Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SEBELUM PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.

Objektif melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat memahami budaya sekolah, menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah, mendapat pendedahan awal pembelajaran murid, memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran, membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah, membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah, membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal, membina sikap positif terhadap profesion keguruan, membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru, mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi.

Sebelum menjalani pengalaman berasaskan sekolah,bahagian unit praktikum telah mengarahkan setiap ketua kumpulan supaya mengambil borang pengalaman berasaskan sekolah di unit praktikum dan satu perjumpaan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Satu pejumpaan yang dikendalikan oleh En, Kamarudin dari unit praktikum telah memberi satu taklimat berkenaan dengan pengalaman berasaskan sekolah di dewan besar IPGM Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Pada masa yang sama hendaklah memahami objektif PBS dan tujuan dilaksanakan.

Taklimat yang disampaikan banyak perkara difokuskan oleh En. Kamarudin, borang-borang yang telah diberi hendaklah diisi dengan betul dan mesti diberi kepada pihak sekolah untuk menandatangani kehadiran serta penilaian sahsiah diri guru pelatih sepanjang menjalani PBS. Fokus utama aktiviti ialah mencari maklumat yang berkaiatn dengan sekolah yang ditempatkan untuk menjalani PBS. Berdasarkan tugasan yang diperolehi adalah tugasan Pendidikan Jasmani. Tugasan tersebut mengarahkan mencari maklumat dan mengambil gambar-gambar yang telah disenarai semak sebagai bahan dan bukti. Tujuan aktiviti adalah untuk mendedahkan guru pelatih dengan persekitaran sekolah dan budaya serta pengurusan sekolah dalam bidang sukan serta P&P pendidikan jasmani. Selain itu bagi memberi satu pengalaman yang realiti sebelum guru pelatih menghadapi dunia persekolahan dan berhadapan dengan suasana sekolah,

kemudahan yang disediakan serta murid-murid.

SEMASA Tiba pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menjalani PBS, segala persediaan awal telah disiapkan untuk menjalani hari pertama PBS disekolah tersebut. Apabila masuk di perkarangan sekolah suasana sangat riuh dengan suara murid-murid. Hari pertama pada awal pagi persekolahan satu perhimpunan mingguan diadakan di dewan dan semua murid memberi kerjasama dengan baik. Guru Besar telah memberi satu taklimat kepada guru pelatih yang menjalani PBS disekolah tersebut dengan menceritakan segala perihal sejarah sekolah serta memperkenalkan dengan guru-guru yang mengajar di situ. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran memberi keizinan kepada guruguru pelatih untuk mengambil segala bahan, maklumat atau apa yang sepatutnya untuk dimuatkan dalam tugasan. Guru-guru pelatih disediakan tempat untuk membuat kerja iaitu di bilik guru. Selesai taklimat dari Guru Besar, aktiviti dan strategi yang dirancang untuk menjalani tugasan dimulakan dengan mencari segala bahan dan maklumat yang berkaitan dengan sekolah tersebut. Semua maklumat didapati di pejabat. Pengurusan

sekolah tersebut memberi segala maklumat berkaitan sekolah. Pada hari pertama juga strategi yang dirancang adalah terhadap prasekolah untuk mengambil maklumat dan data sekolah. Pemantauan dijalankan dan mengambil gambar-gambar yang perlu diambil seperti yang di arahkan dalam tugasan profesional yang diberikan. Pemantauan dilakukan disekeliling sekolah pada hari kedua. Pada hari ketiga pula masih lagi mencari bahan dan maklumat yang diperlukan memandangkan ramai guru yang sibuk dan ada yang mesyuarat hingga tidak sempat untuk ditemubual dan soal selidik serba sedikit. Ramai guru yang tidak boleh masuk ke dalam kelas kerana sibuk dengan kejohanan sukan, Malah saya diberi kesempatan dan peluang untuk mengajar sepanjang sesi pada hari tersebut di kelas prasekolah. Ternyata masih terdapat banyak perkara yang perlu saya perlajari dan perlu menitikberatkan setiap perkara yang dirancang supaya berjalan dengan lancar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid. Pada hari keempat, segala maklumat dan bahan, data dikumpulkan untuk di failkan. Semua tugas tersebut perlukan kerjasama dan cekap dalam mencari bahan kerana perlu banyak bertanya dan bersoal jawab dengan warga sekolah supaya segala yang diperlukan cukup segala-galanya. Gambar-gambar berkaitan diambil di merata tempat dalam sekolah sebagai bahan bukti dan akan di rekodkan. Sesi temubual bersama guru berjalan dengan lancar walaupun masing-masing sibuk dengan tugas dan direkodkan dalam rekod kolaborasi. Banyak perkara yang difokuskan dibincangkan. Sepanjang berada di sekolah amalan refleksi ditulis dan memfokuskan kepada banyak perkara bersertakan dengan cadangan. Pada hari kelima, temubual bersama Guru Besar. Satu perjumpaan telah diadakan pada waktu pagi oleh guru pelatih bersama Guru Besar. Guru Besar memberi ucapan dan penghargaan terima kaish kerana sudi menjalani PBS di sekolah tersebut, dan mengalu-alukan kedatangan kami di hari yang lain.

SELEPAS PBS

Selepas tamat tempoh menjalani PBS, kami melaporkan diri semula di IPGM Kampus Pendidikan Teknik, bagi menganalisis segala data dan maklumat yang telah dikumpul semasa menjalani PBS, dan bagi menyiapkan serta melengkapkan segala tugasan yang berkaitan dengan PBS. Segala data kami perlu analisis dengan teliti dan teratur supaya tidak berlaku kesilapan dalam menganalisis data, dan semua itu perlu di muatkan dalam tugasan. Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina

perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak

mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Borang kehadiran PBS dihantar kepada bahagian Unit Praktikum untuk disemak. Segala data yang telah siap sedia dikumpulkan dalam satu fail. Tugasan yang diberikan semasa PBS dihantar kepada mentor.

LAPORAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

Pada 18 Mac 2012 merupakan hari pertama PBS di Sekolah Kebangsaan Pa Pura, Kelantan. Tepat jam 7.30 pagi saya selamat tiba di sekolah tersebut dan terus berjumpa dengan guru besar untuk melaporkan diri dan memperkenalkan diri serta menyatakan hasrat dan tujuan menjalani PBS kali ke 3 ini. Pada hari pertama juga kami turut menghadiri perhimpunan mingguan, guru besar memperkenalkan kami dengan warga sekolah. Sesi suai kenal antara guru dan warga sekolah diadakan. Perkara pertama yang difokuskan adalah mengenai perkembangan prestasi sekolah dan sejarah sekolah. En. Azmi B. Ali merupakan guru penolong kanan pentadbiran banyak memberi maklumat dan segala info mengenai pendidikan. 19 Mac 2012, hari kedua menjalani PBS, memulakan aktiviti mencari maklumat mengenai tugasan PBS pada kali ini adalah berkenaan dengan bidang pendidikan jasmani. Dimana, bagi memenuhi syarat tugasan pendidikan jasmani. En. Azmi sangat membantu kami dalam proses mengumpul maklumat. Kami dibantu dan dibimbing oleh guru prasekolah iaitu puan Fadzilah, banyak perkara yang sudi dikongsi bersama, kami sempat menemubual 2 orang guru pada hari kedua kerana kebanyakan guru tiada di sekolah pada minggu tersebut kerana menguruskan acara sukan murid-murid di peringkat sekolah. Oleh kerana tugasan PBS pada kali ini adalah banyak berfokuskan kepada pendidikan jasmani, kami telah memerhati prasarana sekolah, kemudahan peralatan dan pengurusan pendidikan jasmani serta sukan. Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah seperti peralatan sukan, padang yang sesuai dengan setiap permainan sukan. Kami telah menemubual En. Zulkarnaian B. Che Deraman yang merupakan ketua panitia pendidikan jasmani Sekolah Kebangsaan PaPura. Malah stor sukan juga sentiasa dipantau dan merupakan dibawah jagaannya. Beliau merupakan seorang guru pendidikan jasmani dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang sukan.

Pada hari ketiga, (20 Mac 2012) saya meneruskan aktiviti pada hari tersebut dengan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dalam tugasan yang diberi oleh pensyarah iaitu tugasan bagi subjek PJM 3102 Anatomi dan Fisiologi dimana saya dikehendaki untuk mencari maklumat dalam pengurusan Panitia Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut. Antaranya adalah objektif, matlamat, misi, visi, carta organisasi serta rancangan tahunan aktiviti panitia merupakan maklumat yang pelru dikumpul. Bagi memperoleh maklumat-maklumat yang diperlukan ini, saya berjumpa dengan beberapa orang guru Pendidikan Jasmani di sekolah itu dimana nama-nama guru ini diperolehi daripada Tuan Guru Besar sekolah tersebut bagi memudahkan kerja saya di sana. Kemudian saya berjumpa dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani untuk mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan. Maklumat-maklumat yang diperlukan juga diperolehi semasa melawat stor sukan yang terdapat di sekolah tersebut dimana objektif, visi dan misi sudah ditampal di dinding dalam stor tersebut. Pada hari keempat, hari keempat (21 mac 2012) saya telah melaksanakan temubual dengan beberapa orang guru Pendidikan Jasmani bagi mengetahui latar belakang guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dari segi pengalaman belajar Pendidikan Jasmani, kursus-kursus yang pernah dihadiri bagi dimuatkan dalam tugasan yang perlu dilaksanakan dan dihantar selepas daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Guru-guru memberikan kerjasama yang amat baik kerana mereka sudi meluangkan masa bersama-sama dalam sesi temubual ini. Saya turut melengkapkan beberapa borang yang perlu disiapkan dalam tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dalam lapiran 1-1 dan 1-4 dimana lampiran ini memerlukan saya untuk menemubual seperti yang dikehendaki didalam soalan tugasan. Temubual dilaksanakan dengan mengambil kira isu-isu di sekolah untuk dibincangkan bersama-sama dan mengemukan cadangan-cadangan dalam tindakan yang perlu diambil bagi menangani masalah-masalah yang dibincangkan.

22 Mac 2012, hari terakhir PBS di Sekolah Kebangsaan PaPura. Pada har i terakhir kami bejumpa dengan penolong kanan pentadbiran dan menemubual. Jam 10.30 kami berjumpa dengan guru besar untuk menyerahkan borang kehadiran dan borang penilaian sahsiah sepanjang kami menjalani PBS. Pemerhatian yang kami lakukan adalah terhadap tingkahlaku kanak-kanak prasekolah bagi melengkapkan dan menambahkan lagi bahan untuk tugasan EDU 3104 iaitu Pengurusan Murid dan Bilik Darjah. Kami menjalankan pemerhatian untuk hari terakhir terhadap murid tahap 1 dan murid Prasekolah. Sebelum menamatkan PBS kami berjumpa dengan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kami bagi menjalankan PBS selama 5 hari berturut-turut. Banyak perkara baru yang kami dapat pelajari dan ternyata setiap pengalaman yang kami perolehi dari setiap PBS di sekolah yang berlainan mempunyai banyak perbezaan dan persamaan dari pelbagai aspek.

PEMERHATIAN

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah melakukan pemerhatian terhadap beberapa aspek. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap fungsi dan kepentingan pihak pengurusan sekolah terhadap pentadbiran sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan guru. Selain itu, saya melakukan pemerhatian terhadap perhimpuan, padang sekolah, kantin, perpustakaan serta bilik darjah. Antara perkara yang dapat dilihat dan difouskan ialah:

Menyatakan

apakah

kekuatan

yang

ada,

kelemahan

serta

cadangan

penambahbaikkan yang ada. Bagaimana dengan pengurusan pengajaran dalam kelas? Adakah perhimpunan pagi dijalankan setiap hari dan bagaimana

pengurusannya? Kemudahan di pusat sumber memberi keselesaan kepada murid dan guru atau tidak? Penggunaan bahasa di kalangan pelajar. Apakah teknik yang digunakan dalam proses pengajaran seorang guru untuk memastikan semua murid melibatkan diri dalam proses p&p? Bagaimana menangani masalah disiplin di kalangan murid-murid?

SENARAI SEMAK

Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan oleh pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akan menjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak tersusun dengan baik. Antara senarai semak yang telah diberikan oleh unit praktikum dan senarai semak yang telah saya sediakan adalah seperti berikut:

Senarai semak pemerhatian Senarai semak kemudahan dan prasarana yang disediakan Senarai semak guru yang ditemuramah beserta dengan profil guru tersebut.

TEMUBUAL Temubual yang dibuat amat penting bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan para guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa

perkara yang berkaitan dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Hal Ehwal Murid Guru Panitia Pendidikan Jasmani Kakitangan Sekolah Murid-murid

SOAL SELIDIK Soal selidik ialah persoalan yang akan dikemukakan pada guru-guru yang terdapat dalam senarai temubual diatas. Malah saya turut merangka beberapa bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini mempunyai skop soalan yang luas kerana ia boleh menjadi pelbagai yang berkaitan dengan:

Latar belakang orang yang ditemuduga Berkaitan dengan soal P&P dalam kelas Peranan yang dimainkan oleh guru dan murid .

Maklumat tentang sekolah Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu mengajar dan juga penglibatan murid-murid. Pengalaman Sumbangan Cabaran Harapan/nasihat/pedoman

SENARAI SEMAK Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan oleh pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Antara senarai semak yang telah diberikan oleh unit praktikum dan senarai semak yang telah saya sediakan adalah seperti berikut:

Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan Membuat perancangan yang rapi Memudahkan untuk melakukan rujukan Lebih sistematik Selamat dan tersusun

ILMU PENGETAHUAN BARU

Pengalaman baru yang saya perolehi melalui penyediaan senarai semak adalah saya dapat kelaskan setiap tugasan yang hendak disiapkan mestilah mengandungi bahan serta mkalumat yang tepat dan mengikut susunan. Selain itu, saya dapat mengelakkan dari tercicir maklumat yang sepatutnya saya cari. Malah senarai semak ini sebagai rujukan dan garis panduan supayA kerja yang dijalankan berjalan dengan baik dan tidak tertangguh. Selain itu, pengalaman baru yang saya perolehi adalah turut sama menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Pa Pura. Guru Besar menjemput kami untuk menghadiri mesyuarat tersebut supaya kami dapat belajar sesuatu dan mencari pengalaman. Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah iaitu guru-guru di sekolah tersebut sangat baik dan saling mempunyai kata sepakat dalam melaksanakan pelbagai program. Semasa diberi peluang untuk mengajar dalam kelas prasekolah, ilmu baru yang saya perolehi sangat banyak membantu saya sebagai guru pelatih yang akan menjalani praktikal pada semester 5 yang akan datang pada tahun 2013 nanti. Sebagai contoh, guru perlu bijak dalam menguruskan rancangan pengajaran harian supaya sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan akan berjalan dengan lancar dan mampu memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Bagi murid prasekolah, setiap aktiviti yang dijalankan mestilah sesuai dengan tahap umur dan tahap perkembangan mereka, ini kerana tidak semua murid mampu melakukan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru, dan guru harus peka dengan dengan keadaan sekeliling dan persekitaran murid agar tidak mendatangkan bahaya dan menjamin keselamatan murid.

LAPORAN AKHIR

Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) kali ke-3 yang saya jalankan di Sekolah Kebangsaan PaPura, Bachok Kelantan telah banyak memberi peluang dan pengalaman dalam manimba ilmu dalam bidang pendidikan. Walaupun sekolah ini merupakan kawasan penempatan luar Bandar namun segala kemudahan dan infrastrukturnya menunjukkan bahawa sekolah ini mampu melahirkan murid yang cemerlang dari pelbagai aspek dan dari bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Malah segala pengurusan sekolah begitu terancang dan para guru juga saling bekerjasama dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Carta organisasinya yang kemas dan sistematik mudah untuk dirujuk oleh sesiapa sahaja yang datang ke sekolah ini. Namun, walaupun mempunyai bilangan murid yang tidak terlalu ramai seperti di sekolah kawasan Bandar, segala kelengkapan dan kemudahan untuk belajar masing-masing dapat menggunakannya. Berdasarkan tugasan PBS pada kali ini adalh berfokus terhadap subjek PJ, banyak perkara baru yang dapat saya pelajari, sebagai contoh subjek pj wajib diajarkan kepada murid-murid dan setiap pembelajaran mestilah mempunyai aktiviti yang sesuai dan menarik minat murid ini kerana setiap pendidikan jasmani dapat meningkatkan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif setiap murid. Selain itu, cara menguruskan stor sukan dan peralatan mestilah dititikberatkan oleh guru yang bertanggungjawab menguruskannya. Setiap perlatan yang dipinjam mestilah digunakan dengan sebaiknya dan

bertanggungjawab menjaga dan memulangkan semula peralatan yang digunakan dalam keadaan yang baik. Apabila murid menggunakan perlatan sukan semasa pembelajaran subjek pj, guru mestilah sentiasa memantau dan mengawasi murid bagi mengelakkan berlaku sebarang kemalangan yang tidak dijangka. Selain itu, memandangkan subjek major saya adalah Prasekolah, saya tidak melepaskan peluang untuk masuk ke kelas prasekolah dan menjalankan sesi temubual bersama guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid. Prase kolah di Sk Pa Pura terdapat 2 kelas iaitu prasekolah Sayang dan Prasekolah Mesra, masing-masing

mempunyai kelebihan yang tersendiri dari pelbagai aspek contohnya dari segi pengurusan murid, pengajaran dan pembelajaran, suasana pembelajaran dalam dan luar kelas, bahan bantu mengajar, bilangan murid dan segala aktiviti yang dijalankan. Pada tahun yang akan datang sekolah ini telah merancang untuk menubuhkan sebuah lagi prasekolah memandangkan pertambahan bilangan murid-murid yang ingin belajar di sekolah ini. Guru prasekolah Mesra mempunyai kelulusan Ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak dan guru prasekolah Sayang pula walaupun sedang mengajr beliau telah menyambung pengajian jarak jauh dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di peringkat ijazah. Kedua-dua guru prasekolah ini begitu komited dan sentiasa membantu saya sepanjang menjalani PBS dan mereka berdua merupakan mentor saya sepanjang PBS 5 hari. Namun, sepanjang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, sangat banyak pengalaman baru dan perkara-perkara baru yang saya timba dan perolehi. Semuanya di luar jangkaan saya sepanjang menjalani PBS. Segala prosedur dan pengurusan di sekolah tersebut memberi kemudahan kepada saya untuk menjalani PBS bersama rakan-rakan bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan data. Jika dari segi kemudahan pula semua cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan dan murid-murid di sekolah tersebut pula tidak terpinggir untuk belajar mengikut peredaran zaman. Contohnya, kemudahan untuk mendapatkan bahan melalui internet, sekolah tersebut dibekalkan dengan beberapa buah komputer, bagi melahirkan murid yang celik IT. Selain itu, prasarana sekolah tersebut pun sempurna dan lengkap. Murid-murid dapat belajar dengan begitu baik dan cukup istimewa. Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam akademik. Setiap tahun sekolah ini akan mencapai pencapaian yang begitumemuaskan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Prestasi sekolah

sentiasa meningkat pada setiap tahun dan mengatasi sekolah-sekolah lain diperingkat daerah Bachok. Teknik dan strategi pengajaran guru-gurulah yang membawa

kepada kejayaan para pelajar di samping usaha mereka sendiri. Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian para

pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS yang dijalankan bagi membantu pelajar-

pelajar yang lemah.Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalanganmurid-muridnya. Pelbagai dianjurkan olehpihak program seperti bimbingan dan solat hajat dan bacaan doa menjalankan

sekolah. Unit

kaunseling juga

program kaunselingdan bimbingan kepada murid yang bermasalah. Malah sekolah ini juga sering mengadakan pameran mengenai kesihatan, keselamatan dan sebagainya bagi memberi pendedahan kepada semua murid. Pelbagai maklumat yang perlu saya dan kumpulan cari dari pihak sekolah. Sepanjang lima hari berada di sekolah rasanya seperti tidak cukup masa untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai sekolah tersebut kerana setiap masa saya isi dengan kerja-kerja dan tugasan yang berkaitan dengan PBS untuk dilengkapkan dengan sempurna.

You might also like