Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-1 : Pertama : 1 5 Julai 2013 : Minggu Pertama di Sek Keb Desa Setapak

Pada hari Isnin, saya bersama dua orang rakan praktikum yang lain telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Desa Setapak. Pada minggu pertama ini kami dimaklumkan bahawa sekolah sedang membuat persiapan untuk hari kejohanan Olahraga dan Sukaneka. Kami membantu pihak sekolah membuat persiapan serba sedikit. Pada hari kedua, ketiga dan keempat, kami terlibat dengan raptai perbarisan dan sukaneka bagi murid PPKI. Kami turut membantu guru sekolah membuat persiapan lain seperti pembungkusan hadiah, menjadi pengadil bagi acara lari berganti-ganti, pengadil bagi sukaneka dan beberapa tugasan lain lagi. Hari kejohanan bagi murid Tahap 1 ialah pada hari Jumaat. Sementara itu tugasan yang diberikan kepada saya sendiri ialah mengambil gambar bagi menyiapkan projek kami, menjadi pengadil bagi acara larian dan menyerahkan hadiah kepada pemenang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-1 : Kedua : 8 13 Julai 2013 : Minggu Kedua di Sek Keb Desa Setapak

Pada hari Isnin sekolah telah mengambil cuti peristiwa. Bermula selasa kami hanya membuat perancangan bagi projek yang akan dijalankan. Kami turut membantu guru PPKI mengganti kelas guru yang tidak hadir. Perancangan yang telah dibuat adalah melibatkan tiga projek pada minggu berikutnya. Selain itu, kami turut menyiapkan kajian tindakan dengan memberi ujian dan membuat diagnostik terhadap masalah subjek kajian.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-3 : Ketiga : 15 19 Julai 2013 : Minggu Ketiga di Sek Keb Desa Setapak

Pada minggu ini, kami telah menjalankan projek kami yang kedua dan ketiga. Bagi projek yang kedua iaitu latihan dalam kumpulan telah dilaksanakan bermula hari Selasa, Rabu dan Jumaat. Murid memberi kerjasama yang penuh terhadap projek yang kami laksanakan. Pada hari khamis, kami menjalankan projek yang ketiga iaitu fridge magnet. Projek ini melibatkan murid dari kelas K4 dan K5. Kerjasama yang penuh diberikan oleh muridmurid. Projek ini dilaksanakan di bilik rekreasi dan bilik seni PPKI.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-4 : Keempat : 22 25 Julai 2013 : Minggu Keempat di Sek Keb Desa Setapak

Pada minggu ini kami melaksanakan projek kami yang terakhir iaitu membuat kuih raya. Projek ini dilaksanakan selama 2 hari iaitu hari selasa dan hari rabu. Aktiviti ini dijalankan di dapur PPKI. Kami memilih untuk tidak melibatkan terlalu ramai murid kerana masalah keselamatan dan kawalan kelas. Ini kerana penggunaan api boleh mencederakan murid-murid jika tidak dikawal dengan baik. Murid-murid diajar langkah demi langkah untuk membuat kuih raya iaitu cornflakes madu dan popia. Setelah siap, murid turut diajar cara pembungkusan kuih raya tersebut. Pada hari terakhir iaitu hari Jumaat, kami menggunakan masa yang ada untuk mendapatkan cop sekolah serta tandatangan gurubesar serta mentor bagi fail internship.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like