Professional Documents
Culture Documents
Laporan Ringkas - Ke Zoo
Laporan Ringkas - Ke Zoo
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT dan kurniaNya dalam menjayakan Lawatan
Sambil Belajar bersama murid-murid Pendidikan Khas Pembelajaran SK Kg Gudang ke Zoo
Taiping. Seramai 15 orang murid-murid dan (6) enam orang guru beserta dengan (2) dua
pembantu pengurusan murid telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program Lawatan
Sambil Belajar ke Zoo Taiping ini adalah salah satu aktiviti Ko – kurikulum yang perlu diberi
kepada murid-murid bagi mendedahkan pengetahuan mereka mengenai haiwan-haiwan yang
terdapat di Zoo, hal ini juga secara tidak langsung dapat membuka minda dan juga merupakan
salah satu daripada terapi bagi murid-murid khas ini.