Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

940517-12-6336

STRUKTUR REKA BENTUK, PROSES, KONSEP DAN GAYA KEPIMPINAN DI BALAI POLIS DAERAH TAMBUNAN.

940517-12-6336

ABSTRAK Organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur reka bentuk, proses, konsep, dan gaya kepimpinan Badan Kerajaan Balai Polis Daerah Tambunan, Sabah. Pemerhatian dan temubual terhadap beberapa orang kakitangan di balai polis ini telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Selain itu, kaedah melalui sumber sekunder juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk kajian ini. Semua maklumat dan data yang telah diperolehi dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk esei. Rumusan kajian adalah berkaitan dengan keseluruhan kajian dan juga melibatkan cadangan daripada pengkaji untuk penambahbaikan mutu dan kualiti kerja di Balai Polis Daerah Tambunan, Sabah.

940517-12-6336

PENGENALAN Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas sebuah organisasi awam berasaskan perkhidmatan di Daerah Tambunan Sabah. Tajuk yang telah dipilih oleh pengkaji ialah struktur reka bentuk, proses, konsep, dan gaya kepimpinan di Balai Polis Daerah Tambunan, Sabah. Pengorganisasian sangat penting bagi menjelaskan tugas-tugas setiap individu dalam setiap organisasi. Seterusnya, mengenalpasti tanggungjawab setiap kakitangan dan membentuk saluran komunikasi yang formal. Pengorganisasian juga penting agar tidak berlaku pertindihan kuasa, menemtukan bidang tugas jabatan dan setiap pekerja, melakukan penyelarasan antara jabatan serta membentuk rantaian arahan dalam kalangan pekerja. Hal ini akan memudahkan pelanggan berurusan dengan kakitangan yang sepatutnya bertugas dalam bidang yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam kajian ini, temu bual telah dijalankan terhadap beberapa orang kakitangan di Balai Polis Daerah Tambunan bagi memenuhi objektif kajian dan mencari maklumat yang berkaitan. Dari segi reka bentuk organisasi yang dikaji terdapat tahap-tahap yang tertentu yang melibatkan pihak atasan, pertengahan dan bawahan. Manakala, dari segi proses pengorganisasian akan menjelaskan tentang proses pengumpulan dan pengelompokan sumber manusia dan aktiviti yang sepadan dan logik dalam unit kerja untuk mencapai objektif organisasi. Seterusnya, dalam konsep pengorganisasian akan melibatkan autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti dan pemusatan dan pemencaran autoriti. Gaya kepimpinan yang diamalkan akan mempengaruhi keberhasilan ataupun keadaan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat dan objektif organisasi. Balai Polis Daerah Tambunan mengamalkan dua gaya kepimpinan iaitu autokratik dan demokrasi.

940517-12-6336

OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan merangkumi empat objektif kajian yang dijalankan di Balai Polis Daerah Tambunan, Sabah iaitu: i. ii. iii. iv. Mengkaji tentang struktur reka bentuk organisasi. Mengkaji tentang proses pengorganisasian. Mengkaji tentang konsep pengorganisasian. Mengkaji tentang gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi.

940517-12-6336

LOKASI KAJIAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Gambar menunjukkan keadaan luaran alam sekitar fizikal Balai Polis Daerah Tambunan Sumber: Kajian lapangan 25 Julai 2013 (khamis) Dalam sesuatu kajian, lokasi dan fokus kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Oleh itu, pengkaji telah memilih Balai Polis Daerah Tambunan sebagai fokus. Balai Polis Daerah Tambunan yang lama ditubuhkan pada tahun 1952 iaitu sebelum Sabah merdeka ataupun menyertai pembentukan Malaysia. Balai Polis Daerah Tambunan yang terkini didirikan pada 24 Ogos 1985 oleh YDH. Dato Haji Mohd. Nor Bin Haji Khamis. Balai Polis Tambunan ini telah didirikan di atas tapak seluas 1.1 ekar iaitu terletak dalam kawasan sempadan Majlis Daerah Tambunan (Town Console). Balai Polis Daerah Tambunan ini diketuai oleh seorang ketua polis balai iaitu S.M Murad Bin Muhammad Yatim. Balai ini mempunyai 21 anggota, seorang pembantu tadbir, dan 2 orang pemandu di bawah pentadbiran Ketua Polis Daerah Keningau. Daerah Tambunan mempunyai sebuah balai polis, berek kelamin, dan terdapat 24 unit rumah, dua buah rumah teres, sebuah garaj pengangkutan, dan di bawah pentadbiran Balai Polis Tambunan terdapat tiga buah pondok polis kampung PPK iaitu PPK Patau yang telah dibina pada 17/12/1974 di mana lokasinya terletak di antara jalan Tambunan ke Ranau. PPK

940517-12-6336

Sunsuron pula dibina pada 20/02/1976 dan ianya terletak di antara jalan Tambunan ke Kota Kinabalu. PPK Nambayan dibina pada 30/08/1974 dan lokasinya terletak di antara jalan Tambunan ke Keningau. Luas kawasan penjagaan Balai Polis Tambunan adalah 520 batu persegi yang merangkumi 134 540 hektar yang bersempadanan dengan Daerah Keningau, Ranau, Tuaran, Papar dan Penampang. Bilangan penduduk yang ada kini mencecah seramai 35 374 orang. Nisbah seorang polis dengan rakyat atau seorang polis akan menjaga seramai 1 538 ribu penduduk. Kawasan pentadbiran Balai Polis Tambunan telah dibahagikan kepada 13 sektor, yang mana 6 sektor adalah di bawah kawalan anggota Tugas Am Balai Polis Daerah Tambunan manakala, 7 sektor lagi berada di bawah kawalan anggota pondok polis.

KAEDAH KAJIAN Antara tujuan reka bentuk kajian adalah untuk menghubung kaitkan persoalan/objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persampelan mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta releven dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan temubual yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998). Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah dalam pelaksanaan kerja kursus pengajian perniagaan ini. Antaranya ialah :

a) Pengumpulan Data Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan temu bual, carian internet, rujukan dan pemerhatian. Daerah Tambunan, Sabah. b) Data Sekunder Data sekunder diperolehi dari perpustakaan Majlis Daerah Tambunan, Sabah. Data sekunder juga diperolehi dari buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal, dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, gambar diperolehi dari proses temu bual dan laman-laman web rujukan lain yang mengandungi info-info tentang pengorganisasian. Soalan temu bual telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pengurusan dan pengorganisasian Balai Polis

940517-12-6336

c) Data Primer Kaedah temubual dengan bersemuka dilakukan dengan pegawai yang mempunyai kedudukan tinggi dalam organisasi dan responden tersebut mengetahui tentang latar belakang, pengurusan, dan pengorganisasian badan kerajaan yang dikaji . Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian iaitu di sekitar kawasan berjalannya perniagaan tamu mingguan itu. i. Temu bual

Gambar menunjukkan keadaan semasa sesi temu bual berjalan dengan responden utama iaitu Koperal Felicia Matius. Sumber:kajian lapangan pada 25 Julai 2013(khamis)

Temu bual adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya memerlukan pengkaji berhubung terus dengan individu berkaitan. Proses temu bual akan memerlukan penemu bual mereka bentuk soalan temu bual yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abd Rahim et.al 1999). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular dan sering kali digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan data primer.

940517-12-6336

ii.

Pemerhatian

Gambar menunjukkan keadaan anggota balai menjawab segala panggilan dengan cermat dan cekap. Sumber: kajian lapangan pada 25 Julai 2013(khamis)

Kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain temubual. Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang ingin diperolehi agar tidak berlaku bias dan kesalahan dalam penganalisisan maklumat.

d) Kaedah Kepustakaan Pengkaji juga turut mengunjungi Perpustakaan Daerah Tambunan untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian pengkaji.

940517-12-6336

e) Muat turun internet Pengkaji turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang Balai Polis Daerah Tambunan ( Facebook) yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

f) Teknik Penganalisisan Data

Data yang diperolehi dari carian internet, buku rujukan, temu bual, dan pemerhatian seterusnya dianalisis dan keputusannya dimasukkan di bahagian dapatan kajian. Namun, analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari temu bual yang dijalankan ke atas responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada maklumat yang benar dalam hasil dapatan.

1.0 REKA BENTUK ORGANISASI DI BALAI POLIS DAERAH TAMBUNAN 1.1 CARTA ORGANISASI BALAI POLIS DAERAH TAMBUNAN Carta organisasi merupakan satu gambar rajah lini yang menunjukkan struktur jabatan/unit/bahagian utama dalam organisasi. Carta organisasi juga memerihalkan bahagian kerja-kerja yang sepadan dan sesuai untuk dikelompokkan di dalam satu unit/jabatan/bahagian. Antara maklumat yang dapat digambarkan dalam carta organisasi ialah pembahagian tugas, jenis tugas, peringkat pengurusan, aliran komunikasi serta rantaian arahan dan pengelompokan kerja. Carta organisasi Balai Polis Daerah Tambunan adalah seperti berikut:

940517-12-6336

940517-12-6336

KPB Tambunan (S.M Murad bin Muhammad Yatim) A.I.O Jenayah


Cawangan Khas KPL Kumit Gusti@Maidin L/KPL Osthman Kassim

GANAI ANGKANGON KOPERAL PATROL (KPL117441)

EALLY LINUS PEMBANTU TADBIR (PF13962)

SARIPUDDIN MAHMUD KOPERAL OPERASI (KPL 120602)

FELICIA MATIUS L/KPL 130 736


THOMAS AK NGALI L/KPL 157 285

MOHD. FAZLEE B. MD. NOR L/KPL 148 173

MUHAMMAD HANIF B. MAT NASIR KONST 182 682

PEGAWAI PENJAGA PENJARA (LOKAP)

ALIM@ALIN ANGGAU L/KPL/S 13161

GOBILI ASI L/KPL/S 12541

MIDI UBI L/KPL/S 12712

LIAS AMPANU L/KPL/S 12493

JENIUS GANTIS L/KPL/S 12545

JOHN AJUN L/KPL/S 10223

LIM MATUSIN L/KPL/S 12547

PPK NAMBAYAN ZULKERNAIN B. AG KANAR L/KPL 158 726

PPK PATAU

PPK SUNSURON DYDIMUS ALLAI L/KPL 117 273

PEMANDU

TRAFIK PATRICK PHILIP L/KPL/S 12528

HADJI BIN WAKIL L/KPL 110587

PEMB. PEMANDU

FREDOLINE SYLVESTER L/KPL/S 13336

Carta 1: Carta Organisasi Balai Polis Daerah Tambunan Carta di atas merupakan bentuk organisasi di Balai Polis Daerah Tambunan yang juga boleh dirujuk dalam bahagian lampiran 1(a). Carta organisasi Balai Polis Daerah Tambunan berstrukturkan carta mengikut fungsi. Carta tersebut memperlihatkan tahap-tahap pengurusan

940517-12-6336

atasan yang melibatkan Sarjan Mejar sebagai ketua bahagian pentadbiran. Seterusnya carta menunjukkan klasifikasi tugas bagi setiap unit/individu. Sebagai contoh, terdapat bahagian KPB balai iaitu individu paling atas dalam organisasi tersebut, bahagian A.I.O Jenayah, bahagian cawangan khas, bahagian operasi, pembantu tadbir, patrol, pegawai penjaga penjara/lokap, pegawai setiap sektor PPK, trafik dan akhirnya pemandu kenderaan. Carta organisasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat atasan, peringkat pertengahan dan peringkat bawahan organisasi. Terdapat banyak kebaikan menggunakan struktur organisasi mengikut fungsi. Antaranya ialah setiap sumber akan dapat digunakan dengan cekap kerana tidak ada pertindihan tugas. Selain itu, pengkhususan kerja juga dapat dilakukan dengan berkesan kerana setiap pekerja mahir dengan tugas yang dilakukan. Struktur organisasi mengikut fungsi menjadikan kawalan dan penyeliaan terhadap tugas yang dilaksanakan dapat dibuat dengan mudah oleh balai polis. Seterusnya, keputusan adalah secara berpusat dan dapat diputuskan dengan cepat oleh pemimpin balai. Struktur organisasi ini juga melibatkan kos pengurusan dan operasi yang rendah dalam pentadbiran Balai Polis Daerah Tambunan. Namun disebalik kebaikan, struktur pengorganisasian ini juga mempunyai keburukan di mana struktur ini hanya menekankan satu-satu tugas yang rutin sebagai contoh, pihak bawahan yang berada di bawah jabatan operasi balai harus menjalankan opersi rutin mereka seperti membuat rondaan dalam kawasan jagaannya. Struktur ini juga akan mengurangkan komunikasi antara satu jabatan dengan jabatan yang lain kerana pengorganisasian Balai Polis Daerah Tambunan dibuat berdasarkan pangkat dan jawatan pekerja. unit. Struktur pengorganisasian mengikut fungsi akan merumitkan penyelarasan antara jabatan-jabatan atau Selain itu struktur ini lebih mementingkan sesebuah unit berbanding kepentingan keseluruhan organisasi Balai Polis Tambunan. Dan yang lebih ketara dalam struktur ini adalah pihak atasan hanya akan berkomunikasi dengan pekerja bawahan balai bila perlu sahaja dan komunikasi ini adalah terbatas. Pembangunan pemimpin atasan dan pekerja bawahan hanya tertumpu dalam bidang tertentu sahaja.

940517-12-6336

2.0 PROSES PENGORGANISASIAN BALAI POLIS DAERAH TAMBUNAN Proses pengorganisasian organisasi Balai Polis Daerah Tambunan melibatkan lima langkah. Antaranya ialah : 2.1Penentuan Objektif Objektif/Misi/Visi ditentukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan pekerja dalam setiap jabatan atau unit berkenaan untuk mencapainya. Selain itu, penentuan objektif/misi/visi jabatan juga penting kerana objektif dijadikan panduan untuk mengenal pasti jenis aktiviti yang akan dilaksanakan oleh jabatan atau unit berkenaan. Objektif, misi, visi dan matlamat Balai Polis Daerah Tambunan adalah seperti berikut : Objektif Balai Polis Daerah Tambunan Membanteras Kegiatan Salah Laku Jenayah Dalam Kalangan Masyarakat Serta Membendung Masalah Jenayah Dari Terus Berleluasa Mengancam Keamanan Negara Misi Balai Polis Daerah Tambunan Memberi Perkhidmatan Professional Dan Berkualiti Dalam Melindungi Negara Dan Menjamin Persekitaran Yang Selamat Bagi Masyarakat Visi Balai Polis Daerah Tambunan Agensi Peneraju Dalam Menjadikan Malaysia Negara Selamat, Aman Dan Sejahtera Matlamat Polis dan Masyarakat Bersama Membanteras jenayah

940517-12-6336

2.2

Pengenalpastian Aktiviti Setelah penentuan objektif dilakukan, maka pengenalpastian aktiviti merupakan

langkah yang seterusnya dalam proses pengorganisasian balai polis ini. Pengenalpastian aktiviti merupakan proses penentuan fungsi utama dalam setiap jabatan. Jadual di bawah menunjukkan fungsi bagi setiap jabatan.

Unit IPD Keningau KPB Tambunan

Fungsi Memberikan

arahan

Pangkat kepada Pemimpin

tertinggi

dalam dalam Polis

pihak KPB Tambunan Menerima arahan dari IPD dan meneliti arahan serta memberikan arahan kepada peringkat pertengahan

pentadbiran pusat Pemimpin tertinggi organisasi Tambunan ( pihak tertinggi dalam organisasi) Pihak Pertengahan Balai

A.I.O Jenayah

Menerima usulan dari KPB dan menjalankan penyiasatan dibantu oleh pihak bawahan Menjalankan penyiasatan secara berasingan dengan A.I.O Jenayah Memantau/menerima aduan/melayan aduan dari

Cawangan khas

Pihak Pertengahan

Sektor PPK

Pihak Pertengahan

Pegawai penjaga penjara/lokap

kawasan jagaan Memantau aktiviti penjara dan Pihak Bawahan bekerjasama dengan pihak Pihak Bawahan pertengahan Menerima arahan dari pihak atasan untuk membuat sebarang sekatan atau operasi Menerima arahan dari pihak atasan untuk menjalankan tugas

Trafik dan lalu lintas

Pengangkutan

Pihak Bawahan

Jadual 1 : Fungsi utama setiap jabatan dalam Balai Polis Daerah Tambunan 2.3 Pengelasan Aktiviti Langkah seterusnya dalam proses pengorganisasian adalah pengelasan aktiviti. Pengelasan aktiviti merupakan proses mengelaskan aktiviti dan disusun mengikut kemahiran,

940517-12-6336

kecekapan dan kriteria-kriteria berkaitan. Jadual di bawah menunjukkan pengelasan aktiviti bagi Balai Polis Daerah Tambunan.
Pangkat Perjawatan Kekuatan SM 1 1 SJN 1 KPL KONST- KONST/S2 2 L/KPL 12 6 L/KPL/S 10 11 PEMB. PEMANDU JUMLAH 29 24

TADBIR 2 2 1 2

Jadual 2 : Pengelasan aktiviti Balai Polis Daerah Tambunan Berdasarkan jadual di atas, pengelasan aktiviti bagi balai polis daerah tambunan adalah dari segi perjawatan dan kekuatan yang ada di dalam sesebuah organisasi. Dalam perjawatan S.M perlu ada sebanyak seorang, SJN- tidak perlu sepatutnya tidak diperlukan berikutan daripada kawasan jagaan balai yang terhad, KPL- dua orang yang diperlukan, KONST- L/KPL memerlukan 12 orang, KONST/S- L/KPL/S memerlukan seramai 10 orang, pembantu tadbir dua orang diperlukan dan pemandu yang diperlukan dalam balai adalah dua orang dan ini menjadikan jumlah anggota yang diperlukan sebenarnya adalah seramai 29 orang. Manakala dari segi kekuatan ahli dalam balai polis daerah tambunan, hanya terdapat seorang S.M, seorang Sarjan, dua orang KPL, enam orang KONST- L/KPL, sebanyak 11 orang KONST/S- L/KPL/S, 1psatu orang pembantu tadbir, dan dua orang pemandu menjadikan jumlah sebanyak 24 orang. Kalau dilihat dari perjawatan balai, masih terdapat 5 kekosongan dalam balai tersebut.

2.4

Pengelompokan Aktiviti Langkah ke-empat dalam proses pengorganisasian adalah pengelompokan aktiviti.

Pengelompokan aktiviti merupakan aktiviti untuk mengelompokan aktiviti yang dikelaskan

940517-12-6336

mengikut unit-unit tertentu. Jadual di bawah akan menunjukkan kelompok-kelompok aktiviti Balai Polis Daerah Tambunan.
Pangkat Sarjan mejar Sarjan Koperal Lans koperal Konst/S L/konst/s Bidang tugas Pemberi arahan Pemberi arahan kepada bawahannya dan menjadi timb. S.M Menjalankan operasi Menjadi pembantu dalam melaksanakan operasi Menerima tugasan dan arahan dari peringkat pertengahan Menerima arahan dan tugasan dari peringkat pertengahan(KPL dan L/KPL) dan menjadi Pembantu tadbir Pemandu pembantu Konst/S Menguruskan segala bidang tugas yang berkaitan dengan akses dan maklumat Menerima tugas untuk melakukan operasi

Jadual 3 : Pengelompokan Aktiviti Berdasarkan jadual, individu atasan organisasi adalah Sarjan Mejar di mana beliau bertindak sebagai pemberi arahan kepada pihak pertengahan. Sarjan pula bertindak selaku pemberi arahan kepada peringkat pertengahan dan menjadi timbalan S.M ataupun pemegang pangkat ke-dua tertinggi dalam balai. Koperal hingga kepada pemandu pula hanya berhak menerima arahan dan tugasan tanpa sebarang bantahan dan mereka harus melaksanakan segala tugasan yang diberikan oleh pihak atasan balai dengan cekap dan berkesan. Namun demikian, peringkat pertengahan dan bawahan juga akan diberikan autoriti, iaitu hak atau kebenaran untuk mengambil sesuatu keputusan dan tindakan dalam melancarkan pentadbiran organisasi tersebut.

2.5

Pengagihan Tugas, Autoriti Dan Tamggungjawab Pengagihan tugas, autoriti, dan tanggungjawab merupakan proses terakhir dalam

proses pengorganisasian di mana ianya melibatkan proses menentukan bilangan pekerja yang diperlukan di setiap unit, pihak yang akan melakukan tugas dan tanggungjawab pekerja, serta rantaian arahan. Pihak IPD Keningau akan membuat pengagihan tugas-tugas kepada

940517-12-6336

organisasi Balai Polis Daerah Tambunan. Sebagai contoh, pelantikan jawatan dalam balai.

Seterusnya pihak IPD Keningau akan

memaklumkan kepada pihak Balai Polis Tambunan tentang objektif yang perlu mereka capai. Hasil kajian menunjukkan bahawa kenaikan pangkat bukanlah dilakukan melalui taraf pendidikan seseorang tetapi berdasarkan melalui komitmen, kecekapan, keberkesanan dan penglibatan atau sumbangan dari segi tenaga kerja individu tersebut. Kenaikan pangkat juga ditentukan dari temuduga yang dijalankan setelah genap tiga atau empat tahun pekerja tersebut bekerja. Setelah penetapan tugas diberikan kepada pihak Balai Polis Tambunan dilakukan, pemimpin tertinggi iaitu Sarjan Mejar atau Sarjan akan mengagihkan tugas kepada individu mengikut unit yang sesuai. Contohnya unit operasi akan ditugaskan untuk membuat operasi rondaan, kawalan, dan menganjurkan aktiviti. Penugasan yang diberikan adalah berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh individu tersebut. Pembahagian tugas yang bersesuaian dengan kebolehan pekerja akan melancarkan pelaksanaan tugasan tersebut.

3.0 KONSEP PENGORGANISASIAN DI PEJABAT DAERAH TAMBUNAN 3.1 Autoriti Autoriti ialah hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu tugas atau tanggungjawab.

940517-12-6336

Di Balai Polis Daerah Tambunan, hak membuat keputusan ini ditentukan melalui struktur organisasi yang formal. Encik Murad Bin Muhammad Yatim mempunyai autoriti disebabkan oleh kedudukannya dalam struktur organisasi iaitu melalui jawatan yang disandangnya. Walau bagaimanapun, haknya untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada ruang lingkup yang terhad. Konsep autoriti ini dapat mengelakkan berlaku pertindihan kerja atau tugas dalam organisasi dan seterusnya menjimatkan kos pentadbiran organisasi dari segi overhead dan staf. Namun begitu, konsep ini juga dapat menyumbang kepada beberapa kelemahan iaitu konsep ini kurang fleksibel terutamanya dalam persekitaran yang sentiasa berubah dan juga tidak menggunakan sepenuhnya kemahiran dan kebolehan yang ada pada pekerja terutamanya dalam membuat keputusan yang melibatkan perkara-perkara yang pekerja sendiri lebih memahaminya. 3.2 Tanggungjawab Tanggungjawab ialah kewajipan dan amanah yang diberikan kepada seseorang pekerja disebabkan oleh kedudukan, fungsi atau kerjaya. Setiap kakitangan di balai polis ini mempunyai kewajipan dan tugas yang harus dilaksanakan mengikut jenis jawatan yang disandang. pihak atasan dan jenis jawatan yang disandang. 3.3 Akauntabiliti Akauntabiliti ialah sikap bertanggungjawab seseorang kepada pihak yang terlibat tentang sebarang tindakan yang diambil dalam proses pelaksanaan tugasnya dan sedia untuk memberikan jawapan terhadap tindakannya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Di Balai Polis Daerah Tambunan ini, seseorang individu tertentu boleh dipersalahkan atau diberikan penghargaan atas hasil kerja yang dicapai. Selain itu, seseorang pekerja yang mempunyai akauntabiliti akan bertanggungjawab penuh ke atas apa yang dihasilkannya. Jika sesuatu tugas tidak berhasil, maka individu tidak boleh meletakkan kesalahan pada bahu orang lain. Oleh itu, semua kakitangan di balai polis ini harus menjalankan tugas mereka mengikut arahan dari

940517-12-6336

Terdapat tiga bentuk akauntabiliti di Balai Polis Tambunan ini iaitu akauntabiliti program atau aktiviti, akauntabilti pengurusan, dan akauntabiliti operasi. Akauntabiliti program atau aktiviti akan memastikan sesuatu program untuk spesifikasi, output yang dilaksanakan dan impaknya mencapai objektif atau matlamat yang telah ditetapkan sejajar dengan visi dan misi Balai Polis Daerah Tambunan. Seterusnya, akauntabiliti pengurusan akan menentukan sama ada penggunaan tenaga kerja, wang dan lain-lain sumber dibuat dengan cekap, berkesan dan tiada pembaziran. Akauntabiliti operasi pula akan memberi jaminan bahawa segala operasi yang telah dirancang akan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Selain itu, akauntabiliti operasi ini menjamin segala yang telah diselenggarakan oleh pihak atasan boleh dipercayai dan dilaksanakan dengan jujur, berintegrasi, teratur serta mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah tertera. 3.4 Pemusatan Dan Pemencaran Autoriti Pemusatan dan pemencaran autoriti merujuk pada peringkat di mana keputusan dibuat dalam organisasi. Pemusatan autoriti merujuk kepada tumpuan autoriti di peringkat atasan organisasi. Hal ini bermakna di Balai Polis Daerah Tambunan ini, keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan atasan dan segala arahan ataupun keputusan adalah dari pihak IPD Keningau, Sabah. Amalan ini juga dikenali sebagai pendekatan dari atas ke bawah. Pemencaran autoriti merujuk kepada proses membuat keputusan yang diagihkan ke semua peringkat organisasi. Pemimpin di setiap unit atau sektor diberi kuasa untuk membuat keputusan. Namun keputusan yang dibuat haruslah diusulkan terlebih dahulu kepada pihak atasan agar tidak berlaku sebarang masalah berkaitan pengurusan balai. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemusatan dan pemencaran autoriti ialah beban tugas pengurus. Jika beban pengurus adalah banyak, organisasi boleh melakukan pemencaran kuasa. Faktor seterusnya ialah kepentingan pemusatan. Jika sesuatu pembuatan keputusan-keputusan adalah sangat penting, maka organisasi perlu melakukan pemusatan kuasa. Kepantasan sesuatu keputusan diputuskan juga

940517-12-6336

merupakan salah satu faktor penyebab. Jika sesuatu keputusan perlu dibuat dengan cepat, maka pemusatan kuasa akan dilakukan di dalam balai. 3.5 Jangkauan Kawalan Jangkauan kawalan merujuk kepada bilangan staf bawahan yang melaporkan terus kepada seseorang pengurus atau penyelia. Bilangan staf bawahan yang diselia oleh seseorang penyelia atau pengurus barbeza-beza antara satu dengan yang lain. Jangkauan kawalan mempunyai implikasi dari segi interaksi dan penyeliaan. Jika penyelia perlu menyelia staf bawahan yang ramai, maka dia mungkin mempunyai masalah untuk mengawal mereka dan interaksi dengan staf bawahan juga akan berkurang. Kesannya, produktiviti staf mungkin akan terjejas. Terdapat dua jenis jangkauan kawalan, iaitu jangkauan kawalan luas dan sempit. Balai polis daerah tambunan menggunakan jangkauan kawalan sempit. Pengkaji mampu mengenalpasti jenis jangkauan yang digunakan apabila pemimpin tertinggi balai mengawal bilangan staf yang sedikit. Jumlah peringkat kawalan melebihi dua peringkat sepertimana yang ditunjukkan dalam carta organisasi di bahagian 1.0 (reka bentuk organisasi). Dari segi autoriti jangkauan ini lebih banyak terletak pada pengurusan pertengahan. Hal ini disebabkan oleh tugas-tugas yang diberikan adalah dari pengurus atasan balai kepada peringkat pertengahan. Ini dipanggil sebagai arahan atau pendekatan atas ke bawah. Dari segi akauntabiliti jangkauan balai, terdapat banyak pihak yang menerima akauntabiliti. Terpulanglah samada akauntabiliti itu sebuah penghargaan atau seseorang itu boleh dipersalahkan atas hasil kerja yang dicapai.seterusnya, dari segi pemusatan dan pemencaran autoriti pula kurang memusat dalam pentadbiran Balai Polis Tambunan. Ini kita boleh lihat dari keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan atasan iaitu segala arahan ataupun keputusan adalah dari pihak IPD Keningau, Sabah. Dari segi penugasan, jangkauan balai ini adalah sangat banyak. Segala urusan dan tugas adalah berasal dari pihak atasan balai dan pihak pertengahan atau pihak bawahan hanya mampu untuk menurut segala arahan dan tugasan tanpa sebarang bantahan. Manakala, rantaian arahan jangkauan ini memperlihatkan keadaan arahan yang lambat tiba atau sampai kepada pekerja. Rantaian arahan balai menunjukkan garisan autoriti yang tidak terputus-putus yang

940517-12-6336

menyambungkan setiap individu dalam balai dengan pihak pengurusan atasan melalui jawatan di setiap tahap pengurusan.

4.0 GAYA KEPIMPINAN PEMIMPIN TERTINGGI BALAI POLIS DAERAH TAMBUNAN, SABAH. S.M Murad bin Muhammad Yatim menggunakan gaya kepimpinan autokratik untuk mentadbir pihak bawahannya di samping menjadi pengerusi pelaksanaan kepada setiap operasi atau aktiviti yang dilancarkan oleh pihak balai polis. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi Balai Polis Daerah Tambunan sekarang ialah :

940517-12-6336

Gaya Kepimpinan Autokratik Menurut pendapat beberapa orang kakitangan di Balai Polis Daerah Tambunan ini semasa menjalani sesi temubual dengan pengkaji, gaya kepimpinan pemimpin atasan mereka lebih bersifat autokratik. Hal ini kerana, selalunya pihak atasan membuat keputusan dan bertindak atas keputusan yang dibuat secara berseorangan. diputuskan olehnya sendiri. Sebagai contoh, pekerja yang lebih rendah pangkatnya terpaksa melaksanakan arahan dari pemimpin atasan iaitu S.M Murad Bin Muhammad Yatim. Namun, hal ini dilakukan semata-mata untuk kebaikan organisasi tersebut. Pegawai tersebut harus bersikap lebih tegas dalam membuat keputusan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesalahan dalam pengambilan tindakan atau keputusan. Beliau memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin tertinggi balai juga mengarahkan pekerja melakukan tugas tanpa berbincang dan beliau juga menentukan semua kaedah dan proses kerja bawahannya. Gaya kepimpinan ini menjadikan pemimpin tertinggi balai jarang mempercayai pekerja bawahannya untuk membuat keputusan atau melaksanakan tugas-tugas yang penting. Sepertimana organisasi ketenteraan yang lain, pemimpin tertinggi Balai Polis Daerah Tambunan juga mengamalkan gaya kepimpinan autokratik kerana penyandang jawatan yang lebih rendah terpaksa akur dengan arahan dari pemegang jawatan yang lebih tinggi daripada mereka dan melaksanakan sesuatu arahan tanpa bantahan. Namun demikian, gaya kepimpinan ini kadang-kala memberikan impak yang buruk kepada pemimpin. Hal ini disebabkan oleh pekerja yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh ketua yang tidak mengendahkan pandangan mereka. Selain itu gaya kepimpinan ini menjadikan pekerja kurang kreatif dalam menyelesaikan masalah dan ini boleh menjejaskan prestasi, kecekapan, kemahiran dan keberkesanan seseorang pekerja dalam balai tersebut. Semasa membuat keputusan, ketua tidak meminta pandangan daripada pekerjanya dan semua keputusan

940517-12-6336

PENUTUP Kajian bertujuan mengkaji struktur reka bentuk, proses, konsep, kepimpinan dan bentuk pengurusan badan kerajaan iaitu Balai Polis Daerah Tambunan, Sabah. Hasil daripada kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa bilangan anggota dalam balai polis ini perlu ditambah. Menurut individu yang ditemu bual, iaitu Koperal Felicia Matius,

940517-12-6336

beliau berkata bahawa pihak balai polis hendak menjadikan Balai Polis Tambunan sebuah unit di bawah pentadbiran sendiri dan bukannya berada di bawah cawangan IPD Keningau. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa idea untuk ke arah pentadbiran berasingan ini memang sesuai kerana anggota akan semakin bertambah dan jenayah akan dapat dikurangkan sesuai dengan objektif, matlamat, misi dan visi Balai Polis Daerah Tambunan, Sabah. Selain itu, rakyat haruslah memberikan sokongan terhadap pihak polis dengan mengambil bahagian dan membantu pihak polis sekiranya pihak polis memerlukan sebarang maklumat daripada rakyat. Melalui perkhidmatan ini, segala masalah yang berkaitan dengan keselamatan dan salah laku jenayah di daerah ini dapat diuruskan dengan lebih baik dan lancar. Justeru itu, pihak berwajib haruslah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf perkhidmatan yang dijalankan agar dapat memuaskan semua pihak dan seterusnya dapat meningkatkan mutu serta kualiti kerja pekerja organisasi. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa, melalui penubuhan struktur organisasi di balai polis ini, segala tugas pekerja dapat diatur dengan lebih baik dan lebih mudah diurus.Pihak pengurusan atasan juga dapat mengawal dan berkomunikasi secara berkesan dengan staf bawahan. Dengan kata lain, melalui pengorganisasian, penyelarasan antara aktiviti dalam satu-satu unit atau jabatan dapat dilakukan dengan berkesan. Selain itu, pihak organisasi juga harus memperbaiki reka bentuk carta organisasi balai kerana daripada hasil dapatan pengkaji, carta organisasi berada dalam keadaan tidak teratur dan penugasan dalam carta organisasi juga tersebut juga sukar untuk dikenalpasti. Hal ini menyulitkan pengkaji dari segi pengaplikasian maklumat ke dalam hasil dapatan. Kesimpulannya, kerjasama antara semua kakitangan amat penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja. Selain itu, toleransi yang baik antara sesama pekerja juga akan memberikan lebih banyak kesan positif terhadap organisasi tersebut. Di samping itu, gaya kepimpinan daripada pihak atasan juga memberi pengaruh yang besar terhadap sesuatu organisasi. Oleh itu, pihak atasan seharusnya lebih bijak dalam menerapkan gaya kepimpinan yang sesuai untuk kemajuan sesuatu organisasi.

(4 182 patah perkataan)

940517-12-6336

RUJUKAN Internet i. ii. http://www.slideshare.net/smklbting6/bab-2-pengorganisasian http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/pen gurusan_organisasi.pdf

940517-12-6336

iii. iv. v. Buku i.

http://uad.uthm.edu.my/v2/images/banners/artikel_01.pdf http://www.sabah.gov.my/pd.tbn/v2/ http://www.slideshare.net/ebbysufian/unit5-pengorganisasian

Ahmad Shukri Mohd Nain. Tingkah Laku Organisasi

Sumber Primer i. ii. iii. Koperal Felicia Matius Lans Koperal Lim Matusin Pembantu Tadbir Puan Eally Linus

You might also like