru k tertentu seperti yang dipersepsikan calon yangmenduduki ujian

Semakan Semakan 9 Poin 9 Poin


http://bakorlambok.tripod.com/workshop/ciri_ciri_utama_ujian.htm

You might also like