Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kepentingan perpaduan dan integriti kaum dalam konteks Negara Malaysia.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.

Dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid.

Perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.

Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara.

Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, rendah dengan negara lain. duduk sama

Perpaduan yang disemai akan mewujudkan negara bangsa yang bukan sahaja makmur malahan berdaya maju dan disegani. Dengan perpaduan yang jitu, usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat dan

membangunkan negara setaraf dengan negara maju yang lain akan menjadi mudah dan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Perpaduan akan membawa kepada perkambangan bidang pendidikan. Malaysia mampu mencontohi Singapura yang memiliki sistem pendidikan yang terbaik di dunia, bermakna Malaysia juga akan mempunyai sistem ketenteraan secanggih Singapura. Berbekalkan kemajuan teknologi dan ketenteraan ini, keamanan dan kemakmuran negara tidak akan tergugat.

Konklusinya, perpaduan adalah asas kemakmuran masyarakat dan negara. Perpaduan secara tidak langsung telah meningkatkan pelbagai aspek termasuklah pembangunan, pendidikan, ekonomi, sosial dan kesihatan.

Justeru,

setiap

warganegara

perlu

mengekalkan

perpaduan

bagi

mengelakkan kemakmuran yang dikecapi kini sirna begitu sahaja. Tanpa perpaduan yang utuh, musuh negara akan mengambil peluang untuk menggulingkan negara.

Kepentingan Perpaduan Rakyat Kepada Negara

1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020 * Perpaduaan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara yang utuh * Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia * Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap kemajuan yang optimum * Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

2. Mengekalkan Keharmonian Dan Kedamaian

* Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. * Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. * Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia * Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian Negara. * Kaum yang berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan Depavali bersama melalui amalan rumah terbuka.

Kepentingan Perpaduan di Malaysia Ekonomi Memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan Menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja Menjana ekonomi negara dengan pelabutan dari pelbagai bidang

Budaya Mewujudkan budaya yang pelbagai dalam negara ( masyarakat majmuk ) Menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri Mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza

Keselamatan Mengelakkan berulangnya rusuhan kaum 13 mei 1969 Melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara

Mengukuhkan keselamatan negara daripada luar dan dalam negara

You might also like