Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

3755/2 Bahagian A Jawab mana-mana tiga soalan dalam bahagian ini 1 a) Gambar 1 berkaitan jenis barang A dan B.

SULIT

Barang A

Barang A Gambar 1 Bezakan antara barang A dengan barang B. b)

Barang B (6 markah)

Maklumat berikut berkenaan dengan aktiviti Encik Halim. Encik Halim mengusahakan sebuah kilang memproses jus buahbuah di Cameron Highland. Beliau dibantu oleh sepuluh orang pekerja. Terangkan faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti Encik Halim. (12 markah)

c)

Gambar 2 berkaitan satu sistem perniagaan.

Bilakah agaknya saya dapat menukarkan barang ini? Penatnya!

Gambar 2 i) Nyatakan sistem perniagaan itu?

(1 markah)

ii) Terangkan tiga masalah yang wujud dalam sistem perniagaan tersebut. (6 markah)

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SULIT

3755/2 2

SULIT a) Encik Jalal ialah seorang pengeluar pakaian seragam sekolah untuk pasaran seluruh negara. Terang lima bantuan perniagaan yang dapat membantu Encik Jalal melicinkan aktiviti perniagaannya. (10 markah)

b) Gambar 3 berkaitan dengan sejenis perniagaan runcit besar-besaran.

Gambar 3 (i) Nyatakan jenis perniagaan di atas. (ii) Terangkan empat kelebihan jenis perniagaan tersebut. (1 markah) (7 markah)

c) Bagaimanakah pemborong membantu pengeluar?

(7 markah)

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SULIT

3755/2

SULIT

a) Dokumen perniagaan berikut diterima oleh Kedai Kain Ajmeed. SYARIKAT PEMBORONG SHANDA No 14, Jalan Makmur, 53200 Kuala Lumpur.

Pengurus Kedai Kain Ajmeed 9, Lorong Jati, 71000 Seremban. Tarikh: 20 Disember 2010 No rujukan : C54 Akaun tuan dikreditkan berdasarkan perkara berikut Keterangan Dua gulung kain kapas @ RM50 sepasang dipulangkan kerana kotor Tolak diskaun niaga 10% Jumlah bersih Ringgit Malaysia sembilan puluh sahaja K. & K. di K. Yang benar, ___Robert___ Robert Teh Pengurus i) Namakan dokumen di atas? (1 markah) Jumlah (RM) RM 100.00 10.00 90.00

ii) Terangkan tiga keadaan yang membolehkan dokumen tersebut digunakan. (6 markah) b) Jelaskan setiap perkara berikut: i) Jualan tunai ii) Jualan prabayar iii) Perbezaan sewa beli dengan bayaran tertunda (3 markah) (4 markah) (6 markah) (5 markah)

c) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah jualan.

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SULIT

3755/2

SULIT

a)

i) Apakah maksud perniagaan antarabangsa

(3 markah)

ii)Terangkan faktor yang menyebabkan wujudnya perdagangan antarabangsa. (8 markah) b) Nyatakan empat kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara. (4 markah) c) Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan antarabangsa. Encik Suhaimi adalah seorang pengimport buah anggur dari Australia. Semasa menjalankan urusniaga beliau menghadapi beberapa halangan seperti terpaksa menggunakan pelbagai dokumen perniagaan yang rumit . Terangkan lima halangan lain yang dihadapi oleh Encik Suhaimi dalam mengurus pernigaan tersebut. (10 markah)

a) b)

Terangkan lima kegiatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Berikut adalah maklumat tentang perniagaan Puan Anis.

(10 markah)

Puan Anis, pemilik Syarikat Terus Maju Sendirian Berhad yang menjalankan perniagaan membuat biskut di sebuah kilang yang disewanya. Pekerja beliau terdiri daripada penduduk tempatan yang berpendidikan rendah. Mesin yang digunakan juga adalah berteknologi rendah. Terangkan empat kepentingan industri tersebut kepada masyarakat. (8 markah) c) Huraikan empat ciri syarikat awam berhad. (7 markah)

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SULIT

3755/2

SULIT

Bahagian B (25 markah) Soalan ini wajib dijawab Encik Hassan adalah seorang pesara perkhidmatan tentera yang mendapat wang ganjaran sebanyak RM 150 000. Belaiu bercadang menggunakan RM100,000 daripada wang tersebut sebagai modal untuk menjalankan sebuah perniagaan.. Beliau berbincang dengan isterinya untuk menentukan tempat dan jenis perniagaan yang akan dijalankan serta bagaimana menghadapi persaingan dalam perniagaannya nanti. Akhirnya mereka bersetuju membuka sebuah kedai runcit dan terus bertindak memohon lesen perniagaan tersebut. Encik Hassan mula berniaga dengan dibantu oleh isteri dan dua orang anaknya. Selepas enam bulan mengendalikan perniagaan, Encik Hassan mendapati pulangan yang diperoleh kurang menguntungkan. Beliau tidak berpuas hati dan telah menghubungi rakan karibnya yang telah berjaya dalam perniagaan untuk mendapatkan bantuan. Rakannya memberikan cadangan supaya mereka bergabung menjalankan perniagaan tersebut. Encik Hassan bersetuju dan mengubah milikan perniagaan dengan nama Kedai Runcit Hassan dan Rakan. Berkat daripada usaha gigih Encik Hassan dan rakannya, perniagaan mereka telah berkembang maju. Sementara itu Encik Hassan juga telah melabur sebahagian daripada wang ganjarannya iaitu sebanyak RM 50 000 untuk disimpan dalam akaun di sebuah bank. Pulangan daripada pelaburan tersebut telah membantu menambah pendapatan beliau. Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) i) Nyatakah cara yang dipilih oleh Encik Hassan semasa memulakan perniagaannya. (1 markah) ii) Jelaskan faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh Encik Hassan sebelum memulakan perniagaan. (10 markah) (b) Namakan jenis milikan perniagaan yang diceburi oleh Encik Hassan dan rakannya. dan senaraikan ciri-ciri perniagaan tersebut (6 markah)

(c) i) Apakah jenis akaun yang dipilih oleh Encik Hasan untuk melabur RM50,000 itu? Jelaskan jenis akaun itu (4 markah) (ii) Cadangkan satu cara pelaburan lain yang berisiko rendah jika Encik Hassan tidak menyimpan RM 50 000 itu di bank. (4 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SULIT

You might also like