Jenis-Jenis Tanaman Hiasan PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

TAJUK 5: Teknologi tanaman sayur-sayuran

JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN


RBT 3120 PISMP BM SEM 6

dan hiasan

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut. Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah. Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.

Tanaman Hiasan terdiri daripada beberapa jenis seperti pokok renek, pokok penutup bumi, pokok naungan , pokok palma , pokok memanjat atau menjalar dan pokok bunga bermusim.
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

POKOK NAUNGAN

POKOK RENEK

POKOK PALMA

MEMANJAT/ MENJALAR

POKOK BUNGA SEMUSIM

PENUTUP BUMI

KAKTUS

LENDIR

AKUATIK

BONSAI

POKOK NAUNGAN
Pokok naungan ialah pokok yang berbatang tunggal. Ianya boleh digunakan sebagai teduhan dan penahan angin. Ketinggian pokok ini melebihi 5 meter.
Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana

POKOK TEMBUSU

POKOK ANGSANA POKOK BERINGIN

POKOK RENEK
Pokok renek atau belukar ialah tumbuhan berkayu.
Mempunyai pelbagai jenis daun dan bunga yang menarik dan berwarna warni. Ciri-cirinya seperti jumlah cabangnya yang banyak dan lebih rendah, selalunya kurang daripada 5-6 m tinggi. Contohnya Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.

POKOK BUNGA RAYA

POKOK BUNGA KERTAS

POKOK BUNGA IXORA

POKOK PALMA
Pokok Palma merupakan jenis pokok berbatang tunggal yang tidak bercabang.
Di pucuk pokok terdapat sejambak daun. Contoh pokok palma ialah pinang raja, pinang manila, pinang kuning dan pokok kelapa gading.

POKOK PINANG RAJA/ CRYTOSTACHYS RENDA BULL

POKOK PINANG MANILA/VEITCHIA MERRILLII

POKOK KELAPA GADING

MEMANJAT/MENJALAR
Pokok memanjat atau menjalar merupakan tumbuhan yang melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat. Contohnya Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.

DUIT DUIT

POKOK BUNGA KEMBANG PAGI BUNGA TAPAK KUDA/SERI PAGI/ IPOMEA BILOBA

POKOK BUNGA ROS JEPUN

POKOK BUNGA SEMUSIM


Pokok Bunga Semusim merupakan tumbuhan yang hidup dalam jangka masa yang singkat. Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja.
Kebiasaannya pokok jenis ini akan mati selepas berbunga. Ianya selalu digunakan untuk hiasan pentas. Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.

BUNGA BALONG AYAM

POKOK BUNGA MATAHARI

BUNGA ZINNIA

BUNGA BUTANG

PENUTUP BUMI
Pokok penutup bumi ialah tumbuhan yang kebanyakan menjalar dan melata di permukaan tanah.
Ketinggiannya lebih kurang 30 cm dan berdaun halus. Contohnya rumput, Arachis spp,rumput lembu

ARACHIS APP

RUMPUT LEMBU/COWGRASS

RUMPUT JEPUN/ZOYSIA JAPONICA

POKOK KAKTUS
Tumbuhan tahan lasak. Ia boleh hidup dengan kadar air yang sedikit. Ia memerlukan cahaya matahari langsung dan mencukupi. Mempunyai pelbagai bentuk yang menarik Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus
CEREUS PERUVIANUS

SNOW POLE CACTUS/ESPOSTOA LANATA

LENDAIR
Tumbuhan yang tidak mempunyai tisu berkayu, sangat sensitif pada cahaya matahari yang kuat. Contoh : ati-ati, resam batu dan pilea
ATI ATI

PILEA PEPEROMIOIDES

PILEA MOON VALLEY

BEGONIA/ RESAM BATU

AKUATIK
Tenggelam - Tumbuhan kategori ini berakar pada dasar dan bahagian pokok tenggelam sepenuhnya. Tumbuhan ini melepaskan oksigen dan biasanya kita akan melihat gelembung atau buih pada permukaan kolam.
Antara tumbuhan dalam kategori ini ialah Ceratophyllum demersum, Hygrophila difformis (Wisteria Air), Sagittaria subulata dan Vallisneria spiralis atau dikenali dengan nama rumpai belut.

Hidup di permukaan - Tumbuhan berakar di kawasan cetek dengan kedalaman sekitar 45 sentimeter (cm). Biasanya bahagian atas pokok akan muncul di permukaan air.
Tumbuhan jenis ini seperti kiambang, lili air dan iris.

Separa Akuatik - Biasanya tumbuhan ini boleh hidup melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam kawasan berair .
kangkung, teratai Nelumbo (Pink Crane), melati air (Shallow Water-Aztec Arrowhead) , rumpai papyrus.

Terapung - Bahagian atau daun tumbuhan terapung di permukaan air manakala akarnya terendam di dalam air.
Keladi bunting, Azolla caroliniana (lumut pari-pari), dan Hydrocharis morsus-ranae (Frog's Bit).

Ceratophyllum demersum

Hygrophila difformis

Akuatik tenggelam

KIAMBANG TERATAI

LILI AIR

Hidup di permukaan

Teratai (Nelumbium Nelu mbo Druce)

Menerong atau cyperus

Separa akuatik

Hydrocharis morsus-ranae

KELADI BUNTING

Terapung

BONSAI
Perkataan 'bonsai' ini adalah dalam sebutan Jepun yang berasal daripada perkataan Cina iaitu 'penzai' yang bermaksud pokok dalam bekas. Bonsai ialah suatu seni untuk menghidupkan pokok miniatur di dalam bekas pasu hiasan. Tumbuhan yang dibantutkan. Ia memakan masa beberapa tahun untuk membentuknya. Ketinggian bonsai biasanya antara 120-140 sentimeter .
Mempunyai hubungan di antara alam, manusia dan Tuhan.(Falsafah Zan-Buddhist) Contoh: Pokok kesinai, juniper china dan santali

KESINAI

JUNIPER CHINA/PFITZERIANA

RUJUKAN
http://pokoktua.blogspot.com/2008/05/tanamanhiasan.html
http://eamerberwawasan.blogspot.com/2010/07/bahasa -melayu-diri-saya.html http://www.rahsiataman.com/Taman/Tumbuhan%20land skap/tumbuhan.html http://mekarharum.blogspot.com/2010/07/tumbuhanakuatik-sebagai-penyeri-kolam.html

You might also like