Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.0 Konsep Kata Kerja Tak Transitif.

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012), kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Kebanyakan kata kerja jenis ini adalah dalam bentuk kata tunggal , atau menerima awalan ber- dan ter-. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), beliau mengatakan bahawa kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, dan dapat berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai prediket dalam sesuatu ayat. Contohnya balik, bangun, berdiri, menangis, menyanyi dan tersenyum. Ayatayat yang dibina dengan kata kerja tak transitif ini juga merupakan ayat yang gramatis. Kata kerja tak transitif juga terdiri daripada bentuk asal, kata kerja tak transitif bentuk asal ialah kata kerja tak transitif yang tidak memakai imbuhan. ia tidak memerlukan imbuhan untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contoh kata kerja tak transitif bentuk asal adalah demam, diam, mandi, tidur, duduk, keluar dan sebagainya. Contoh dalam ayat budak itu masih belum tidur lagi. Menurut Arbak Othman (1985), beliau mendefinisikan kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sama ada secara langsung atau tidak langsung dan dalam ayat aktif transitif, predikatnya mengandungi kata kerja. Arbak Othman (1981), beliau mendefinisikan kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil sebarang penyambut dalam predikat sesuatu ayat. Kata kerja jenis ini boleh diklasifikasikan kepada kata kerja tunggal atau kata kerja rangkap sama ada yang mempunyai hubungan tetap atau hubunhgan benar. Nik Safiah Karim et al (2008), kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkanyya. Manakala menurut Abdullah Hasaan etl (2006), beliau mengatakan bahawa kata kerja aktif tak transitif dalam bahasa Melayu boleh berbentuk tunggal atau terbitan. Oleh itu, kata kerja tak transitif boleh berdiri sendiri dalam ayat tanpa pelengkap, jika ada perkataan lain selepasnya frasa tersebut akan dipanggil sebagai penerang. Contohnya Ahmad berjalan di tepi pantai, di tepi pantai bertugas sebagai penerang dalam ayat tersebut, maka frasa Ahmad berjalan boleh berdiri sendiri. Kata kerja tak transitif dapat menjadi frasa kerja apabila kata itu menduduki fungsi sebagai iunsur binaan ayat, iaitu bertugas sebagai predikat. Contohnya Fairuz ketawa di dalam bilik. Ayat ini menunjukkan kata kerja tak transitif adalah ketawa, kata
1

berdiri tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek namun mengandungi unsur lain bersamasamanya iaitu keterangan (di dalam bilik). Kata kerja aktif tak transitif juga tidak memerlukan objek kerana kata kerja ini tidak dapat dipasifkan. Pelengkap berfungsi untuk menerangkan kata kerja agar ayat tersebut tidak tergantung. Penerang juga berfungsi sebagai penerang agar dapat menghasilkan ayat yang lebih gramatis. Contoh ayat yang tidak memerlukan objek ialah : a) Pengembara wanita itu sedang bersedih. b) Api itu sedang menyala. c) Dia merayu kepada penjenayah itu. 2.0 Bentuk Kata Kerja Aktif Tak Transitif Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), kata kerja aktif tak transitif dalam bahasa Melayu terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu : 1. Bentuk Asal 2. Berawalan ber3. Berapitan ber- -an 4. Berapitan ber- -kan 5. Berawalan me6. Berawalan ter-

2.1 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Bentuk Asal atau Tunggal Kata kerja aktif tak transitif bentuk asal ialah kata kerja yang tidak menggunakan sebarang imbuhan. Kata kerja jenis ini bebas, iaitu tidak perlu menggunakan imbuhan untuk berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Abdullah Hassan etl (2006), beliau mengatakan bahawa kata kerja tunggal ialah kata kerja tak transitif yang dibentuk dalam kata akar. Kata kerja jenis ini boleh digunakan dalam ayat berikut : 1. Adik baring di atas tilam 2. Mereka datang ke negara ini untuk mencari pekerjaan 3. Bapa duduk di atas kerusi
2

4. Bayi itu masih belum tidur lagi 5. Mazlan pergi ke masjid 6. Azima menang. 7. Hujan turun dengan lebatnya. 8. Air dalam petak mulai kering sedikit 9. Dia tidur di dalam kelas

2.2 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berawalan BerKata kerja tak transitif berawalan ber- ialah kata kerja tak transitif yang menggunakan awalan ber- pada kata dasarnya. Kata kerja yang menggunakan imbuhan seperti ini juga dikenali sebagai kata kerja bentuk terbitan. Contohnya : 1. Mereka bermain di padang sekolah pada waktu petang 2. Penjenayah itu bersembunyi di dalam gua 3. Rombongan pelajar dari Beijing itu mahir bertutur dalam bahasa Melayu

2.3 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berapitan Ber- -an Kata kerja aktif tak transitif berapitan ber- -an ialah kata kerja tak transitif yang menggunakan apitan ber- -an pada kata dasarnya dan berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kata dasar yang menggunakan apitan ber- -an ini kebanyakkannya terdiri daripada kata kerja dan hanya beberapa perkataan sahaja yang kata dasarnya terdiri daripada kata nama atau kata adjektif.

Contohnya : 1. Bintang bertaburan di langit. 2. Mereka berkejaran membawa mangsa kemalangan ke hospital. 3. Perperangan di negara itu terus berlanjutan sehingga sekarang.
3

2.4 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berapitan Ber- -kan Kata kerja aktif tak transitif berapitan ber- -kan merupakan kata kerja tak transitif yang kata dasarnya memakai apitan ber- -kan. Kata kerja jenis ini memerlukan kata nama untuk berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Contoh : 1. Kami tidur bertilamkan rumput pada malam itu. 2. Pokok padi Wan Empok berbungakan emas dan berbatangkan suasa

2.5 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berawalan meKata kerja ini menggunakan awalan me- pada kata dasarnya untuk berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Contohnya : 1. Kapal angkasa Rusia berjaya mendarat di bulan 2. Rohana menyanyi pada malam perpisahan itu

2.6 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berawalan terKata kerja ini menggunakan awalan ter- pada kata dasarnya untuk berfungsi sebagai predikat dalam ayat.

Contonhnya :

1. Mak Minah termenung bersendirian di serambi rumahnya. 2. Gadis itu tersenyum.


4

3.0 Jenis Kata Kerja Aktif Tak Transitif Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012), beliau mengklasifikasikan kata kerja aktif tak transitif kepada tiga bahagian iaitu : a) Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap b) Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap c) Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpenerang Menurut Abdullah Hassan (2006), beliau mengatakan bahawa kata kerja aktif tak transitif terbahagi kepada dua iaitu : a) Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap b) Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap Nik Safiah Karim etl (2008) pula membahagikan kata kerja aktif tak transitif kepada tiga iaitu : a) Kata Kerja Aktif Tak Transitif yang Tidak Menerima Unsur Pelengkap b) Kata Kerja Aktif Tak Transitif yang Dapat Menerima Unsur Pelengkap Sesudahnya c) Kata Kerja Tak Transitif yang Dapat Diikuti Oleh Kata Nama Sebagai Penerang Oleh itu, kata kerja aktif tak transitif terbahagi kepada tiga iaitu kata kerja aktif tak transitif berpelengkap dan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap serta kata kerja aktif tak transitif berpenerang. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut dan tidak bergantung pada unsur - unsur lain untuk melengkapkan maksud ayat. Manakala kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti dengan pelengkap (bukan objek) untuk menyempurnakan maksud ayat.

3.1 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap


5

Abdullah Hassan et al (2006), mendefinisikan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan perkataan lain berlaku selepasnya untuk melengkapkan ayat tersebut. Kata kerja ini dapat berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan perkataan lain untuk melengkapkan maknanya. Contohnya : 1. Siti Salina pulang. 2. Dia tidur. 3. Sanah tersenyum. 4. Padi akan luruh.

Ayat - ayat tersebut mengandungi kata kerja yang tidak bergantung kepada unsur lain bagi melengkapkan maknanya. Penggunaan kata kerja tak transitif jenis ini tidak perlu diikuti oleh sebarang perkataan lain. Selain itu, kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap juga boleh diikuti dengan unsur keterangan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Keterangan ialah unsur tambahan dalam ayat dan berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Keterangan juga biasanya dalam bentuk frasa sendi nama. Keterangan bagi kata kerja pula boleh digugurkan tanpa menjejaskan kegramatisan ayat, (Ahmad Khair Mohd Noor, 2012). Contohnya : 1. Tiga orang pemuda itu sedang berbaring di atas amben itu. 2. Mereka bersiar-siar di tepi pantai East Coast. 3. Pemuda itu tersenyum seorang diri. 4. Mereka bernyanyi dengan gembiranya. 5. Mereka berbual-bual dengan penduduk kampung itu. 6. Dia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Hakim. 7. Askar yang berani itu gugur di medan pertempuran. 8. Mereka memberontak kerana pemerintah tidak bersikap adil.

3.2 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap


6

Nik Safiah Karim etl (2008), mendefinisikan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Namun begitu, unsur - unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Pelengkap ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif dan tanpa pelengkap, ayat tersebut tidak mempunyai makna yang sempurna. (Ahmad Khair Mohd Nor, 2012). Unsur pelengkap terdiri daripada tiga bahagian iaitu : 1. Pelengkap Kata Nama 2. Pelengkap Kata Adjektif 3. Pelengkap Frasa Sendi Nama

3.2.1 Pelengkap Kata Nama 1. Dia berbajukan kertas. 2. Mereka juga ada perasaan 3. Kakak menjadi jururawat 4. Aina menyerupai Zura

3.2.2 Pelengkap Kata Adjektif 1. Kita wajar berbuat baik 2. Dia beransur sihat 3. Semua pemimpin hendaklah berlaku adil

3.2.3 Pelengkap Frasa Sendi Nama

1. Mereka berada di Kuala Lumpur 2. Saya tinggal di kampung.

3.3 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpenerang 1. Samad berbaju batik. 2. Kegemarannya bermain bola. 3. Bapanya berniaga ayam.

4.0 Kesalahan Ayat dalam Kata Kerja Aktif Tak Transitif Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap juga perlu dikuti dengan frasa sendi nama sebagai penerang dalam ayat, sekiranya frasa sendi nama tidak digunakan, maka ayat tersebut menjadi tidak gramatis. Kebanyakan pelajar tidak menyertakan frasa sendi nama selepas kata kerja tak transitif, contohnya frasa sendi nama adalah pada, kepada, tentang, akan dan sebagainya. Salah Dia sudah pulang ibunya Kami bertanya perkara itu. Mereka tidak bersetuju perkara tersebut Ibu berminat baju itu Betul Dia sudah pulang kepada ibunya Kami bertanya tentang perkara itu Mereka tidak bersetuju tentang perkara tersebut Ibu berminat pada baju itu.

b) Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, men, atau ter yang berfungsi sebagai penerang tidak boleh dhilangkan awalannya. Contohnya dalam perkataan bersama, melompat, tertawa dan sebagainya. Contoh dalam ayat adalah seperti berikut: Salah Betul
8

Dia kata kepada saya Jangan lompat. Dia senyum kepada saya Hashimah tawa menonton rancangan itu Ayah nangis ketika itu

Dia berkata kepada saya Jangan melompat. Dia tersenyum kepada saya. Hashimah tertawa menonton rancangan itu Ayah menangis ketika itu

Hamid menjawab soalan gurunya sambil gelak. Hamid menjawab soalan gurunya sambil tergelak. Halimah merupakan gadis cantik di kampung Halimah ini. merupakan gadis tercantik di

kampung ini.

c) Kata kerja tak transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber-...-kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan, pada, atau tentang. Salah berdasarkan pada keterangan ini bertanyakan tentang khabar berikutan tentang peristiwa tersebut Penahanannya berdasarkan pada bukti yang kukuh d) Kata kerja aktif tak transitif hanya boleh diperluas dengan frasa sendi nama dan bukan dengan frasa nama. Kata kerja aktif tak transitif ini juga memerlukan frasa sendi nama selepas frasa kerja agar dapat menghasilkan ayat gramatis. Hal ini demikian kerana, kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan objek yang hadir selepas kata kerja kerana ianya tidak boleh dipasifkan. Salah Adik saya pergi sekolah dengan kawannya Betul Adik saya pergi ke sekolah dengan kawannya Betul berdasarkan keterangan ini bertanyakan khabar berikutan peristiwa tersebut Penahanannya berdasarkan bukti yang kukuh

Mereka berdua sedang berbincang perkara itu Mereka berdua sedang berbincang tentang tadi perkara itu tadi Faizal belum tahu perkara itu Faizal belum tahu akan perkara itu
9

Lim Sweng sedang berbincang Asyraf

Lim Sweng sedang berbincang dengan Asyraf

Pengetahuannya semakin mendalam dalam Pengetahuannya semakin mendalam bidang bidang perubatan perubatan

e) Kata kerja aktif tak transitif juga memerlukan pelengkap yang terdiri daripada pelengkap kata nama, kata adjektif, dan frasa sendi nama. Pelengkap ini berfungsi untuk mencukupkan makna ayat. Tanpa pelengkap, ayat itu tidak mempunyai makna yang sempurna,(Ahmad Khair Mohd Nor, 2012). Pelengkap hadir selepas kata kerja aktif tak transitif untuk menerangkan ayat tersebut agar ayat tersebut tidak tergantung. Pelengkap Kata Nama Kata Nama Kata Nama Salah Wanita itu berjual Rahman menjadi Pengemis itu bertilamkan Betul Wanita itu berjual jagung Rahman menjadi guru Pengemis rumput Kata Nama Perompak itu bersenjatakan Perompak itu bersenjatakan senapang Kata Nama Perkara itu menyangkut Perkara itu menyangkut itu bertilamkan

masalah negara Kata Nama Kambingnya berjumlah Kambingnya sepuluh ekor Kata Nama Talib beristerikan Talib Kedah Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Adjektif Nenek beransur Hatinya beransur Kamu hendaklah berbuat Badannya menjadi Ekonomi negara Nenek beransur sihat Hatinya beransur tenang Kamu hendaklah berbuat baik Badannya menjadi lemah kita Ekonomi negara kita
10

berjumlah

beristerikan

orang

bertambah Frasa Sendi Nama Puan Rohani berada

bertambah kukuh. Puan Rohani berada di Kuala Terengganu

Frasa Sendi Nama

Mereka tidak boleh tinggal

Mereka tidak boleh tinggal di rumah

Frasa Sendi Nama

Ahmad menuju

Ahmad

menuju

ke

lokasi

kemalangan.

f) Kata kerja aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana ianya tidak mempunyai objek dan hanya mempunyai pelengkap yang berfungsi untuk melengkapkan ayat dan menjadikan ayat tersebut gramatis. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012), unsur pelengkap tidak sama dengan objek. Objek hadir selepas kata kerja aktif transitif dan boleh mengalami proses pasif. Abdullah Hassan etl (2006), walaupun ayat - ayat tersebut mempunyai perkataan lain selepas kata kerjanya, tetapi perkataan tersebut tidak berfungsi sebagai objek. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. Sekiranya sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka ayat tersebut mengandungi kata kerja aktif tak transitif dan tidak mengandungi objek. Salah Janda dijadikan oleh Leha Di kampung ditinggal oleh mereka Tenang diansurkan oleh hatinya Ke lokasi ditujukan oleh Ahmad Lemah dijadikan oleh badannya Wang diada oleh Damia Guru dijadikan oleh Shukri Mastura diserupai oleh Anis Senapang disenjatakan oleh perompak itu Betul Leha menjadi janda Mereka tinggal di kampung Hatinya beransur tenang Ahmad menuju ke lokasi Badannya menjadi lemah Damia ada wang Shukri menjadi guru Anis menyerupai Mastura Perompak itu bersenjatakan senapang
11

Tangan dijabat oleh mereka Baik kita wajar buat Ke kiri dibelokkan oleh keretanya Ke sekolah lain dipindah oleh guru itu Di dalam hutan diburu datuk

Mereka berjabat tangan Kita wajar berbuat baik Keretanya membelok ke kiri Guru itu berpindah ke sekolah lain Datuk berburu di dalam hutan

g) Perbezaan antara pelengkap dengan objek Objek dan pelengkap berbeza dan mempunyai fungsi masing - masing dalam ayat. Objek boleh menjadi subjek kepada pelaku ayat pasif, manakala pelengkap tidak boleh menjadi subjek sekaligus ayat tersebut tidak dapat dipasifkan. Sebagai contoh : Abdul Fakri menjadi kelasi. Ramlan menjadi akauntan. Ayat tersebut tidak dapat dipasifkan kerana kata nama kelasi tidak dapat menjadi subjek penderita. * Kelasi dijadikan oleh Abdul Fakri. * Akauntan dijadikan oleh Ramlan.

12

5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, kata kerja aktif tak transitif merupakan kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya dalam ayat. Kata kerja aktif tak transitif boleh terbentuk pada kata kerja tunggal dan kata kerja terbitan. Kata kerja aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan dalam ayat kerana ianya tidak memerlukan subjek. Kata kerja aktif tak transitif terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap, berpelengkap dan berpenerang. Kata kerja aktif tak transitif berperlengkap terdiri daripada pelengkap kata nama, kata adjektif, dan pelengkap frasa sendi nama.

13

Rujukan Abdullah Hassan et. al. (2012). Sintaksis, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Abdul Hamid Mahmood (2006). Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ahmad Khair Mohd Nor. (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu, (Tatabahasa : Ayat). Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Arbak Othman (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.

Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

You might also like