RUMUSAN

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

RUMUSAN Berdasarkan kajian yang telah penyelidik lakukan, penyelidik berasa kajian ini berkesan untuk digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran sains tahun 4 bagi tajuk Kitaran Hidup Haiwan. Kajian ini membantu murid dalam mengingati nama bagi setiap fasa di dalam kitaran hidup haiwan. Selain itu, kajian ini juga membantu murid dalam menyusun fasa di dalam kitaran hidup haiwan dengan betul. Bagi menilai keberkesanan strategi yang penyelidik jalankan, terdapat beberapa cara pengumpulan data yang digunakan iaitu ujian pra, ujian pasca, soal selidik dan rakaman foto dan video. Melalui cara pengumpulan data yang digunakan, pengkaji mendapati bahawa keputusan kajian ini adalah positif. Semua responden dapat memahami tajuk Kitaran Hidup Haiwan dengan baik. Selain itu juga, pengkaji mendapati bahawa kesemua responden memberi persepsi positif terhadap kaedah nyanyian. Mereka bersetuju dengan menyatakan bahawa mereka seronok belajar topik Kitaran Hidup Haiwan dengan menggunakan kaedah nyanyian. Murid-murid sekolah rendah sememangnya gemar menyanyi dan mendengar muzik kerana ia merupakan salah satu cara mereka mengekspresikan perasaan yang dirasai. Kaedah nyanyian juga dilihat sebagai salah satu kaedah intervensi mudah dilaksanakan dan mempunyai tahap mobility yang tinggi. Kaedah ini boleh dijalankan di pelbagai tempat tanpa mengira waktu namun, harus disesuaikan dengan tajuk pelajaran. Kos kaedah nyanyian ini juga sangat minimum dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja.

You might also like