Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

I P G KA MP U S BAH A S A MELA Y U

Bi l 2, Is u 2 -

I PG KBM L E ST A RI

BU L E TIN S A IN S S O S IAL
Menarik di dalam... Keahlian JK IPG Hijau Aktiviti JSS Isu Yang Perlu Ambil Berat IPG Lestari Hari Bumi Perkembangan Profesionalisme Keguruan Aktiviti Pensyarah JSS Aktiviti Pelajar JSS 2 2 2 2 3 3 3

M e i 2 0 12

KE ARAH IP G LESTARI LESTARI

4 4

Antara amalan lestari di pejabat


Jimatkan elektrik , air dan sumber lain Amalan 5R (recycle, repair, reuse, rethink, reduse) Guna tenaga sumber manusia sepenuhnya
Hiasan bunga hidup

PG KBM10 April 2012 satu mesyuarat jawatankuasa IPG Lestari peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu telah diadakan. Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dr Hj Ali b. Mahmod, Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu telah membincangkan pelan strategik pelaksanaan IPG Kampus Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada visi dan misi yang telah ditetapkan oleh IPGM, ahli mesyuarat telah mencadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk mencapai tahap IPG Lestari di samping mengekalkan dan m e n a m b a h b a i k program-program yang telahpun sedia dilaksanakan. Menurut Dr

Ali dalam ucapannya mengharapkan kerjasama semua pihak bagi menjayakan program IPG Lestari ini. Hasrat ini tidak dap at direal is asik an sekiranya kerjasama yang jitu tidak diwujudkan. Sebelum ini Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah bt. Madarsa Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu telah pun m enekankan am al an lestari ini dalam beberapa perhimpunan rasmi bersama pensyarah dan pelajar. Justeru, wajarlah semua warga IPG KBM bersedia untuk samasama menjayakan program ini demi menjaga kelangsungan persekitaran dan landskap hijau yang ada di sekitar kampus.

Besarlah

harapan kami agar 27 IPG di negara ini menjadi IPG Lestari dan kita sasarkan tahun depan semua kampus IPG telah dilestarikan
Datuk Dr Haili b. Dolhan Rektor IPGM

Jauhi amalan ini

I P G P E M A N G K I N M A S YA R A K AT L E S TA R I

INFO

Komitmen dari segi gaya hidup lestari mempunyai sekurangkurangnya tiga tindakan utama, iaitu amalan bersederhana dalam kehidupan harian, berbelanja menurut kemampuan dan keperluan dan proaktif dalam aktiviti melestarikan alam sekitar menerusi pelbagai arena, genre dan bidang Prof Datuk Zaini Ujang

estari bermakna kekal atau tidak berubah. Melestarikan bermaksud mengekalkan dan menetapkan. Pelestarian pula ialah mengekalkan daripada kemusnahan. Sementara itu, kelestarian ialah keadaan yang baik dan tidak berubah. Berdasarkan makna perkataan lestari, melestarikan, pelestarian dan kelestarian jelas membuktikan bahawa misi utama yang ingin dicapai daripada

pelancaran program IPG Lestari ialah mengamalkan amalan hidup lestari yang mampu mengekalkan alam sekitar secara berterusan. Seorang bergelar guru merupakan insan istimewa yang perlu juga mempunyai sikap lestari ini untuk menjamin sikap pelajar yang dididik juga akan menjurus ke arah itu. Amalan gaya hidup lestari ini bukanlah satu budaya y an g ba har u . Ma la h , masyarakat semakin sedar a k a n k ep en t i n g a n n y a .

Justeru, tidaklah satu yang membebankan andai kalangan bakal guru juga diserapkan budaya ini.

M uka s u rat 2

Bi l 2, Is u 2 -

I PG KBM L E ST A RI

HIJAU Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini Oo... anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghamaghama Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo

JAWATA N K UA S A I P G L E S TA R I
Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Urusetia Ahli : : Rektor : Pengarah : Timbalan Pengarah : Penyelaras IPG Lestari : Jabatan Sains / Sains Sosial

Ketua Unit Khidmat Pengurusan (Wakil Pengurusan) Ketua Unit Kokurikulum (Wakil Kokuikulum) Setiausaha Akademik (Wakil Kurikulum) Pegawai Eksekutif Kanan (Wakil Persektaran) Wakil Pensyarah bagi setiap jabatan Unit Wakil Staf Sokongan Wakil Pelajar

AKTIVIVTI 2012 JSS


YANG TELAH DILAKSANAKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN

Mesyuarat JSS Bil 1/2012 Mesyuarat JSS Bil 2/2012 Mesyuarat JSS Bil 3/2012 Bengkel Bina Item siri 1 2012 Penilaian dan pameran PSV PPISMP Sem 2, PISMP Sem 3 dan Sem 5 Amali PSS3105 Pendidikan Pembangunan Lestari Lawatan Datin Siti Hanifah dan Dr Hj Ali ke Kelas Lestari Kembara Seni Visual PISMP Sem 3E Pertandingan IB Idol

Pelancaran CD Lagu Kanak-kanak Bengkel Modul Sejarah dan PSV siri 2 KPKI Seni Dalam Pendidikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Projek Khidmat Masyarakat PSS 3108 Bengkel Bank Item siri II

Isu yang harus kita ambil berat...


lebih pro-alam sekitar terutamanya dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisi pengurusan alam sekitar di negara kita. Maka, transformasi proses pendidikan yang lebih efisien dalam membentuk sikap dan tingkah laku pro-alam sekitar yang konsisten wajar dilakukan.

Nyanyian : Zainal Abidin

akyat Malaysia masih belum mempunyai minda kelas pertama yang mendokong pelestarian alam (Berita Harian, 12 April 2006). Justeru, tindakan yang sewajarnya harus diambil dalam membentuk tingkah laku yang

BU L E TI N SA IN S SO S IAL

M uka s u rat 3

IPG LESTARI
Visi IPG Pemangkin Masyarakat Lestari Misi
Membudayakan amalan lestari dengan menghijaukan pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

Album JSS

Objektif

Memupuk kesedaran yang tinggi terhadap kelestarian alam. Membina insan yang mempunyai gaya kepimpinan lestari. Mengamalkan budaya hijau sebagai gaya hidup IPG. Menggunakan sumber secara optimum, kreatif dan berhemah. Mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang memupuk budaya lestari. mengintegrasikan prinsip lestari dalam kurikulum dan kokurikulum. Mengaplikasikan prinsip lestari merentas kurikulum pendidikan guru Menyelesaikan masalah melalui pendekatan lestari.

Kesihatan manusia terjamin Tarikan pelancong asing Pembekalan udara yang segar Ekosistem yang stabil Habitat hidupan darat dan air terpelihara Mengelakkan kepupusan
En Suhaimi membuat penilaian hasil kerja pelajar

En Hafidz

HARI BUMI

ari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

KU Pusat Sumber sedang m e n y a m p a i k a n maklumatnya

PERKEMBANGAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Pembangunan sikap dan tingkah laku manusia yang bertanggungjawab terhadap alam
sekitar perlu dimulakan sejak pada peringkat awal. Pembentukan sikap dan tingkah laku generasi muda yang bakal menguruskan alam sekitar pada masa hadapan bergantung kepada proses pendidikan serta penekanan jenis ilmu yang disampaikan kepada mereka. Sekiranya pembangunan ilmu hanya tertumpu kepada keperluan akademik dan saintifik, maka fokus pendidikan alam sekitar tidak menekankan kepada pembentukan nilai dan sahsiah yang baik terhadap alam sekitar. Tujuan sebenar pendidikan alam sekitar ialah untuk mendidik masyarakat supaya menjadi lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu alam sekitar, lebih berpengetahuan dan berkemahiran serta komited untuk bertindak secara Individu atau berkumpulan dalam menangani isu-isu alam sekitar. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

Jamuan bersama Pengarah

Rujukan : Hazura Abu BAkar. (2009). Hubungan antara penghayatan agama, nilai hidup dan pengetahuan alam sekitar pelajar muslim dengan sikap dan tingkah laku. Tesis Doktor Falsafah :Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM: Pulau Pinang.
KJ menyertai acara Fancy football dalam Sukan Wanita

AKTIVITI PENSYARAH
I P G KAM P US BAH AS A M EL AY U
JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR Penulis : NOR RUL AZLIFAH BT. ZULKAFALI Phone: 012-3265173 E-mail: norrulazlifah.zulkafali@yahoo.com.my jsos@ipbmm.edu.my Jssipgkbm2011.blogspot.com

DAN

PELAJAR JABATAN SAINS SOSIAL

KAMI PENCINTA ALAM SEKITAR


DUNIA AKTIF SAINS SOSIAL

LAWATAN DAN BERSARAPAN BERSAMA PENGARAH DI KELAS LESTARI IPG KBM9 April 2012 yang lalu Datin Siti Hanifah bt. Madarsa telah dijemput oleh pelajar PISMP 3D ke Kelas Lestari yang telah direalisasikan oleh mereka melalui projek amali PSS3105 Pendidikan Pembangunan Lestari. KeEsokkan hari pada 10 April 2012 sekali lagi Datin Siti Hanifah datang ke Kelas Lestari untuk bersarapan bersama-sama pelajar. Kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh para pelajar ialah mereka telah menikmati mee goreng hasil tangan yang disediakan oleh yang Berbahagia Datin Siti Hanifah sendiri.

AKTIVITI PELAJAR SAINS SOSIAL


KELAS LESTARI
Kelas Lestari adalah merupakan satu projek amali Pelajar PISMP 3D yang mengambil major Pengajian Sosial bagi kursus PSS 3105 Pendidikan Pembangunan Lestari. Matlamat penubuhan kelas lestari ialah untuk menjadikan kelas ini contoh dari segi amalan lestari. Apa yang diamalkan ialah penggunaan bahan terpakai dalam hiasan, bahan terpakai digunakan untuk membina ABM, penjimatan penggunaan elektrik dan menggunakan bunga dan pokok hidup sebagai hiasan. Pelajar telah mengambil masa selama 4 minggu untuk menyiapkan tugasan amali yang diberikan. Pengarah projek kelas lestari ialah Saudara Amiruddin. Kelas lestari Ini juga telah dipersetujui oleh Datin Siti Hanifah bt. Madarsa Pengarah IPG KBM diikhtiraf sebagai bilik sumber Jabatan Sains Sosial.

LAWATAN KE SYABAS
SYABAS Bangsar21 Mac 2012, Satu lawatan ke SYABAS di Bangsar telah dilakukan oleh pelajar PPISMP Semester 1 atas jemputan sempena hari terbuka SYABAS. Hari terbuka itu adalah bersempena Hari Air Sedunia. Banyak maklumat tentang penjagaan air yang diperoleh melalui lawatan tersebut. Pelajar juga telah dite rangkan tentang beberapa fungsi SYABAS dalam pengurusan bekalan air. Pelajar telah diiringi oleh Pn Nor Rul Azlifah Zulkafali.

PENILAIAN DAN PAMERAN PSV IPG KBM- Mac 2012 , Seperti rutin biasa, pelajar yang mengambil PSV akan menjalankan amali dan proses amali diakhiri dengan penilaian dan pameran. Begitulah juga pelajar PPISMP semester 2 yang mengambil subjek PSV. Hasil kerja pelajar telah di nilai oleh pensyarah PSV.

You might also like