Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SENARAI SEMAK PROGRAM LAWATAN PJM 3112 21 FEBRUARI HINGGA 24 FEBRUARI 2012 A. SEBELUM Bil.

Perkara Telah Tidak

dilaksanakan dilaksanakan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Merancang lokasi lawatan Menentukan tujuan dan objektif lawatan Menetapkan tarikh lawatan Membentuk Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Menyiapkan Kertas Kerja Lawatan Membuat janji temu dengan pihak terlibat / / / / / /

B. SEMASA Bil. Perkara Telah Tidak

dilaksanakan dilaksanakan 1. 2. 3. 4. 5. Taklimat Mendapatkan bahan-bahan maklumat Lawatan ke setiap Unit Sukan Ambil gambar dan rakaman video Penyampaian cenderamata / / / / /

C. SELEPAS Bil. 1. 2. 3. 4. Perkara Sediakan laporan Buat Refleksi Pembentangan Laporan Hantar Laporan Telah Tidak dilaksanakan dilaksanakan / / / /

3.0 LAPORAN PUSAT KOKURIKULUM KEM MALANGANG KIULU TAMPARULI Tarikh : 23 Februari 2012 Tempat : Kem Malangang Kiulu Tamparuli Masa: 8.00 a.m -5.00 pm Peserta: 54 pelatih IPG Kampus Tawau Dalam merealisasikan Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui aspek Kokurikulum, kewujudan Pusat Kokurikulum Negeri di seluruh negara dapat membantu proses melaksanakan program-program Kokurikulum secara berkesan. Kewujudan Pusat Kokurikulum Negeri seterusnya dapat melaksanakan aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peringkat pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai yang membawa kea rah kecemerlangan individu. Kurikulum Pusat Kokurikulum adalah berasaskan latihan dari segi jasmani, emosi, intelek, sosial, rohani dan ketatanegaraan yang disepadukan dalam aktiviti yang disusun melalui Kurikulum Teras dan Kurikulum Pilihan. Melalui apa yang telah diterangkan kepada kami, Pusat Kokurikulum Kem Malangang di Tamparuli, Sabah merupakan pusat kokurikulum terbaik di Malaysia. Kayu ukur kepada pencapaian ini ialah melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di mana semakin ramai pengunjung ke kem tersebut, maka semakin tinggi KPI untuk penilaian di Kem Malangang ini. Lokasi Kem Malangang ini terletak kira-kira 48 kilometer (km) dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Dari aspek sejarah, pusat ini diwujudkan sejak tahun 1995. Secara umumnya, matlamat penubuhan Pusat Kokurikulum ini ialah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar dan guru melalui pendidikan luar. Manakala matlamat spesifiknya ialah untuk mengembangkan potensi murid-murid secara optimum, seimbang, menyeluruh dan bersepadu ke arah mencorakkan masyarakat yang berkeupayaan untuk memberi sumbangan yang konstruktif kepada perkembangan budaya ilmu, kemakmuran masyarakat dan pembangunan agama, bangsa serta negara

Seramai 26 orang kakitangan di Pusat Kokurikulum ini yang terdiri daripada 17 orang kakitangan kerajaan, manakala 9 yang lain merupakan pekerja swasta. Pusat ini diketuai oleh Encik Datu Ruslin bin Datu Siabok, iaitu seorang pemimpin yang cukup senang untuk didekati oleh kami. Jumlah jurulatih di negeri Sabah ialah seramai 250 orang dengan 15 orang daripadanya diiktiraf sebagai tenaga pakar mengikut kepakaran masing-masing. Prosedur untuk pengambilan jurulatih ialah mesti seorang pendidik, dan dan mengisi borang di Pejabat Pelajaran Daerah seterusnya lulus kursus perkhemahan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum. Moto Koprat Pusat Kokurikulum Kem Malangang ini ialah rela dipimpin untuk menjadi pemimpin. Terdapat 12 program yang disediakan untuk pelajar, manakala 6 program untuk guru disediakan oleh Pusat Kokurikulum. Konsep Latihan adalah berbentuk Pakej Latihan di luar bilik darjah yang mengutamakan proses pendidikan secara amali dalam suasana sebenar. Latihan dirancang bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan berlandaskan kurikulum.

Sumber belanjawan pengurusan dan pentadbiran di Pusat Kem Malangang ini adalah melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kami turut diberikan peluang untuk melakukan aktiviti Kerubu Terbang atau lebih dikenali sebagai Flying Fox. Aktiviti ini dilakukan kira-kira 45 minit dan lengkap dengan peralatan yang bercirikan keselamatan. Berikut merupakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum Kem Malangang, Kiulu Tamparuli: Kemudahan Yang Disediakan Tapak Perkhemahan. Bekalan Elektrik. Bekalan Air. Khemah (Dome dan 'A' shape) Bilik Mandi. Tandas. Surau. Dewan (Termasuk Meja dan kerusi) Dapur. PA Sistem. Kayak Kerubu Terbang (Flying Fox)

Jadual 3.1: Kemudahan di Pusat Kem Malangang Kiulu, Tamparuli

Terdapat beberapa aktiviti yang ditawarkan di Pusat Kem Malangang Kiulu. Antaranya ialah : 1. Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan: - Pendidikan Agama dan Moral - Latihan Fizikal/ Kawad Kaki - Pendidikan Ketatanegaraan - Khidmat Masyarakat - Pendidikan Alam Sekitar - Motivasi

2. Aktiviti Darat

- Perkhemahan - Pengembaraan - Trekking - Orienteering - Pandu Arah - Menjejak - Merentas halangan - Tali Temali - Ikhtiar Hidup - Jalan lasak - Berbasikal - Dan mendaki Tembok Tiruan

3. Aktiviti Air

- Keyakinan dan Keselamatan di air - Kayak

Jadual 3.2 : Aktivitiaktiviti di Pusat Kem Malangang Kiulu Tamparuli

Secara holistik, sepanjang lawatan kami ke Pusat Kokurikulum Kem Malangang banyak input yang telah kami perolehi melalui taklimat dan sesi soal jawab bersama Pengurus Pusat Kokurikulum Kem Malangang terutama maklumat berkaitan

pengurusan dan pentadbiran dalam aspek kepimpinan. Kesimpulannya, lawatan sambil belajar ke ini Pusat Kokurikulum Kem Malangang sedikit sebanyak membantu kami dalam memahami dan mengaplikasikannya semasa di sekolah kelak.

You might also like