Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

Tajuk 6

TEKNIK PENILAIAN

Sub Tajuk 1

Penilaian Permainan Kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat: Mengetahui tentang maksud dan bentuk-bentuk penilaian permainan kanak-kanak kategori sasaran, pukulan, jaring/dinding dan serangan/kawasan.

Sebelum kita meneroka bidang penilaian, cuba terangkan maksud penilaian, mengikut kefahaman anda sendiri, Apa perlunya menjalankan penilaian?.

Pengertian Penilaian Apakah itu penilaian dalam pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna untuk mempertimbangkan sesuatu keputusan. Penilaian juga merupakan perbezaan di antara hasil yang diperolehi dengan apa yang diharapkan.

94

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

Walaupun banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1966), pada asasnya penilaian merupakan satu proses membuat keputusan yang sisitematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dicapai.

Objektif Penilaian dalam Permainan kanak-kanak Para guru menjalankan penilaian dari masa ke semasa untuk mempastikan bahawa segala usaha guru dan murid-murid adalah menuju ke arah matlamat yang dirancangkan. Secara ringkas objektif penilaian dalam permainan kanak-kanak adalah meliputi perkara-perkara berikut: i. Penilaian memainkan peranan dalam perancangan pengajaran. Penilaian sebelum pelajaran membekalkan guru dengan maklumat tentang murid yang telahpun mencapai objektif pelajaran dan mereka yang belum atau tidak mempunyai prakemahiran untuk mencapai hasil pembelajaran. Di akhir pelajaran, penilaian memberi maklumat tentang samada setiap murid telah mencapai objektif pelajaran dan juga maklumat tentang keberkesanan aktiviti pembelajaran yang telah digunakan oleh guru dalam pengajarannya.

95

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

ii.

Penilaian ialah teknik bagi memberi maklumat kepada murid tentang hasil pembelajaran dan kemajuan mereka . Murid di beri peluang membuat persediaan yang mencukupi terlebih dahulu dan mereka dinilai tentang apa yang mereka boleh melakukan dan apa yang mereka tahu. Penilaian yang berkesan perlu mencabar murid untuk merumuskan apa yang mereka telah mempelajari supaya mereka rasa berjaya dapat melakukan apa yang telah dipelajari. Mereka juga dapat mengetahui berapa banyak mereka sebenarnya telah belajar.

iii.

Penilaian seharusnya merupakan aktiviti pembelajaran yang menarik minat murid, menggerakkan pembelajaran dan membantu pelajar menggunakan maklumat dan kemahiran mereka dalam situasi rekaan serta situasi sebenar.

iv.

Penilaian memberi maklum balas kepada guru tentang pengredan prestasi dan pencapaian pelajarnya.

v.

Penilaian juga memberikan gambaran kepada guru bagi menentukan kumpulan murid-murid berdasarkan kebolehan (klasifikasi) supaya pengajaran cara kumpulan lebih beerti.

vi.

Bagi perkembangan kemahiran permainan kanak-kanak penilaian dapat dijadikan ukuran untuk mengumpulkan maklumat seberapa banyak yang boleh untuk digunakan dalam penyelidikan pendidikan.

96

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

Jenis Penilaian Penilaian Formatif Penilaian pemebelajaran jenis ini digunakan untuk mengesan perkembangan

murid-murid semasa mereka mempelajari kemahiran

permainan kanak-kanak supaya bimbingan ke arah kemajuannya dapat diberi kepada murid-murid jika perlu. Keputusan daripada penilaian formatif menjelaskan sama ada hasil pembelajaran telah dicapai oleh seorang murid pada peringkat pembelajaran itu. Maklumat ini akan mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Untuk tujuan ini biasanya ujian jenis rujukan kriteria (criterion-referenced) digunakan. Sebagai contoh, guru mengajar murid-murid kemahiran asas memukul objek dalam permainan kanak-kanak. Sebelum guru menukar ke kemahiran yang lain, ujian ringkas di adakan untuk meninjau sama ada murid-murid dapat melakukan kemahiran memukul dengan tujuan dan matlamat yang betul. Jika mereka sudah menguasai kemahiran tersebut, guru akan memperkenalkan kemahiran yang seterusnya. Jika belum, guru seharusnya memberi aktiviti tambahan atau mempelbagaikan variasi permainan. Contoh yang kedua, setelah mengajar dua waktu kemahiran dalam permainan kanak-kanak, guru menguji kelasnya secara lisan tentang kefahaman mereka. Jika mereka telah mencapai hasil pembelajaran kemahiran tersebut, guru berpindah kepada kemahiran yang berikutnya.

97

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

Penilaian Sumatif Penilaian jenis sumatif pula diadakan di akhir sesuatu unit pelajaran, akhir penggal persekolahan atau akhir tahun. Ini bertujuan untuk mengetahui penguasaan dan taraf pencapaian murid-murid dalam satu darjah atau kumpulan. Perbandingan pencapaian sering dilakukan dan suatu gred atau pangkat diberi mengenai pencapaian itu. Contoh Pada akhir semester 2, guru menjalankan satu ujian bertulis untuk menguji pengetahuan yang telah diperolehi oleh murid-murid sepanjang satu semester itu. Soalan-soalan objektif yang dikemukakan itu menyentuh semua tajuk yang telah diajar oleh guru. Biasanya, satu jadual penentuan ujian (JPU) dirancangkan untuk memastikan taburan soalan yang sewajarnya. Setelah memeriksa kertas jawapan, guru akan memberi markah atau gred berdasarkan markah yang dicapai oleh setiap muridnya.

98

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

99

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

100

You might also like