Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.1.

4 Jenis-jenis bahan bantu mengajar

Jenis-jenis bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada

dua jenis

kumpulan bahan. Mengikut Mizuar Nasaruddin(1984), bahan pengajaran terbahagi kepada bahan sumber manusia dan sumber bukan manusia. Sumber bukan manusia pula boleh dibahagikan kepada bahan pengajaran elektronik dan bahan pengajaran bukan elektronik. Bahan Sumber Manusia. Bahan sumber manusia terdiri daripada guru dan murid. Guru boleh menjadikan diri mereka sendiri atau murid sebagai bahan pengajaran. Sebagai contoh, sekiranya guru ingin mengadakan aktiviti lakonan atau simulasi, guru hanya menggunakan murid sebagai bahan pengajaran dalam menjalankan aktiviti tersebut. Perlu diingatkan bahawa walau seberapa canggih pun bahan pengajaran, ia tidak dapat menggantikan guru untuk mengajar.

Bahan Sumber Bukan Manusia. Bahan sumber bukan manusia terbahagi kepada dua jenis. Mengikut Noraziah Abd Hamid (1981), Bahan sumber bukan manusia terbahagi kepada bahan elektronik dan bahan bukan elektronik. Bahan Elektronik Bahan elektronik merupakan bahan yang menggunakan sumber elektrik dan komponen atau peralatan elektrik seperti radio, televisyen, slaid, filem pita, filem sisipan, projektor overhead, makmal bahasa dan piring hitam. Pada era masa kini, perubahan besar telah berlaku dalam penghasilan bahan bantu mengajar seperti komputer riba, kamera digital, kamera video, pemain CD/VCD, projektor, internet dan sebagainya. Bahan pengajaran ini telah digunakan secara meluas di bilik darjah dan ia memberikan kesan yang positif kepada proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Bahan Bukan Elektronik

Bahan pengajaran bukan elektronik pula terbahagi kepada buku carta, kad imbasan, papan hitam, objek-objek, rajah, dan papan flanel, bahan pengajaran yang dirancang, benda-benda wujud, lakonan, pantomin, lawatan, projek, pameran, penceramah, dan bahan dari alam sekeliling di kelaskan kepada bahan bukan elektronik. Pada masa ini telah wujud bahan pengajaran bukan elektronik yang lebih kompetitif lagi seperti buku rujukan, akhbar, majalah, simulasi dan permainan bahasa yang turut diguna pakai oleh guru di sekolah sebagai bahan pengajaran.

Penggunaan bahan pengajaran pada masa kini lebih kepada penggunaan bahan secara elektronik di mana kebanyakan guru-guru telah didedahkan dengan kursus penggunaan ICT dan komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran mereka sendiri. Guru-guru sekarang lebih mudah membina bahan pengajaran dengan hanya menggunakan bahan-bahan tersebut.

You might also like