Perjuangan Kesatuan Buruh Semasa Darurat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Perjuangan Kesatuan Buruh Semasa Darurat Apakah Peranan Kesatuan?

Kesatuan ialah pertubuhan pekerja utama dalam rangka perhubungan antara pekerja dengan majikan. Kesatuan membantu para pekerja menghadapi dan menentang kapitalis untuk membaiki syarat pekerjaan mereka. Kesatuan melindungi kepentingan ekonomi dan kepentingan pekerja yang lain. Kesatuan menyatukan ahlinya, di samping menguatkan perpaduan. Kesatuan merupakan pertubuhan yang sentiasa memelihara dan memajukan kepentingan ahlinya. Kesatuan sepatutnya mewakili dan melindungi pekerja tanpa diskriminasi, baik dari segi kaum, agama, jantina, umur dan sebagainya. Mengapakah Wujudnya Perjuangan daripada Kesatuan Buruh? PKM telah menyerap masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja yang wujud di Tanah Melayu dan Singapura pada ketika itu. Dalam tempoh enam bulan sahaja iaitu dari Disember 1947 hingga Mei 1948 sebanyak 130 daripada 335 buah kesatuan sekerja telah berada di bawah pengaruh PKM. PKM telah melancarkan mogok di beberapa tempat. Antaranya ialah permogokan yang dijalankan oleh tukang kasut pada 30 Disember 1933 di Kuala Lumpur. Pada 10 Oktober, pemandu lori berbangsa Cina di Pulau Pinang telah mengadakan mogok kerana menuntut pengurangan bayaran muatan lori daripada 60 sen kepada 50 sen. Permogokan ini berakhir pada 11 Oktober 1934 apabila mereka dijanjikan kadar bayaran baharu. Pada 26 September 1935, satu permogokan oleh pekerja lombong besi berbangsa Cina telah diadakan kerana menuntut kenaikan gaji.

Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris telah menyebabkan darurat diisytiharkan di seluruh negara.

Faktor-faktor Kebangkitan Kesatuan Buruh Dalam Menentang Penjajah a) Menuntut kemerdekaan b) Menuntut keadilan sosial bagi kaum miskin yang tertindas c) Menuntut hak pekerja d) Menuntut hak asasi sosial dan ekonomi e) Menentang kezaliman penjajah Kesatuan-kesatuan Buruh a) Parti Buruh Malaya b) General Labour Union atau Kesatuan Buruh Am (GLU) c) Federasi Kesatuan Pekerja Umum (NUGFW) d) Gabungan Pemuda Sosialis (1954-1958) e) Kesatuan Kebangsaan Pekerja Kilang dan Pekerja Am (National Union of Factory and General Workers) (1953-1958) Kesatuan Buruh Am (General Labour Union) (GLU) Merupakan kesatuan sekerja yang paling radikal GLU didakwa sebagai anasir subversif British menyebarkan propaganda politik perkauman dalam kalangan kaum bumiputra supaya menganggap gerakan yang membabitkan kaum Cina berfikiran komunis, ganas dan anti-Melayu. Ini kerana kepimpinan GLU dianggotai pelbagai kaum dan mendapat sokongan kuat majoriti. Secara tidak langsung, GLU telah mencabar kuasa penjajah di Tanah Melayu. Gerakan kesatuan sekerja kemudiannya dicantas di mana undangundang buruh digubal untuk menyekat kesatuan sekerja daripada terlibat dalam mana-mana hal ehwal politik.

GLU diharamkan oleh penjajah British apabila darurat bermula pada tahun 1948 kerana sikap militan kesatuan sekerja itu dalam menuntut hak buruh serta kemerdekaan.

Parti Buruh Malaya (Labour Party of Malaya) (LPM) Parti Buruh Malaya atau Labour Party of Malaya (LPM) adalah sebuah parti politik Tanah Melayu yang bergerak aktif antara 1952 hingga 1969. Ianya ditubuhkan sebagai persekutuan bagi parti-parti buruh negeri yang dikenali sebagai Parti Buruh Se-Malaysia atau Pan-Malayan Labour Party (PMFP). Parti ini mempunyai anggota Melayu dan Cina yang sama tetapi sedikit anggota keturunan India dan lain-lain kaum. Parti LPM menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang bukan berlandaskan perkauman. Tujuan perjuangan : Menuntut pemerintahan sendiri Tanah Melayu Undang-undang kewarganegaraan yang liberal Perkhidmatan awam berunsurkan ciri tempatan Ekonomi yang terancang Peningkatan keadilan demokrasi Perubahan pertanian Mencadangkan pembatalan hak-hak istimewa bagi sebarang etnik Kewarganegaraan persekutuan menggantikan kewarganegaraan negeri Penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua Penyatuan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu Pembatasan kuasa Raja-raja Melayu Membentuk sebuah negara yang sekular

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Kilang dan Pekerja Am (National Union of Factory and General Workers) (1953-1958) Merupakan pertubuhan yang sangat berpengaruh pada ketika itu Mempunyai ahli seramai 15000 orang Namun, pada tahun 1958 pertubuhan tersebut telah diharamkan

Gabungan Pemuda Sosialis (1954-1958) Gabungan Pemuda Sosialis telah ditubuhkan pada tahun 1954 Ditubuhkan oleh V.David Ramai pemimpin dan petugas kedua-dua pertubuhan tersebut telah ditahan di bawah Undang-Undang Darurat Undang-Undang Darurat telah digunakan untuk menindas gerakan pelajar, gerakan kesatuan pekerja dan gerakan politik Menjelang tahun 1958, pertubuhan ini telah diharamkan

Kesatuan Federasi Pekerja-pekerja Am & Perkilangan / Federasi Kesatuan Pekerja Umum (NUGFW) Ditubuhkan pada Oktober 1955 Kesatuan pekerja gabungan NUGFW amat berkesan dalam memimpin kaum pekerja melancarkan mogok dan membantah tindakan majikan mengeksploitasi pekerja Hal ini telah menimbulkan kebimbangan pihak pemerintah Pihak pemerintah kemudiannya telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan kesemua pemimpin kesatuan pekerja. Kesatuan-kesatuan pekerja ini akhirnya telah diharamkan Pembubaran NUGFW telah memecahbelahkan kekuatan perjuangan kaum

Kesan Perjuangan British meminda undang-undang Buruh dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang kesatuan tersebut. British juga meluluskan undang-undang seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui, berucap dan mengorganisasikan pekerja-pekerja. Semua kesatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh Ordinan Persatuan 1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi Ordinan Persatuan dengan melarang kesatuan sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan : a) Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya dalam kalangan pekerja buruh. b) Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh bukan lagi di bawah telunjuk PKM. c) Kegagalan dalam memperluaskan pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat perjuangan komunis. d) Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) nama baru bagi GLU, telah kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang berlainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini melemahkan juga kekuatan PMFTU. e) Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi Barisan Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan pengaruh dan matlamat PKM ialah penentangan bersenjata.

Kesimpulan Penjajah hanya ingin bersekongkol dengan kelompok feudal serta elit tempatan yang boleh membantunya terus meraih sumber alam dan mengeksploit tenaga manusia untuk kepentingan British dan Jepun. Sejak itulah gerakan kesatuan sekerja dicantas secara terbuka di mana undang-undang buruh dan kesatuan kerja yang ketat digubal untuk menyekat kesatuan sekerja daripada terlibat dalam hal-ehwal politik. Mereka hanya dibenarkan bergerak atas isu ekonomi kaum buruh. Kesatuan sekerja yang bersifat pro-penjajah pula digalakkan penubuhannya dan diterajui oleh kepimpinan yang dikatakan bertanggungjawab yang tidak melancarkan mogok dan mempersoalkan isu-isu politik. Gerakan kesatuan sekerja hanya menjadi satu pertubuhan kebajikan sosial bagi kaum buruh. Walaupun menghadapi tekanan kerajaan yang bersifat anti-pekerja, kesatuan pekerja masih terus wujud selepas mencapai kemerdekaan, antaranya Kesatuan Federasi Pekerja-Pekerja Am dan Perkilangan (Ringkasnya, Federasi Kesatuan Pekerja Umum) atau NUGFW. Kaum pekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan dan industri menyertai kesatuan sekerja ini yang ditubuhkan pada Oktober 1955.

You might also like