Laporan Program Anti Dadah Peringkat-1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH PERINGKAT SK.

SENAWANG 3 2013

Pada 24 September 2013 Sekolah Kebangsaan Senawang 3 telah mengadakan ceramah dan pameran sempena program anti dadah . Murid-murid yang terlibat ialah murid tahap 2 iaitu tahun 4 dan tahun 5. Ceramah anti dadah itu telah diadakan di bilik pembelajaran manakala pameran pula diadakan di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Senawang 3. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. Selain daripada itu menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembnagunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Matlamat ceramah ini diadakan ialah supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. Untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya. Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matkamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan Sekolah Bebas Dadah.

Objektif program ini pula adalah untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat. untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawall peringkat pra sekolah lagi. Selain daripada itu ini juga untuk menyemau dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah. Ia juga adalah untuk memberi alternative program sihat tanpa dadah kepada muridmurid.

Oleh itu dengan mendengar ceramah dan melihat pameran dadah diharap murid-murid Sekolah Kebangsaan Senawang 3 ini lebih faham akan kesan-kesan buruk yang akan timbul kepada diri mereka jika terlibat dengan najis dadah ini baik dari luaran maupun dalaman mereka..

You might also like