Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teori Pembelajaran Matematik

PENGENALAN Matematik dikatakan bersifat abstrak dan sukar untuk ditakrifkan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Micheal Berknopf (1999) di dalam Noraini (2005) menyatakan: mathematic is the study of abstractions and their relationships in which the only techniques and their relationships which the only technique of reasoning that may be used to confirm any relationship between one abstraction and another deductive reasoning, Bagi seseorang guru matematik, mengajar matematik yang abstrak akan lebih merumitkan sekiranya tidak dikaitkan dengan kehidupan seharian. Hal ini lagi akan merumitkan lagi bagi kanak-kanak khas yang mana sememangnya mempunyai tahap kecerdasan mental yang sangat rendah dalam mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan mereka. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat

membantu kanak-kanak dalam memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu seperti aktviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan.

Walabagaimanapun , terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya adalah seperti teori Piaget. Dalam teori Piaget, beliau Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 2 tahun), pra-operasi (2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Akan tetapi, berdasarkan kajian usia ini tidak semestinya tetap kerana

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza pada tahap umur yang berlainan bagi setiap kanak-kanak.

Sebagai

seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi

tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu alat bantuan mengajar dapat membantu muridmurid memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas kepada semua pembelajaran ialah pengalamian aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Kanakkanak lebih memahami sesuatu konsep yang dipelajari sekiranya mereka melakukan dan membuat aktiviti itu dengan sendirinya. Manakala menurut Bruner pula, beliau menegaskan bahawa pembelajaran secara penemuan lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu pembelajaran. Menurut kajian yang dibuat oleh Bruner pada tahun 1963, mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik. Antara teorem itu ialah Teorem Pembinaan. Melalui teorem ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep,prinsip atau hukum dengan membina perwakilan atau pun menjalankan aktviti yang konkrit. Seterusnya ialah Teorem Tatatanda. Tatatanda matematik diperkenalkan mestilah mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Teorem yang ketiga ialah Teorem Kontras dan Variasi. Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. Teorem yang keempat pula ialah Teorem Perhubungan. Setiap konsep prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

Selain itu jugaBruner juga menyatakan bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran. Merujuk Robert M. Gagne pula,terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.Gagne mempunyai beberapa hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah

penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. Melalui kefahaman mengenai beberapa teori ini, guru bolehlah merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran matematik di dalam kelas dengan

menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan,

You might also like