Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

KECEDERAAN SUKAN (LUKA)

LUKA & PATAH


AMERA SURIYATI BINTI SAAD NUR ZAIHAYU BT ZAINODDIN

LUKA

DEFINISI
Luka ialah sejenis kecederaan kpd tisu-tisu badan yg mengakibatkan pengaliran darah dibahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpul.

PENDARAHAN KECIL
Terbahagi kepada tiga iaitu: 1) pendarahan eksternal (dibahagian luar) luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum

2.a) pendarahan internal (dibahagian dalam)

perut muntah berdarah rahim tumpah darah tali usus darah pada dubur buah pinggang kencing berdarah paru-paru / salur pernafasan batuk berdarah tengkorak darah mengalir melalui telinga dan hidung

2.b) pendarahan internal tanpa kesan

limpa dan hati pecah pendarahan dalam otak

JENIS JENIS LUKA


Terbahagi kepada 2 kategori:

1) Luka terbuka- luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpahan darah yang banyak, renjatan dan juga jangkitan kuman. 2) Luka tertutup- kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam.

LUKA TERBUKA

Luka terhiris (Incision)


- disebabkanalat tajam seperti pisau atau kaca. - Luka senang dirawat dan bercantum semula. - Mungkin berlaku pendarahan yg banyak disebabkan terpotong salur darah.

Luka tikaman (punctured)


-Disebabkan tercucuk paku, jarum atau serpihan kayu -Mempunyai liang yg kecil tetapi dalam -Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi.

Luka terkoyak (laceration)

-Disebabkan terkena dawai kawat atau alat jentera - Mengakibatkan kerosakan tisu yg teruk

Luka terkopak (Avulsion)


- tercabut atau terkopak dari kulit luar daripada struktur

Luka terputus (Amputation)

Luka hancur (Crush Injury)

Luka tembakan (Shot wound)


Disebabkan terkena peluru tembakan Mengakibatkan kecederaan dalaman yg teruk Luka kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang keluar

LUKA TERTUTUP

Lebam (contusion)
Akibat drpd terkena pukulan yg kuat spt ketukan tukul besi darah yg keluar bewarna kemerahan berkumpul dibawah lapisan kulit

Haematoma

- pembekuan darah kebiru-hitaman - berlaku didalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan

Calar balar (Abrasion)


- Kulit yg tersiat yg menampakkan lapisan tisu luar yg tipis

RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM


A) Luka-luka kecil. - memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. - perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. - Langkah-langkah rawatannya adalah:
# bersihkan tangan dengan sabun. # Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. # cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. # keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril. # lekatkan plaster mengikut saiz luka. # Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. # gunakan pembalut untuk memegang plaster.

B) luka kecil yang ada benda asing. Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan ini akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.

Langkah-langkah rawatannya
bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.

cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.


keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang telah disteril. kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek. tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.

bawa mangsa ke hospital.

CARA MENAHAN DARAH


a) Tekanan tepat tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah. 1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan. 2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah. 3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat. 4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 15 minit.

b) Tekanan tidak tepat Tekan pada urat nadi.

Gunakan ikatan penjerut (tourniquet).


Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

c) Anggota terputus Kawal darah dari berterusan keluar.

Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonik yang suci kuman.
Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais.

Hantar mangsa ke hospital.

PEMBEBATAN & PEMBALUTAN


Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka. Fungsi pembebat dan balutan adalah: Mencegah jangkitan kuman Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah Mengwal pendarahan dan melindungi luka Jenis-jenis pembebatan ialah: Paraffin biasanya digunakan untuk luka besar Pembebat melekat plaster, digunakan untuk luka kecil Pembebat berubat kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman Pembebat biasa gauze

PEMBEBATAN & PEMBALUTAN


Peraturan membalut: Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk kearah tempat luka. Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah : Pembalut bergulung berasal dari kain kasa, WOW bandage Pembalut segi tiga, lebar dan tirus terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko Pembalut cincin diperbuat dari pembalut tirus Pembalut kain krep biasanya digunakan untuk kes terseliuh

ANDUH ATAU BALUTAN PATAH

SEKIAN,TERIMA KASIH!!!

You might also like